The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Informasi Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Temerloh Tahun 2019-2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by unitkualitikktm, 2021-05-19 06:23:27

i-UJK

Informasi Unit Jaminan Kualiti Kolej Komuniti Temerloh Tahun 2019-2020

Keywords: unit jaminan kualiti

Hak cipta terpelihara.Tidak dibenarkan mengeluar ulang
dalam apa-apa juga bentuk dan juga secara baik elektronik,

mekanikal,rakaman dan lain-lain,mana-mana bahagian
kandungan modul ini sebelum mendapatkan izin bertulis

dari Kolej Komuniti Temerloh Pahang.

DI TERBIT OLEH:
UNIT JAMINAN KUALITI KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
By Pass ,Batu 2, Jalan Temerloh
Kg Chatin Ulu
28400 Mentakab
Pahang

TEL: 09-2701550 / 52 / 53
FAKS: 09-2701551
EMAIL: [email protected]

PENULIS:
Siti Shuhaili Binti Mohamad Moha
Fadilah Binti Yurani
Azizah Binti Mohamed
Ilyana Binti Yahya
Norazuwa Binti Salehudin
Nurjamilah Binti Nawi

EDITOR:
Estherina Glory

SILA IMBAS UNTUK MUAT TURUN

ISI KANDUNGAN

1.MUTIARA KATA
2.ORGANISASI UNIT JAMINAN KUALITI 2019 - 2020
3.ORGANISASI UNIT JAMINAN KUALITI 2020
4.SENARAI AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2019........................................................1

I.ANUGERAH PEKERJA CONTOH..............................................................................................................2-3
II.AKTIVITI EKSA KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH...................................................................4-5
III.AUDIT DALAMAN EKSA.....................................................................................................................................6
IV.TAKLIMAT PENYEDIAAN FRP....................................................................................................................7
V.LEAN MANAGMENT...............................................................................................................................................8
VI.BENGKEL PELAPORAN PENCAPAIAN KESELURUHAN PELAN
STRATEGIK KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH TAHUN 2019.................................................9
VII.BENGKEL PENDEDAHAN OUTCOME BASED EDUCATION
(OBE) KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH....................................................................................................10
VIII.PEMBENTANGAN PELAPORAN PENCAPAIAN KESELURUHAN PELAN
STRATEGIK KKTM TAHUN 2019......................................................................................................................11
5.SENARAI AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2020......................................................12
I.ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN...........................................................................13-15
II.TAKLIMAT PENYEDIAAN FRP......................................................................................................................16
III.BENGKEL PERMURNIAN PELAN STRATEGIK.........................................................................17
IV.AUDIT PENAZIRAN AKADEMIK..............................................................................................................18
V.TAKLIMAT PINDAAN KALENDAR AKADEMIK.........................................................................19
VI.AUDIT DALAMAN FRP FRPEL...................................................................................................................20
VII.AUDIT DALAMAN PENTADBIRAN.......................................................................................................21
6.PENCAPAIAN KPI TERTINGGI......................................................................................22

PRAKATA

Alhamdullilah,segala puji bagi Allah S.W.T dan salam sejahtera kepada
junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W dengan limpah kurnia-Nya

saya diberikan kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam
buku informasi Unit Jaminan Kualiti 2019 hingga 2020(i-UJK).

Terlebih dahulu saya berterima kasih kepada semua yang terlibat semasa
proses penerbitan buku ini berlangsung .Matlamat utama
penerbitan buku ini adalah untuk memaparkan

aktiviti dan program serta pencapaian Unit Jaminan Kualiti Kolej
Komuniti Temerloh yang berlangsung sepanjang tahun 2019 hingga 2020

dengan lebih jelas.Dengan penerbitan buku ini,Unit Jaminan Kualiti
dapat menjalankan lebih banyak aktiviti pada masa depan.

Akhir kata,semoga penerbitan ini dapat dimanfaatkan bersama.

"Seseorang akan menjadi hebat jika
dan hanya ia berusaha sesuai
dengan apa yang ia minati."



TAHUN
2019

SENARAI AKTIVITI UNIT JAMINAN KUALITI
SEPANJANG TAHUN 2019 :-

1 i-UJK KKTM 2019-2020

PEKERJA CONTOH MERUPAKAN SEORANG PEKERJA YANG DAPAT
MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH KOMITMEN, BERDISIPLIN

TINGGI, SENTIASA BERSIKAP POSITIF DAN MENGAMALKAN
SEMANGAT BERPASUKAN SERTA MENGHASILKAN KERJA YANG
BERKUALITI BAGI MENINGKATKAN IMEJ JABATAN/PROGRAM/UNIT

SETERUSNYA IMEJ KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH.BERIKUT
MERUPAKAN SENARAI PENERIMA ANUGERAH PEKERJA CONTOH

BULANAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH TAHUN 2019.

syabas & tahniah !

2 i-UJK KKTM 2019-2020

ANUGERAH PEKERJA CONTOH

3 i-UJK KKTM 2019-2020

BAGI TAHUN 2019, AKTIVITI EKSA KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
TELAH DIADAKAN SEBANYAK 4 KALI. AKTIVITI EKSA KOLEJ

KOMUNITI TEMERLOH DIADAKAN PADA BULAN FEBRUARI, APRIL,
JULAI DAN NOVEMBER. AKTIVITI EKSA INI MELIBATKAN SELURUH

WARGA KKTM IAITU PELAJAR DAN KAKITANGAN.

4 i-UJK KKTM 2019-2020

AKTIVITI EKSA
KOLEJ KOMUNITI

TEMERLOH

Aktiviti ini bertujuan untuk
membudayakan amalan EKSA dalam
kalangan kakitangan dan pelajar KKTM
di ruang kerja dan kawasan PdP dengan

amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu,
Seragam dan Sentiasa amal.

Dengan pelaksanaan aktiviti ini, diharap
dapat meningkatkan dan memberi

kesedaran bahawa amalan EKSA yang
berterusan dalam suasana kerja yang
kondusif dan harmoni akan mewujudkan
warga KKTM yang ceria, produktif dan
inovatif. Program ini juga merupakan
persediaan bagi KKTM dalam rangka
memperoleh Pensijilan EKSA oleh pihak

MAMPU.

5 i-UJK KKTM 2019-2020

AUDIT DALAMAN EKSA

6 i-UJK KKTM 2019-2020

TAKLIMAT PENYEDIAAN FRP

Pada 5 Disember 2019 bertempat di bilik seminar KKTM telah diadakan
Taklimat Penyediaan FRP bagi sesi Disember 2019.Taklimat ini telah
disampaikan oleh Pn Mastura Binti Mustaffa selaku Pegawai Kualiti
KKTM. Taklimat ini telah dihadiri oleh semua pensyarah akademik
program dan unit

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk mewujudkan keseragaman
dalam melaksanakan penyediaan Fail Rekod Pensyarah (FRP) sepenuh
masa. Ini adalah proses jaminan kualiti untuk memastikan semua rekod
kualiti berkaitan dengan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran

dilaksanakan dan disimpan oleh semua pensyarah.

7 i-UJK KKTM 2019-2020

Bengkel Dan Pembentangan Amalan Baik Lean
Management Kolej Komuniti Negeri Pahang
2019 Anjuran Kolej Komuniti Temerloh telah
diadakan pada 1 Julai 2019. Bengkel Dan

Pembentangan Amalan Baik Lean Management
Anjuran Kolej Komuniti Temerloh ini melibatkan

Kolej Komuniti Pahang.

LEAN
MANAGMENT

Objektif penganjurkan program ini
adalah untuk membuat

perbincangan dan perkongsian
berkenaan Pengurusan Lean

bersama Kolej Komuniti Negeri
Pahang, membuat laporan amalan
baik Pengurusan Lean yang telah

dilaksanakan di kolej dan
membentangkan hasil laporan
Pengurusan Lean yang dibuat.

8 i-UJK KKTM 2019-2020

BENGKEL PELAPORAN PENCAPAIAN
KESELURUHAN PELAN STRATEGIK

KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH
TAHUN 2019

Hasil pencapaian Pelan Strategik KKTM tahun 2019
telah dibentangkan pada 7 Oktober 2019 di dalam
Bengkel Pelaporan Pencapaian Keseluruhan Pelan

Strategik Kolej Komuniti Temerloh Tahun 2019
bertempat di Hotel Seri Malaysia, Temerloh, Pahang.

Pelaporan pencapaian ini akan menjadi jambatan
pengukur untuk melihat prospek pelan strategik bagi
tahun 2019 supaya penambahbaikan dapat dilakukan.

Bengkel ini melibatkan seramai 28 orang Pegawai Kanan KKTM
dan Ketua Program/Ketua Unit Akademik. Hasil pembentangan
pelaporan ini akan membantu KKTM untuk merancang dengan

lebih baik bagi tahun seterusnya dalam merealisasikan
matlamat meletakkan KKTM ke tahap yang lebih baik

9 i-UJK KKTM 2019-2020

BENGKEL PENDEDAHAN OUTCOME BASED
EDUCATION (OBE) KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH

Selain itu juga, bengkel ini bertujuan untuk
memberi bimbingan dalam pengurusan
penilaian pelajar yang lebih efektif dan

seragam. Penceramah jemputan bengkel ini
adalah Cik Khatijah Binti Jamaludin

daripada Politeknik Bagan Datok, Perak.

10 i-UJK KKTM 2019-2020

PEMBENTANGAN PELAPORAN PENCAPAIAN
KESELURUHAN PELAN STRATEGIK
KKTM TAHUN 2019

Bertempat di Bilik Seminar KKTM pada 5 Disember 2019 telah
berlangsung Pembentangan Pelaporan Pencapaian Keseluruhan Pelan

Strategik KKTM Tahun 2019. Pembentangan ini telah dihadiri oleh
semua warga KKTM dari kumpulan pengurusan mahu pun sokongan.
Pelaporan telah dibentangkan oleh Pn Mastura Binti Mustaffa selaku
Pegawai Kualiti KKTM. Secara keseluruhan, semua KPI setiap unit dan
program di KKTM telah tercapai dengan jayanya.Tahniah diucapkan.

11 i-UJK KKTM 2019-2020

TAHUN
2020

SENARAI AKTIVITI UNIT
JAMINAN KUALITI

SEPANJANG TAHUN 2020 :-

12 i-UJK KKTM 2019-2020

PEKERJA CONTOH MERUPAKAN SEORANG PEKERJA YANG DAPAT
MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH KOMITMEN, BERDISIPLIN

TINGGI, SENTIASA BERSIKAP POSITIF DAN MENGAMALKAN
SEMANGAT BERPASUKAN SERTA MENGHASILKAN KERJA YANG
BERKUALITI BAGI MENINGKATKAN IMEJ JABATAN/PROGRAM/UNIT

SETERUSNYA IMEJ KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH.BERIKUT
MERUPAKAN SENARAI PENERIMA ANUGERAH PEKERJA CONTOH

BULANAN KOLEJ KOMUNITI TEMERLOH TAHUN 2020.

syabas & tahniah !

13 i-UJK KKTM 2019-2020

ANUGERAH
PEKERJA
CONTOH

14 i-UJK KKTM 2019-2020

ANUGERAH PEKERJA CONTOH BULANAN

15 i-UJK KKTM 2019-2020

Pada 7 Julai 2020 bertempat di Bilik Seminar KKTM
telah diadakan Taklimat Penyediaan FRP bagi sesi
Jun 2020.Taklimat ini telah disampaikan oleh Pn Siti

Shuhaili Binti Mohamad Moha selaku Pegawai
Kualiti KKTM. Taklimat ini telah dihadiri oleh semua

pensyarah akademik program dan unit.

TAKLIMAT PENYEDIAAN FRP

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk mewujudkan
keseragaman dalam melaksanakan penyediaan Fail Rekod
Pensyarah (FRP) sepenuh masa. Ini adalah proses jaminan

kualiti untuk memastikan semua rekod kualiti berkaitan
dengan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran
dilaksanakan dan disimpan oleh semua pensyarah.

16 i-UJK KKTM 2019-2020

BENGKEL PERMURNIAN
PELAN STRATEGIK

Bertempat di Erya Suria Hot Spring, Bentong
pada 10-11 Ogos 2020 telah berlangsung Bengkel

Pemurnian Pelan Strategik KKTM Tahun 2020.
Bengkel ini telah dihadiri oleh pegawai kanan

dan wakil setiap unit atau program.

17 i-UJK KKTM 2019-2020

AUDIT PENAZIRAN
AKADEMIK

KKTM telah menerima kehadiran Pasukan Audit Penaziran Akademik
(PeNA) pada 04 Mac 2020 bertempat di Bilik Seminar KKTM.

Pasukan Audit PeNA terdiri daripada Sr Azuralyzah Binti Saleh, Pn
Marlya Binti Dahuri, Cik Nurain Binti Harun, Pn Nurul Aida Binti
Mohd Nordin dan En Mohd Azhar Bin Ahmad daripada Bahagian
Instruktional dan Pembelajaran Digital (BIPD) JPPKK. Turut hadir
bersama Pengarah BIPD iaitu En Noor Azizan Bin Itam.

Audit PeNA melibatkan Bahagian
Kurikulum, Bahagian Peperiksaan dan

Penilaian, Bahagian Instruktional &
Pembelajaran Digital dan Bahagian
Governan & Kecemerlangan. Audit
bermula jam 9.00 pagi dan berakhir

pada jam 5.00 petang dengan
pembentangan hasil dapatan audit

sebagai penutup tirai.

18 i-UJK KKTM 2019-2020

TAKLIMAT PINDAAN
KALENDAR AKADEMIK

Pada 20 November 2020 jam 9.00
pagi telah diadakan Taklimat Pindaan

Kalendar Akademik Sesi Jun 2020
(Pindaan Oktober 2020). Taklimat ini
telah dihadiri oleh semua pensyarah

akademik di bilik Seminar KKTM.

Pelaksanaan Audit Dalaman Indeks
Akauntabiliti Pengurusan Kewangan
telah dijalankan pada 15 hingga 16

Disember 2020 melibatkan Unit
Pentadbiran.Pasukan

Audit terdiri daripada Pegawai
Kualiti, Pn Siti Shuhaili Binti

Mohamad Moha dan Penyelaras
Pengurusan Kualiti, Pn Azizah
Binti Mohamed.

19 i-UJK KKTM 2019-2020

AUDIT DALAMAN FRP FRPEL

Pelaksanaan Audit FRP FRPel
telah dijalankan pada 28

September hingga 2 Oktober 2020
dimana sesi yang terpilih adalah
sesi Disember 2019.

Audit ini telah melibatkan pasukan audit
terdiri daripada Ketua Program/Unit.Objektif

utama audit ini dilaksanakan adalah untuk
memastikan pensyarah akur pada kurikulum,
memastikan PdP dapat dijalankan mengikut

silibus dan melaksanakan tindakan
pembetulan/pencegahan/penambahbaikan

terhadap FRP FRPel.

20 i-UJK KKTM 2019-2020

AUDIT DALAMAN KEWANGAN

Pelaksanaan Audit Dalaman Indeks
Akauntabiliti Pengurusan Kewangan telah
dijalankan pada 15 hingga 16 Disember 2020
melibatkan Unit Pentadbiran.Pasukan Audit

terdiri daripada Pegawai Kualiti, Pn Siti
Shuhaili Binti Mohamad Moha dan Penyelaras
Pengurusan Kualiti, Pn Azizah Binti Mohamed.

Tujuan audit adalah untuk menilai tahap pengurusan
kewangan jabatan dengan memberi rating dan ranking

berdsarkan Indeks Akauntabiliti, mewujudkan sifat
akauntabiliti dan integriti dalam kalangan pegawai
kerjaan dalam menjalankan tugas masing-masing dan
mewujudkan budaya kerja “Best Practices” sentiasa

diterapkan dalam perkhidmatan awam untuk
meningkatkan kecemerlangan sistem penyampaian
perkhidmatan kerjaan kepada rakyat, pelanggan dan

pemegang kepentingan.

Skop audit adalah pematuhan kriteria
semakan berhubung dengan pengurusan
kenderaan jabatan dan pematuhan kriteria
semakan berhubung dengan pengurusan

stor. Kaedah audit yang dilaksanakan
adalah melalui semakan dokumen dan

temubual bersama pegawai terlibat.

21 i-UJK KKTM 2019-2020

22 i-UJK KKTM 2019-2020


Click to View FlipBook Version