The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anysssophilea, 2022-05-21 17:43:34

BAHAN PAMERAN INOVASI SK PEKAN TUARAN

PAMERAN INOVASI

Keywords: PAMERAN INOVASI

Projek inovasi ini dilaksanakan bagi menangani isu permasalahan beg berat dalam kalangan murid sekolah
rendah. Berdasarkan pemerhatian yang yang dilakukan terhadap murid di sekolah, didapati kebanyakan
murid kelihatan sukar membawa beg yang mereka bawa setiap hari dan berdasarkan temubual dengan
beberapa orang murid yang terpilih, mereka mengakui beg yang mereka bawa ke sekolah sememangnya
berat dan mendatangkan masalah kepada mereka untuk berjalan pergi dan pulang dari sekolah serta
menyebabkan lenguh pada bahagian bahu dan sakit pada bahagian belakang murid. Sehubungan dengan
itu, inovasi ini direkacipta untuk mengawal berat beg yang dibawa oleh murid pada setiap hari dengan
menetapkan had berat maksimum beg tidak melebihi 5kg bersesuaian dengan anggaran 10 peratus purata
berat badan kanak-kanak di tahap dua sekolah rendah. Inovasi ini diuji ke atas kumpulan murid yang
menjadi kumpulan eksperimen. Analisis temubual dan pemerhatian digunakan untuk melihat
keberkesanan projek inovasi ini. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat perubahan pada keseronokan
murid ke sekolah berbanding sebelum ini dan didapati murid lebih mudah bergerak tanpa merasa lenguh
atau sakit belakang. Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan inovasi ‘Ringing Bag Scale’ ini
dapat mengurangkan masalah yang timbul akibat beg murid yang terlalu berat dan meningkatkan
kesedaran murid, ibu bapa dan masyarakat tentang kesan buruk membawa beg yang berat kepada badan
murid untuk jangka masa yang panjang.

PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH

Pada awal tahun 2018, Kementerian Pendidikan Apabila isu permasalahan beg berat yang ditimbulkan
telah mengeluarkan laporan yang mengesahkan pada tahun 2018, mungkin ramai yang dapat
bahawa murid-murid di sekolah kebangsaan dan membayangkan bagaimana kesukaran murid dengan
vernakular menggalas beg sekolah terlalu berat berat badan 50 kilogram (kg) yang terpaksa menaiki
yang menyebabkan risiko mengalami masalah tangga setiap hari dengan beg galas seberat 10kg, lima
tulang belakang. Masalah itu bukan sahaja berlaku hari seminggu.
di Malaysia malah turut terjadi di negara-negara
lain di seluruh dunia. Fenomena itu adalah isu Dalam kajian yang dijalankan oleh Universiti Putra
global yang perlu ditangani dengan sewajarnya. Malaysia (UPM) mendapati 58.3 peratus murid sekolah
yang dikaji mengadu sakit belakang yang dikaitkan
Kajian Berat Beg Sekolah Murid Sekolah Rendah dengan membawa beg sekolah berat, selain ada kajian
oleh Kementerian Pendidikan pada tahun lalu mendedahkan masalah beban berat akan menyebabkan
mendapati buku teks dan buku aktiviti sekolah tulang belakang murid menjadi bengkok.
hanya menyumbang 28 peratus daripada berat beg
sekolah murid. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Berdasarkan pemerhatian juga, murid seringkali
Malik, berkata kajian itu mendapati lebihan 72 mengeluh beg yang mereka galas terlalu berat dan
peratus berat beg murid disumbangkan oleh menyukarkan mereka bergerak. Malah, ada yang
barangan lain. terpaksa menggalas beg mereka yang berat tersebut
dalam suatu jangka masa yang lama. Oleh itu kami
Ketika negara kita masih membuat kajian, sekolah mewujudkan satu alat penimbang beg yang sudah
di luar negara, termasuk di India dan Australia diubahsuai dengan menetapkan had berat maksimum
sudah lama mengeluarkan garis panduan untuk yang sesuai berdasarkan purata berat murid sekolah
guru dan ibu bapa mengatasi masalah beg berat ke rendah.
sekolah. Sehubungan dengan itu, kami mencipta
projek inovasi agar murid dan pihak sekolah dapat
mengetahui dan mematuhi beban beg sekolah yang
bersesuaian.

METODOLOGI

Ringing Bag Scale ini merupakan alat penimbang biasa yang telah dimodifikasi daripada alat penimbang

terbuang yang telah rosak dan diubahsuai dengan menetapkan timbangan sebarang benda yang ingin

ditimbang tidak melebihi had berat maksimum mengikut peratus purata berat badan kanak-kanak normal. Alat

ini beroperasi dengan menyambungkan litar elektrik yang dilengkapi dengan LED dan buzzer pada skala

timbangan sedia ada. Apabila berat beban yang ditimbang melebihi had maksimum yang telah ditetapkan pada

skala alat penimbang, litar elektrik lengkap akan terhasil dan seterusnya buzzer akan berbunyi dan LED akan

menyala. Ini menandakan bahawa berat beg terlalu berat dan perlu dikurangkan dengan apa cara sekalipun.

Had berat maksimum yang ditetapkan pada alat ini adalah mengikut anggaran berat 10 peratus purata berat

badan kanak-kanak dalam lingkungan umur 10 sehingga 12 tahun antara 35 - 50 kilogram iaitu sekitar 4

kilogram dan kurang daripada 5 kilogram. 10/100 x 40 kg = 4 kg

Sebagai langkah penambahbaikan projek, bangku kayu terbuang yang rosak telah

dimodifikasikan untuk digunakan sebagai tempat letak alat penimbang dan sebagai Murid yang mempunyai

sokongan kepada benda atau barang yang ditimbang agar tidak jatuh. Bahagian berat badan 40kg hanya
boleh membawa beban
bangku yang telah patah disambungkan dengan menggunakan skru dan paku agar beg ideal seberat 4kg
mengikut rekaan bentuk projek yang diinginkan dan kemudian bahagian belakang
tempat duduk bangku dilekatkan dengan alat penimbang. sahaja.

Buzzer Papan tanda
Hasilkan
bunyi apabila LED Membuat
Hasilkan ubahsuai
berat cahaya pada balance
melebihi 5 kg apabila beam alat
penimbang
Paip PVC berat yang telah
Memegang melebihi 5
rosak
papan kg
tanda dan
melindungi

wayar

Alat Penimbang Bangku kayu Menyambung
dengan had berat maksimum 5 kg Sebagai dan

Memasang buzzer tempat alat memasang
dan LED dan penimbang litar elektrik
disambungkan
dengan litar dan Memasang
elektrik serta penyokong tempat letak

memasang papan alat
tanda penimbang
dan sebagai
sokongan
benda yang
ditimbang

DAPATAN

Hasil dapatan pemerhatian dan temu bual yang dijalankan ke atas 30
orang murid yang dipilih secara rawak selepas mengaplikasikan Ringing
Bag Scale mendapati bahawa murid berasa lebih ringan, mudah bergerak,
seronok dan kurang berasa lenguh atau sakit pada bahagian belakang
badan mereka. Dapatan ini menunjukkan bahawa berat beg murid tidak
boleh melebihi 5 kilogram dan berat beg sekitar 4 kilogram dan ke bawah
adalah ideal untuk murid sekolah rendah sekiranya ingin mengurangkan
kesan kesakitan pada bahagian belakang badan murid. Dapatan temu
bula ini juga disokong melalui kajian Perrone, Orr, Hing, Milne & Pope
(2018) dan kajian Pawaskar, Patil, Patel, Dhaliwal & Wagh (2018) yang
menyatakan berat beg sekolah yang paling sesuai untuk murid sekolah
rendah adalah 10 peratus daripada berat badan murid.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Ringing Bag Scale merupakan penyelesaian kepada
masalah atau isu beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah
yang paling sesuai kerana alat ini membantu murid mengawal berat
beg mereka secara langsung apabila mereka menimbang berat beg
mereka menggunakan alat penimbang ini. Selain itu juga, alat inovasi
ini secara tidak langsung membenarkan murid menjadi lebih kreatif
dalam mengurangkan beban beg mereka apabila mereka mengetahui
kesesuaian berat beg yang mereka bawa ke sekolah.

Alat ini juga sekaligus boleh membantu mengelakkan atau
mengurangkan kesakitan pada bahagian belakang badan murid yang
memberi kesan buruk kepada tulang belakang mereka dalam jangka
masa yang panjang. Akhir sekali, alat ini akan dapat meningkatkan
kesedaran murid, ibu bapa dan masyarakat tentang kepentingan
mengatasi masalah berat beg murid yang melangkaui kemampuan
kanak-kanak dari segi berat dan saiz tubuh badan mereka serta
kesan-kesan buruk yang mungkin dihadapi anak-anak kecil ini dalam
jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Semua pihak harus
berusaha untuk menyelesaikan masalah beg berat demi masa depan
generasi muda kita.

Percubaan pertama untuk menguji fungsi alat inovasi


Click to View FlipBook Version