The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SITI NURUL HUDA BT MOHAMAD ZIN KPM-Guru, 2023-05-24 23:34:15

BUKU PROGRAM MESYUARAT M3P 24 MEI 2023

BUKU PROGRAM MESYUARAT M3P 24 MEI 2023

1 MESYUARAT AGUNG MAJLIS PERMUAFAKATAN PROGRAM PEMULIHAN (M3P) JOHOR BAHRU 2023 HARI : RABU TARIKH : 24 MEI 2023 MASA : 11.00 PAGI TEMPAT : STAR1


2 ATURCARA MAJLIS 1. PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2. PEMBENTANGAN KEWANGAN 3. PEMBUBARAN JAWATANKUASA LAMA 4. LANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA 5. UNDIAN AHLI JAWATANKUASA BARU 6. UCAPAN PENGERUSI 7. PERKARA BERBANGKIT 8. HAL-HAL LAIN


3


4 MINIT MESYUARAT AGUNG M3P 2021/2022


5 MAJLIS PEMUAFAKATAN PROGRAM PEMULIHAN (M3P) JOHOR BAHRU MINIT MESYUARAT AGONG M3P JOHOR BAHRU BIL 1 / (2021/2022) Tarikh : 16 Disember 2021 (Isnin) Masa : 2.00 petang Tempat : Stesen masing-masing (Google Meet) Pengerusi : En. Amirol Hafizi bin Zainol Kehadiran (Bilangan) : Seperti Lampiran Turut Hadir (Jika ada) : Tiada 1 PERUTUSAN PENGERUSI (En. Amirol Hafizi bin Zainol – Pengerusi M3P Johor Bahru) 1.1 Ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Pemulihan Khas daerah Johor Bahru yang dapat bersama-sama menyertai Mesyuarat Agong M3P Bil. 1 yang dijalankan secara dalam talian. Mesyuarat akan dijalankan sekali dengan Taklimat Pengoperasian Program Pemulihan Khas bersama Pegawai Pemulihan Khas PPD Johor Bahru. 1.2 Bacaan doa oleh En. Mohd Hasnur bin Asim. 1.3 Pengerusi menjemput Penolong Pegawai Pemulihan Khas PPDJB iaitu En. Muhammad Al-Amin bin Abu Hassan untuk memberikan ucapan. 1.4 En. Amin mengucapkan rasa syukur dan tahniah kepada semua guru / penyelaras program Pemulihan Khas kerana dapat meluangkan masa menghadiri Mesyuarat Agong M3P dan Taklimat Pengoperasian Program Pemulihan Khas secara dalam talian. En. Amin menjemput pegawai PPDJB bahagian Pemulihan Khas iaitu En. Nasarudin bin Tajudin untuk memberikan ucapan. 1.5 En. Nasarudin memperkenalkan diri sebagai pegawai PPDJB bahagian Pemulihan Khas yang baru dilantik Mac 2021. 1.6 En. Nasarudin berharap agar semua guru /penyelaras Program Pemulihan Khas dapat memberikan kerjasama dalam semua aktiviti/program yang akan


6 dijalankan kelak. Beliau juga berharap agar semua guru dapat memberikan tunjuk ajar dan bimbingan memandangkan beliau baru memegang jawatan sebagai pegawai Program Pemulihan Khas. 2 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2.1 Tiada. 3 TAKLIMAT PENGOPERASI PROGRAM PEMULIHAN KHAS (En. Muhammad Al-Amin bin Abu Hassan – Pen. Pegawai Pemulihan Khas PPDJB) 3.1 En. Amin membentangkan Data Keselurahan Pemulihan Khas PPDJB sehingga bulan Oktober 2021 yang lepas. 3.2 Jumlah murid Pemulihan Khas bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik :- Tahun 1 – 2039 Tahun 2 – 1738 Tahun 3 – 1232 Tahun 4 – 466 Tahun 5 – 256 Tahun 6 - 126 3.2 Pecahan Subjek Pemulihan Khas bagi Tahap 1 dan Tahap 2 :- SUBJEK T1 T2 T3 T4 T5 T6 BM 928 665 556 190 146 65 MT 254 255 134 78 39 23 BM & MT 811 818 542 198 71 17 3.3 En. Amin berharap semua guru pemulihan dapat memberikan fokus yang lebih kepada murid Tahun 3 agar semua murid mencapai penguasaan dalam subjek BM dan MT kecuali murid MBK. 3.4 Pelaksanaan Catch-Up Plan yang perlu Guru Pemulihan Khas jalankan sepanjang bulan Januari dan Februari 2022. 3.5 Pelan Tindakan Pengoperasian Program Pemulihan Khas sehingga Februari 2022 :- Semua Guru Pemulihan Khas perlu merancang dan menjalankan intervensi kepada semua murid Pemulihan Khas yang belum menguasai 32 KP bagi subjek Bahasa Melayu dan 9 KP bagi subjek Matematik sebelum mejalani Ujian Pelepasan bagi sesi persekolahan penggal 3. Merancang strategi pengukuhan / pengayaan dan memastikan murid bersedia untuk menduduki Ujian Pelepasan. 3.6 Penyelarasan Tarikh Ujian Pelepasan Murid Pemulihan Khas Sesi Persekolahan Penggal 3 2021/2022 :-


7 Kutipan data melibatkan murid Tahun 2 hingga Tahun 6 yang mengikuti Program Pemulihan Khas. Tempoh pelaksanaan Ujian Pelepasan bermula Januari 2022 sehingga 11 Februari 2022. Tarikh kunci masuk data ialah 14 Februari – 25 Februari 2022. 3.7 Pengisian dan pengemaskinian maklumat murid melalui Modul Pemulihan Khas dalam APDM perlu dibuat tiga kali setahun iaitu pada bulan Mac, Ogos dan Januari. 3.8 Surat akan diedarkan di dalam laman web PPDJB dan Telegram Guru Pemulihan Khas. 3.9 APDM Program Pemulihan Khas. Semua Guru / Penyelaras Pemulihan Khas diminta untuk cuba membuka APDM menggunakan username (No KP) dan password (P3ND1D1KAN) terlebih dahulu sebelum menukar password sendiri. 3.10 Sekiranya guru pemulihan ada masalah dalam pengisian data murid pemulihan dalam APDM ini boleh berhubung terus dengan En. Amin atau En. Nasarudin. Makluman 4 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN M3P (Cg. Aida Suryani binti Ghazali – Bendahari M3P Johor Bahru) 4.1 Bendahari membentangkan laporan Penyata Kewangan M3P daripada 2019 sehingga 2021. Semua guru diminta merujuk laporan yang dipaparkan di dalam Google Meet. 4.2 Baki akhir akaun M3P sehingga tahun Disember 2020 ialah sebanyak RM3,477.00. Memandangkan tiada program yang dijalankan sepanjang tahun 2021, maka baki sehingga Disember 2021 kekal sebanyak RM3,477.00. 4.3 Pengerusi mencadangkan agar yuran tahunan Guru Pemulihan Khas dikekalkan iaitu RM30.00 setahun dan dipersetujui oleh semua guru. Makluman 5 PEMBENTANGAN CADANGAN AKTIVITI PEMULIHAN KHAS TAHUN 2022/2023 5.1 Pengerusi membentangkan program yang dirangka oleh Pegawai Pemulihan Khas PPDJB bersama jawatankuasa M3P Johor Bahru ialah seperti berikut:- Mesyuarat AJK M3P Johor Bahru bersama Pegawai Pemulihan Khas PPDJB ( telah dijalankan pada 1 Disember 2021) Mesyuarat Agong Pemulihan Khas M3P – 6 Disember 2021 Bengkel Pembinaan ABM – Februari 2022 Bengkel Pengurusan Emosi – Mac 2022 Bengkel Pemantapan PBD oleh Cikgu Siti Zubaidah binti Musa -Januari 2022 Pertandingan Keceriaan Bilik Pemulihan Khas Pembinaan One Stop Centre – Januari hingga Februari 2022


8 Pembinaan video PdPc ringkas – sepanjang tahun Lawatan Benchmark – Mei 2022 Bengkel Pemantapan PdPc / SKPMG STD 4 – Mac 2022 Bengkel Pemurnian PBD – Julai 2022 Pembentangan PLC Amalan Terbaik – November 2022 Program Kasih Sayang Kongsi Rezeki Murid Pemulihan Khas – April 2022 (Bulan puasa) Karnival Pemulihan Daerah Johor Bahru – September / Oktober 2022 Makluman 6 HAL-HAL LAIN 6.1 Cadangan pelantikan Jawatankuasa M3P yang baharu. Semua guru pemulihan bersetuju untuk mengekalkan AJK M3P sedia ada bagi menjalankan program yang dirancang pada tahun 2022/2023. 6.2 Pelantikan setiausaha M3P yang baharu iaitu Pn. Nor Suhaida binti Mohd Napiah daripada SK Majidi Bahru bagi menggantikan Pn. Wahida yang telah bertukar menjadi guru aliran perdana. 6.3 Pn. Zuraida, SK Mutiara Rini 2 bertanyakan isu murid pemulihan yang ada dalam setiap kelas kerana sekolah tidak lagi menjalankan streaming. Hal ini menyukarkan guru pemulihan untuk menyusun jadual kelas pemulihan khas. 6.4 En. Amin mencadangkan agar guru pemulihan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu tentang penyusunan masa BM dan MT agar guru boleh ambil murid-murid berkenaan dalam waktu yang sama sekiranya murid pemulihan ada dalam setiap kelas. 6.5 Guru pemulihan boleh terus jalankan Ujian Pelepasan kepada murid-murid yang telah menguasai semua kemahiran pemulihan Bahasa Melayu dan Matematik. Tidak perlu tunggu sehingga bulan Januari dan Februari 2022. 6.6 Guru pemulihan perlu memastikan semua murid telah mendapat dan menyiapkan Modul Literasi dan Numerasi yang telah dibekalkan KPM. 6.7 Ucapan tahniah kepada guru-guru pemulihan yang telah diluluskan pertukaran dalam eGTUKAR. Guru-guru yang berpindah diminta menghubungi En. Amin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.


9 Disediakan oleh, (NOR SUHAIDA BINTI MOHD NAPIAH) Urus Setia Mesyuarat Agong M3P Johor Bahru Bil 1 / (2021/2022) SK Majidi Bahru TARIKH :18 Disember 2021


10 PENYATA KEWANGAN M3P BERAKHIR 24 MEI 2023


11


12


Click to View FlipBook Version