The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENDAPATKAN INSURANS KETIKA USIA MUDA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayumibalqis6, 2022-06-29 00:07:36

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENDAPATKAN INSURANS KETIKA USIA MUDA

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENDAPATKAN INSURANS KETIKA USIA MUDA

5 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU
MENDAPATKAN INSURANS KETIKA
USIA MUDA

SEBUT sahaja perkataan ‘insurans’ dan ia cukup untuk membuat kebanyakan
orang muda berasa jengkel. Ia dianggap sebagai satu proses membosankan yang
melibatkan banyak kertas kerja dan wang. Selain itu, orang muda, terutamanya
graduan baru, lebih menumpukan perhatian mereka kepada perkara lain seperti
mendapatkan telefon pintar terkini, membeli kereta, melabur dalam pasaran
hartanah, dan mendapat pekerjaan dengan gaji baik supaya mampu membayar
semua yang tersebut.

Orang muda biasanya mempunyai kesihatan yang baik dan jarang jatuh sakit. Ini
menyebabkan mereka tidak begitu memberi keutamaan kepada perlindungan
insurans seperti insurans nyawa dan kesihatan. Kebanyakan masanya, mereka
juga mempunyai ibu bapa yang sentiasa membantu mereka di samping
menyediakan wang sewaktu kecemasan. Oleh itu, mereka tidak terfikir untuk
mendapatkan insurans kesihatan buat diri sendiri.

Walau bagaimanapun, kejadian di mana anda dikejarkan ke hospital dalam
ambulans boleh berlaku, dan dalam keadaan ini, perkara terakhir yang anda ingin
risaukan adalah bagaimana anda mampu mambayar bil hospital yang mungkin
mencecah ratusan ribu. Kemalangan dan tragedi boleh berlaku pada bila-bila
masa, terutamanya apabila anda tidak menjangkanya.

Sebab sebab perlu mendaftar insurans di usia muda

1. Ia lebih murah untuk bermula awal
-Pelan dan pakej insurans adalah berbeza mengikut umur anda. Pada
asasnya, jika anda lebih muda, anda akan mendapat tawaran yang lebih
baik, iaitu perlindungan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

2. Jangan biarkan tempoh menunggu bagi insurans menjejaskan bila anda
boleh melakukan tuntutan bil
-ia akan memanfaatkan anda jika anda mendaftar awal untuk mendapat
insurans kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan, anda telah melalui
tempoh menunggu tersebut dan layak mendapat manfaat dengan serta-
merta.

3. Anda layak mendapat perlindungan yang lebih komprehensif

-Apabila anda lebih muda dan lebih sihat, lebih banyak pilihan disediakan
untuk anda, dan anda boleh memilih segala yang anda inginkan untuk pelan
perubatan anda.

4. Dapatkan ganjaran dengan bonus tanpa tuntutan
-Kebanyakan jenis insurans, termasuk insurans kereta, menawarkan bonus
tanpa tuntutan kepada pelanggan mereka. Pada asasnya, bonus tanpa
tuntutan adalah ganjaran yang ditawarkan kepada anda oleh syarikat
insurans kerana tidak melakukan sebarang tuntutan sepanjang tempoh
masa tertentu.

5. Dapatkan perlindungan awal daripada penyakit yang dikaitkan dengan
gaya hidup
-Gaya hidup kita sentiasa berubah – masa sekarang tidak sama seperti masa
20 hingga 30 tahun yang lalu. Kebanyakan golongan profesional hari ini
mempunyai gaya hidup tidak aktif yang menyebabkan mereka lebih mudah
terdedah kepada penyakit.

-Ketika anda masih muda, anda merasa kebal dan dapat pulih dengan cepat
apabila anda jatuh sakit. Namun demikian, apabila umur anda semakin
meningkat, badan anda tidak akan pulih pada kelajuan yang sama. Anda
tidak tahu bila sistem imun anda akan gagal. Oleh yang demikian, lebih baik
anda dapatkan insurans seawal yang boleh.


Click to View FlipBook Version