SIRI 1
MARI MENEROKA
PENDEKATAN & AKTIVITI
UNTUK IBU BAPA
Pendekatan Dan Aktiviti Yang Sesuai Untuk Dilaksanakan
PENERBIT : Oleh Ibu Bapa Dalam Merangsang Potensi Kanak-kanak .
NUR HAZIRAH IZZATI BINTI BAKRI (PID20104)
ILUSTRASI :
CIK SITI NURUL AIN BINTI MOHD RASHID (PENSYARAH)
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1
2
3
4
5
6
1
Pendekatan & Aktiviti
• Pendekatan ini adalah merujuk kepada • Aktiviti ini pula harus dipilih untuk
cara bagaimana sesuatu mata pelajaran membuat pendekatan berkaitan
itu diajarkan untuk mencapai tajuk yang telah diberikan.
objektifnya.
2
Pengenalan Pendekatan &
Aktiviti Ibu Bapa Di Rumah
Semua ibu bapa boleh membantu anak mereka untuk mencapai
potensi sepenuhnya dengan melibatkan diri dalam pembelajaran anak
di rumah . Aktiviti pembelajaran bukan sahaja boleh berlaku di
kawasan sekolah tetapi juga boleh berlaku di mana sahaja
termasuklah di rumah dan juga di dalam komuniti.
3
01.
Pendekatan Main Sambil Belajar
Definisi 4
Pendekatan Main Sambil Belajar
Pendekatan main sambil belajar adalah aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa
kepada pembelajaran. Main merupakan ekspresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya
paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa
malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Main sebagai penentu
penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan
sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, kordinasi dan
ketangkasan seseorang murid, Caplan&Caplan (1973). Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya
Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main merupakan satu teknik mengajar yang memberi
peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan
terkawal. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain
adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid
belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.
Aktiviti 5
Pendekatan Main Sambil Belajar
Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal
dan permainan Bahasa. Permainan manipulatif termasuk teka-teki, jadual bernombor,
domino, catur dan congak.Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya
fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur
bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti kanak-kanak untuk
mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna. Kebaikan teknik ini
ialah meransangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokan bermain.Ia juga
mengembangkan daya imagenasi.
6
02.
Pendekatan Bersepadu
Definisi 7
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan pengajaran ini adalah mengabungjalinkan diantara dua atau tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid
dalam satu masa. Pendekatan ini akan dapat membantu murid untuk memahami hakikat kehidupan sebenar. Selain itu, guru
hendaklah menggunakan pengalaman seharian kanak-kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, guru
mengajar adab semasa bertemu dengan orang tua atau yang lebih dewasa. Guru boleh menerapkan adab kepada kanak-
kanak. Bahawa kanak-kanak hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada mereka, contohnya ibu bapa, nenek,
datuk, abang, kakak, guru, dan sebagainya.
Bentuk pengajaran bagi pendekatan bersepadu adalah tidak formal, dan guru hendaklah melibatkan kanak-kanak secara
aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Guru juga hendaklah memastikan aktiviti yang dilakukan adalah melibatkan semua deria
kanak-kanak secara langsung bagi meransang pembelajaran di dalam atau luar kelas. Melalui pendekatan ini, kanak-kanak
akan mendapat ilmu, konsep, kemahiran, dan nilai murni. Selain itu, guru juga boleh menggabungjalinkan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.
Aktiviti 8
Pendektan Bersepadu
Pendekatan bersepadu melibatkan:
1) Kesepaduan antara komponen
2) Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni
3) Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas
4) Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid.
5) Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk
mengajar beberapa matapelajaran mengikut tema-tema kanak-kanak.
Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan
perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana
beberapa matapelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan
digabungkan menjadi suatu matapelajaran yang baru.
9
03.
Pendekatan Pengajaran Bertema
Definisi 10
Pendekatan Bertema
Pengajaran ini dikenali sebagai tematik, iaitu melibatkan tema-tema tertentu yang
dipilih untuk sepanjang satu semester, ataupun setahun.
Pendekatan bertema adalah merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang
disusun sekitar konsep atau tema. Pendekatan ini menjadi alat pengelolaan kepada
guru untuk menghubungkan antara matapelajaran kanak-kanak.
Pemilihan dan penentuan tema adalah berasaskan konsep, berasaskan kemahiran,
berasaskan kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus kepada projek,
dan berorientasikan kajian kes.
Aktiviti 11
Pendekatan Bertema
Tema Persekitaran – Persekitaran fizikal yakni pelbagai bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa
mampu memberi kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran sosial dipengaruhi
oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan rakan sebaya serta sokongan.
ii) Persekitaran Alam Semulajadi – Peranan dan kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang
meliputi segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat
semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.
iii) Tema dan Masyarakat - Penekanan terhadap manusia, sosial dan budaya.
iv) Tema Komunikasi - Komunikasi merujuk kepada perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk
menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan memberi sedikit
peluang untuk maklum balas. Verbal (dlm bentuk bahasa) bukan verbal (isyarat)
12
04.
Pendekatan Nyanyian, Muzik, dan
Pergerakan Kreatif
Definisi 13
Pendekatan Nyanyian, Muzik, dan Pergerakan Kreatif
Pendekatan ini akan membantu memperkembangkan lagi
sosioemosi, kognitif, fizikal, dan kreativiti kanak-kanak. Melalui
pendekatan ini, kanak-kanak akan berasa seronok kerana dapat
meluahkan perasaan mereka melalui aktiviti yang dijalankan.
Menurut Mariani Md. Nor dalam artikel PhDnya, antara beberapa
contoh aktiviti yang dianggap sebagai main atau bermain adalah
main drama, menyanyi, berlakon, dan bercerita
Aktiviti 14
Pendekatan Nyanyian, Muzik, dan Pergerakan Kreatif
Diantara jenis-jenis lagu atau muzik yang sesuai untuk kanak-kanak adalah:
1) Lagu yang menggunakan jari
Lagu dan aktiviti ini adalah bersesuaian untuk kanak-kanak kecil kerana pergerakan jari ini ditumpukan kepada pergerakan jari dekat
dengan paras mata kanak-kanak.
Contohnya: Labah-labah Laili.
2) Lagu beraksi
Penggunaan lagu dan aktiviti ini hanya memerlukan ruang yang kecil, dan kanak-kanak akan mudah mengingati lirik lagu, contohnya:
Saya Teko comel, dan dua mata.
3) Lagu Tradisional
Lagu ini biasanya telah diajar kepada kanak-kanak sejak awal lagi kerana lagu ini menggambarkan kebudayaan dan nilai satu bangsa
dan satu negara.
Contohnya: Anak Ikan, Ayam Didik, Ikan Kekek, dan Pulang dama mak ilai-ilai.
4) Lagu Permainan
Membolehkan kanak-kanak dan orang dewasa berinteraksi dan melibatkan diri menjadi sebahagian daripada pembentukan sesuatu
komuniti yang bermuzik. Lagu ini melibatkan aktiviti memegang tangan kawan-kawan, dan bergerak bersama-sama mengikut rentak
muzik, dan dapat mengeratkan hubungan sesama mereka. Contohnya: Lagu Nenek Si Bongkok Tiga, Jan-jan Jala, Buih Sabun.
5) Lagu berunsur nasihat dan ucapan
Lagu ini mempunyai nilai murni, moral dan nasihat. Selain itu, lagu ini juga berunsur pengetahuan dan aktiviti seharian. Contohnya, waktu
belajar, Hello, dan selamat tinggal.
PURATA 15
63 %Keluarga Berkonflik
Keluarga yang tidak berfungsi,
mempunyai latar belakang status
sosioekonomi yang rendah
37 % Keluarga Aman
Keluarga yang sempurna. Mendapat
didikan sempurna
16
KESIMPULAN
Peranan ibu bapa sangat penting dalam memberikan sokongan dan
dorongan kepada anak-anak. Seorang ibu bapa yang baik akan menjaga
anak mereka dengan memberi pakaian dan makanan secukupnya.
Pendekatan inilah yang mendorong kepada kecemerlangan akademik
anak-anak. Jika tiada punca-punca ini, anak-anak tidak boleh fokus
dalam pelajaran. Ibu bapa perlu mengambil inisiatif dalam menjaga
kebajikan anak-anak kerana ianya merupakan tanggungjawab ibu bapa.
Ibu bapa menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Hargailah
jasa mereka dengan berakhlak baik dan berjaya dalam pelajaran.
RUJUKAN 17
Prof Madya Dr Zuraidah Abdullah , 2021 , Ibu bapa sebagai rakan pintar pendidikan anak .
Habibie Bte Hj Ibrahim1, Mazni Mustapha1, Joki Perdani1, Puteri Hayati Megat Ahmad1, Nurul
Hudani Md Nawi1, 2018 , Peranan dan Tanggungjawab Ibu Bapa dalam Pengasuhan Anak
dan Remaja . Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Mageret Lo1* , Ruhizan M. Yasin2 , 2022 Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti serta
Hubungannya dengan Motivasi Murid SJKC Sepanjang PdPR , 1Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Zuriani Hanim Zaini Zaleha Damanhuri Mohamad Arif Zaki Ali Ahmad Zulfandi Ibrahim , 2021
Kesediaan Ibu Bapa Terhadap Penglibatandalampengajaran Dan Pembelajaran Di
Rumah(pdpr) . Kolej Universiti Islam Melaka
TERIMA KASIH !