PERMAINAN
TRADISIONAL
KHO-KHO
MAHJONG
GALAH PANJANG
PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM DI MALAYSIA
NAMA
AHLI KUMPULAN:
BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR
MATRIK
1. SHARMENDRAN A/L LETCHUMANAN 291490
2. GOH EIK LING 291526
3. NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD JAMIL
4. ALIA NATASHA BINTI MOHD MASNAWI 291499
5. DAARSHINI A/P MUNIANDY 291501
6. NUR FARHANA BINTI ABD.RAHMAN 291507
291508
7. ANIS NUZAWANI BINTI HATA 291554
8. NUR ALIYA IZZATI BINTI MOHD REEZA 291583
9. NUR FARIHAH QISTINA BINTI FADZIL 291585
10. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ABDUL ANNAS 291590
NAMA PENSYARAH : DR. SITI ALWALIYAH MANSOR
SADN1033 - KENEGARAAN MALAYSIA (R)
ISI KANDUNGAN 4
5
Pengenalan 6
Latar Belakang Kajian 7
Objektif Kajian 8
Metodologi Kajian 9
Hasil Kajian 9
Kho Kho 10
11-12
Kaedah Saintifik 13
Cara Bermain 13
Peraturan Permainan 14
Galah Panjang 16
Kaedah Saintifik 17
Cara Bermain 17
Peraturan Permainan 18
Mahjong 19
Kaedah Saintifik 20 - 21
Cara Bermain
Peraturan Permainan 22
Refleksi Pelajar
Bibliografi/Lampiran
PENGENALAN
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai
kekayaan tradisi budaya yang menarik dan tersendiri.
Tradisi budaya Malaysia adalah gabungan masakan, adat
resam dan permainan tradisional pelbagai kumpulan
etnik di negara ini antara bangsa melayu, india, cina dan
lain-lain. Justeru Malaysia juga mempunyai pelbagai
permainan tradisional antara permainan tradisional yang
terkenal di Malaysia ialah Congkak, Wau, galah Panjang,
Mahjong dan Kho-Kho. Memandangkan kebanyakan
permainan dimainkan secara berkumpulan, ia memupuk
komunikasi dan persahabatan sesama jiran. Permainan
dahulunya dimainkan dengan kemeriahan dan semangat
yang sama seperti perayaan. Dalam semangat saingan
mesra, penduduk semua peringkat umur dari kampung
sekitar akan turun beramai-ramai ke tempat permainan
untuk mengambil bahagian atau menyaksikan kejohanan
itu Bermain permainan strategi seperti dam dan congkak
boleh membantu menajamkan pemikiran analitikal,
numerasi dan keupayaan untuk mengekalkan perhatian
LATAR BELAKANG
KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan
permainan tradisional pelbagai kaum yang terdapat
di Malaysia. Melalui kajian ini kita akan dapat
mengetahui dengan lebih lanjut jenis-jenis
permainan tradisional. Selain daripada itu, kajian
ini juga dapat memupuk semangat perpaduan
diantara kaum yang terdapat di Malaysia.
Diharapkan melalui kajian yang dijalankan ini,
lebih ramai kaum mendalami dan memahami
permainan tradisional kaum lain.
OBJEKTIF Bagi menjalankan kajian
KAJIAN yang bertemakan
Permainan Tradisi
Malaysia, kami telah
mengkaji tajuk
permiainan tradisi
memperkukuhan
perpaduan.
Objektif perpaduan masyarakat memperkukuhkan
perpaduan :
mengenal pasti kelebihan perpaduan antara
masyarakat.
membincangkan kesan-kesan wujudnya
perpaduan antara masyarakat
mengkaji langkah-langkah meningkatkan
perpaduan
membincangkan cara-cara menarikkan generasi
muda untuk berminat dalam permainan tradisi.
METODOLOGI
KAJIAN
Kajian ini dijalankan bagi mengetahui dan mendalami
kecenderungan minat dan persepsi pelajar bagi tiga
kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina terhadap
permainan tradisi yang kian dilupakan pada masa
kini. Bagi memudahkan proses pelaksanaan kajian dan
pemerhatian, borang soal selidik akan diedarkan
kepada pelajar melalui pautan google form untuk
mendapatkan data. Responden adalah pelajar
Universiti Utara Malaysia daripada pelbagai kaum
dan latar belakang keluarga. Soalan yang akan
dikemukakan dibahagikan kepada 3 fasa, di mana fasa
pertama adalah soalan demografi iaitu berkaitan
umur, jantina, bangsa, negeri dan sebagainya. Fasa
yang kedua tentang soalan pengetahuan dan
kefahaman tentang permainan tradisional manakala
fasa ketiga adalah soalan berkaitan bagaimana
langkah-langkah untuk mendekatkan diri setiap
pelajar untuk melibatkan diri dalam permainan
tradisi dan meminta responden untuk memberi
sedikit pendapat mereka berkaitan hal tersebut.
Semua maklumat akan digunakan untuk membuat
kajian dengan lebih terperinci bagi merungkai
permasalahan dan kecenderungan minat setiap pelajar
terhadap permainan tradisi.
HASIL KAJIANKekerapan bermain permainan tradisi dalam seminggu
Tidak Pernah
Sekali
Kadang-kadang
Setiap Hari 20% 40% 60%
0%
Kekangan pelajar untuk bermain permainan tradisi
50
40
30
20
10
0 Tidak tahu Tiada kawan Tiada alatan
cara bermain untuk bermain permainan untuk
Sibuk dengan
tugasan
bersama bermain
Langkah untuk meningkatkan kecenderugan pelajar terhadap
permainan tradisi
4.5% 4.6% 7.4%
Mengadakan aktiviti permainan tradisi
pada setiap minggu
Menyediakan alatan permainan di setiap
inasis
Memberi tunjuk ajar berkaitan cara
bermain
Menyediakan merit bagi setiap aktiviti
yang dilakukan
83.5%
Kaedah saintifik
Latar belakang
Menurut sumber (Budaya, 2022) Kho-Kho merupakan
permainan tradisional yang sangat popular dalam
kalangan kaum India dan permainan ini berasal dari
Maharashtra. Pada mulanya permainan Kho-Kho
dimainkan dengan menggunakan kereta kuda. Menurut
Ahli sejarah India, permainan ini adalah merupakan
pengubahsuaian daripada permainan yang dikenali
sebagai ‘lari dan kejar’. Seorang pemain akan berlari
mengejar dan akan menyentuh pemain lain. Permainan ini
memerlukan kecergasan fizikal yang kuat serta pergerakan
yang fleksibel untuk mengelak dari pemain yang lain.
Cara bermain
Permainan Kho-Kho ini merupakan permainan yang
mempunyai 12 orang pemain di dalam satu
kumpulan.Terdapat 2 giliran dalam permainan ini, Setiap
giliran diberi masa selama 7 minit untuk acara lari dan
kejar. Bagi kumpulan yang mengejar (Chaser), 8 pemain
akan berada di tengah setiap 8 kotak di padang
permainan.para pemain akan bertentangan secara
berselang.Manakala, pemain kesembilan akan bertindak
sebagai pengejar.Pengejar akan menyentuh pihak lawan
dan sesiapa yang telah disentuh oleh pengejar, pemain
tersebut akan tersingkir tanpa melakukan sebarang
"foul".Pengejar boleh menukarkan giliran dengan
menyentuh ahli pasukannya sambil berkata "Kho
Kho".Bagi setiap 2 giliran akan diberi masa sebanyak 5
minit masa rehat.Keluasan bagi petak padang diperlukan
sebanyak 27mX15m.
Keistimewaan permainan
Terdapat banyak nilai baik yang boleh kita diperolehi
daripada permainan Kho Kho ini, antaranya permainan ini
dapat membina sifat ketaatan, berdisiplin, sifat kesukanan
dan juga kesetiaan antara antara satu sama lain dalam
pasukan.
Peraturan permainan
Menurut (Nag, 2022) perlawanan Kho Kho ini dimulakan
dengan lambungan syiling. Setiap pasukan atau kumpulan
perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6 hingga 12 orang
pemain. Kebiasaannya pasukan pengejar atau dikenali
sebagai ‘chaser’ akan terdiri daripada 9 orang. 8 daripada
pemain tersebut akan mengambil posisi seperti duduk,
membongkok dalam lapan segi empat tepat yang kecil.
Kedudukan mereka adalah bertentangan secara
berselang-selang dan pemain yang ke 9 akan bertindak
sebagai pengejar. Pasukan pertahanan atau dikenali
sebagai ‘defender’ akan menghantar 3 orang pemain untuk
memulakan perlawanan. Sasaran pengejar adalah mereka
akan menyentuh pemain lawan dengan menggunakan
tapak tangan dan pemain lawan akan tersingkir jika
mereka terkena sentuhan tersebut tanpa melakukan ‘foul’.
Walau bagaimana pun, pergerakan pengejar adalah terhad
di mana mereka hanya boleh berlari ke arah langkah
pertama mereka dan tidak boleh melepasi lorong. Selain
itu, pemain pertahanan akan tersingkir jika mereka
melebihi had garisan dengan sendiri atau mereka lambat
sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran
mengejar dengan menyentuh ahli sambil berkata ‘Kho
Kho’. 5 minit masa rehat diberikan bagi setiap 2 giliran.
Dalam permainan Kho Kho ini terdapat juga konsep yang
menggunakan kad kuning dan kad merah. Kad akan
diberikan jika pemain berkelakuan tidak senonoh atau
pemain melakukan terjahan yang agresif atau kesalahan
teknikal yang lain. Keluasan kawasan padang yang
diperuntukan untuk permainan Kho Kho ini adalah
sebanyak 27mX15m.
KAEDAH SAINTIFIK
Galah Panjang adalah permainan yang dimainkan dengan berlari
melintasi garisan – garisan yang dihalang. Ia selalunya dimainkan
oleh kanak-kanak berumur 14 tahun kebawah tak kira lelaki
mahupun perempuan. Ia tidak dimainkan secara individu dan
mempunyai 2 buah kumpulan iaitu kumpulan bertahap dan
seterusnya kumpulan penyerang. Pemain di setiap kumpulan
hendaklah tidak kurang daripada 4 orang dan juga tidak melebihi
10 orang pemain. Setiap kumpulan mempunyai ketua kumpulan.
Galah Panjang ini juga selalunya dimainkan di tanah yang luas,
lapang dan rata. Tanah yang dimainkan mestilah berbentuk empat
persegi panjang, ukurannya pula dalam kira kira 15 meter panjang
dan 9 meter lebar tetapi boleh diubah mengikut kesesuaian dan
keadaan tanah yang dimain.
CARA Cara untuk main galah panjang ini adalah kedua dua
BERMAIN kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan kumpulan
bertahan mestilah berlawan. Bagi mengetahui
kumpulan mana yang kumpulan bertahan atau
kumpulan penyerang, ketua kumpulan mestilah main
wan tu som dan kumpulan yang menang akan menjadi
kumpulan penyerang. Sebelum memulakan permainan,
kumpulan penyerang mestilah berdiri sebaris di setiap
garisan. Manakala, setiap garisan perlu dikawal oleh
seorang dari pasukan bertahan dan tidak boleh keluar
dari garisan tersebut. Ketua kumpulan bertahan akan
menjaga garisan di tengah tapak.
Bagi menunjukkan permainan bermula, ketua
kumpulan penyerang akan menepuk tangan ketua
kumpulan bertahan. Selepas itu, penyerang akan
berlari melepasi dari garisan permulaan iaitu
dibahagian depan sekali hingga ke garisan di belakang
sekali atau garisan penamat dan kembali semula
kehadapan. Kumpulan bertahan pula pelu menghalang
kumpulan penyerang dari melintasi garisan garisan
tersebut. Ahli kumpulan yang disentuh oleh kumpulan
bertahan akan dikira “mati”.
KEISTIMEWAAN
GALAH PANJANG
Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan
kecerdasan minda dan intelektual pemain pemain. Hal
ini kerana mereka perlu memikir strategi untuk
melepasi setiap garisan yang dihalang tanpa ditahan
oleh pihak pelawan. Dan juga pihak bertahan perlu
menggunakan strategi yang bernas untuk menangkap
kumpulan penyerang daripada melepasi garisan yang
ditahan.
Selain itu, mereka juga memerlukan kepantasan
untuk bergerak dan secara tidak langsung permainan
ini dapat mengeluarkan peluh dan mnyihatkan tubuh
badan mereka. Selain itu, ia dapat memupuk
semangat sosialisasi dalam setiap pemain kerana
pemainan ini perlu bermain dalam kumpulan.
PERATURAN
PERMAINAN
Terdapat beberapa peraturan. Yang pertama ialah pemain kumpulan
penyerang dikira kalah jika berundur daripada garisan yang telah
dilepas. Setiap kumpulan akan mendapat satu markah atau mati jika
salah seorang pemain daripada kumpulan penyerang Berjaya
melintasi semua garisan dan kembali semula ke garisan permulaan.
Kumpulan mereka juga serta merta dikira menang. Selepas itu,
kumpulan akan bertukar peranan dan permainan akan dimainkan
semula. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi adalah pemenang.
LATAR MAHJONG
BELAKANG
Permainan ini dimainkan menggunakan
plastik berbentuk segitiga bujur yang tebal
atau kad. Terdapat 3 jenis buah mahjong
iaitu “Bing” “Tiao” dan “Wan”. Buah
mahjong ini berjumlah 108 biji tetapi
dibahagi kepada 4 set yang bernombor 1
higga 9. Ia juga mempunyai corak bunga
yang sama. Buah Mahjong ini kalau
mengikut tradisi, ia diperbuat daripada
tulang dan buluh. Pada zaman moden ini,
ia diubah dan dibuat menggunakan kad
yang tebal atau plastik.
CARA BERMAIN
Objektif permainan ini ialah setiap pemain
mestilah melengkap, membina dan
mengumpul set gabungan yang sama.
Pemenang dikira menang jika dapat
mengumpul kepingan yang lengkap iaitu 14
atau 17 keping Jubin yang sama.
KEISTIMEWAAN
Menurut sumber di CariGold, keistimewaan Mahjong ialah
permainan ini dapat merangsang bahagian otak yang
mengawal ingatan dan keupayaan berfikir setiap pemain.
Bagi warga emas yang masih bermain permainan ini, ia
dapat mengekalka daya ingatan mereka. Selain itu,
peraturan dan cara kiraan mahjong sangat mencabar
minda kerana ia menggunakan cara kompleks seperti
domino versi cina. Mahjong juga adalah salah satu
permainan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
antara pemain.
PERATURAN
PERMAINAN
Mahjong juga mempunyai
beberapa peraturan yang perlu
dipatuhi ketika bermain. Yang
pertama ialah permainan ini
melibatkan strategi, kemahiran
dan juga nasib. Pemain mestilah
duduk mengikut urutan arah jam.
Pada setiap Jubin masing –
masing. Pemain yang duduk
urutan utara, barat, selatan dan
timur memulakan pemainan
sebagai peniaga dan mendapat 14
kepingan Jubin. Manakala, pemain
biasa memulakan permainan
dengan hanya mendapat 13 keping
Jubin sahaja.
REFLEKSI PELAJAR
ALIA NATASHA BINTI MOHD MASNAWI (291501)
Walaupun pada masa kini, kita hidup di dalam dunia moden dan teknologi, saya
berharap agar rakyat Malaysia dapat terus menguasai permainan tradisional negara
kita yang pelbagai. Hal ini kerana, hanya sebahagian negara sahaja yang masih lagi
memelihara permainan tradisional mereka, dengan memelihara permainan
tradisional ini kita dapat dikenali di persada dunia oleh kerana keunikan negara kita.
Selain itu, saya berharap agar permainan tradisional dapat dimainkan bukan sahaja
sebagai permainan di rumah tetapi boleh dijadikan sukan yang dapat
dipertandingkan di antara sekolah-sekolah mahupun IPT.
DAARSHINI A/P MUNIANDY (291507)
Pengalaman yang saya dapat dengan membuat kajian tentang permainan ini adalah,
saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional yang
terdapat di Malaysia. Contohnya, seperti galah panjang, mahjung dan kho kho.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari kepentingan permainan tradisional untuk
generasi pada masa kini dan masa hadapan. Perasaan saya semasa dan selepas
melakukan kajian ini ialah saya berasa bangga kerana Malaysia mempunyai pelbagai
permainan tradisional untuk dipelajari oleh rakyat Malaysia. Permainan tradisional
di Malaysia ini bukan sahaja disanjung oleh rakyat Malaysia malah pelancong warga
asing juga meminatinya.
NUR FARIHAH QISTINA BINTI FADZIL (291585)
Semasa melakukan kajian ini, saya berasa bangga kerana telah dilahirkan di negara
yang mempunyai pelbagai jenis permainan tradisional dari setiap kaum yang ada di
negara ini. Permainan tradisional ini bukan saja dimainkan di negara Malaysia namun
turun dikenali di negara-negara luar juga. Jadi harapan saya adalah saya berharap
agar permainan tradisional ini akan terus dikekalkan agar generasi akan datang juga
akan dapat merasakan keindahan dan keseronokan dalam bermain permainan-
permainan tradisional dari setiap kaum yang ada di Negara Malaysia.
REFLEKSI PELAJAR
SHARMENDRAN A/L LETCHUMANAN (291490)
Selama saya membuat tugasan berkaitan permainan tradisional ini, saya dapat mempelajari pelbagai perkara
yang baru dan juga terkejut sebab orang dulu memang menggunakan masa lapang dengan baik dan juga
memberi memberapa perkara yang maanfaat untuk generasi yang akan datang tapi kita tidak menggunakan
kebaikan itu. Selain itu, semasa saya membuat tugasan ini saya dapat mengambil tahu permainan tradisional
bagi setiap kaum. Ini memberi saya satu kegembiraan sebab melalui perkara ini saya percaya bahawa saya
dapat mengeratkan hubungan saya bersama kawan dari agama lain.
Saya sebagai seorang generasi muda, selama ini saya pun seorang yang suka bermain ‘online game’ tapi lepas
ini saya ingin mencuba bermain permainan tradisional bersama kawan sebab jika tidak perkara ini akan
merosot. Saya bersedar bahawa kita perlu mengambil tahu permainan tradisional dan juga perlu mengajar
untuk generasi muda akan datang. Saya memang berasa bangga untuk sebut saya anak Malaysia sebab bagi
saya negara kita ada pelbagai kaum yang mempunyai permainan tradisional yang berbeza dan juga dapat
mempelajari tentang permainan tradisional kaum lain.
GOH EIK LING (291526)
Saya terdapat banyak pengetahuan semasa saya membuat tugasan yang bertajuk permainan
tradisional malaysia ini. Dalam kalangan generasi muda pada zaman ini, saya percaya majoriti
remaja tidak mempunyai pengetahuan tentang permainan tradisional termasuk saya sebelum
membuat tugasan ini.
Saya belajar jenis-jenis, cara-cara dan teknik oleh permianan tradisional yang dikaji oleh kumpulan
kita semasa pengajian . Saya berasa bangga sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan hidup
dengan harmoni dan bertoleransi antara kaum. Permainan Tradisional haruslah dipupuk dalam
kalangan remaja supaya dapat mamajukan negara dan mengeratkan hubungan antara kaum melalui
permainan tradisonal Malaysia.
ANIS NURZAWANI BINTI HATA (291554)
Berdasarkan tugasan yang telah dibuat, saya sebenarnya sangat bangga
kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang bukan hanya
daripada golongan melayu. Hal ini membuatkan saya kagum dengan
kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia kerana membolehkan kita
untuk mencuba permainan tradisional kaum lain.
REFLEKSI PELAJAR
NUR ALIYA IZZATI BINTI MOHD REEZA (291583)
Sebagai rakyat Malaysia, selepas saya menyiapkan tugasan ini bersama-sama
ahli kumpulan yang lain, perasaan kagum terhadap nenek moyang kita
semakin membuak-buak dalam diri. Permainan tradisional merupakan salah
satu budaya yang dibentuk oleh nenek moyang kita. Khazanah yang kita warisi
ini perlu dikekalkan untuk kebaikan negara dan generasi muda. Pada
pendapat saya, untuk membina negara yang maju, kemajuan ekonomi dan
kemajuan budaya mestilah seimbang. Oleh itu, saya berharap agar semua
pihak bersama-sama mengambil langkah untuk menaikkan semula permainan
tradisional agar ia tidak menjadi suatu perkara asing untuk generasi masa
depan dan supaya permianan tradisional ini kekal diketahui dipersada dunia.
NUR FARHANA BINTI ABD.RAHMAN (291508)
Berdasarkan tugasan yang telah dibuat, sebelum ini saya hanya mengenali
jenis permainan tradisional oleh kaum melayu sahaja tetapi selepas
membincangkan topik ini, saya dapat mengetahui perkara baharu iaitu
permainan tradisional oleh kaum lain seperti kaum cina dan kaum india. Minat
terhadap permainan tradisional semakin mendalam selepas mempelajarinya
lebih-lebih lagi selepas mengetahui cara bermain setiap permainan itu. Saya
berharap agar generasi muda zaman sekarang masih lagi minat dan
mengetahui tentang permainan tradisional supaya ia tidak disishkan pada
zaman kini dan akan datang.
MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ABDUL ANNAS (291590)
Sepanjang menyelesaikan tugasan ini, terdapat pelbagai ilmu dan
pengalaman yang baru untuk saya semasa menyiapkan tugasan ini.Antaranya
ialah, permainan tradisional merupakan simbolik utama bagi sesuatu kaum
dan merupakan sebuah identiti yang mereka boleh kagumi di kehidupan
seharian.Pada pendapat saya, permainan tradisional wajarlah tidak dilupakan
supaya generasi yang akan datang tidak melupakan permainan tradisional ini
kerana dimakan oleh zaman akibat daripada pesaingan yang sengit diantara
permainan millenium.Oleh itu, permainan tradisional ini haruslah
dititikberatkan oleh semua masyarakat di Malaysia supaya keharmonian
negara akan selalu berada di paras yang harmoni , aman dan makmur.
REFLEKSI PELAJAR
NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD JAMIL (291499)
Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kami berjaya menyelesaikan
tugasan ini dengan baik serta peranan dan kerjasama yang sangat bagus
ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan. Saya sangat tertarik dengan tajuk yang
dipilih kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk lebih
mengenali permainan-permainan tradisional daripada 3 kaum utama iaitu
Melayu, Cina dan India yang saya tidak pernah tahu akan kewujudan
permainan tersebut sebelum ini. Dalam masa yang sama, ia menarik minat
saya untuk mencuba kesemua permainan tradisional ini kerana terlihat begitu
menarik jika bermain bersama dengan rakan-rakan yang berbilang kaum di
Malaysia. Tambahan pula, ia semestinya dapat memupuk nilai perpaduan
serta mengekalkan warisan tradisi dan budaya. Akhir sekali, saya berharap
agar masyarakat sekarang terutamanya generasi muda seperti saya perlu
mengetahui tentang kepelbagaian permainan tradisional di Malaysia agar
permainan ini tetap dikenali oleh generasi yang akan datang.
BIBLIOGRAFI/LAMPIRAN
Seth Brown. (2014). Cara Main Mahjong, daripada
https://ms.actince.com/cara-main-mahjong/
Idham Lim. (2010) 11 Januari). Perkenalan tentang permainan mahjong
daripada
http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/perkenalan-tentang-
permainan-mahjong.html
Jabatan Warisan Negara, (2004). Permainan Tradisi
https://www.heritage.gov.my/adat- budaya/permainan-
tradisi.html
Valentine B Jenny. Permaian Tradisional. Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan. Academia
Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan Sekolah
Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia
Ayu Syazaneey, (2022) 15 Ogos). E-Majalah Permainan Tradisional
Melayu,
https://fliphtml5.com/exeph/xroy/basic
Budaya. (2022). Kho-kho - Seni dan Budaya Malaysia.
Retrieved December 25, 2022, from Google.com website:
https://sites.google.com/site/senidanbudayamalaysia/kho-kho
S ivik, L. (2022, December 25). Permainan Tradisional Di Malaysia:
India.
Retrieved December 25, 2022, from Blogspot.com website:
http://5lilyprojeksivik.blogspot.com/2014/04/permainan-tradisional-
di-
malaysiaindia.html#:~:text=Permainan%20Kho%2DKho%20membang
unkan%20sifat,dan%20kesetiaan%20antara%20ahli%20pasukan.