RINGKASAN EKSEKUTIF
PRAKATA
Alhamdulilah, setinggi – tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi
kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya, Smart University Blueprint
USIM dapat didokumentasikan lalu diterbitkan dengan jayanya. Syabas
dan tahniah diucapkan kepada yang terlibat atas daya usaha dan inisiatif
hingga menghasilkan penerbitan ini. Saya juga ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh semua
ahli Jawatankuasa Pemandu Projek Smart University (JPPSU) USIM di
sepanjang proses membangunkan Blueprint ini.
Blueprint ini juga merupakan salah satu agenda USIM dalam membawa universiti ini maju
kehadapan dalam memastikan perkhidmatan yang ditawarkan pada tahap terbaik di mana
ianya telah dijajarkan kepada Pelan Strategik ICT (ISP) USIM 2021-2025 bagi memandu hala
tuju pembangunan ICT USIM secara bersepadu dan komprehensif ke arah pencapaian visi
dan misi universiti selain menyokong aspek prosumerisme di kalangan staf dan pelajar.
Saya amat yakin bahawa kluster dan inisiatif yang ditetapkan di dalam Blueprint ini akan
dapat memacu prestasi pelaksanaan projek atau program ICT yang dirancang secara lebih
berkesan. Adalah menjadi harapan supaya Smart University Blueprint ini dapat mendorong
transformasi ICT secara menyeluruh dan optimum.
Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan setinggi – tinggi tahniah dan terima kasih kepada
semua yang terlibat menyediakan USIM Smart University Blueprint ini khususnya kepada
Pejabat Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dan Pusat System Development and Engineering Centre
(SDEC) serta seluruh warga USIM amnya.
Salam hormat,
PROFESOR DATO’ DR. MOHAMED RIDZA WAHIDDIN
Naib Canselor,
Universiti Sains Islam Malaysia
RINGKASAN EKSEKUTIF
LATAR BELAKANG
Tindakan Universiti Pintar - USIM Smart University
Blueprint (Al-Jamiah Al-Mubarakah) merangkumi 5
Kluster dan 13 inisiatif bagi menggerakkan usaha
transformasi digital di USIM.
Tumpuan inisiatif selari dengan 7 prinsip asas Rangka Kerja
ICT USIM yang menekankan kepada Maqasid Syariah,
Revolusi Perindustrian, Berpaksikan Pelajar, Berpaksikan
Data, Perisian Sumber Terbuka, Agile & Mobiliti serta
Prosumerism.
RINGKASAN EKSEKUTIF
KLUSTER DAN INISIATIF
5 Kluster
Inisiatif 13
Tindakan Universiti Pintar - USIM Smart University
Blueprint (Al-Jamiah Al-Mubarakah) ini akan diketuai oleh
Naib Canselor USIM iaitu YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed
Ridza Wahiddin dan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) USIM,
YBhg. Prof. Madya Ts. Dr. Madihah Mohd Saudi sebagai
Pengurus Projek.
Manakala 13 inisiatif akan diterajui oleh Ketua-ketua yang
telah dilantik bagi menggerakkan program-program di bawah
inisiatif ini yang akan dikupas di halaman seterusnya.
RINGKASAN EKSEKUTIF
CASHLESS CAMPUS
PENERAJU: PUAN ZURAIDA ZAKARIA
Pemangku Bendahari USIM
eWallet
Merupakan salah satu perlaksanaan dalam Projek
Cashless Campus di USIM melibatkan pengguna dari
kalangan staf, pelajar dan pelawat yang berada di dalam
universiti yang membuat pembelian di dalam USIM. Di
masa hadapan, ia akan menjadi mod pembayaran tunggal
bagi semua pembelian di kampus tanpa tunai
ePerolehan
Merupakan medium urusan perolehan secara dalam talian
untuk urusan berkaitan sebutharga dan tender yang
melibatkan interaksi antara universiti dan pihak pembekal.
Bagi memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan
baik, proses pembangunan, pelaksanaan dan operasi yang
berstruktur dan komprehensif akan diambil kira
RINGKASAN EKSEKUTIF
SMART ATTANDENCE
PENERAJU: DATO' MUHAMMAD HAIZUAN ROZALI
Pendaftar USIM
Student Attendence
Staff Attendence
Objektif naiktaraf sistem kehadiran adalah untuk
menambahbaik proses merekod kehadiran bagi sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Pembangunan aplikasi sistem eHadir versi mudah alih akan
dinaiktaraf agar boleh dicapai menggunakan telefon pintar
bagi kemudahan pelajar dan pensyarah semasa sesi PdP.
RINGKASAN EKSEKUTIF
LEARNING SPACE
PENERAJU: PROF. DR. ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Peluasan Learning Space
USIM telah bergerak ke arah penyediaan open learning
space bermula pada tahun 2016 dan functional learning
space pada tahun 2019 bagi menyokong persekitaran
pengajaran dan pembelajaran pelajar USIM. Beberapa
lokasi telah dikenalpasti bagi peluasan open learning space
di USIM.
Pemasangan peranti dan perisian keselamatan di learning
space bertujuan bagi menjamin keselamatan peralatan
disamping dapat memantau kapasiti penggunaan learning
space. Penggunaan teknologi seperti pengecaman muka
juga akan digunakan bagi memastikan pengenalan
pengguna dibuat dengan lebih cepat dan tepat.
RINGKASAN EKSEKUTIF
DASHBOARD @ USIM
PENERAJU: PROF. DR. MOHD YAHYA
MOHAMED ARIFFIN
Penolong Naib Canselor
(Perancangan Strategik & Pengantarabangsaan)
USIM Dashboard
USIM telah menyediakan keperluan kemudahan sistem
Executive Dashboard yang mana perolehan perisian dan
pembangunan Dashboard USIM mula dilaksanakan pada
tahun 2014.
Strategic Planning Integrated Knowledge Enterprise System
(SPIKES) adalah sistem yang dibangunkan bagi membantu
pihak pengurusan dalam pembuatan keputusan ini.
Dashboard USIM ini juga merupakan salah satu daripada
projek yang menyokong Al-Jamiah Al-Mubarakah di mana
ianya telah memenuhi inspirasi USIM.
RINGKASAN EKSEKUTIF
ACADEMIA MANAGEMENT SYSTEM
PENERAJU: PROF. MADYA Ts. DR. MADIHAH
MOHD SAUDI
Ketua Pegawai Maklumat (CIO)
Academic Information System (AIS)
Naik taraf AIS akan dibuat secara berperingkat yang akan
merangkumi komponen berkaitan PdP. Selain itu Pengurusan
Aduan dan Fasiliti (MyArifs V2) juga akan menjadi salah satu
modul yang akan diintegrasikan dengan sistem ini..
Portal Alumni
Penambahbaikan kepada antara muka portal akan
dilaksanakan secara berperingkat dengan mengambilkira trend
dan keperluan semasa.
Smart Transport
Aplikasi Smart Transport merupakan aplikasi secara mobil yang
dapat membantu warga USIM membuat semakan jadual atau
carian keberadaan bas atau kenderaan universiti. Sistem ini
juga mempunyai integrasi dengan rekod tempahan kenderaan
dan status maklumat kenderaan bagi memastikan pengguna
mendapat maklumat yang terkini dan lebih tepat.
RINGKASAN EKSEKUTIF
INTERACTIVE WEBSITE
PENERAJU: ENCIK HAMMAD FARHI MOHD SAUDI
Pengarah StraComm
Pembangunan & Penambahbaikan
Laman Web
Di USIM, laman web memainkan peranan yang besar
sebagai muka hadapan maklumat universiti, menjadi
gerbang maklumat yang sangat efektif dan memandu
kepada dapatan informasi terkini universiti.
Justeru, bagi mengembangkan lagi fungsi laman web di
USIM, peningkatan kemajuan dari aspek teknologi juga
perlu ditambah baik. Antaranya dengan menggunapakai
teknologi terkini dan menambahkan fungsi interaktif seperti
menerusi integrasi pengaplikasian kecerdasan buatan dan
chatbot pada laman web.
RINGKASAN EKSEKUTIF
SMART MASJID
PENERAJU: DR. ASHARAF MOHD RAMLI
Pengarah Kompleks Islam Tunku Mukhriz
Sistem Pengurusan Masjid
Kompleks Islam USIM yang beroperasi bermula pada tahun
2017 memerlukan satu sistem yang komprehensif bagi
keperluan pengurusan aktiviti dan tempahan ruang, Di
mana diharapkan dengan pembangunan sistem ini
membantu pentadbiran Pusat Islam dalam membuat
hebahan dan menguruskan operasi.
Antara skop utama dalam sistem ini adalah seperti berikut:
a. Rekod aktiviti/program kegamaan
b. Hebahan maklumat ceramah
c. Hantar Doa’/Hadith/Solat Reminder
d. Virtual Asistance (AVA – Autodesk Virtual Agent)
RINGKASAN EKSEKUTIF
SMART HEALTH
PENERAJU: DR. NIK MOHD SHAFIKUDIN
MD TAUJUDDIN
Pengarah Pusat Kesihatan Universiti
Sistem Pengurusan MyHealth
Sistem Pengurusan Klinik Panel USIM merupakan medium
pengurusan klinik panel untuk kemudahan perubatan staf
dan pelajar USIM secara atas talian.
Dengan kewujudan sistem ini, dapat memudahkan dan
melancarkan serta mengurangkan bebanan kerja pihak
pengurusan. Selain itu, data yang direkodkan boleh di
analisis. Skop sistem sebagaimana butiran berikut:
i. Kawalan kelayakan staf dan tanggungan secara dalam
talian
ii. Kemudahan kepada staf bagi mendapatkan rawatan
daripada semua klinik panel yang berdaftar.
iii. Rekod tuntutan rawatan perubatan staf dan sijil cuti
sakit (MC) secara real-time.
iv. Penjanaan pelbagai jenis laporan perubatan
v. Aplikasi telefon bimbit
vi. Bayaran bil kepada satu pembekal sahaja
RINGKASAN EKSEKUTIF
DIGITAL LIBRARY AND
KNOWLEDGE MANAGEMENT
PENERAJU: PUAN NOR AZZAH MOMIN
Ketua Pustakawan
Sistem Repositori Penyelidikan USIM
Bahan penyelidikan, terbitan akademik, maklumat penyelidik
serta data penyelidikan di sesebuah universiti menjadi aset
yang sangat bernilai untuk rujukan penyelidikan berterusan.
Memenuhi keperluan ini, akses kepada kandungan ilmu ini
dilihat perlu dipermudah melalui kecanggihan teknologi yang
ada.
Justeru, USIM turut menyasarkan agar suatu platform atas
talian diwujudkan bagi tujuan ini. Dengan melaksanakan
dasar akses terbuka, platform maya ini akan menempatkan
segala kandungan di dalam repositori berpusat sekaligus
membolehkan pengurusan maklumat lebih cekap, sebaran
lebih meluas seterusnya memberi pulangan impak terhadap
penyelidik mahupun pelajar.
RINGKASAN EKSEKUTIF
SAMBUNGAN...
Sistem Pengurusan Ilmu
Matlamat utama pengurusan ilmu adalah untuk
meningkatkan kecekapan organisasi dan menyimpan
pengetahuan dalaman sedia ada. Maklumat dan ilmu
dikongsi, disusun dalam bentuk yang mudah disebarkan
untuk memaksimumkan keberkesanan perkongsian
pengetahuan kolektif organisasi.
Sistem Pengurusan Ilmu ini mampu menyimpan
pengetahuan di USIM (tacit & explicit) bagi kemudahan
dapatan semula maklumat yang diperlukan di masa akan
datang.
Sistem Pengurusan Dokumen
Di dalam program sistem pengurusan dokumen ini akan
mengambil kira dua aktiviti utama iaitu Pelaksanaan
Digital Document Management System (DDMS) MAMPU
dan Penyimpanan bahan digital bagi Program Integrasi
pengajaran dan pembelajaran dan INAQ.
RINGKASAN EKSEKUTIF
SAMBUNGAN...
Sistem Pengurusan Jurnal
Sebuah platform untuk pengurusan jurnal adalah
dicadangkan menjadikan USIM terus kehadapan dalam
memperjuangkan penyelidikan-penyelidikan dan terbitan
jurnal terutamanya di bawah niche ini. Platform ini
mencakupi sebuah sistem holistik bermula dengan
pengurusan manuskrip, penghantaran, pemantauan dan
penjejakan proses (tracking) penerbitan jurnal,
sehinggalah sesebuah jurnal itu dapat diterbitkan dengan
kualiti tertinggi.
Faedah mempunyai platform ini adalah dari aspek
kecekapan universiti dalam kerja-kerja penerbitan jurnal,
mengurangkan penggunaan cetakan fizikal,
mengurangkan kebergantungan terhadap sistem pihak
ketiga, mempermudah fasa semakan dari pemeriksa dan
penyunting, mempercepat proses kelulusan, dan
rangkuman-rangkuman proses yang efisien ini dapat
memberikan penjimatan yang sangat tinggi terhadap
universiti dalam masa panjang.
RINGKASAN EKSEKUTIF
FLEXIBLE EDUCATION
PENERAJU: PROF. DR. ABDUL RAHIM ABDUL RAHMAN
Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Massive Open Online Courses
Pembangunan kursus MOOC USIM berlangsung seiring
perkembangan teknologi terkini. Kumpulan pembangun
kursus turut berperanan dalam memastikan kualiti dan
penyampaian bahan pembelajaran releven dan dikemaskini
dari semasa ke semasa.
Dalam usaha meningkat kualiti pembangunan bahan bagi
kursus MOOC, CETL dengan kerjasama SDEC merancang
beberapa kaedah penambahbaikan bahan kandungan kursus
sedia ada antaranya adalah dengan penggunaan teknologi
Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) yang boleh
diaplikasikan sebagai sumber kandungan interaktif kepada
para pelajar.
RINGKASAN EKSEKUTIF
SAMBUNGAN...
e-Gamifikasi
Impak perlaksanaan inisiatif ini boleh dijadikan nilaian bagi
keberhasilan bahan pembangunan pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Perkara ini juga dijadikan sandaran
bagi perlaksanaan dan pembudayaan e-Pembelajaran di
USIM dengan jalin gabung aplikasi terkini seperti
Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR).
Blendend Learning
Pendaftaran kursus - kursus pembelajaran dan pengajaran
(PdP) di USIM perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan
diselaraskan di semua peringkat pengajian. Gerak kerja ini
bakal menghasilkan penstrukturan kandungan kursus dengan
lebih baik dan boleh dikemaskini dari semasa ke semasa.
USIM turut mendapat manfaat khususnya kepada pelajar
dengan memudahkan proses penawaran kursus pembelajaran
teradun (BL) menggunakan platform GOALS USIM. Program
meningkat penawaran ini digerakkan secara berperingkat
pada setiap tahun dengan kenaikan 5% sehingga mencapai
sasaran 95% atau lebih pada tahun 2025
RINGKASAN EKSEKUTIF
SAMBUNGAN...
Kursus Microcredential
Program microcredential secara amnya ialah suatu program
pembelajaran yang bertujuan untuk mengiktiraf peningkatan
kepakaran dan kompetensi spesifik individu terutamanya
kepada individu bekerja untuk meningkatkan kemahiran
spesifik dalam tempoh yang singkat dan menutup jurang
kemahiran (skills gap) dan kebanyakannya diakses menerusi
platform pembelajaran dalam talian.
USIM merancang untuk menawarkan kursus microcredential
berdasarkan bidang tujahan (niche) USIM yang tersendiri
melalui fakulti dan pusat kecemerlangan.
Learning Management System (LMS)
Manfaat menerusi penaiktarafan ini adalah kemampuan
baharu sistem dalam fungsi pembangunan bahan serta
penjanaan analisa pembelajaran. Peningkatan kualiti seperti
fungsi diskusi, hebahan, serta keupayaan integrasi perisian
sokongan seperti OpenLDAP dan aplikasi virtual classroom
(MS Teams, Zoom dan sebagainya) yang memberi impak
besar dalam pengurusan dan pengendalian bahan bagi
pengajaran dan pembelajaran.
RINGKASAN EKSEKUTIF
SECURITY & SAFETY CAMPUS
PENERAJU: KAPTEN (B) ABDUL WAHAB MAT ZIN
Pengarah Jabatan Keselamatan
Keselamatan Siber
Perlaksanaan Web Application Firewall, Internet Access
Manager, Perisian Antivirus dapat menyokong kepada
inisiatif pemantapan sistem pengurusan keselamatan siber.
Application Performance Management (APM), Tools for
Penetration Test juga turut dapat membantu meningkatkan
kualiti sistem aplikasi yang akan digunakan dan
mengurangkan risiko terdedah kepada ancaman serangan
siber serta membantu memastikan setiap transaksi dalam
aplikasi menjadi lebih stabil.
Pemasangan Access Door dan CCTV
Mengambilkira faktor keselamatan aset di makmal
komputer, pemasangan alatan keselamatan wajar
dilaksanakan. Sejajar dengan perubahan teknologi terkini,
pemasangan cctv dan kawalan pintu dicadangkan di pasang
di setiap makmal komputer secara berfasa.
RINGKASAN EKSEKUTIF
SMART BUILDING
PENERAJU: IR. AZAHAR AWALLUDIN
Pengarah Jabatan Pembangunan
& Pengurusan Fasiliti
Smart Facility
Penggunaan teknologi ICT yang menyokong kepada
pengurusan smart energy dapat membantu universiti dalam
mengurangkan kos operasi pembayaran bil elektrik tahunan.
Program ini juga menyokong kepada inisiatif kampus lestari
USIM di dalam skop pengurusan tenaga seterusnya dapat
meningkatkan kecekapan pengurusan tenaga dan
menjimatan penggunaan elektrik universiti.
Unified Communication (UC)
Penyediaan Unified Communication (UC) adalah sangat
penting bagi menyediakan hanya satu medium perhubungan
untuk jaringan komunikasi di USIM. Konsep UC ini
menggunakan rangkaian USIM sedia ada untuk membuat
panggilan telefon, mel suara, video conference, penghantaran
mesej, rakaman panggilan dan enskripsi keselamatan
RINGKASAN EKSEKUTIF
COMPLIANCE AND SECURITY
PENERAJU: PUAN KHADIJAH CHAMILI
Pengarah Pusat System Development
& Engineering Centre
ISMS Certification dan Polisi ICT
Antara inisiatif akan diusahakan iaitu pelaksanaan pensijilan
ISO 27001:2013 Information Security Management System
(ISMS) dan penambahbaikan Garis Panduan dan Polisi ICT.
Enterprise Architecture (EA) juga turut disasarkan bagi
membantu teknikal ICT USIM beroperasi sejajar dengan
perancangan dan matlamat asal pembangunan Pelan
Strategik ICT ini
Pengurusan Perubahan Perkhidmatan Digital
Dalam mendepani transformasi digital ini, akan berlakulah
perubahan-perubahan yang bakal berlaku seiring dengan
perubahan teknologi. USIM tidak ketinggalan dalam
memastikan pengurusan perubahan itu perlu dilakukan
dengan berstruktur dan baik bagi meminimakan impak
perubahan ke atas warga USIM terutamanya kumpulan atau
generasi awal yang dikenali sebagai baby boomers.
DISEDIAKAN OLEH:
PEJABAT KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
&
PUSAT SYSTEM DEVELOPMENT ENGINEERING CENTRE
(SDEC)