Alya, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, berpindah ke rumah datuknya di kampung selepas kehilangan ayah tercinta. Namun, rumah itu menyimpan satu rahsia gelap , kehadiran Pak Long Razak yang sering bertindak pelik dan menyentuh Alya dengan cara yang membuatnya rasa tidak selesa dan takut.<br><br>Di sekolah, Alya berkawan dengan Tia, seorang kawan yang peramah dan prihatin. Tia mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Alya sering kelihatan murung dan takut disentuh. Dengan bantuan seorang guru, Cikgu Raihan, mereka menyusun pelan untuk membantu Alya keluar daripada situasi yang dialaminya.<br><br>Buku ini membawa mesej bahawa setiap anak mempunyai hak untuk dilindungi, dihormati dan didengar. Ia juga mengajar nilai keberanian, kepentingan bersuara dan peranan sahabat serta guru dalam melindungi kanak-kanak daripada penderaan. Diselitkan dengan nilai Islam, buku ini menjelaskan bahawa tubuh manusia ialah amanah dan menjaga diri daripada gangguan adalah tanggungjawab bersama.