The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Laporan atau Kertas Projek untuk Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anysssophilea, 2022-05-21 17:34:57

KERTAS PROJEK INOVASI SK PEKAN TUARAN

Laporan atau Kertas Projek untuk Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Peringkat Kebangsaan

Keywords: Projek Inovasi

KERTAS PROJEK INOVASI
SK PEKAN TUARAN, SABAH

RINGING BAG SCALE

NAMA PESERTA:
NUR INSYIROH NABILAH BINTI ERWAN
PUTERI AR’SHIYA NUR’NAAZNEEN BINTI MADZAINI

NAMA PENASIHAT:
ANISAH BINTI ABD. SALAM

RINGING BAG SCALE

ABSTRAK

Projek inovasi ini dilaksanakan bagi menangani isu permasalahan beg
berat dalam kalangan murid sekolah rendah. Berdasarkan pemerhatian yang
yang dilakukan terhadap murid di sekolah, didapati kebanyakan murid
kelihatan sukar membawa beg yang mereka bawa setiap hari dan
berdasarkan temubual dengan beberapa orang murid yang terpilih, mereka
mengakui beg yang mereka bawa ke sekolah sememangnya berat dan
mendatangkan masalah kepada mereka untuk berjalan pergi dan pulang dari
sekolah serta menyebabkan lenguh pada bahagian bahu dan sakit pada
bahagian belakang murid. Sehubungan dengan itu, inovasi ini direkacipta
untuk mengawal berat beg yang dibawa oleh murid pada setiap hari dengan
menetapkan had berat maksimum beg tidak melebihi 5kg bersesuaian dengan
anggaran 10 peratus purata berat badan kanak-kanak di tahap dua sekolah
rendah. Inovasi ini diuji ke atas kumpulan murid yang menjadi kumpulan
eksperimen. Analisis temubual dan pemerhatian digunakan untuk melihat
keberkesanan projek inovasi ini. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat
perubahan pada keseronokan murid ke sekolah berbanding sebelum ini dan
didapati murid lebih mudah bergerak tanpa merasa lenguh atau sakit belakang.
Dengan ini, dapat dirumuskan bahawa penggunaan inovasi ‘Ringing Bag
Scale’ ini dapat mengurangkan masalah yang timbul akibat beg murid yang
terlalu berat dan meningkatkan kesedaran murid, ibu bapa dan masyarakat
tentang kesan buruk membawa beg yang berat kepada badan murid untuk
jangka masa yang panjang.

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurniaNya laporan projek ini dapat disempurnakan meskipun
berhadapan dengan pelbagai dugaan dan rintangan di sepanjang proses
menyiapkannya. Setinggi-tinggi penghargaan dengan penuh keikhlasan kami
tujukan khas kepada guru penasihat, Puan Anisah binti Abd. Salam di atas
bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan cadangan membina dalam menyiapkan
projek inovasi ini. Tidak lupa juga ucapan penghargaan dan terima kasih
ditujukan kepada Cikgu Idil bin Mohd Padzir dan Ustazah Norafsah binti
Awang Kati atas segala bantuan dalam penyediaan bahan, pandangan, idea
dan sokongan sehingga projek ini berjaya disiapkan. Kejayaan projek ini juga
dengan kerjasama pihak pentadbir sekolah, guru-guru dan para pelajar di
Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran, Sabah. Akhir sekali, kami dedikasikan
ribuan terima kasih dan penghargaan ini buat ibu dan bapa yang sentiasa
memberi semangat dan dorongan sepanjang proses menyiapkan projek ini.
Semoga sumbangan dan budi baik yang diberikan mendapat rahmat dan
ganjaran dariNya.

KANDUNGAN i
ii
ABSTRAK iii
PENGHARGAAN
KANDUNGAN 1
1
1.0 Pengenalan 3
1.1 Latar Belakang Kajian 4
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Masalah dan Objektif Kajian 6
1.4 Signifikan Kajian 8
1.5 Takrif Istilah 9
1.6 Skop dan Batasan Kajian
1.7 Perbandingan Kajian Lepas Metodologi

2.0 11
11 18
18
2.1 Reka Bentuk dan Perincian Projek 22
2.2 Bahan dan Alatan
2.3 Proses atau Prosedur 23
2.4 Pengumpulan Data 23
23
3.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
3.1 Pemerhatian 26
3.2 Temu bual 27

4.0 Kesimpulan 28
4.1 Cadangan Kajian Lanjutan
30
BIBLIOGRAFI

APENDIKS

1.0 PENGENALAN

Pembudayaan inovasi dalam kalangan pelajar sejajar dengan pendidikan
sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) semakin diterapkan
dalam kurikulum sekolah bagi meningkatkan daya saing dalam bidang
pembangunan teknologi. Menurut Alvin Toffler (1991), dunia menghadapi
perubahan mendadak pada dekad ini di mana generasi muda berada dalam
third wave of change. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan maklumat menjadi
nadi utama untuk terus berdaya saing dalam dunia revolusi industri zaman
kini. Sehubungan dengan itu, inovasi sangat diperlukan untuk menangani
perubahan drastik ini sekaligus meningkatkan kualiti hidup manusia di masa
hadapan.

Inovasi yang dihasilkan ini adalah hasil daripada penelitian persekitaran
sekolah dan seterusnya idea baru dibina untuk menghasilkan sesuatu
teknologi bagi menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Bahagian ini akan
membincangkan tentang latar belakang kajian, pernyataan masalah, signifikan
kajian, takrif istilah, skop kajian, batasan kajian dan perbandingan kajian
lepas.

1.1 Latar Belakang Projek

Sudah menjadi lumrah apabila bermulanya sesi persekolahan baharu,
sudah pasti akan dibangkitkan isu beg sekolah berat yang sering ditimbulkan
saban tahun. Pada awal tahun 2018, Kementerian Pendidikan telah
mengeluarkan laporan yang mengesahkan bahawa murid-murid di sekolah
kebangsaan dan vernakular menggalas beg sekolah terlalu berat yang
menyebabkan risiko mengalami masalah tulang belakang. Masalah itu bukan
sahaja berlaku di Malaysia malah turut terjadi di negara-negara lain di seluruh
dunia. Fenomena itu adalah isu global yang perlu ditangani dengan
sewajarnya.

1

Ahli Parlimen Australia, Luke Simpkins pernah membangkitkan isu beg
sekolah berat di negara itu dan menyifatkan beban yang dibawa murid
bersamaan dengan berat beg yang digunakan pelatih tentera ketika latihan
ketenteraan pada sekitar 1980-an. Menurut beliau, kanak-kanak yang
membawa beg lebih daripada 15 peratus berat badan mereka akan
berhadapan dengan masalah kerosakan tulang belakang kekal.

Antara saranan pihak kementerian untuk mengatasi isu ini adalah sekolah
perlu mematuhi piawaian antarabangsa mengenai beban yang boleh dibawa
murid berdasarkan usia dan berat badan mereka. Ia juga mencadangkan
murid hanya membawa buku yang berkaitan dengan jadual harian mereka.
Walaupun jadual buku teks telah disusun semula untuk mengurangkan berat
beg, nampaknya langkah itu tidak berkesan kerana sesetengah subjek
memerlukan empat hingga lima buku latihan, tidak termasuk buku teks.
Pelbagai cadangan daripada beberapa pihak dilaksanakan oleh pihak sekolah
namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Kajian Berat Beg Sekolah Murid Sekolah Rendah oleh Kementerian
Pendidikan pada tahun lalu mendapati buku teks dan buku aktiviti sekolah
hanya menyumbang 28 peratus daripada berat beg sekolah murid. Menteri
Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kajian itu mendapati lebihan 72 peratus
berat beg murid disumbangkan oleh barangan lain seperti alat tulis, buku kerja
swasta, uniform sekolah agama dan kokurikulum, bekalan makanan dan
minuman, gajet dan berat beg itu sendiri. Kementerian melaksanakan tiga
langkah segera bagi mengatasi isu beg berat itu termasuk mengeluarkan
Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan Surat Siaran sedia ada yang akan berkuat
kuasa pada Januari 2019 serta menggubal garis panduan kepada murid, guru,
ibu bapa, penjaga dan sekolah untuk dipatuhi berhubung isu itu.

Sehubungan dengan itu, bagi menyahut saranan dalam garis panduan
yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan khusunya ke arah inisiatif
pihak sekolah dalam menangani isu ini, penghasilan alat penimbang beg atau
bag scale untuk mengawal berat beg murid ini amatlah sesuai dan relevan
sebagai inovasi yang berguna untuk diaplikasikan di sekolah.

2

1.2 Pernyataan Masalah

Apabila isu permasalahan beg berat yang ditimbulkan pada tahun 2018,
mungkin ramai yang dapat membayangkan bagaimana kesukaran murid
dengan berat badan 50 kilogram (kg) yang terpaksa menaiki tangga setiap hari
dengan beg galas seberat 10kg, lima hari seminggu. Itulah senario 'terpaksa'
yang dihadapi murid sekolah rendah ketika ini. Untuk rekod, isu beg berat
sebenarnya heboh sejak 2007. Ketika negara kita masih membuat kajian,
sekolah di luar negara, termasuk di India dan Australia sudah lama
mengeluarkan garis panduan untuk guru dan ibu bapa mengatasi masalah
beg berat ke sekolah. Singapura, pula sudah lama menetapkan berat beg ke
sekolah mesti tidak boleh melebihi 10 atau 15 peratus daripada berat murid.
Maknanya, kalau murid itu beratnya 20 kilogram, dia tidak boleh memikul beg
lebih tiga 2 kilogram atau 3 kilogram untuk ke sekolah.

Malah dalam kajian lain oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) turut
mendapati 58.3 peratus murid sekolah yang dikaji mengadu sakit belakang
yang dikaitkan dengan membawa beg sekolah berat, selain ada kajian
mendedahkan masalah beban berat akan menyebabkan tulang belakang
murid menjadi bengkok. Sering kali, kanak-kanak tidak membawa beg sekolah
dengan betul yang turut meningkatkan risiko kecederaan. Beg sekolah yang
tidak digunakan dengan betul boleh mencederakan otot dan sendi serta akan
menyebabkan sakit belakang, leher dan bahu yang teruk serta masalah
postur. Berdasarkan pemerhatian juga, murid seringkali mengeluh beg yang
mereka galas terlalu berat dan menyukarkan mereka bergerak. Malah, ada
yang terpaksa menggalas beg mereka yang berat tersebut dalam suatu jangka
masa yang lama semasa menunggu bas atau pengangkutan awam untuk
pergi dan pulang sekolah kerana bimbang beg mereka hilang, dicuri atau
dilupakan.

Selain itu, masalah beg berat ini juga sudah lama diutarakan setiap kali
mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diadakan, di mana pihak ibu
bapa menyarankan beberapa langkah yang boleh diambil oleh pihak sekolah

3

dalam menangani isu ini namun langkah itu hanya berkesan dalam jangka
masa yang pendek sahaja. Cadangan beberapa pihak supaya disediakan
lokar di sekolah tidak dapat menyelesaikan masalah ini kerana murid perlu
membawa pulang buku untuk melakukan kerja rumah. Beg troli juga tidak
dapat menyelesaikan masalah kerana berat beg kosong jenis itu boleh
melebihi dua kilogram. Murid boleh menolaknya di tingkat bawah tetapi
apabila mendaki tangga, ia cukup berbahaya kepada keselamatan mereka.
Saranan agar buku-buku modul atau aktiviti dikurangkan juga pernah
dikemukakan namun keperluan ke atas bahan-bahan tersebut untuk sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisien menyebabkan cadangan
tersebut tidak mendapat sambutan.

Implikasi daripada permasalahan beg berat ini amatlah berat dan jikalau
sebarang tindakan tidak diambil, masalah tersebut akan berlarutan dan ini
akan memberi impak yang negatif terhadap prestasi murid, keseronokan
mereka ke sekolah, keselamatan dan kesihatan tubuh badan mereka di masa
hadapan. Sehubungan dengan itu, satu cara yang paling berkesan yang boleh
dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk mengawal berat beg murid dan
seterusnya memberi kesedaran tentang kesan jangka masa panjang
membawa beban yang melampau adalah dengan mewujudkan satu neraca
atau alat penimbang beg yang sudah diubahsuai dengan menetapkan had
berat maksimum yang sesuai berdasarkan purata berat murid sekolah rendah.

1.3 Masalah dan Objektif Kajian

Masalah atau Isu Utama

1. Isu permasalahan beg berat melebihi kemampuan dalam kalangan murid
sekolah rendah.

2. Keluhan dan aduan daripada murid-murid sekolah rendah tentang berat
beg yang menyebabkan lenguh pada bahagian bahu dan sakit pada
bahagian belakang.

4

3. Isu beg berat merupakan isu global yang bukan sahaja berlaku di Malaysia
malah turut terjadi di negara-negara lain di seluruh dunia

Objektif Kajian

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk:

1) Menangani isu permasalahan beg berat dalam kalangan murid sekolah
rendah.

2) Mengurangkan rasa lenguh atau sakit pada bahagian belakang badan
murid dan menambah keseronokan murid untuk ke sekolah.

3) Meningkatkan kesedaran murid, ibu bapa dan masyarakat tentang kesan
buruk membawa beg yang berat kepada badan murid untuk jangka masa
yang panjang.

1.4 Signifikan Kajian

Ringing Bag Scale merupakan suatu inovasi yang meleraikan kesukaran
dan jerit perih murid yang menanggung bebanan ke sekolah yang boleh
menyebabkan semakin ramai pesakit tulang belakang dalam kalangan
generasi muda sekaligus menyebabkan negara kehilangan rakyat yang
berproduktiviti dan menambahkan kos perubatan yang tidak sepatutnya.
Inovasi ini boleh digunakan di setiap sekolah untuk diguna pakai oleh murid
bagi mengetahui sama ada berat beg mereka sesuai atau melebihi had berat
maksimum yang telah ditetapkan mengikut purata berat murid sekolah rendah
setiap kali murid ke sekolah kerana inovasi ini boleh diletakkan di hadapan
pagar sekolah atau berdekatan dengan laluan masuk murid ke sekolah.
Justeru itu, murid boleh mengawal berat beg mereka dan menggunakan cara
yang sesuai untuk mengurangkan beban yang ada di dalam beg yang digalas.

5

Inovasi Ringing Bag Scale ini juga memberi kesedaran kepada murid dan ibu
bapa tentang pentingnya mengawal berat beg mereka bersesuaian dengan
berat badan demi masa depan yang lebih cerah.

Projek inovasi ini juga amat signifikan dalam memberi ruang bagi suatu
dimensi baru yang lebih segar lagi praktikal terhadap sistem pembelajaran dan
pendidikan negara. Selain memudahkan murid, projek ini juga membuka mata
dan minda pelbagai pihak dalam mengatasi isu beg berat ini dengan
mempelbagaikan pendekatan pembelajaran menggantikan buku teks dan
buku aktiviti, menyediakan kemudahan baharu di sekolah untuk kegunaan
murid atau mengambil inisiatif lain yang bersesuaian seterusnya meneroka
pembaharuan yang baru dalam pendidikan negara.

1.5 Takrif Istilah
1.5.1 Inovasi

Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau
perubahan. Menurut Rogers (1972), inovasi merupakan idea, amalan atau
objek yang dianggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan
inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama
oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk
inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan
sesuatu amalan. Zaltman, Duncan dan Holbeck (1973) menyatakan inovasi
ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang
menggunakannya. Berdasarkan pengertian ini, dapatlah dirumuskan bahawa
inovasi merupakan sesuatu penghasilan baru berbentuk maujud dengan
menggunakan idea atau unsur yang sedia ada.

1.5.2 Ringing

Merujuk kepada Cambridge University Press (2008), ring bermaksud
the sound a bell makes. Manakala terjemahan daripada Kamus Dwibahasa
Oxford Fajar Edisi Keenam (2017), ring atau ringing bermaksud berdering,

6

deringan atau nada. Ringing dalam projek inovasi ini bermaksud berdering
atau berbunyi merujuk kepada neraca timbangan yang berdering atau
berbunyi apabila berat beg melebihi berat yang telah ditetapkan iaitu 5
kilogram.
1.5.3 Bag

Bag atau beg didefinisikan sebagai sejenis bekas yang dapat mengisi
barang yang diperbuat daripada kain, kulit, plastik atau kertas dengan satu
atau dua pemegang atau tali bahu. Merujuk Cambridge University Press
(2008), bag bermaksud a container made of leather, plastic, or other material,
usually with a handle or handles, in which you carrypersonal things,
or clothes or other things that you need for travelling. Kamus Dwibahasa
Oxford Fajar Edisi Keenam (2017) menterjemahkan bag sebagai beg. Merujuk
kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (2005), beg didefiniskan sebagai bekas
untuk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku dan lain-lain
yang dibuat daripada kulit dan sebagainya. Bag atau beg dalam kajian projek
ini merujuk kepada beg sekolah murid yang mempunyai dua tali bahu untuk
menyimpan dan membawa buku serta barang keperluan sekolah yang digalas
oleh murid setiap hari ke sekolah.

1.5.4 Scale

Merujuk terjemahan Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keenam
(2017), scale bermaksud piring alat penimbang atau neraca. Dewan Bahasa
dan Pustaka (2005) mendefinisikan neraca sebagai alat untuk menimbang,
timbangan atau alat yang digunakan untuk mencari beratnya sesuatu benda.
Dalam kajian projek ini, scale merujuk kepada neraca atau alat penimbang
yang digunakan untuk menimbang dan melihat berat beg sekolah murid bagi
menentukan berat beg murid tidak melebihi had berat maksimum berdasarkan
purata berat murid iaitu tidak melebihi 5 kilogram.

7

1.6 Skop dan Batasan Kajian

Skop kajian ini tertumpu kepada penyelesaian masalah bagi isu berat beg
murid ke sekolah khususnya murid sekolah rendah dan fokus penciptaan
adalah untuk mengatasi masalah beg berat dalam kalangan murid yang
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Inovasi ini boleh digunakan untuk
suatu jangka masa yang panjang selagi tidak rosak oleh semua murid Sekolah
Kebangsaan Pekan Tuaran. Oleh kerana bahan yang digunakan adalah
bahan guna semula benda terbuang yang rosak, maka proses pembuatan alat
ini mudah dan dapat dibuat di rumah, di sekolah dan sebagainya. Kajian
projek ini hanya terbatas kepada murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pekan
Tuaran. Tiga kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berumur 10
hingga 12 tahun dengan berat antara 35 hingga 50 kilogram dipilih sebagai
kumpulan eksperimen penentuan had berat maksimum. Seramai tiga puluh
orang murid berumur sepuluh hingga 12 tahun dipilih secara rawak untuk
kajian keberkesanan alat inovasi. Kekangan dari segi masa untuk
menjalankan eksperimen adalah singkat bagi mendapatkan data yang lebih
banyak. Oleh itu, dapatan ini juga tidak boleh digeneralisasikan untuk
mana-mana sekolah tetapi boleh diguna pakai sekiranya terdapat persamaan
pada fokus projek.

8

1.7 Perbandingan Kajian Lepas

Kebimbangan masyarakat terhadap isu permasalahan beg berat dalam
kalangan murid terutama murid sekolah rendah merupakan suatu isu global
yang telah lama wujud. Isu ini hangat diperkatakan kerana terlalu ramai
anak-anak kecil yang kelihatan membawa beg sekolah yang lebih besar dan
berat dari saiz tubuh mereka. Dari sudut sains, keadaan ini akan
mempengaruhi kesihatan tubuh badan anak-anak muda kita dalam jangka
masa yang pendek dan juga jangka masa yang panjang. Berdasarkan kajian
Kabilmiharbi dan Santhirasegaram (2017), kesakitan leher dan bahagian
belakang badan wujud dalam kalangan murid sekolah berumur di antara 7
sehingga 9 tahun dan hampir 90 peratus daripada mereka mengalami
simptom tersebut. Masalah yang dikenalpasti adalah berpunca daripada
kesalahan menggalas beg sekolah, beg sekolah dengan berat berlebihan dan
menggalas beg sekolah dalam suatu jangka masa yang lama (Kabilmiharbi &
Santhirasegaram, 2017). Kajian pernah dilakukan sekitar 2007 yang
diterbitkan dalam Malaysian Journal of Medicine and Health Sciences Vol. 1
(1) Januari 2005, mendedahkan dengan jelas masalah beban beg sekolah dan
kesannya ke atas otot erector spinae dan sakit tulang belakang dalam
kalangan kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia.

Sering kali, kanak-kanak tidak mengambil peduli tentang cara membawa
beg sekolah dengan betul yang turut meningkatkan risiko kecederaan. Beg
sekolah yang tidak digunakan dengan betul biasanya dipengaruhi oleh berat
beg dan ini boleh mencederakan otot dan sendi serta akan menyebabkan sakit
belakang, leher dan bahu yang teruk serta masalah postur. Kedaan ini
memberi kesan buruk terutama pada badan anak-anak kecil ini yang
menganggu masa depan mereka. Dapatan kajian Beheshtipour, Jahanbin dan
Haghnegahdar (1897) menunjukkan terdapat perhubungan yang signifikan
antara berat badan murid dan berat beg mereka dengan masalah fizikal badan
kanak-kanak. Murid yang membawa beg yang berat cenderung untuk
mendapat kesakitan pada bahagian belakang badan dan pada bahu mereka.
Ini seterusnya menjejaskan postur badan murid ketika menggalas beg ke

9

sekolah yang disebabkan oleh adaptasi automatik badan kanak-kanak
terhadap berat beg yang mereka galas dengan melentikkan atau
membongkokkan badan (Devanarayanan & Parameshwaran, 2017). Dapatan
kajian Alghamdi, Nafee, El-Sayed & Alsaadi (2018) menunjukkan terdapat
perkaitan antara faktor berat beg sekolah murid dengan kesakitan bahagian
belakang dan keletihan atau kelelahan.

Bagi menangani pelbagai kesan buruk jangka masa panjang yang
disebabkan oleh beg sekolah yang berat, kawalan berat beg perlulah
dilakukan dan semua pihak perlu tahu dan sedar bahawa berat beg sekolah
yang paling sesuai untuk murid sekolah rendah adalah 10 peratus daripada
berat badan murid. Ini merupakan standard antarabangsa yang menetapkan
tahap beban beg yang sepatutnya bagi seorang murid berdasarkan umur dan
berat badan murid. Beban beg galas bagi murid sekolah semasa hari
persekolahan dicadangkan dalam anggaran 10 peratus ke 25 peratus
daripada berat badan dan lebih daripada itu akan memberikan impak negatif
terhadap badan mereka (Perrone, Orr, Hing, Milne & Pope, 2018). Dalam
kajian Pawaskar, Patil, Patel, Dhaliwal & Wagh (2018) ke atas 886 murid
sekolah rendah di antara umur 6 hingga 10 tahun, 82 peratus murid yang
membawa beg lebih daripada 10 peratus daripada berat badan mereka
mengadu mengalami kesakitan pada otot dan tulang belakang mereka.

Terdapat negara maju melabelkan sakit belakang sebagai bom jangka
yang akan membawa kesulitan kepada rakyat dan negara pada masa depan,
sekali gus mahu masalah menggalas beban berat yang menjadi punca
penyakit itu diatasi ketika rakyatnya masih berusia muda (Roodbandi,
Hajizadeh, Daneshvar, Asghari, Feyzi & Jalali, 2018). Oleh yang demikian,
aplikasi alat penimbang dengan kawalan berat yang telah disesuaikan
mengikut purata berat badan murid berkesan dalam menangani isu masalah
beg sekolah berat yang membimbangkan masyarakat di Malaysia.

10

2.0 METODOLOGI

2.1 Reka Bentuk dan Perincian Projek

Ringing Bag Scale ini merupakan alat penimbang biasa yang telah
dimodifikasi daripada alat penimbang terbuang yang telah rosak dan
diubahsuai dengan menetapkan timbangan sebarang benda yang ingin
ditimbang tidak melebihi had berat maksimum mengikut peratus purata berat
badan kanak-kanak normal. Alat ini beroperasi dengan menyambungkan litar
elektrik yang dilengkapi dengan LED dan buzzer pada skala timbangan sedia
ada. Apabila berat beban yang ditimbang melebihi had maksimum yang telah
ditetapkan pada skala alat penimbang, ia akan mengeluarkan bunyi dan
menghasilkan cahaya dan seterusnya menandakan bahawa berat beg terlalu
berat dan perlu dikurangkan dengan apa cara sekalipun.

Konsep STEM yang diterapkan dalam alat inovasi ini adalah sangat
ringkas iaitu prinsip asas Litar Elektrik. Tajuk berkaitan litar elektrik ini ada
disentuh dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam subjek
Sains tahun 4 (Sifat bahan; Konduktor dan penebat) dan juga Sains tahun 5
(Elektrik: Litar Elektrik Lengkap). Litar elektrik ialah laluan bagi arus elektrik
mengalir daripada sumber kuasa ke komponen elektronik (Norhayati, Mohd
Ramadhan dan Sabina 2018). Litar elektrik lengkap membenarkan arus
elektrik mengalir dari sumber tenaga elektrik ke komponen elektronik dan
kembali semula ke sumber tenaga elektrik. Litar elektrik lengkap terbentuk
apabila semua komponen disambungkan dengan wayar penyambung tanpa
terputus dan membolehkan komponen elektronik berfungsi. Komponen
elektronik yang digunakan dalam alat inovasi ini adalah seperti buzzer, LED
(Light-Emitting Diode), suis, wayar, bateri (sel kering), pemegang bateri dan
bongkah penyambung.

Susunan litar elektrik yang kami aplikasikan dalam alat inovasi ini adalah
litar selari. Dalam litar selari, komponen elektronik disusun selari, iaitu dalam
laluan yang berlainan. Dalam litar selari, tenaga elektrik mengalir melalui dua
atau lebih laluan. Jika satu komponen rosak, komponen yang lain akan terus

11

berfungsi. Suis digunakan untuk menyambungkan dan memutuskan litar
elektrik. Berikut merupakan komponen elektronik yang terdapat dalam alat
inovasi Ringing Bag Scale.

No. Komponen Simbol
1. Sel kering

2. Suis

3. Wayar

4. LED

5. Buzzer

Jadual 2.1 Komponen Elektronik

12

Idea di sebalik alat inovasi ini adalah sangat ringkas. Untuk menghasilkan
bunyi dan menyalakan LED, arus elektrik perlu mengalir dalam satu litar
elektrik lengkap. Jadi kami telah menyambungkan wayar daripada alat
penimbang kepada buzzer dan juga LED. Kedudukan bahagian skru di dalam
alat penimbang sebagai konduktor diubahsuai agar kaki keseimbangan
(balance beam) yang juga sebagai konduktor bertemu dengan skru yang telah
bersambung dengan wayar elektrik apabila timbangan mencapai 5 kilogram.
Apabila berat beg mencecah 5 kilogram, kaki keseimbangan (balance beam)
akan bercantum dengan skru dan menghasilakn litar elektrik lengkap,
seterusnya buzzer menghasilkan bunyi dan LED menyala secara serentak.
Berikut merupakan gambar rajah litar elektrik lengkap yang diaplikasikan
dalam alat inovasi ini.

Rajah 2.1 Gambar rajah litar elektrik lengkap

13

Had berat maksimum yang ditetapkan pada alat ini adalah mengikut
anggaran berat 10 peratus purata berat badan kanak-kanak dalam lingkungan
umur 10 sehingga 12 tahun antara 35 - 50 kilogram iaitu sekitar 4 kilogram dan
kurang daripada 5 kilogram. Berikut merupakan cara kiraan Matematik dalam
menetapkan had berat maksimum pada Ringing Bag Scale.

Formula:
10 / 100 x purata berat badan murid = had berat maksimum

Contoh:
10 / 100 x 40 kilogram = 4 kilogram
10 / 100 x 45 kilogram = 4.5 kilogram
10 / 100 x 49 kilogram = 4.9 kilogram

Selain itu juga, kami menggunakan alat penimbang analog bagi
memudahkan pemasangan litar elektrik dan komponen elektronik. Secara
keseluruhannya, alat inovasi ini mengaplikasikan sistem elektromekanal
kerana terdapat komponen elektronik berserta sistem mekanikal dalam alat
penimbang.

Sebagai langkah penambahbaikan projek, bangku kayu terbuang yang
rosak telah dimodifikasikan untuk digunakan sebagai tempat letak alat
penimbang dan sebagai sokongan kepada benda atau barang yang ditimbang
agar tidak jatuh. Bahagian bangku yang telah patah disambungkan dengan
menggunakan skru dan paku agar mengikut rekaan bentuk projek yang
diinginkan dan kemudian bahagian belakang tempat duduk bangku dilekatkan
dengan alat penimbang menggunakan hot glue gun.

14

Rajah 2.2 Langkah pertama: mengubahsuai alat penimbang terbuang dan
memasang litar elektrik

15

Rajah 2.3 Langkah kedua: Proses penambahbaikan alat penimbang dan
membuat modifikasi untuk mengoptimumkan aspek kebergunaan alat.

16

Buzzer Papan Tanda

Menghasilkan LED
bunyi apabila Menghasilkan
berat melebihi
cahaya
5 kg apabila berat
melebihi 5 kg
Paip PVC

Memegang
papan tanda

dan
melindungi

wayar
penyambung

Bangku kayu

Sebagai tempat
letak alat

penimbang dan
menyokong
benda yang
ditimbang

Alat Penimbang
Yang telah ditetapkan had berat maksimum 5 kg

Rajah 2.4 Lakaran Projek Inovasi Ringing Bag Scale

17

2.2 Bahan dan Alatan

Dalam kajian projek ini, pembinaan alat yang direka menggunakan
beberapa bahan dan alatan yang mudah didapati, murah dan sedia ada serta
bahan yang diguna semula daripada benda terbuang yang rosak seperti
berikut;

1. Alat penimbang / neraca terbuang
2. Wayar elektrik
3. Bateri dan pemegang bateri
4. Buzzer
5. LED
6. Bangku kayu terbuang
7. Cat
8. Kertas A4
9. Laminating film
10. Hot Glue Gun
11. Paku
12. Perspeks

2.3 Proses atau Prosedur Pelaksanaan Kajian

Proses atau prosedur pelaksanaan kajian ini adalah berdasarkan
beberapa langkah tertentu yang diambil untuk melaksanakannya. Berikut
merupakan senarai langkah pelan perancangan projek;

1) Mengenalpasti masalah
2) Mencari jalan penyelesaian masalah
3) Merancang projek
4) Pembinaan Model
5) Membaiki kekurangan model
6) Pengumpulan data dan analisis
7) Menilai

18

Ringing Bag Scale merupakan alat penimbang yang telah diubahsuai untuk
mengawal berat beg murid dengan cara menetapkan had berat maksimum
mengikut anggaran peratus purata berat murid sekolah rendah yang mana
dilengkapi dengan buzzer yang akan berbunyi sekiranya berat beg murid
melebih berat maksimum yang telah ditetapkan. Alat ini merupakan
penyelesaian yang diperoleh setelah kami mengenalpasti masalah murid
membawa beg mereka setiap hari ke sekolah melalui pemerhatian. Sebelum
menetapkan had berat maksimum pada alat penimbang kami, kajian ini
menggunakan kaedah eksperimen terlebih dahulu. Eksperimen merupakan
reka bentuk penyelidikan yang baik dan dapat dilaksanakan oleh penyelidik
bagi mengumpul data yang diperlukan. Eksperimen awal ini adalah bertujuan
untuk membuat penetapan had berat maksimum yang bersesuaian dengan
sampel kajian pada alat inovasi kami.

Tiga kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan berumur 10
hingga 12 tahun dengan berat antara 35 hingga 50 kilogram dipilih sebagai
kumpulan eksperimen. Murid diminta berdiri dan berjalan tanpa membawa
sebarang beg. Kemudian, murid ditemu bual untuk mendapatkan respon
tentang keadaan mereka semasa aktiviti tersebut. Seterusnya, murid diminta
berdiri dan berjalan dengan menggalas beg seberat 4 kilogram, 8 kilogram dan
12 kilogram. Berat beg-beg tersebut sebenarnya bersesuaian dengan
anggaran berat 10 peratus, 20 peratus dan 30 peratus purata berat badan
murid tahap dua sekolah rendah iaitu 40 kilogram. Beg-beg itu digalas setiap
satu selama 10 hingga 15 minit menggunakan kedua-dua bahu secara
seimbang. Selepas itu, murid akan ditemual bual buat kali kedua untuk
mendapatkan respon tentang keadaan mereka semasa aktiviti tersebut.
Aktiviti eksperimen dan temubual ini akan dapat menunjukkan perbezaan
keadaan badan murid apabila membawa beg yang ringan, sederhana dan
sangat berat. Berdasarkan dapatan eksperimen ini, kami mendapati bahawa
murid lebih selesa membawa beg seberat 10 peratus daripada berat badan
mereka iaitu berat kurang daripada 5 kilogram. Oleh itu, kami menetapkan had
berat maksimum dengan anggaran 10 peratus purata berat badan murid tahap
dua sekolah rendah iaitu 5 kilogram pada alat penimbang.

19

Setelah berjaya mendapatkan had berat maksimum yang perlu ditetapkan
pada alat penimbang, maka pembinaan model dijalankan mengikut lakaran
projek yang dibuat terlebih dahulu. Alat ini kemudian diuji dari segi fungsi dan
keberkesanannya dan kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan berserta
laporan projek yang perlu disiapkan. Kajian dilaksanakan ke atas 30 orang
murid sekolah rendah tahap dua di Sekolah Kebangsaan Pekan Tuaran yang
dipilih secara rawak untuk menguji keberkesanan alat inovasi ini. Temubual
dilaksanakan sebelum dan selepas eksperimen dijalankan bagi mendapatkan
respon murid berkaitan alat inovasi ini. Selepas itu, penilaian akhir projek dan
proses penambahbaikan dan kemasan akhir terhadap alat inovasi
dilaksanakan. Penulisan akhir dan pemurnian laporan dilakukan setelah
selesai kajian projek. Penilaian akhir dibuat sekali lagi sebelum menghantar
projek untuk dipertandingkan.

20

Mula

Taklimat Projek Guru pembimbing projek

Pemilihan Projek dan Murid
Penyediaan Kertas Cadangan Ketua Kumpulan

Pembentangan Kertas

Pembetulan Diterima Guru pembimbing projek
Penambahbaikan Murid
TIDAK YA

Aktiviti Projek

Penyerahan hasil projek
dan draf laporan

Diterima

TIDAK YA

Membentang projek

Menghantar laporan Murid

Menyemak laporan dan Panel/Guru pembimbing
menilai hasil projek

Membuat Kesimpulan

Rajah 2.5 Carta Alir Prosedur Kajian

21

2.4 Pengumpulan Data
Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data yang telah kami jalankan.

Antaranya ialah melalui kaedah pemerhatian dan temu bual ringkas
berstruktur. Pemerhatian dibuat dengan meninjau keadaan murid pada waktu
pagi semasa mereka tiba ke sekolah dan bergerak masuk ke kelas dan pada
waktu akhir persekolahan semasa murid beredar meninggalkan sekolah untuk
pulang termasuk keadaan murid semasa menunggu di stesen bas. Selain itu,
kaedah temu bual ringkas berstruktur dilaksanakan sebelum dan selepas
eksperimen projek dilaksanakan ke atas murid yang terpilih sebagai sampel
kajian. Temu bual ini dilaksanakan bagi mendapatkan respon tentang keadaan
murid sebelum dan selepas eksperimen dilaksanakan bagi menguji
keberkesanan alat yang dicipta. Temu bual berstruktur yang sama juga dibuat
selepas murid mengaplikasikan Ringing Bag Scale bagi menilai keberkesanan
alat inovasi ini.

22

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

3.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dilaksanakan pada awal sesi persekolahan bagi
melihat keadaan murid semasa memasuki perkarangan sekolah dan bergerak
masuk ke kelas dan pada akhir waktu persekolahan semasa murid beredar
meninggalkan kawasan sekolah. Kami telah mendapati hampir kesemua
murid kelihatan sukar menggalas beg sekolah mereka semasa pergi dan
pulang dari sekolah. Keadaan murid kelihatan lebih teruk lagi pada waktu
pulang semasa hendak beredar dari kelas meninggalkan kawasan sekolah
kerana kebanyakannya kelihatan penat. Terdapat beberapa orang murid yang
kelihatan lebih penat semasa menggalas beg sekolah mereka iaitu murid yang
terpaksa menunggu kenderaan untuk pulang rumah. Dapatan pemerhatian ini
di sokong oleh dapatan kajian Alghamdi, Nafee, El-Sayed & Alsaadi (2018)
yang menunjukkan terdapat perkaitan antara faktor berat beg sekolah murid
dengan kesakitan bahagian belakang dan keletihan atau kelelahan.

3.2 Temu bual

Kaedah temu bual ini dilaksanakan bagi mendapatkan respon murid
secara lisan tentang keadaan mereka semasa menggalas beg sekolah. Temu
bual yang dibuat ke atas murid adalah berstruktur iaitu mengikut senarai
soalan yang telah dirancang untuk dijawab oleh responden. Berikut
merupakan senarai soalan yang perlu dijawab oleh responden semasa sesi
temu bual sebelum eksperimen projek;

1. Apakah perasaan anda semasa menggalas beg sekolah anda? Kenapa?
2. Pernahkah anda berasa lenguh atau sakit pada mana-mana bahagian

badan semasa atau selepas menggalas beg sekolah anda?
3. Jika ya, nyatakan bahagian badan anda yang berasa lenguh atau sakit.

23

Hasil daripada temu bual berstruktur yang dilakukan secara rawak ke
atas murid, 90% daripada jumlah murid yang ditemubual iaitu seramai 30
orang murid kesemuanya menyatakan mereka merasa tidak seronok dan
sering merasa lelah semasa menggalas beg sekolah mereka kerana beg yang
digalas terlalu berat bagi mereka. Seramai 80% daripada jumlah murid yang
ditemubual mengakui mereka berasa lenguh pada bahu dan sakit belakang
selepas menggalas beg sekolah mereka. Dapatan ini menunjukkan bahawa
isu berat beg murid bukanlah suatu isu yang kecil kerana tidak sedikit jumlah
murid yang mengakui bahawa beg yang mereka bawa ke sekolah setiap hari
sememangnya berat dan mengakibatkan lenguh pada bahu dan
menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang badan murid. Kesakitan
pada bahagian belakang badan akan mempengaruhi tulang belakang dan
postur badan murid sebagai kesan jangka masa panjang. Dapatan ini
menyokong dapatan kajian Kabilmiharbi dan Santhirasegaram (2017),
Beheshtipour, Jahanbin dan Haghnegahdar (1897) dan Devanarayanan dan
Parameshwaran (2017) yang membuktikan bahawa menggalas beg-beg berat
memberi kesan buruk kepada fizikal murid dari segi postur dan tulang
belakang kanak-kanak

Temu bual berstruktur juga dilaksanakan selepas penggunaan alat inovasi
Ringing Bag Scale. Berikut merupakan senarai soalan yang dijawab oleh
responden semasa sesi temu bual selepas eksperimen projek;

1) Apakah perasaan anda semasa menggalas beg sekolah anda? Kenapa?
2) Adakah anda berasa lenguh atau sakit pada mana-mana bahagian badan

semasa atau selepas menggalas beg sekolah anda?

Kaedah temu bual yang sama juga dilaksanakan sebelum dan selepas
eksperimen penentuan had berat maksimum berdasarkan anggaran peratus
purata berat badan murid. 5 orang murid yang dijadikan sebagai sampel kajian
telah ditemubual dan hasil temu bual yang dijalankan mendapati bahawa
murid berasa lebih mudah bergerak dan seronok tanpa menggalas apa-apa di
bahu dan semasa menggalas beg seberat 4 kilogram iaitu anggaran 10
peratus purata berat badan murid tahap dua sekolah rendah berbanding

24

semasa mereka menggalas beg seberat 8 dan 12 kilogram. Malah, hasil
dapatan temu bual yang dijalankan ke atas 30 orang murid yang dipilih secara
rawak selepas mengaplikasikan Ringing Bag Scale mendapati bahawa murid
berasa lebih ringan, mudah bergerak, seronok dan kurang berasa lenguh atau
sakit pada bahagian belakang badan mereka. Dapatan ini menunjukkan
bahawa berat beg murid tidak boleh melebihi 5 kilogram dan berat beg sekitar
4 kilogram dan ke bawah adalah ideal untuk murid sekolah rendah sekiranya
ingin mengurangkan kesan kesakitan pada bahagian belakang badan murid.
Dapatan temu bula ini juga disokong melalui kajian Perrone, Orr, Hing, Milne &
Pope (2018) dan kajian Pawaskar, Patil, Patel, Dhaliwal & Wagh (2018) yang
menyatakan berat beg sekolah yang paling sesuai untuk murid sekolah rendah
adalah 10 peratus daripada berat badan murid.

25

4.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, kajian projek ini dilaksanakan bagi mengenalpasti
penyelesaian terbaik bagi masalah beg berat murid sekolah rendah yang
dihadapi dewasa ini melalui pembinaan inovasi kami iaitu Ringing Bag Scale.
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Ringing
Bag Scale dalam mengatasi masalah berat beg murid dengan mendedahkan
murid kepada had berat beg berdasarkan berat badan murid yang sepatutnya
mereka galas. Kesimpulannya, Ringing Bag Scale merupakan penyelesaian
kepada masalah atau isu beg berat dalam kalangan murid sekolah rendah
yang paling sesuai kerana alat ini membantu murid mengawal berat beg
mereka secara langsung apabila mereka menimbang berat beg mereka
menggunakan alat penimbang ini. Selain itu juga, alat inovasi ini secara tidak
langsung membenarkan murid menjadi lebih kreatif dalam mengurangkan
beban beg mereka apabila mereka mengetahui kesesuaian berat beg yang
mereka bawa ke sekolah.

Alat ini juga sekaligus boleh membantu mengelakkan atau mengurangkan
kesakitan pada bahagian belakang badan murid yang memberi kesan buruk
kepada tulang belakang mereka dalam jangka masa yang panjang. Akhir
sekali, alat ini akan dapat meningkatkan kesedaran murid, ibu bapa dan
masyarakat tentang kepentingan mengatasi masalah berat beg murid yang
melangkaui kemampuan kanak-kanak dari segi berat dan saiz tubuh badan
mereka serta kesan-kesan buruk yang mungkin dihadapi anak-anak kecil ini
dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Semua pihak harus
berusaha untuk menyelesaikan masalah beg berat demi masa depan generasi
muda kita.

26

4.1 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian projek ini merupakan satu kajian khusus dan ia hanya menyentuh
kepada fokus yang sangat terbatas, terhad untuk satu isu atau masalah yang
telah ditetapkan dan sampel yang telah dikenalpasti. Tumpuan dan skop
kajian juga adalah untuk satu tahap persekolahan di peringkat rendah sahaja.
Banyak perkara yang perlu diambil perhatian terhadap permasalahan kajian
untuk mengembangkan aspek kebergunaan dan keberkesanan kajian. Antara
penambahbaikan yang boleh dibuat untuk memperbaharui idea yang sedia
ada adalah seperti berikut:

1) Meluaskan tumpuan dan skop projek untuk semua tahap persekolahan di
peringkat rendah dan peringkat menengah.

2) Menggunakan neraca atau alat penimbang yang lebih ringan yang boleh
dimasukkan ke dalam beg sebagai alat kawalan berat beg yang lebih
efisien dan praktikal.

3) Meningkatkan aspek kegunaannya untuk tujuan lain selain menimbang
berat beg sekolah agar dapat digunakan dapat pelbagai bidang,
contohnya;
i. Sebagai alat penimbang berat ideal dengan fungsi penetapan berat
mengikut BMI normal pengguna.
ii. Alat penimbang berbunyi di pasaraya atau pasar tempatan untuk
memudahkan pembeli dan penjual mengetahui berat benda yang
ditimbang tanpa perlu melihat nilai timbangan. Ini seterusnya
memudahkan urusan jual beli dengan cekap.
iii. Digunakan sebagai alat penimbang barang di kaunter ‘check-in’ yang
terdapat di lapangan terbang bagi menjimatkan masa dan
mengurangkan kesesakan penumpang untuk mendaftar masuk.
iv. Sebagai alat penimbang mesra pengguna kurang upaya terutama
kurang upaya penglihatan (buta) kerana fungsinya membantu deria
pendengaran, sekaligus mengurangkan penipuan terhadap golongan
orang buta.

27

BIBLIOGRAFI

Alghamdi R.S., Nafee H., El-Sayed A. & Alsaadi S. M. (2018). A study of
school bag weight and back pain among intermediate female students
in Dammam City, Kingdom of Saudi Arabia. Journal of Nursing
Education and Practice 8 105(10).

Beheshtipour N, Jahanbin I, Haghnegahdar A (1892). The Effect of Heavy
School Bag Weight on Physical Problems in Children and
Adolescence. Shiraz, Iran. Archives of Disease in Childhood 2012, 97
(A5)34.

Cambridge University Press. (2008). Cambridge online dictionary, Cambridge

Dictionary online. Retrieved at April 23, 2019, from the website temoa:

Open Educational Resources (OER) Portal

at http://temoa.tec.mx/node/324

Glosari Teknologi Pendidikan (1995). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan, Malaysia.

Kabilmiharbi, N & Santhirasegaram, T. (2017). A Study on Relationship
Between Carrying Schoolbags and The Prevalence of Neck and Back
Pain Among 7 – 9 Year Old Students. MATEC Web of Conferences.
87. 02013. Accessed online at April 23, 2019 from
10.1051/matecconf/20178702013.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kuala Lumpur.

Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Keenam (2017). Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.

Norhayaty Yahya, Mohd Ramadhan Anwar dan Sarah Benjamin (2018). Modul
Aktiviti Pintar Cerdas Sains Tahun 5. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn
Bhd.

Pawaskar R,S., Patil S.S., Patel R., Dhaliwal P.K., Wagh A.V. (2018). A Cross
Sectional Study to Assess Effects of Schoolbag Weight and
Musculoskeletal Health Problems in Primary School Students of
Kolhapur. Natl J Community Med 2018; 9 (12): 879-883

Perrone M., Orr R., Hing W., Milne N. & Pope R. (2018). The Impact of
Backpack Loads on School Children: A Critical Narrative Review. Int J
Environ Res Public Health 15(11): 2529. Accessed online at April 23,
2019 from doi: 10.3390/ijerph15112529

28

Rogers E. M (1972). Diffusion of Innovations Third Edition. NY: Free Press.
Accessed on April 23, 2019 from
https://teddykw2.files.wordpress.com/2012/07/everett-m-rogers-diffusi
on-of-innovations.pdf

Spencer, W.R. (1994). Innovation: the communication of change in ideas,
practices and products, London: Chapman & Hall.

Toffler, Alvin. 1991. Powershift: Knowledge, Wealth, and Violence at the Edge
of the 21st Century. New York : Bantam Books.

Zaltman, G., Duncan, R. and Holbeck, J. (1973) Innovation and Organizations.
John Wiley, New York, 45-68.

29

APENDIKS

30

LAMPIRAN A
LAKARAN PROJEK

31

LAMPIRAN B
INSTRUMEN TEMUBUAL SEBELUM EKSPERIMEN

32

LAMPIRAN C
INSTRUMEN TEMUBUAL SELEPAS EKSPERIMEN

33


Click to View FlipBook Version
Previous Book
优秀奖_郭芓妤 6J
Next Book
Lampiran 1 - Dasar-Dasar Pendidikan_Modul 1.1 Filosofi Pendidikan KHD