Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 1 drpd 8
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA PROGRAM DLC 02 - DIPLOMA TEKNOLOGI ELEKTRIK
/ (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)
PROGRAM’S CODE & NAME
SEMESTER 6
KOD DAN NAMA SUBJEK / DLC 2632 SENGGARAAN TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH
SUBJECT’S CODE & NAME
BAB 03: SENGGARAAN TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH
OBJEKTIF /OBJECTIVE
TAJUK/TITLE MEMAHAMI KAEDAH DAN LANGKAH KERJA UNTUK MEMBUAT
TUJUAN/PURPOSE PENYAMBUNGAN PENGALIR TIDAK BERTEBAT DI UDARA
SENGGARAAN TALIAN ATAS VOLTAN RENDAH
MENGETAHUI DAN MEMAHAMI BAHAN KERJA SERTA
PENGGUNAAN PERALATAN BERKAITAN DENGAN SENGGARAAN
BERKALA DAN PEMBAIKAN PADA TALIAN ATAS VOLTAN
RENDAH.
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016
Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 2 drpd 8
MENYAMBUNG PENGALIR DAN PENYAMBUNG
1. Penyambung Dalam Tegangan.
i. Penyambung Di Tengah Jarak.
Pengalir aluminium disambung menggunakan penyambung di tengah jarak.
ii. Saiz-saiz Penyambung Di tengah Jarak.
Terdapat tiga saiz penyambung di tengah jarak untuk ketiga-tiga saiz pengalir
iaitu 100 mm2, 50 mm2, 25 mm2.
Pengalir
Aluminium
Pencekam Pegas
iii. Cara Menyambung Menggunakan Penyambung Di Tengah Jarak.
a. Potong kedua-dua hujung pengalir yang hendak disambung dengan
gergaji.
b. Ratakan kedua-dua hujung pengalir dengan kikir leper.
c. Salutkan hujung pengalir yang hendak disambung menggunakan gris.
d. Dengan menggunakan berus keluli, beruskan pengalir yang telah disalut
dengan gris.
e. Bersihkan lebihan gris dengan kain.
f. Salut kembali gris pada pengalir tesebut.
g. Dengan menggunakan satu lembar pengalir, ukur dalam lubang
penyambung tengah jarak.
h. Tandakan ukuran dalam lubang penyambung tengah jarak pada pengalir
dengan menggunakan pita hitam.
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016
Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 3 drpd 8
i. Sorongkan pengalir masuk ke dalam lubang penyambung di tengah jarak
dan tarik pengalir tersebut untuk membuat pengujian.
iv. Penggunaan Penyambung Ditengah Jarak.
Penggunaan penyambung di tengah jarak seberapa boleh perlu dielakkan. Penyambungan
ini hanya perlu digunakan dalam kerja-kerja senggaraan sahaja. Penyambung di tengah
jarak tidak boleh digunakan di kawasan talian melintasi talian talikom, jalanraya atau
terdapat saluran paip yang besar dan kawasan talian melintas landasan keretapi. Dalam apa
keadaan sekalipun, penyambung di tengah jarak tidak boleh digunakan pada dawai neutral.
2. Penyambung Tidak Dalam Tegangan.
i. Tap Talian Aluminium.
Apabila membuat sambungan aluminium ke aluminium, tap talian aluminium
perlu digunakan. Terdapat dua saiz tap talian iaitu:
a. ALT1 untuk pengalir bersaiz 50 mm2 dan 25 mm2.
b. ALT2 untuk pengalir bersaiz 100 mm2.
Pengalir Aluminium
Bilangan tap talian yang perlu digunakan untuk penyambungan adalah seperti berikut:
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016
Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 4 drpd 8
Saiz Pengalir Bilangan Tap Talian
2 tap talian /pengalir.
Pengalir 39 mm2 (19/1.53 mm) ke
atas
Pengalir 39 mm2 ke bawah, satu fasa 1 tap talian/pengalir.
Pengalir 39 mm2 ke bawah, tiga fasa 1 tap talian/pengalir untuk fasa.
2 tap talian/pengalir untuk neutral.
ii. Penyambung Dua Logam.
Penyambung dua logam digunakan untuk menyambung di antara pengalir
tembaga dengan pengalir aluminium. Apabila penyambungan dibuat, bahagian
aluminium perlu diletakkan di bahagian atas.
Setiap penyambungan mempunyai kadar arus 60 ampiar dan penyambung ini
digunakan pada pengalir yang lebih daripada 39 mm2 (19.1.53 mm).
Pengalir
aluminium
Pengalir
Tembaga
ii. Tiub Aluminium Berisi Gris.
Jika sekiranya talian utama adalah pengalir aluminium, pengalir
tembaga/keluli yang kecil bersaiz 39 mm2 (19/1.563 mm) ke bawah boleh
disambung ke talian utama dengan menggunakan tap talian aluminium tetapi
perlu dimasukkan terlebih dahulu ke dalam tiub aluminium berisi gris.
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016
Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 5 drpd 8
Terdapat dua saiz tiub alauminium berisi gris, yang kecil mempunyai ukuran
garispusat bahagian dalam 4.6 mm (0.182 in.) dan yang besar mempunyai
ukuran garispusat bahagian dalam 7.6 mm (0.3 in.).Saiz yang besar sesuai
untuk digunakan pada pengalir tembaga bersaiz 0.0225 inci2 (7/0.064 in.)
hingga 0.04 inci2 (19/0.052 in.) sementara tiub aluminium yang kecil sesuai
untuk saiz pengalir tembaga 7/0.052 inci dan ke bawah.Dawai Bumi (keluli)
juga disambung ke talian aluminum neutral menggunakan tiub aluminium
berisi gris.
Pengalir Tiub
Aluminium Aluminium
Berisi Gris
Pengalir
Tembaga
iii. Tiub Tembaga Berisi Gris.
Sekiranya pengalir aluminium yang kecil perlu disambung ke punca sambungan atau
talian tembaga, pengalir aluminium tersebut perlu disarungkan dengan tiub tembaga
berisi gris.Terdapat dua saiz tiub tembaga berisi gris iaitu yang berukuran 4 inci yang
boleh digunakan untuk dawai pengalir aluminium bersalut PVC bersaiz 7/0.044 inci (6
mm2) dan 7//0.083 inci (25 mm2), sementara tiub tembaga berisi gris yang berukuran
5 inci digunakan untuk dawai pengalir aluminium bersalut PVC 19/0.064 inci (35
mm2).
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016
Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 6 drpd 8
Membaiki Talian bagi Talian Atas Voltan Rendah.
Langkah – langkah Keselamatan.
1) Bekalan mestilah diputuskan samada dengan mengeluarkan fius tiang atau suis
bekalan utama.
2) Gunakan discharge rod bagi tujuan pembuangan cas yang tersimpan di dalam talian.
3) Periksa tiang-tiang dahulu sebelum kerja-kerja diatas tiang dijalankan. Bagi tiang
yang rosak perlulah digantikan terlebih dahulu.
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016
Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 7 drpd 8
Gerak kerja yang dilakukan.
1. Untuk memudahkan kerja, buka penebat belenggu pada tiang tamatan atau tiang
pembahagian bagi tiang yang rosak tadi.
2. Pada tiang yang berhampiran dengan dawai yang terputus tadi penyimpaian pada
penebat belenggu dan belenggu U hendaklah dibuka tanpa membuka penebat itu dari
kedudukan asalnya.
3. Kendurkan dawai yang putus tadi kebawah dan dan buat penyambungan dengan
menggunakan Mid Span Conector.Pada kebiasaanya hanya 2 sambungan yang
dibenarkan dalam satu larian pengalir.
4. Setelah sambungan dibuat, naikan kembali pengalir tersebut di tempat asalnya
dengan menggunakan Come Along Clamp pada tempat diman simpaian tamatan yang
dibuka tadi.
5. Setelah tegangan diperolehi seperti talian yang lain, buat simpaian tamatan semula
dan seterusnya pada simpaian yang lain.
6. Setelah semuanya selasai bolehlah diONkan bekalan yang diOFFkan tadi supaya
sampai kepada pengguna.
Binaan dalam ( Mid Span Clamp ) Penyambung antara jarak pengalir Aluminium.
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016
Kod WIM IKBN/DLC2632/KP(3/3) Muka surat : 8 drpd 8
Nota;
i. Sebelum membuat penyambungan, tentukan dalam lubang penyambungan tersebut.
ii. Tandakan dalam lubang pengalir yang hendak disambung. Ini bagi menentukan
panjang pengalir yang masuk di dalam lubang bagi tujuan anggaran di mana kedua-
dua hujung pengalir yang terputus tadi perlulah dipotong sedikit sebelum disambung
bagi mendapatkan kenduran yang sama diantara pengalir.
Cara menggunakanya.
Masukan pengalir yang hendak disambungkan tadi. Pusingkan penyambung sehingga ketat
dan kemudian tarik pengalir keluar bagi tujuan pemastian. Jika pengalir tidak tercabut bila
ditarik menunjukkan penyambungan tersebut berada di dalam keadaan baik.
DLC2632 Cawangan Kurikulum & Pentauliahan Versi 2.0 (2016