The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by patrine7784, 2021-09-07 23:50:59

Edited Sejarah Tok Janggut by Livishaa

Edited Sejarah Tok Janggut by Livishaa

SK CONVENT MUAR

TOK JANGGUT

TOKOH KEMERDEKAAN MALAYSIA

MAKLUMAT INDIVIDU

LIVISHAA A/P KRISHNA MURTHI
4 DAHLIA

DIBIMBING OLEH:
PN.WAHIDA BT. ROSDI

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi –
tinggi penghargaan kepada Guru Sejarah saya, Puan
Wahida Bt Rosdi kerana sentiasa memberi bimbingan dan
tunjuk ajar untuk menyiapkan buku skrap digital ini.
Saya juga ingin mengucapkan ucapan terima kasih yang
tidak terhingga kepada kedua bapa saya En.Krishna Murthi,
ibu saya Pn.Patrine Prema kerana sering memberi nasihat
dan tunjuk ajar sepanjang saya mencari bahan untuk
menyiapakan buku skrap digital ini.
Tidak lupa juga kepada makcik saya Pn.Pavitra, yang tidak
pernah jemu melayan soalan saya dan mengajar cara – cara
untuk membina buku skrap digital ini.
Akhir kata, terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung dalam penghasilan buku
skrap digital ini.

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKASURAT

1.PENDAHULUAN 1-2
2.BIODATA TOK JANGGUT 3
3.PENDIDIKAN TOK JANGGUT 4
4.KERJAYA TOK JANGGUT 5
5.SUMBANGAN TOK JANGGUT 6
7-8
5.1 KEBANGKITAN TOK JANGGUT 9
6.PENUTUP 10
7.GALERI GAMBAR TOK JANGGUT 11
8.RUJUKAN

PENDAHULUAN

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah
Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki
dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan
Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.

Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada
Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari
1946.

Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak
sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa
mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari
1948 berjaya mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu;
kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak
kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta
menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat 1
tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk
Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres
Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 – 4 Mac 1946 di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh
tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato
Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba)
ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan
yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan
dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh
Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan
penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk
memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat,
memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya
dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta
kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian
Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang
mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-
raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang
Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi
9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan,
Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau
Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang
mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis
Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Salah seorang pejuang kemerdekaan yang akan saya kupas adalah Tok
Janggut.

2

BIODATA TOK JANGGUT

Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih
dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara
janggut sampai ke paras dada.
Beliau dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung
Jeram, Pasir Puteh, Kelantan.
Beliau ialah seorang penentang penjajahan British
yang terbunuh semasa menentang pengenaan
cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut
di Kelantan, Tanah Melayu.
Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang
menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

3

PENDIDIKAN TOK JANGGUT

Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan
mahir bersilat.Tok Janggut dikatakan ada pertalian
dengan Sultan Muhammad IV yang mana bonda
baginda diriwayatkan ialah adik beradik ayah atau
ibu Tok Janggut.Ada riwayat menyatakan bahawa
beliau ialah anak murid Tok Ku Paloh.

4

KERJAYA TOK JANGGUT

Secara amnya, setelah merujuk pelbagai sumber
bacaan, ia nyata bahawa Tok Janggut mahir dalam
ilmu persilatan.
Tok Janggut bekerja sebagai seoarang petani dan
peniaga. Beliau menetap di Kampung Nering,
Kelantan.

5

SUMBANGAN TOK JANGGUT

British memperkenalkan peraturan cukai tanah yang mewajibkan petani membayar
cukai tanah pada tahun 1915.Petani dikenakan pelbagai cukai yang membebankan
seperti cukai pokok kelapa yang berbuah,cukai pokok pinang,cukai daun sirih dan
ternakan lembu serta kerbau.
Kesukaran membayar cukai kerana pejabat cukai terletak di bandar.Penduduk yang
gagal membayar cukai akan di tangkap dan didenda.Sikap biadap pengawai British
yang bertugas menimbulkan kemarahan penduduk terhadap British.
Sentimen anti-British meningkat apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat
Islam berjihad menentang penjajah Barat.Tok Janggut menyahut seruan tersebut
dengan melancarkan penentangan terhadap British di Pasir Puteh.

6

KEBANGKITAN TOK JANGGUT

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik
Latiff, menggantikan Engku Besar. Engku Besar ialah cucu kepada Tengku Sri Maharaja
Long Seri Ibni Long Gafar Limbat yang memperoleh kuasa mentadbir kawasan timur
Kelantan secara turun-temurun. Keadaan bertambah buruk apabila Encik Latiff, pegawai
pentadbiran British yang berasal dari luar Kelantan menjalankan tugasnya dengan tegas,
khususnya dalam hal pengutipan cukai. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar
diwajibkan membayar cukai tanah. Dikatakan Sultan Kelantan mempunyai 3000 ekar tanah
dan para pembesarnya mempunyai sekurang-kurangnya beratus-ratus ekar tanah.
Keadaan ini juga tidak menyenangkan Sultan.

Engku Besar membuat perundingan dengan Tok Janggut, Haji Said, Che Sahak dan
Penghulu Adam, dan mereka bersama-sama memutuskan untuk tidak bekerjasama
dengan pihak British. Mereka mendapat sokongan sebilangan besar rakyat dan keadaan ini
membimbangkan Encik Latiff. Pada 29 April 1915, Encik Latiff mengarahkan sepasukan
polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk
bertemu dengan Tok Janggut. Dalam satu perkelahian yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah
terbunuh. Pegawai Daerah kemudiannya lari ke Kota Bharu dan melaporkan kepada sultan
bahawa Tok Janggut ingin memberontak dan merampas kuasa.

7

KEBANGKITAN TOK JANGGUT

Tok Janggut kemudian menghimpunkan pengikut-pengikutnya menuju ke Pasir Puteh.
Encik Latiff melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu
Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25
Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Pengikut Tok Janggut kemudiannya
mendirikan sebuah kerajaan yang didirikan di Pasir Puteh dengan Engku Besar Jeram
sebagai Raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai
Daerah.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan

menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Keadaan ini ditambah lagi oleh peristiwa

abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah

kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di

Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam

kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan

istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan. Pihak

perisikan Inggeris mengesyaki bahawa terdapat kerabat diraja dan orang besar Kelantan

yang membantu pemberontakan Tok Janggut. Antaranya ialah Tengku Chik Penambang

(Tengku Panglima Raja) dan Tengku Abdul Ja'far Ibni Sultan Muhammad II (Tengku Petra

Dalam Kebun).Tengku Abdul Ja'far yang sebelumnya memakai gelaran Tengku

Temenggong Kelantan melarikan diri ke Pattani apabila dinafikan hak menaiki takhta

Kelantan. 8

PENUTUP

Perjuangan Tok Janggut ini juga sebenarnya datangnya daripada semangat
pahlawan-pahlawan Pahang iaitu Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman serta
pengikut-pengikutnya. Kesemua pejuang-pejuang Pahang ini bersembunyi di
Terengganu, Kelantan dan Siam apabila British telah mempengaruhi Kerajaan
Pahang agar memusuhi mereka. Lantaran tidak mahu bertempur dengan bangsa
sendiri dan tidak mahu menderhaka kepada Sultan, akhirnya mereka melarikan diri
ke Terengganu, Kelantan dan seterusnya Siam

9

GALERI GAMBAR

10

RUJUKAN

1.Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and
Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan. Singapore University Press. ISBN
967169316X.
2.Laman web Perpustakaan Negara Malaysia
3.To' Janggut: legends, histories, and perceptions of the 1915 rebellion in ... By Cheah
Boon Kheng, Boon Kheng Cheah
4.Cheah Boon Kheng, 2006, ms 85
5. Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and
Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN
967169316X.
6. Islamic modernism in Malaya: the life and thought of Sayid Syekh al-Hadi, 1867-1934
7. Sejarah By Akashah Ismail
8. Journal of the Malaysian Branch of the R Asiatic Society, Volume 72
9. Cheah Boon Kheng (2006). To' Janggut (Old Long Beard) - Legends, Histories and
Perceptions of the 1915 Rebellion in Kelantan, Singapore University Press. ISBN
967169316X.

11


Click to View FlipBook Version