Burung
gagak
yang bijak
Pada suatu hari,
cuaca amat panas
sekali. Seekor burung
gagak hinggap
berteduh di sepohon
pokok yang rendang.
Sang Gagak berasa
terlalu dahaga dan
letih. Lantas Sang
Gagak terbang ke
sana ke sini untuk
mencari air.
Tiba-tiba, Sang
Gagak ternampak
tompokan air. Sang
Gagak terus
mendekati air itu.
Malangnya air mulai
kering. Sang Gagak
berasa kecewa.
Dalam keadaan yang
dahaga itu, Sang
gagak ternampak
sebuah botol yang
berisi air.
Sayangnya paruh
gagak itu tidak dapat
mencapai air kerana
mulut botol air itu
terlalu kecil.
Gagak mencari akal
untuk meminum air
itu. Di sekitar tempat
itu Sang Gagak
terlihat batu-batu
kecil.
Dengan sabarnya,
gagak itu
memasukkan batu-
batu kecil itu seketul
demi seketul ke dalam
botol air itu.
Akhirnya, air di
dalam botol itu naik
ke permukaan.
Alangkah
gembiranya gagak
kerana dapat
menikmati air
sepuas-puasnya.
Susun gambar berdasarkan cerita.
1
Jawab soalan berikut.
1. Bagaimanakah keadaan cuaca pada hari itu?
________________________________________________
2. Kenapakah gagak hingap di sepohon pokok?
________________________________________________
3. Kenapa gagak kecewa?
________________________________________________
4. Kenapa gagak tidak dapat minum air di dalam botol?
________________________________________________
5. Apa yang gagak lakukan untuk minum air dalam botol
itu?
________________________________________________
________________________________________________
Bina ayat mudah berdasarkan gambar.
Bina ayat mudah berdasarkan gambar.