The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayus_287, 2020-10-25 09:27:29

SAINS ALEESYA

SAINS ALEESYA

TUMBUHAN

Berlindung daripada musuh
Tumbuhan tidak dapat melarikan diri daripada haiwan dan iklim melampau. Oleh itu, tumbuhan
mempunyai pelbagai cara dan ciri khas untuk menjaga keselamatan dan melindungi diri
daripada musuhnya.

1. Berduri
Setengah tumbuhan mempunyai duri pada bahagian daun, batang dan buah. Duri ini
mencegah tumbuhan daripada dimakan haiwan.

Bunga kertas Kaktus

2. Berbulu halus
Sesetengah tumbuhan mempunyai bulu pada daun dan batang. Bulu ini boleh
menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit manusia atau haiwan. Bulu ini juga
membantu mencegah kehilangan air daripada tumbuhan.

Pokok buluh

Lalang
Pokok paku pakis

3. Bergetah
Sesetengah tumbuhan mengeluarkan getah yang melekit atau pahit untuk melindungi diri
daripada haiwan yang suka makan.

Pokok nangka Pokok sukun

Pokok mangga Pokok kemboja

Pokok betik Keladi

.

4. Beracun
Sesetengah tumbuhan mempunyai bahan beracun yang akan mencederakan atau oleh
membunuh mangsa yang memakannya.
Pokok hiasan seperti keladi mengeluarkan getah beracun jika batang, tangkai, dan daunnya
dipotong.
Pokok keladi

INFO : Pokok ipoh atau nama saintifik Antiarin Toxicaria Lesch menghasilkan getah beracun
yang digunakan oleh orang asli pada damak sumpitan.Racun ini boleh membunuh haiwan
buruan yang disupit.

5. Berbau kuat
Sesetengah tumbuhan mempunyai bau atau mencengah daripada dimakan oleh haiwan.

Bawang

Pokok serai


Click to View FlipBook Version