45 Warna sejuk Kesan: • Sejuk • Redup • Damai • Tenang 1.5.4 • Guru menerangkan nilai warna. Nilai Warna Suhu Warna Nilai warna ialah nilai cerah atau gelap sesuatu warna. Nilai warna ini diperoleh melalui campuran warna putih atau hitam. Campuran warna ini akan menimbulkan ton warna. Terhasil apabila sesuatu warna dicampur dengan warna hitam. Terhasil apabila sesuatu warna dicampur dengan warna putih. Suhu warna melibatkan kadar kecerahan sesuatu warna yang bergantung pada perasaan dan penglihatan tampak. Kecerahan warna akan menjadikan sesuatu warna lebih garang dan panas. Warna panas Kesan: • Garang • Panas • Riang • Semangat • Cemas
Alat dan Bahan: 1. Tisu dapur 2. Batang aiskrim 3. Gelang getah 4. Gunting 5. Gam 6. Cat poster 7. Palet 8. Air PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 46 1.5.5 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. Guntingkan gelang getah. 3 Ikatkan gelang getah pada tisu. 1 Cantumkan setiap bahagian tisu dengan batang aiskrim. 6 Celupkan sebahagian tisu ke dalam bancuhan cat poster. Ulangi langkah ini dengan warna yang berbeza pada bahagian yang lain. 2 Aplikasi Seni Kipas Kertas Lipatkan tisu menjadi bentuk kipas. 4 Ulangi langkah 1 hingga 4 untuk menghasilkan empat lipatan tisu berbentuk kipas. 5
Sediakan alat dan bahan. 1 3 Lakarkan idea. Masukkan kadbod ke dalam baju-T. 2 Alat dan Bahan: 1. Baju-T 2. Pensel 3. Palet 4. Air 5. Berus lukisan 6. Pewarna kain (fabrik) 7. Kadbod (pengalas) 47 1.5.6 • Guru membimbing murid mengaplikasikan warna dalam penghasilan karya. Aplikasi Seni
Warnakan dengan pewarna kain. 4 PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Biarkan sehingga warna kering. 5 Baju-T Catan 48
49 1. Pamerkan hasil karya kamu kepada rakan-rakan di hadapan kelas. 2. Minta pendapat rakan-rakan berkenaan hasil karya kamu itu. 1.5.7 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. RUMUSAN Warna merupakan anugerah Tuhan. Tanpa warna, kehidupan manusia akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna memainkan peranan penting dalam penghasilan karya. Selain daripada dapat menimbulkan bentuk, ruang dan jalinan, penggunaan warna yang tepat juga akan menjadikan karya tampak lebih menarik dan segar. Warna juga dapat menjadikan sesebuah karya lebih beremosi serta dapat menyampaikan perasaan seseorang pengkarya itu melalui penggunaan warna yang dipilih. Hasil Karya Asas Keusahawanan Baju-baju terpakai yang sudah tidak digunakan lagi boleh ditukar menjadi baju yang baharu. Caranya hanya dengan melukis di atasnya. Pasti ramai yang tertarik dan mahu mendapatkannya. Bincangkan kesan warna yang terang dan cerah serta warna yang gelap dan kelam dalam aspek emosi seseorang.
PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 50 Latihan 1 Lengkapkan roda warna di bawah dengan membuat penerokaan warna. Kuning Ungu Kuning hijau Biru ungu Kuning jingga Merah ungu Jingga Merah Hijau Biru Biru hijau Merah jingga • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
51 Latihan 2 Hasilkan catan bertemakan buah-buahan dengan menggunakan warna yang disediakan. Kulit kayu manis Daun inai Biji kopi Kunyit 1.5.6 • Guru membimbing murid mengaplikasikan warna dalam penghasilan karya. • Guru memberikan peringatan kepada murid terhadap aspek kebersihan dan keselamatan.
Jenis-jenis Ruang STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya: 1.6.1 Menjelaskan maksud ruang. 1.6.2 Mengenal jenis ruang: i. Ruang nyata/fizikal ii. Ruang ilusi 1.6.3 Menyatakan ruang pada: i. Alam semula jadi ii. Objek buatan manusia iii. Karya seni 1.6.4 Melukis perspektif satu titik lenyap. 1.6.5 Memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. 1.6.6 Mengaplikasikan ruang dalam penghasilan karya. 1.6.7 Mempamerkan hasil karya. Unit 6 Ruang wujud dalam karya seni visual, filem, animasi, grafik dan sebagainya. Ruang ilusi terbahagi kepada ruang dalam, ruang cetek dan ruang rata. Ruang wujud di persekitaran kita. Ruang fizikal ini juga dikenali sebagai ruang nyata. Ruang fizikal terbahagi kepada ruang terbuka dan ruang tertutup. Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang fizikal dan ruang ilusi. Ruang terbuka Ruang tertutup Ruang dalam Ruang cetek Ruang rata Ruang Fizikal Ruang Ilusi INFO INFO INFO Ruang fizikal terbahagi kepada dua iaitu ruang terbuka dan ruang tertutup. Ruang terbuka ialah ruang bagi kawasan lapang. Manakala ruang tertutup pula ialah ruang bagi kawasan yang sempit. 52 1.6.1 1.6.2 • Guru menjelaskan maksud ruang. • Guru mengenalkan jenis ruang fizikal dan ruang ilusi. Ruang ialah jarak antara dua objek yang wujud di sekeliling kita. Ruang akan menentukan saiz sesuatu objek.
Contoh ruang pada objek buatan manusia Contoh ruang pada karya seni Contoh ruang pada alam semula jadi 53 Ruang boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni. 1.6.3 • Guru menyatakan ruang pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni.
INFO Garisan, rupa, bentuk, jalinan, dan warna memainkan peranan penting dalam mewujudkan ilusi ruang sesebuah karya seni visual. 54 Fungsi Ruang Penggunaan ruang yang baik dalam reka letak grafik akan menjadikan rekaan grafik lebih menarik. Nilai warna akan berubah mengikut jarak kedudukan sesuatu objek. Objek yang berada di hadapan lebih jelas warnanya berbanding yang di belakang. Objek hadapan akan kelihatan lebih besar berbanding objek yang berada pada bahagian belakang. Ruang dapat mempengaruhi saiz sesuatu objek. 1. Ruang dapat menjadikan sesuatu rekaan grafik seimbang. 2. Ruang dapat menentukan nilai warna. 3.
Perkaitan Ruang dan Perspektif 55 Titik lenyap Garis mengufuk 1.6.4 • Guru membimbing murid melukis perspektif satu titik lenyap. Perbezaan jarak, kedudukan, saiz dan warna sesuatu objek dapat menimbulkan ruang. Susunan objek yang dilihat dari suatu sudut pandangan dikenali sebagai perspektif. Hasil karya perspektif satu titik lenyap
PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 56 1.6.5 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. Tanggalkan besi penyepit baju. 1 Gamkan kayu penyepit baju sebagai tapak. 2 Gamkan beberapa set penyepit baju sehingga tinggi. 5 Bekas Lilin Sepitkan hujung empat penyepit baju menjadi bentuk segi empat. Ulangi langkah ini sehingga mendapat beberapa set. 3 Gamkan set penyepit baju pada tapak. 4 Aplikasi Seni Alat dan Bahan: Penyepit baju Gam
Alat dan Bahan: 1. Kertas warna 2. Kotak 3. Pensel 4. Pemadam 5. Gam 6. Gunting 7. Pisau NT 8. Polistirena Lakarkan rupa pada kertas warna. 1 Guntingkan lakaran rupa. 2 Potongkan polistirena nipis dengan pisau NT. 3 PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 57 1.6.6 • Guru membimbing murid mengaplikasikan ruang dalam penghasilan karya. Aplikasi Seni
Tampalkan polistirena nipis pada belakang rupa dengan gam. 4 Susun dan tampalkan rupa pada kotak mengikut kreativiti. 5 Laman Impian 58 Hiaskan kotak dengan rupa yang dihasilkan. 6
1. Pamerkan hasil karya kamu kepada rakan-rakan di hadapan kelas. 2. Minta pendapat rakan-rakan berkenaan hasil karya kamu itu. Hasil Karya INFO Perspektif terbahagi kepada tiga jenis, iaitu satu titik lenyap, dua titik lenyap dan tiga titik lenyap. 59 1.6.7 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. RUMUSAN Ruang merupakan unsur seni yang wujud tanpa kita sedari. Ruang wujud apabila adanya jarak antara sesuatu objek. Penggunaan ruang sangat penting dalam penghasilan karya. Susunan jauh dan dekat sesuatu imej di dalam karya akan menimbulkan ruang. Unsur ruang amat penting kerana dengan adanya ruang, sesuatu objek akan lebih tersusun dan menjadikan karya lebih jelas untuk dilihat. Penggunaan ruang yang baik juga dapat mengelakkan karya daripada kelihatan padat, rapat dan tidak tersusun. Di dalam karya seni visual, ruang dapat menjadikan objek di hadapan kelihatan lebih besar berbanding daripada objek di belakang. Nilai warna sesuatu objek juga dapat ditentukan melalui ruang.
60 Latihan 1 Tuliskan jenis ruang berdasarkan gambar di bawah. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
61 Latihan 2 Hasilkan kiub dengan perspektif satu titik lenyap mengikut panduan langkah-langkah berikut dan warnakan. Lukiskan kiub kamu 4 1 2 3 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
Standard Kandungan 2.1 Pemahaman terhadap harmoni. 2.2 Pemahaman terhadap kontra. 2.3 Pemahaman terhadap penegasan. 2.4 Pemahaman terhadap kepelbagaian. 2.5 Pemahaman terhadap imbangan. 2.6 Pemahaman terhadap kesatuan. 2.7 Pemahaman terhadap irama dan pergerakan. Harmoni ialah satu gubahan unsur seni yang melibatkan susunan atau ulangan yang menarik. Penegasan merupakan satu fokus atau penumpuan terhadap unsur seni mahupun imej yang lebih menonjol jika dibandingkan dengan yang lain. MODUL 2 62
Imbangan merujuk kepada sesuatu yang seimbang dari segi gubahan, berat, tarikan dan tumpuan yang terdapat di dalam sesuatu susunan unsur seni. Irama dan pergerakan merupakan keadaan sesuatu objek yang tampak bergerak, bergoyang, bergetar, bergegar, berayun dan bersinar. Kepelbagaian merujuk kepada penggunaan unsur seni, prinsip rekaan dan juga idea yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Kesatuan merujuk kepada satu susunan yang mempunyai tema dan idea yang sama. 63
INFO INFO INFO Harmoni dapat menimbulkan kesan keselesaan, kesesuaian, kesatuan dan keseragaman pada alam semula jadi mahupun sesuatu hasil seni. Harmoni yang wujud dalam alam semula jadi akan dapat menarik perhatian serta memberi kesan ketenangan. Ciri-ciri Harmoni Harmoni pada rupa dan garisan Harmoni pada jalinan dan warna Harmoni pada bentuk dan ruang 64 2.1.1 • Guru menjelaskan maksud harmoni. STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya: 2.1.1 Menjelaskan maksud harmoni. 2.1.2 Menyatakan ciri-ciri harmoni pada: i. Alam semula jadi ii. Objek buatan manusia iii. Karya seni 2.1.3 Memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. 2.1.4 Mengaplikasikan harmoni dalam penghasilan karya. 2.1.5 Mempamerkan hasil karya. Harmoni ialah satu gubahan unsur seni yang melibatkan susunan atau ulangan yang menarik. Harmoni boleh dilihat dari segi garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Unit 1
Contoh harmoni pada objek buatan manusia Contoh harmoni pada karya seni Contoh harmoni pada alam semula jadi Harmoni boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni. 65 2.1.2 • Guru menyatakan ciri-ciri harmoni pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni.
PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 66 Quilling Anggur 2.1.3 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. Aplikasi Seni Lakarkan rupa anggur. 1 Gamkan hujung kertas quilling. Ulangi langkah sehingga mendapat seberapa banyak gulungan kertas quilling. Gamkan gulungan kertas quilling pada lakaran rupa anggur sehingga penuh. 5 6 Masukkan kertas quilling ke dalam jarum quilling dan gulungkannya. Guntingkan lakaran rupa anggur. 3 4 Warnakan rupa daun dengan pensel warna. 2 Alat dan Bahan: 1. Kertas lukisan 2. Kertas quilling 3. Pensel warna 4. Gam 5. Gunting 6. Jarum quilling
67 2.1.4 • Guru membimbing murid mengaplikasikan harmoni dalam penghasilan karya. Aplikasi Seni Lipatkan kertas warna kepada tiga bahagian. 1 Susunkan kertas warna dan lipatkannya kepada dua bahagian. 3 Lipatkan kertas warna sebanyak dua kali lagi. 4 Alat dan Bahan: 1. Kertas warna 2. Pensel 3. Pen 4. Gunting 5. Gam Guntingkan tiga bahagian kertas warna. 2
68 PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Lakarkan separuh rupa hati pada kertas warna. 5 Guntingkan lakaran rupa hati. 6 Lakarkan hiasan pada kertas warna. 7 Mahkota Hati 8 Gamkan kertas warna.
1. Pamerkan hasil karya kamu kepada rakan-rakan di hadapan kelas. 2. Minta pendapat rakan-rakan berkenaan hasil karya kamu itu. INFO INFO INFO Harmoni terhasil INFO apabila sesuatu unsur seni diulang atau disusun mengikut cara yang tertentu. Pengulangan dan susunan yang terancang dapat menghasilkan harmoni. 69 Hasil Karya RUMUSAN Harmoni merupakan prinsip rekaan yang terdapat pada alam semula jadi mahupun objek buatan manusia. Harmoni dapat memberikan kesan kesatuan dan keseragaman. Harmoni dari segi warna akan dapat memberi ketenangan serta kedamaian. Prinsip harmoni ini sesuai diaplikasikan dalam penghasilan karya bagi memperlihatkan kesatuan dalam penghasilannya. 2.1.5 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. Bincangkan unsur seni yang mewujudkan harmoni pada gambar di sebelah.
70 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. Latihan 1 Warnakan lakaran berikut untuk menimbulkan kesan warna harmoni.
Rupa Bentuk Jalinan Warna Garisan Ruang Aplikasi Harmoni • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. 71 Latihan 2 Labelkan gambar dengan jawapan yang telah diberi.
INFO Fungsi kontra INFO adalah untuk menarik perhatian, mewujudkan penegasan, memberi titik tumpu atau fokus dan mengelakkan kebosanan. Kontra ialah gubahan yang bertentangan dengan unsur seni yang terdapat di sekelilingnya. Kontra wujud apabila terdapat perbezaan dari segi saiz, warna, bentuk, jalinan, jarak, ruang dan kedudukan di dalam sesuatu gubahan. Unit 2 72 2.2.1 • Guru menjelaskan maksud kontra. Ciri-ciri Kontra Kontra dari segi rupa dan saiz. Kontra dari segi rupa dan warna. Kontra dari segi garisan tebal dan nipis. STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya: 2.2.1 Menjelaskan maksud kontra. 2.2.2 Menyatakan ciri-ciri kontra pada: i. Alam semula jadi ii. Objek buatan manusia iii. Karya seni 2.2.3 Memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. 2.2.4 Mengaplikasikan kontra dalam penghasilan karya. 2.2.5 Mempamerkan hasil karya.
Kontra boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni. 73 2.2.2 • Guru menyatakan ciri-ciri kontra pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni. Contoh kontra pada objek buatan manusia Contoh kontra pada karya seni Contoh kontra pada alam semula jadi
Alat dan Bahan: 1. Gam 2. Gunting 3. Kertas warna 4. Tin aluminium 5. Botol air mineral 74 Aplikasi Seni Gamkan bentuk kon. 2 Lakarkan rupa kon dan guntingkannya. 1 Balutkan botol plastik dengan kertas warna. 3 Gamkan tin aluminium pada botol plastik. Roket Kitar Semula 6 Gamkan kon pada botol plastik. 4 Balutkan tin aluminium dengan kertas warna. Ulangi langkah ini pada dua tin aluminium lagi. 5 2.2.3 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti.
Aplikasi Seni Warnakan pinggan kertas dengan cat poster. 1 Susunkan kacang di atas pinggan kertas yang telah disapukan gam. 2 Guntingkan lakaran rumpai laut. 3 75 2.2.4 • Guru membimbing murid mengaplikasikan kontra dalam penghasilan karya. Alat dan Bahan: 1. Pinggan kertas 2. Kertas warna 3. Cat poster 4. Berus lukisan 5. Pensel 6. Gunting 7. Gam 8. Kacang
Gamkan rumpai laut pada pinggan kertas. 4 Lakarkan gambar ikan pada kertas warna. 5 Guntingkan lakaran gambar ikan. 6 Akuarium Ikan Gamkan gambar ikan pada pinggan kertas. 7 76 PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti.
1. Pamerkan hasil karya kamu kepada rakan-rakan di hadapan kelas. 2. Minta pendapat rakan-rakan berkenaan hasil karya kamu itu. Gabungan bentuk dan warna kontra lebih menarik dalam sesuatu hasil karya. Bincangkan. Hasil Karya RUMUSAN Kontra wujud apabila terdapat unsur atau elemen yang bertentangan di dalam sesuatu gubahan. Kontra dapat menimbulkan kesan yang menarik serta memberikan fokus dalam penghasilan karya. Prinsip kontra amat sesuai digunakan dalam penghasilan poster, pengiklanan dan juga karya catan kerana prinsip ini dapat menarik perhatian serta mengelakkan kebosanan. 77 INFO 2.2.5 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya. Kolaj berasal daripada perkataan Perancis iaitu coller yang bermaksud menampal dan gam. Kolaj melibatkan aktiviti gunting, koyak dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan sehingga menjadi gambar yang diinginkan.
78 Latihan 1 Tandakan (✓) pada gambar yang menunjukkan unsur seni kontra dan (✗) pada gambar yang bukan kontra. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
79 Latihan 2 Warnakan lakaran rupa berikut untuk menimbulkan kesan kontra. • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.
Ciri-ciri Penegasan STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya: 2.3.1 Menjelaskan maksud penegasan. 2.3.2 Menyatakan ciri-ciri penegasan pada: i. Alam semula jadi ii. Objek buatan manusia iii. Karya seni 2.3.3 Memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. 2.3.4 Mengaplikasikan penegasan dalam penghasilan karya. 2.3.5 Mempamerkan hasil karya. Penegasan dari segi garisan Penegasan dari segi ruang Penegasan dari segi bentuk Penegasan dari segi rupa Penegasan dari segi jalinan Penegasan dari segi warna 80 2.3.1 • Guru menjelaskan maksud penegasan. Penegasan merupakan satu fokus atau penumpuan terhadap unsur seni mahupun imej yang lebih menonjol jika dibandingkan dengan yang lain. Penegasan wujud apabila pandangan mata kita terarah kepada sesuatu imej yang lebih ketara berbanding imej-imej yang lain. Unit 3 INFO Penegasan dalam sesuatu hasil karya dapat menarik perhatian, memberi fokus dan mengelakkan kebosanan.
Contoh penegasan pada objek buatan manusia Contoh penegasan pada karya seni Contoh penegasan pada alam semula jadi Penegasan boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni. 81 2.3.2 • Guru menyatakan ciri-ciri penegasan pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni.
Cantumkan batang aiskrim dengan gam. 1 Ulangi langkah 1 sehingga mendapat saiz yang dikehendaki. 2 Lakarkan gambar pada batang aiskrim. 3 Gamkan tali pada bahagian belakang batang aiskrim. 5 Warnakan lakaran dengan cat poster. 4 Aplikasi Seni Hiasan Dinding PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. Alat dan Bahan: Batang aiskrim Gam Cat poster Pensel Tali 82 2.3.3 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya.
Aplikasi Seni Alat dan Bahan: 1. Kad 2. Kertas pembalut hadiah 3. Pensel 4. Pemadam 5. Gunting 6. Gam 7. Pita selofan Lipatkan kad dan bukanya semula. 1 Lakarkan rupa pokok pada bahagian tengah kad. 2 Lipatkan kad dan guntingkan bahagian dalam lakaran rupa. 3 Lakarkan rupa pokok pada kertas pembalut hadiah dan guntingkannya. 4 83 2.3.4 • Guru membimbing murid mengaplikasikan penegasan dalam penghasilan karya.
Lipatkan bahagian yang telah digunting ke dalam. 5 Gamkan bahagian belakang kad dengan sekeping kad lain. 6 Gamkan kertas pembalut hadiah pada kad. 7 Proses kemasan. 8 Kad Ucapan PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 84
1. Pamerkan hasil karya kamu kepada rakan-rakan di hadapan kelas. 2. Minta pendapat rakan-rakan berkenaan hasil karya kamu itu. Apakah persamaan dan perbezaan antara kontra dan penegasan? Hasil Karya RUMUSAN Penegasan merupakan satu penumpuan dan fokus terhadap sesuatu unsur seni mahupun imej yang dihasilkan. Melalui penegasan, karya seni akan menjadi lebih menarik kerana penumpuan mata kita akan memberi fokus terhadap sesuatu imej yang dibuat secara bertentangan sama ada dari segi saiz, warna, rupa mahupun bentuk. Pemilihan unsur seni yang ingin ditonjolkan amat memainkan peranan penting dalam menghasilkan prinsip penegasan yang baik. Hasilkan seberapa banyak kad ucapan pop-up bertemakan Hari Jadi, Hari Guru, Hari Bapa dan Hari Ibu. Jualkannya kepada rakan-rakan kelas. Asas Keusahawanan 85 2.3.5 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya.
86 • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti. Latihan 1 Tandakan (✓) pada gambar yang menunjukkan penegasan dan (✗) pada yang bukan penegasan.
87 Latihan 2 Hasilkan corak geometri menggunakan perisian Microsoft Paint di dalam komputer dengan menekankan prinsip rekaan penegasan dalam hasil akhir.
Ciri-ciri Kepelbagaian STANDARD PEMBELAJARAN Murid berupaya: 2.4.1 Menjelaskan maksud kepelbagaian. 2.4.2 Menyatakan ciri-ciri kepelbagaian pada: i. Alam semula jadi ii. Objek buatan manusia iii. Karya seni 2.4.3 Memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. 2.4.4 Mengaplikasikan kepelbagaian dalam penghasilan karya. 2.4.5 Mempamerkan hasil karya. Unit 4 INFO INFO Kepelbagaian berfungsi untuk menampilkan nilai estetik yang tinggi, menjadikan sesebuah karya seni tidak membosankan dan menimbulkan kesan kesinambungan dan kesatuan. Kepelbagaian merujuk kepada penggunaan unsur seni, prinsip rekaan dan juga idea yang pelbagai dalam sesuatu gubahan. Kepelbagaian juga merujuk kepada satu persembahan karya yang mempunyai banyak elemen untuk ditunjukkan. Kepelbagaian jenis garisan Kepelbagaian jenis jalinan Kepelbagaian jenis rupa dan bentuk Kepelbagaian jenis warna contohnya warna panas, sejuk dan kontra 88 2.4.1 • Guru menjelaskan maksud kepelbagaian.
Contoh kepelbagaian pada objek buatan manusia Contoh kepelbagaian pada karya seni Contoh kepelbagaian pada alam semula jadi Kepelbagaian boleh terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni. 89 2.4.2 • Guru menyatakan ciri-ciri kepelbagaian pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni.
PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 90 Lakarkan bentuk tangan pada kertas lukisan. 1 Cantumkan bahagian hujung kertas lukisan. Gamkan rupa hati dan daun pada rupa tangan. 5 6 Guntingkan lakaran. 2 Guntingkan sedikit bahagian hujung kertas lukisan. Lakarkan rupa hati dan daun pada kertas warna serta guntingkannya. 3 4 Alat dan Bahan: 1. Gam 2. Gunting 3. Pensel 4. Kertas lukisan 5. Kertas warna 2.4.3 • Guru membimbing murid memanipulasikan alat, bahan, proses dan teknik dalam aktiviti penghasilan karya. Pokok Tangan Aplikasi Seni
• Guru membimbing murid mengaplikasikan kontra dalam penghasilan karya. Aplikasi Seni Sediakan kotak mengikut saiz yang sesuai. 1 Warnakan bahagian latar belakang kotak dengan cat poster. 2 Tampalkan plastisin berbeza warna pada bahagian dasar kotak. 3 91 2.4.4 • Guru membimbing murid mengaplikasikan kepelbagaian dalam penghasilan karya. Alat dan Bahan: 1. Kotak 2. Gunting 3. Gam 4. Berus lukisan 5. Palet 6. Air 7. Plastisin 8. Batang aiskrim 9. Ranting 10. Span
Sediakan model kecil yang sesuai untuk diletakkan pada diorama seperti kerusi, pondok, jambatan dan pokok. 4 Susunkan dan letakkan model kecil mengikut kreativiti. 5 Diorama Taman Rekreasi PERHATIAN ! PERHATIAN ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti. 92
1. Pamerkan hasil karya kamu kepada rakan-rakan di hadapan kelas. 2. Minta pendapat rakan-rakan berkenaan hasil karya kamu itu. RUMUSAN Kepelbagaian merujuk kepada penggunaan pelbagai unsur seni dan idea dalam penghasilan sesebuah karya. Penggunaan pelbagai jenis garisan misalnya, akan dapat mewujudkan prinsip kepelbagaian. Prinsip kepelbagaian akan mewujudkan kesan yang menarik dalam sesebuah karya. Prinsip ini juga akan menjadikan karya lebih berestetik tinggi kerana mempunyai pelbagai unsur seni yang diaplikasikan dalam penghasilannya. Kepelbagaian juga dapat menjadikan karya tidak bosan untuk dilihat. Hasil Karya Mengapakah prinsip kepelbagaian tidak boleh digunakan secara keterlaluan dalam sesuatu hasil karya ? INFOINFO INFO INFO INFO Diorama merupakan sebuah model berbentuk tiga dimensi (3D) yang menggambarkan situasi sebenar dan biasanya terdapat di muzium untuk menceritakan peristiwa bersejarah. Namun, diorama moden pada masa kini biasanya berskala kecil. 93 2.4.5 • Guru membantu murid mempamerkan hasil karya.
94 Latihan 1 Tampalkan gambar atau lakarkan prinsip kepelbagaian objek buatan manusia dengan menggunakan pelbagai teknik dan media. Gosokan Capan Lukisan Catan Kepelbagaian Objek Buatan Manusia • Guru perlu membuat salinan halaman ini sebelum menjalankan aktiviti.