The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by blxckzjm, 2023-01-08 06:35:16

PERMAINAN TRADISIONAL (GROUP 3)

pdf_20230108_165534_0000

PERMAINAN
TRADISIONAL

KHO-KHO
MAHJONG
GALAH PANJANG

PERMAINAN TRADISIONAL
KAUM DI MALAYSIA

NAMA
AHLI KUMPULAN:

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR
MATRIK
1. SHARMENDRAN A/L LETCHUMANAN
2. GOH EIK LING 291490
3. NURUL NAJIHAH BINTI MOHAMAD JAMIL
291526

291499

4. ALIA NATASHA BINTI MOHD MASNAWI 291501
5. DAARSHINI A/P MUNIANDY 291507
6. NUR FARHANA BINTI ABD.RAHMAN 291508

7. ANIS NUZAWANI BINTI HATA 291554

8. NUR ALIYA IZZATI BINTI MOHD REEZA 291583

9. NUR FARIHAH QISTINA BINTI FADZIL 291585

10. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN ABDUL ANNAS 291590

NAMA PENSYARAH : DR. SITI ALWALIYAH MANSOR

SADN1033 - KENEGARAAN MALAYSIA (R)

ISI KANDUNGAN 4
5
Pengenalan 6
Latar Belakang Kajian 7
Objektif Kajian 8
Metodologi Kajian 9
Hasil Kajian 9
Kho Kho 10
11-12
Kaedah Saintifik 13
Cara Bermain 13
Peraturan Permainan 14
Galah Panjang 16
Kaedah Saintifik 17
Cara Bermain 17
Peraturan Permainan 18
Mahjong 19
Kaedah Saintifik 20 - 21
Cara Bermain
Peraturan Permainan 22

Refleksi Pelajar
Bibliografi/Lampiran

PENGENALAN

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai
kekayaan tradisi budaya yang menarik dan tersendiri.
Tradisi budaya Malaysia adalah gabungan masakan, adat
resam dan permainan tradisional pelbagai kumpulan
etnik di negara ini antara bangsa melayu, india, cina dan
lain-lain. Justeru Malaysia juga mempunyai pelbagai
permainan tradisional antara permainan tradisional yang
terkenal di Malaysia ialah Congkak, Wau, galah Panjang,
Mahjong dan Kho-Kho. Memandangkan kebanyakan
permainan dimainkan secara berkumpulan, ia memupuk
komunikasi dan persahabatan sesama jiran. Permainan
dahulunya dimainkan dengan kemeriahan dan semangat
yang sama seperti perayaan. Dalam semangat saingan
mesra, penduduk semua peringkat umur dari kampung
sekitar akan turun beramai-ramai ke tempat permainan
untuk mengambil bahagian atau menyaksikan kejohanan
itu Bermain permainan strategi seperti dam dan congkak
boleh membantu menajamkan pemikiran analitikal,
numerasi dan keupayaan untuk mengekalkan perhatian

LATAR BELAKANG
KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengetengahkan
permainan tradisional pelbagai kaum yang terdapat
di Malaysia. Melalui kajian ini kita akan dapat
mengetahui dengan lebih lanjut jenis-jenis
permainan tradisional. Selain daripada itu, kajian
ini juga dapat memupuk semangat perpaduan
diantara kaum yang terdapat di Malaysia.
Diharapkan melalui kajian yang dijalankan ini,
lebih ramai kaum mendalami dan memahami
permainan tradisional kaum lain.

OBJEKTIF Bagi menjalankan kajian
KAJIAN yang bertemakan
Permainan Tradisi

Malaysia, kami telah
mengkaji tajuk

permiainan tradisi
memperkukuhan

perpaduan.

Objektif perpaduan masyarakat memperkukuhkan
perpaduan :

mengenal pasti kelebihan perpaduan antara
masyarakat.
membincangkan kesan-kesan wujudnya
perpaduan antara masyarakat
mengkaji langkah-langkah meningkatkan
perpaduan
membincangkan cara-cara menarikkan generasi
muda untuk berminat dalam permainan tradisi.

METODOLOGI
KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengetahui dan mendalami
kecenderungan minat dan persepsi pelajar bagi tiga
kaum utama iaitu Melayu, India dan Cina terhadap


permainan tradisi yang kian dilupakan pada masa

kini. Bagi memudahkan proses pelaksanaan kajian dan
pemerhatian, borang soal selidik akan diedarkan
kepada pelajar melalui pautan google form untuk
mendapatkan data. Responden adalah pelajar
Universiti Utara Malaysia daripada pelbagai kaum
dan latar belakang keluarga. Soalan yang akan
dikemukakan dibahagikan kepada 3 fasa, di mana fasa
pertama adalah soalan demografi iaitu berkaitan
umur, jantina, bangsa, negeri dan sebagainya. Fasa
yang kedua tentang soalan pengetahuan dan
kefahaman tentang permainan tradisional manakala
fasa ketiga adalah soalan berkaitan bagaimana
langkah-langkah untuk mendekatkan diri setiap
pelajar untuk melibatkan diri dalam permainan
tradisi dan meminta responden untuk memberi
sedikit pendapat mereka berkaitan hal tersebut.
Semua maklumat akan digunakan untuk membuat
kajian dengan lebih terperinci bagi merungkai
permasalahan dan kecenderungan minat setiap pelajar
terhadap permainan tradisi.

HASIL KAJIANKekerapan bermain permainan tradisi dalam seminggu


Tidak Pernah
Sekali

Kadang-kadang

Setiap Hari 20% 40% 60%
0%

Kekangan pelajar untuk bermain permainan tradisi

50

40

30

20

10

0 Tidak tahu Tiada kawan Tiada alatan
cara bermain untuk bermain permainan untuk
Sibuk dengan
tugasan
bersama bermain








Langkah untuk meningkatkan kecenderugan pelajar terhadap

permainan tradisi





4.5% 4.6% 7.4%

Mengadakan aktiviti permainan tradisi
pada setiap minggu

Menyediakan alatan permainan di setiap
inasis

Memberi tunjuk ajar berkaitan cara
bermain

Menyediakan merit bagi setiap aktiviti
yang dilakukan



83.5%

Kaedah saintifik

Latar belakang

Menurut sumber (Budaya, 2022) Kho-Kho merupakan
permainan tradisional yang sangat popular dalam
kalangan kaum India dan permainan ini berasal dari
Maharashtra. Pada mulanya permainan Kho-Kho
dimainkan dengan menggunakan kereta kuda. Menurut
Ahli sejarah India, permainan ini adalah merupakan
pengubahsuaian daripada permainan yang dikenali
sebagai ‘lari dan kejar’. Seorang pemain akan berlari
mengejar dan akan menyentuh pemain lain. Permainan ini
memerlukan kecergasan fizikal yang kuat serta pergerakan
yang fleksibel untuk mengelak dari pemain yang lain

Cara bermain

Permainan Kho-Kho ini merupakan permainan yang
mempunyai 12 orang pemain di dalam satu
kumpulan.Terdapat 2 giliran dalam permainan ini, Setiap
giliran diberi masa selama 7 minit untuk acara lari dan
kejar. Bagi kumpulan yang mengejar (Chaser), 8 pemain
akan berada di tengah setiap 8 kotak di padang
permainan.para pemain akan bertentangan secara
berselang.Manakala, pemain kesembilan akan bertindak
sebagai pengejar.Pengejar akan menyentuh pihak lawan
dan sesiapa yang telah disentuh oleh pengejar, pemain
tersebut akan tersingkir tanpa melakukan sebarang
"foul".Pengejar boleh menukarkan giliran dengan
menyentuh ahli pasukannya sambil berkata "Kho
Kho".Bagi setiap 2 giliran akan diberi masa sebanyak 5
minit masa rehat.Keluasan petak padang diperlukan
sebanyak 27mX15m

Keistimewaan permainan

Terdapat banyak nilai baik yang boleh kita diperolehi
daripada permainan Kho Kho ini, antaranya permainan ini
dapat membina sifat ketaatan, berdisiplin, sifat kesukanan
dan juga kesetiaan antara antara satu sama lain dalam
pasukan.

Peraturan permainan

Menurut (Nag, 2022) perlawanan Kho Kho ini dimulakan
dengan lambungan syiling. Setiap pasukan atau kumpulan
perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6 hingga 12 orang
pemain. Kebiasaannya pasukan pengejar atau dikenali
sebagai ‘chaser’ akan terdiri daripada 9 orang. 8 daripada
pemain tersebut akan mengambil posisi seperti duduk,
membongkok dalam lapan segi empat tepat yang kecil.
Kedudukan mereka adalah bertentangan secara
berselang-selang dan pemain yang ke 9 akan bertindak
sebagai pengejar. Pasukan pertahanan atau dikenali
sebagai ‘defender’ akan menghantar 3 orang pemain untuk
memulakan perlawanan. Sasaran pengejar adalah mereka
akan menyentuh pemain lawan dengan menggunakan
tapak tangan dan pemain lawan akan tersingkir jika
mereka terkena sentuhan tersebut tanpa melakukan ‘foul’.

Walau bagaimana pun, pergerakan pengejar adalah terhad
di mana mereka hanya boleh berlari ke arah langkah
pertama mereka dan tidak boleh melepasi lorong. Selain
itu, pemain pertahanan akan tersingkir jika mereka
melebihi had garisan dengan sendiri atau mereka lambat
sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran
mengejar dengan menyentuh ahli sambil berkata ‘Kho
Kho’. 5 minit masa rehat diberikan bagi setiap 2 giliran.
Dalam permainan Kho Kho ini terdapat juga konsep yang
menggunakan kad kuning dan kad merah. Kad akan
diberikan jika pemain berkelakuan tidak senonoh atau
pemain melakukan terjahan yang agresif atau kesalahan
teknikal yang lain. Keluasan kawasan padang yang
diperuntukan untuk permainan Kho Kho ini adalah
sebanyak 27mX15m.

KAEDAH SAINTIFIK

Galah Panjang adalah permainan yang dimainkan dengan berlari
melintasi garisan – garisan yang dihalang. Ia selalunya dimainkan
oleh kanak-kanak berumur 14 tahun kebawah tak kira lelaki
mahupun perempuan. Ia tidak dimainkan secara individu dan
mempunyai 2 buah kumpulan iaitu kumpulan bertahap dan
seterusnya kumpulan penyerang. Pemain di setiap kumpulan
hendaklah tidak kurang daripada 4 orang dan juga tidak melebihi
10 orang pemain. Setiap kumpulan mempunyai ketua kumpulan.
Galah Panjang ini juga selalunya dimainkan di tanah yang luas,
lapang dan rata. Tanah yang dimainkan mestilah berbentuk empat
persegi panjang, ukurannya pula dalam kira kira 15 meter panjang
dan 9 meter lebar tetapi boleh diubah mengikut kesesuaian dan
keadaan tanah yang dimain.

CARA Cara untuk main galah panjang ini adalah kedua dua
BERMAIN kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan kumpulan
bertahan mestilah berlawan. Bagi mengetahui
kumpulan mana yang kumpulan bertahan atau
kumpulan penyerang, ketua kumpulan mestilah main
wan tu som dan kumpulan yang menang akan menjadi
kumpulan penyerang. Sebelum memulakan permainan,
kumpulan penyerang mestilah berdiri sebaris di setiap
garisan. Manakala, setiap garisan perlu dikawal oleh
seorang dari pasukan bertahan dan tidak boleh keluar
dari garisan tersebut. Ketua kumpulan bertahan akan
menjaga garisan di tengah tapak.

Bagi menunjukkan permainan bermula, ketua
kumpulan penyerang akan menepuk tangan ketua
kumpulan bertahan. Selepas itu, penyerang akan
berlari melepasi dari garisan permulaan iaitu
dibahagian depan sekali hingga ke garisan di belakang
sekali atau garisan penamat dan kembali semula
kehadapan. Kumpulan bertahan pula pelu menghalang
kumpulan penyerang dari melintasi garisan garisan
tersebut. Ahli kumpulan yang disentuh oleh kumpulan
bertahan akan dikira “mati”.

KEISTIMEWAAN
GALAH PANJANG

Permainan galah panjang ini dapat mengembangkan
kecerdasan minda dan intelektual pemain pemain. Hal
ini kerana mereka perlu memikir strategi untuk
melepasi setiap garisan yang dihalang tanpa ditahan
oleh pihak pelawan. Dan juga pihak bertahan perlu
menggunakan strategi yang bernas untuk menangkap
kumpulan penyerang daripada melepasi garisan yang
ditahan.

Selain itu, mereka juga memerlukan kepantasan
untuk bergerak dan secara tidak langsung permainan
ini dapat mengeluarkan peluh dan mnyihatkan tubuh
badan mereka. Selain itu, ia dapat memupuk
semangat sosialisasi dalam setiap pemain kerana
pemainan ini perlu bermain dalam kumpulan.

PERATURAN

PERMAINAN

Terdapat beberapa peraturan. Yang pertama ialah pemain kumpulan
penyerang dikira kalah jika berundur daripada garisan yang telah
dilepas. Setiap kumpulan akan mendapat satu markah atau mati jika
salah seorang pemain daripada kumpulan penyerang Berjaya
melintasi semua garisan dan kembali semula ke garisan permulaan.
Kumpulan mereka juga serta merta dikira menang. Selepas itu,
kumpulan akan bertukar peranan dan permainan akan dimainkan
semula. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi adalah pemenang.

LATAR MAHJONG
BELAKANG

Permainan ini dimainkan menggunakan
plastik berbentuk segitiga bujur yang tebal
atau kad. Terdapat 3 jenis buah mahjong
iaitu “Bing” “Tiao” dan “Wan”. Buah
mahjong ini berjumlah 108 biji tetapi
dibahagi kepada 4 set yang bernombor 1
higga 9. Ia juga mempunyai corak bunga
yang sama. Buah Mahjong ini kalau
mengikut tradisi, ia diperbuat daripada
tulang dan buluh. Pada zaman moden ini,
ia diubah dan dibuat menggunakan kad
yang tebal atau plastik.

CARA BERMAIN

Objektif permainan ini ialah setiap pemain
mestilah melengkap, membina dan
mengumpul set gabungan yang sama.
Pemenang dikira menang jika dapat
mengumpul kepingan yang lengkap iaitu 14
atau 17 keping Jubin yang sama.

KEISTIMEWAAN

Menurut sumber di CariGold, keistimewaan Mahjong ialah
permainan ini dapat merangsang bahagian otak yang
mengawal ingatan dan keupayaan berfikir setiap pemain.
Bagi warga emas yang masih bermain permainan ini, ia
dapat mengekalka daya ingatan mereka. Selain itu,
peraturan dan cara kiraan mahjong sangat mencabar
minda kerana ia menggunakan cara kompleks seperti
domino versi cina. Mahjong juga adalah salah satu
permainan yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim
antara pemain.

PERATURAN

PERMAINAN

Mahjong juga mempunyai

beberapa peraturan yang perlu

dipatuhi ketika bermain. Yang

pertama ialah permainan ini

melibatkan strategi, kemahiran

dan juga nasib. Pemain mestilah

duduk mengikut urutan arah jam.

Pada setiap Jubin masing –

masing. Pemain yang duduk

urutan utara, barat, selatan dan

timur memulakan pemainan

sebagai peniaga dan mendapat 14

kepingan Jubin. Manakala, pemain

biasa memulakan permainan

dengan hanya mendapat 13 keping

Jubin sahaja.

REFLEKSI PELAJAR

Pengalaman

Pengalaman yang kami dapat dengan membuat kajian tentang permainan ini adalah,
pertama kami dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang permainan
tradisional yang terdapat di Malaysia. Contohnya, seperti galah panjang, mahjung
dan kho kho. Selain itu, kami juga dapat mempelajari kepentingan permainan
tradisional untuk generasi pada masa kini dan masa hadapan. Antara
kepentingan,yang kami pelajari ialah permainan tradisional adalah aset budaya yang
harus kita banggakan sebagai rakyat Malaysia dan permainan tradisional ini dapat
mengukuhkan hubungan masyarakat berbilang kaum, ini adalah kerana permainan
tradisional sesuai dimainkan oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur. Akhir
sekali, pengalaman yang kami dapat melalui kajian ini ialah kami mendapat
semangat baru untuk mempertahankan dan menjaga keaslian permainan tradisional
kerana ini adalah tanggungjawab kita untuk menjaga keasliannya seperti mana yang
diajar oleh nenek moyang kita

Perasaan

Perasaan kami semasa dan selepas melakukan kajian ini ialah kami
merasa bangga kerana Malaysia mempunyai pelbagai permainan
tradisional untuk dipelajari oleh rakyat Malaysia. Permainan tradisional di
Malaysia ini bukan sahaja disanjung oleh rakyat Malaysia malah
pelancong warga asing juga meminatinya. Selain itu, kami berasa gembira
kerana generasi kini masih tidak melupakan permainan tradisional yang
ada di Malaysia. Perkara ini dapat dilihat terutamanya di sekolah pelajar
masih lagi bermain permainan tradisional seperti congkak pada masa
lapang. Kami juga bersyukur untuk lahir di negara Malaysia yang kaya
dengan pelbagai permainan tradisional dari pelbagai kaum.

REFLEKSI PELAJAR

Jangkaan

Walaupun pada masa kini, kita hidup di dalam dunia moden dan teknologi, kami
berharap agar rakyat Malaysia dapat terus menguasai permainan tradisional negara
kita yang pelbagai. Hal ini kerana, hanya sebahagian negara sahaja yang masih lagi
memelihara permainan tradisional mereka, dengan memelihara permainan
tradisional ini kita dapat dikenali di persada dunia oleh kerana keunikan negara kita.
Di samping itu, Malaysia dapat menjadikan permainan tradisional sebagai salah satu
daya tarikan pelancong dari negara luar. Kerajaan harus memperkenalkan lebih
banyak inisiatif untuk pelajar sekolah mengetahui tentang permainan tradisional ini
agar ianya tidak dilupakan oleh generasi pada masa akan datang. Kerajaan boleh
menjadikan permainan tradisional ini sebagai satu aktiviti kokurikulum di sekolah
dan mengadakan pertandingan supaya pelajar lebih berminat untuk menyertainya.

Harapan

Harapan kami ialah, agar rakyat Malaysia terutamanya warga belia untuk
mempelajari dan menguasai permainan tradisional di negara Malaysia. Selain
itu, kami juga berharap agar permainan tradisional dapat dimainkan bukan
sahaja sebagai permainan di rumah tetapi boleh dijadikan sukan yang dapat
dipertandingkan di antara sekolah-sekolah mahupun IPT. Ini adalah untuk
menarik lagi minat pelajar untuk mempelajari permainan tradisional. Di
samping itu, kami juga berharap agar permainan tradisional di Malaysia ini
dapat dikenali di persada dunia pada masa akan datang. Akhir kata, kami
berharap agar generasi akan datang tidak melupakan keaslian dan warisan
permainan tradisional yang terdapat di Malaysia ini.

BIBLIOGRAFI/LAMPIRAN

Seth Brown. (2014). Cara Main Mahjong, daripada
https://ms.actince.com/cara-main-mahjong/

Idham Lim. (2010) 11 Januari). Perkenalan tentang permainan mahjong
daripada

http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/perkenalan-tentang-
permainan-mahjong.html

Jabatan Warisan Negara, (2004). Permainan Tradisi
https://www.heritage.gov.my/adat- budaya/permainan-

tradisi.html



Valentine B Jenny. Permaian Tradisional. Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan. Academia



Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan Sekolah

Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Ayu Syazaneey, (2022) 15 Ogos). E-Majalah Permainan Tradisional
Melayu,

https://fliphtml5.com/exeph/xroy/basic

Budaya. (2022). Kho-kho - Seni dan Budaya Malaysia.
Retrieved December 25, 2022, from Google.com website:

https://sites.google.com/site/senidanbudayamalaysia/kho-kho



S‌ ivik, L. (2022, December 25). Permainan Tradisional Di Malaysia:
India.

Retrieved December 25, 2022, from Blogspot.com website:
http://5lilyprojeksivik.blogspot.com/2014/04/permainan-tradisional-
di-
malaysiaindia.html#:~:text=Permainan%20Kho%2DKho%20membang
unkan%20sifat,dan%20kesetiaan%20antara%20ahli%20pasukan.


Click to View FlipBook Version