TUGASAN 1: PORTFOLIO
MUHAMMAD AIMAN BIN MAHMOR
TAHUN 2 (SEM 3)
IPG KAMPUS ILMU KHAS
ISI KANDUNGAN
1. Isi Kandungan……………………………………………………………………………. 1
2. Penghargaan……………………………………………………………………………… 2
3. Muka Depan Tugasan………………………………………………………………… 3
4. Soalan Tugasan………………………………………………………………………….. 4
5. Pengenalan 4 Bidang Kegiatan PSV…………………………………………….. 5
6. Bidang 1 (Menggambar) ……………………………………………………..... 6-37
7. Bidang 2 (Membuat Corak Dan Rekaan) ……………………………... 38-55
8. Bidang 3 (Membentuk Dan Membuat Binaan) ………………….… 56-70
9. Bidang 4 (Mengenal Kraf Tradisional) …………………………….…… 71-91
10. Refleksi ………………………………………………………………………………….. 92
11. Rujukan…………………………………………………………………………………… 93
1
Penghargaan
Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan.
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan izinnya, saya
dapat menyiapkan tugasan 1 PSVK 3242 iaitu penghasilan portfolio ini.
Sesungguhnya, terdapat berbagai-bagai cabaran yang saya hadapi
semasa menghasilkan tugasan ini. Namun begitu, dengan adanya
bantuan dari berbagai pihak, dapat juga saya menyiapkan tugasan ini
tepat pada masa yang telah ditetapkan.
Terimas kasih diucapkan kepada pensyarah saya, Puan Zainun
yang telah banyak memberi tunjuk ajar, membimbing dan membantu
saya dalam tugasan ini. Terima kasih juga kepada ibu dan bapa saya,
serta keluarga saya yang banyak memberikan bantuan dan sokongan
terutamanya dari segi kewangan semasa penghasilan porfolion ini.
Tidak dilupakan juga, rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak
membantu dalam memberikan idea-idea yang bernas dan pendapat
masing-masing dalam membuat portfolio ini. Terima kasih juga
kepada seorang rakan saya yang sentiasa memberikan sokongan
moral dalam penghasilan tugasan ini. Untuk tugasan besar dan
mengambil masa seperti portfolio ini, sokongan moral untuk sentiasa
bersemangat memainkan peranan yang sangat penting. Sekali lagi,
Ribuang terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.
Terima Kasih.
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR
JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
SEMESTER: 3 TUGASAN KERJA KURSUS: PORTFOLIO
TAHUN: 2020
KOD KURSUS PSVK3242
KURSUS BIDANG DAN PENTAKSIRAN PSV
Nama Pelajar MUHAMMAD AIMAN BIN MAHMOR
Angka Giliran 2019172340017
No Kad 000725-01-1381
Pengenalan G3.4
Kumpulan/ Unit
Nama Pensyarah PUAN ZAINUN BINTI ABU BAKAR
Tarikh Hantar 6/11/ 2020
Pengesahan Pelajar:
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah
telah saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)
Tanda Tangan Pelajar: Tarikh:
Markah:
2
Soalan Tugasan
3
Pengenalan
Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah
Rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu:
1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan
3. Membentuk dan Membuat Binaan
4. Mengenal Kraf Tradisional
Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat
dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik.
Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu.
1. Menggambar
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta
kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan
pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan
komposisi.
2. Membuat Corak dan Rekaan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara
untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak
dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang
kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.
3. Membentuk dan Membuat Binaan
Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap
aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Bidang
kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.
4. Mengenal Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang
melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisi turun-temurun. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa
jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air.
4
Bidang 1:
Menggambar
Menggambar merupakan salah satu
daripada 4 kegiatan PSV. Mari kita
meneroka tentang
• Definisi
• Alat dan bahan
• Teknik dan Proses Penghasilan
• Contoh karya
JOM!
5
Bidang 1: Menggambar
Definisi
Menggambar adalah kegiatan-kegiatan membentuk imej,
dengan menggunakan banyak pilihan teknik dan alat dengan
membuat tanda-tanda tertentu di atas permukaan media dengan
mengolah goresan dari alat gambar. Gambar merupakan karya
seni rupa dua dimensi yang berfungsi untuk untuk menerangkan
ataupun menjelaskan sesuatu.
Mengandungi komposisi Ilustrasi yang digunakan Gambaran huruf yang
artistik yang dihasilkan untuk menerangkan diterangkan dalam
melalui aplikasi warna di dengan lebih jelas bentuk grafik
atas permukaan rata tentang sesuatu objek
Representasi visual yang Gambar sebagai satu
dihasilkan dalam bentuk artifak yang menunjukkan
2 dimensi satu kecenderungan
terhadap sesuatu imej atau
objek
6
Mengenal Alat dan Bahan
Kertas Pelbagai Tekstur Surat Khabar Majalah
Sugar Paper Toilet Paper Kadbod
Kertas Tisu Pembalut Hadiah Sampul Surat
Gunting Alat Tulis Gam
7
Pengkokot Pita Pelekat Pelbagai Jenis Bahan Terbuang
Pensil Pelbagai Jenis Warna Pastel Warna Poster
Cat Minyak Warna Air Kapur Bewarna
Art Line Pelbagai Jenis Pelbagai Jenis Pen Cat Akrilik
8
Pisau Lino Krayon Lilin
Arang lukis Penyedut Minuman
Berus Lukisan Pelbagai Jenis Palet / Pembancuh Warna
9
Teknik-Teknik Menggambar
Catan Lukisan Kolaj Gurisan
Montaj Percikan Cetakan Resis Gosokan
Capan Stensilan Mozek Poster
Kanak-kanak mengalami pengalaman langsung
dengan deria ketika mggambar~bantu memahami
idea & mengkonstruk idea baru~menghubungkait
dengan subjek-subjek lain
10
1. Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media
kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. diaplikasikan
melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja
dengan pelbagai teknik
Teknik-Teknik Lukisan
Antara teknik-teknik yang digunakan dalam menghasilkan lukisan
termasuklah :
Garisan Contengan/Corek Gosokan
Titik-Titik Lorek Silang Pangkah
11
Proses Penghasilan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Lakarkan Lukis Padam
'Tulang' garisan garisan
sebagai yang lebih panduan
panduan tebal
Langkah 6
Langkah 4 Langkah 5
Lukis
Hasilkan Padam sedikit bayang-
"Shading" pada bahagian bayang di
kawasan
epal pada cerah untuk yang sesuai
bahagian gelap kesan
dan cerah pencahayaan
Scan Kod QR untuk video
Contoh Karya
12
2. Catan
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan
rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu. Ia juga adalah
ciptaan gambar yang berwarna yang mengaplikasikan pigmen dari satu media ke
atas permukaan contohnya media ke atas permukaan kertas, kanvas dan dinding.
Ia juga menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan
gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat
akrilik dengan pelbagai jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.
Proses Penghasilan Langkah 2
Langkah 1 Bancuh warna
air secara
Lukis
lakaran ringan(cair) dan
secara sapukan lapisan
minimal dan
pertama
nipis
Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5
Warna yang Warna yang Perincikan
terang gelap lukisan
dengan
digunakan tertumpu di kemas
untuk kawasan
bayang
kawasan
bercahaya 13
Teknik-Teknik Catan
Contoh Hasil Karya
14
3. Montaj
Montaj adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu
permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan.
Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-
mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema.
Proses Penghasilan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Pilih gambar Potong gambar Susun
yang menggunakan gambar di
atas helaian
bersesuaian gunting
dengan tema latar
belakang
Langkah 4 Langkah 5
Langkah 6
Selepas Potong
membuat bahagian Biarkan
keputusan kering, dan
akhir, gamkan yang karya anda
gambar terlebih telah siap
15
Scan QR Untuk video
Contoh Hasil Karya
16
4. Percikan
Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau
menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled granite-
style finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain.
Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah
dan kertas.
Proses Penghasilan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Letakkan Bancuhkan Celupkan
helaian daun warna air berus ke
diatas kertas dengan dalam
kepekatan bancuhan
Langkah 4 minima
Langkah 6
Percikkan Langkah 5
berus Alihkan
Biarkan helaian daun
menggunakan percikkan
sikat dan karya
kering anda siap
17
Scan Kod QR untuk Video
Contoh Hasil Karya Percikkan
18
5. Cetakan
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Imej atau gambar yang
dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan
rata. Ianya menggunakan acuan cetakan untuk menghasilkan satu atau
beberapa siri cetakan.
Proses Penghasilan Langkah 2 Langkah 3
Langkah 1 Gamkan Warnakan
benang tebal benang
Hasilkan dengan
lakaran mengikut warna air
mudah garisan
lukisan
Langkah 4 Langkah 5
Tekapkan Biarkan
kertas kering dan
karya anda
lukisan pada telah siap
bonjolan
benang
19
Jenis-jenis Cetakan
(a) Cetakan Timbulan (Relief)
(a) Cetakan Kayu
(b) Cetakan Kolaj
(c) Cetakan Kolograf
(b) Cetakan Stensil atau Skrin
(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua
(b) Kaedah Filem Leker
(c) Kaedah Skrin Foto
(d) Cetakan Sutera Saring
(c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar
(d) Cetakan Benaman (Intaglio)
(a) Kaedah Turisan (engraving)
(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)
(c) Kaedah Akuantin (aquantint)
(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)
(g) Cetakan Lino
20
6.Capan
Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori
cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan
bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu
permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan
menggunakan berbagai jenis bahan seperti capan bahan buangan, capan bahan
alam semulajadi (sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi
berbagai kesan jalinan pada hasil capan.
Proses Penghasilan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Potong Warnakan Capkan
batang permukaan bahagian
pelepah bewarna
pisang hujung pada kertas
dengan
warna air
Langkah 4 Langkah 5
Rancang Biarkan
susunan agar kering dan
membentuk hasil karya
anda telah
imej
siap
21
Hasil Karya
22
7.Stensilan
Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila
bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan
melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh
kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa
bentuk yang dihasilkan.
Proses Penghasilan Langkah 2
Langkah 1 Potong
bahagian
Lukis subjek yang akan
dengan diwarnakan
bentuk yang
berasingan
Langkah 3 Langkah 4
Letakkan kertas Alihkan kertas
dibawah dan yang dipotong,
warnakan dengan dan biarkan
span/tisu kering. Siap!
23
Scan Kod QR untuk stensilan pada kain
Hasil Karya
24
8.Kolaj
Kolaj bermakna potong/koyak/gunting, gam dan tampal sesuatu
bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas,
kain atau bahan lain di atas permukaan 2D dan disusun rawak
untuk menjadi satu komposisi.
Proses Penghasilan Langkah 2
Langkah 1 Koyak/potong
cebisan kertas
Lukis/cetak
bentuk yang warna dan
lekatkan secara
anda pilih
bertindih
Langkah 3
Lakukan
sehingga
menutupi
keseluruhan
bentuk buah
25
Scan Kod QR untuk teknik kolaj
Contoh Hasil Karya Kolaj Pelbagai Bahan
26
9.Gurisan
Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan
menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar
sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh
disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang
tebal melekat di atas kertas. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam yang boleh
digunakan untuk mengguris pada krayon tebal untuk memberikan berbagai kesan
yang berlainan pada garisan.
Proses Penghasilan
Langkah 1 Langkah 2
Warnakan Warnakan
kertas dengan sehingga
warna pastel memenuhi
permukaan kertas
dengan warna
berlainan
Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5
Warnakan Gunakan Bersihkan
lapisan kedua pencukil gigi habuk yang
dengan warna terhasil dan
untuk karya anda
hitam membuat
siap
gurisan
27
Scan Kod QR untuk video
Contoh Hasil karya
28
10.Resis
Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang
dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup
kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas
yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna yang disapu dan akan sentiasa
berwarna asal.
Proses Penghasilan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Lakarkan corak Lukiskan Warnakan
menggunakan semula corak bahagian
menggunakan kosong
pensel dengan
krayon warna air
Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6
Gunakan Gunakan warna Biarkan
warna yang yang berlainan kering dan
berlainan karya anda
agar lebih agar lebih
menarik siap
menarik
29
Jenis-Jenis Resis
Krayon resis Krayon resis Krayon resis Krayon resis
dengan warna air dengan warna dengan warna dengan dakwat
poster tempera basah
Krayon resis Kertas lilin resis Resis dengan kain Krayon resis batik
Resis dari warna Resis dari warna Resis dari kapur Resis dari kapur
air dan perekat air dan lilin biasa dan lilin(cara dan lilin(cara
getah(campuran ) positif ) negatif )
Contoh Hasil Karya Resis
30
11. Gosokan
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan
yang berjalinan. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk
merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Hasil cetakan dibuat
dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan
di atas suatu permukaan yang berjalin.
Proses Penghasilan
Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Lakarkan Letakkan kertas Lorekkan
subjek lukisan dia atas dengan
dengan pensil
pensel permukaan warna
bertekstur
Langkah 4 Langkah 5
Lakukan Lorek dengan
pada sedikit kuat
agar jalinan
permukaan yang terhasil
yang lebih jelas
berbeza
31
Teknik-Teknik Gosokan
Gosokan satu lapis Gosokan beberapa Gosokan beberapa
dan satu arah sahaja lapisan di atas kali dari arah dan
sudut yang berlainan
tempat yang sama
secara berulang kali
Gosokan secara Gosokan Gosokan monokrom -
pusingan menggunakan menggunakan warna
berbagai bagai warna
putih dan hitam
sahaja.
Gosokan potongan
kertas
Scan Kod QR untuk Video
Contoh Hasil Karya Gosokan
32
12.Mozek
Mozek adalah satu aktiviti guntingan, susunan, dan tampalan tanpa bertindih
anatara satu sama lain. Konsep mozek hampir sama dengan konsep kolaj, hanya
susunan tanpa bertindih sahaja yang membezakannya. Cebisan kertas berwarna
warnni yang digunting akan ditampal pada permukaan kertas bagi membentuk
satu rupa
Proses Penghasilan Langkah 2
Langkah 1 Potong kertas
warna
Lukis/print
bentuk berbentuk
petak
yang dipilih
Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5
Gamkan cebisan Lakukan Biarkan
secara tersusun sehinggan kering dan
memenuhi karya anda
(Mozek) ruangan telah siap
kosong
33
Contoh Karya Mozek
34
13. Poster
Poster berfungsi sebagai satu bentuk seni komunikasi yang berfungsi untuk
menyampaikan pengumuman, pemberitahuan dan pengiklanan. Untuk
menghasilkan poster, mestilah menentuan tema dan tajuk. Memahami tujuan
dan mesej yang hendak disampaikan. Menentukan jenis ilustrasi dan jenis
muka taip yang berkesan dan bersesuaian. Membuat beberapa lakaran kasar
dan kemudian pilih hasil terbaik. Merancang skima warna dan memilih
kombinasi warna yang dapat menarik perhatian dan seterusnya enghasilan
poster berdasarkan teknik dan media yang telah ditetapkan.
Proses Penghasilan Langkah 2 Langkah 3
Langkah 1 Buat lakaran Hasilkan
pada lukisan "Art Line"
Tetapkan
tema dan
mesej yang
ingin
disampaikan
Langkah 4 Langkah 5
Warnakan Tulis/lukis mesej
poster dengan dengan jelas dan
warna terang
dan menarik mudah dibaca
35
Contoh Hasil Karya poster
36
Bidang 2:
Membuat
Corak dan Rekaan
Membuat Corak dan Rekaan
merupakan salah satu daripada 4
kegiatan PSV. Mari kita meneroka
tentang
• Definisi
• Alat dan bahan
• Teknik dan Proses Penghasilan
• Contoh karya
JOM!
37
Bidang 2: Membuat Corak dan
Rekaan
Definisi
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid
memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan
mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan
rekaan tersebut boleh juga dipadankan dengan mana-mana
hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya.
Motif Corak dan Rekaan
Alam Bahan buatan Geometri
semulajadi manusia
Abjad Rupa barangan
kraf Malaysia
38
Mengenal Alat dan Bahan
Surat Khabar Getah Gelang Kain Putih
(Ikat dan Celup)
Kertas Warna Tisu Kadbod
Gunting Alat Tulis Gam
Warna Poster Lilin Berus
Palet Cat Minyak (Pualaman) Penyedut Minuman
39
Terdapat dua cara untuk mendapatkan
corak iaitu:
Corak Terancang
Corak terancang dibuat menggunakan motif yang
disusun dengan teratur dan dalam susunan
tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang
mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk
penggunaan garisan grid dalam penghasilan
corak.
Corak Tidak Terancang
Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas
tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh
dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup,
mengayak, menggolek dan sebagainya.
40
Aktiviti Corak Terancang
Resis Catan
Kolaj Kaligrafi
Cetakan Lukisan
Lipatan dan guntingan Capan
41
Jenis susunan dalam
corak terancang
Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi
menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan
garisan grid sebagai panduan.
Susunan Berselang Seli
Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di
antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu
menghasilkan corak yang menarik dan teratur.
42
Susunan Batu Bata
Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif
seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.
Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.
43
Susunan Sisik Ikan
Motif yang dihasilkan menyerupai sisik ikan yang berbentuk separa bulatan.
Motif ini berulang dan selalunya kelihatan seperti bertindih antara satu sama
lain
Corak Berpusat
Motif yang berpunca dari satu titik dan dikembangkan. Motif ini boleh
dihasilkan dalam bentuk bulat, segi empat, heksagon, oktagon dan
sebagainya.
44
Corak Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata
atau tidak. Motif yang dihasilkan boleh terdiri dalam bentuk yang sama
ataupun tidak
Susunan Orgee
45
Susunan Siku Keluang
Susunan Sendeng
46
Susunan Pucuk Rebung
Susunan Tapak Catur
47
Motif di dalam membuat corak dan
rekaan boleh didapati daripada:
1. Rupa atau bentuk daripada 2. Rupa atau bentuk asas seperti
alam ciptaan Ilahi persegi, bulat, bujur, segitiga
dan rupa geometri yang lain.
3. Rupa atau bentuk dari 4. Rupa atau bentuk angka dan
bahan buatan manusia huruf
5. Rupa atau bentuk kraf
tradisional.
48