NEGARAKU
PAKAIAN TRADISIONAL
DI MALAYSIA
Nama murid : Nursalihah Binti Noorfaizal
Kelas : 4 Arif
Subjek : Sejarah Tahun 4
Nama Guru : Puan Nooridayu
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN 2
PENGENALAN 3
4
Pakaian Tradisional Melayu 7
Pakaian Tradisional Cina 9
Pakaian Tradisional India 11
Pakaian Tradisional Lain yang terdapat di Malaysia
2
PENGENALAN
Buku skrap ini disusun dengan tujuan memaparkan keindahan budaya masyarakat
Malaysia menerusi pakaian tradisional.
Di Malaysia terdapat berbilang kaum dan juga bangsa. Setiap kaum mempunyai
pakaian tradisional masing-masing. Pakaian tradisional melambangkan keperibadian
setiap kaum. Ada di antara pakaian tradisional ini dipakai di majlis-majlis tertentu
seperti majlis perkahwinan, perayaan dan majlis-majlis rasmi kerajaan.
3
Sejarah Baju Melayu
Baju melayu merupakan satu pakaian tradisional untuk para lelaki yang dikatakan
stail pakaian tersebut telah wujud sejak abad ke-15 lagi ataupun 700 tahun dahulu.
Sultan Muhammad Syah yang memerintah ketika abad ke-15 itu mula
memperkenalkan baju melayu tersebut.
Walaubagaimanapun, pakaian yang dikenakan pada badan Sultan Melaka pada
zaman itu bukanlah dipanggil Baju Melayu, tetapi dipanggil sebagai Baju Kurung.
Pakaian baju kurung tersebut memang diguna pakai untuk pakaian lelaki dan
perempuan.
Kelaianan baju kurung pada waktu terdahulu dapat dilihat dari segi stail
potongannya. Setelah sekian lama, baju kurung ini menjadi pakaian golongan diraja,
pakaian baju kurung ini telah menjadi pakaian harian ringkas sahaja bagi orang kita
sekarang.
Dengan perkembangan semasa Tanah Melayu, ini dari saban hari, revolusi pakaian
tradisional melayu berlaku. Nama Baju Kurung dengan rasminya ditukarkan kepada
Baju Melayu. Baju Melayu menjadi pakaian bagi kaum lelaki, dan Baju Kurung pula
menjadi pakaian bagi kaum perempuan.
4
Terdapat 2 jenis baju melayu :
1) Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga ini selalunya terkenal di kawasan selatan
Malaysia. Jahitan pada kolarnya berbentuk sulaman tulang belut. Jahitan ini
Nampak halus dan rapi. Biasanya, kain samping dipakai di sebelah dalam
baju.
Baju Melayu Teluk Belanga
2) Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang lebih dikenali di kawasan tengah dan utara
Malaysia. Kolarnya mempunyai potongan yang lebih kepada bahagian
penutup atau rumah butang bertindan. Bagi baju melayu cekak musang ini
pula, samping biasanya dipakai di sebelah luar baju.
5
Baju Melayu Cekak Musang
Baju kurung merupakan pakaian wanita yang bersopan dan juga pakaian setiap ahli
dalam golongan masyarakat untuk pelbagai majlis dan adat. Pengertian kurung
mempunyai persamaan dengan konsep pakaian menutup anggota tubuh badan.
Ciri-ciri ini menepati dengan konsep cara orang Melayu selepas kedatangan Agama
Islam.
Baju Kurung
6
Samfoo
Samfoo bermaksud baju dan seluar dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian
harian wanita keturunan Cina. Ia digemari oleh wanita-wanita cina separuh umur dan
yang bekerja di ladang, lombong atau di rumah. Samfoo diperbuat daripada kain
nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh kaum lelaki Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan
potongan dengan sanfoo yang dipakai oleh kaum wanita cina. Samfoo terdiri dari
pada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai
bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
Samfoo
7
Cheongsam
Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ mempunyai leher yang tinggi, butang di
bahagian bahu, potongan yang sendat di bahagian pinggang serta belahan di kiri
dan kanan kain. Pakaian ini selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-
lain jenis kain lembut.
Cheongsam
8
Dhoti
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain
yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan kemudian disangkut pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manic-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang
berwarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan
ceti.
Dhoti
9
Sari
Sari merupakan pakain untuk kaum wanita india. Sari merupakan pakaian seharian
dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang
berukuran semester 1 meter hingga 2 meter lebar dan panjangnya pula antara 5
hingga 15 meter mengikut saiz si pemakai.Kebanyakan kain sari adalah jarang dan
lembut. Sebelum memakai sari, si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan
singkat. Kemudian sari dililit dari pinggang dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan
pinggang sebanyak 3 hingga 5 kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
Sari
10
Pakaian Tradisional Lain yang terdapat di
Malaysia
Pakaian Tradisional Kaum Iban
Pakaian Tradisional Kaum Kadazan Pakaian Tradisional Baba Nyonya
11
Baju Kebaya Baju Kurung Kedah
Pakaian Tradisional Kelantan Baju Kurung Pahang
12
Pakaian Tradisional Negeri Sembilan Pakaian Tradisional Terengganu
13
14