The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by feeq265, 2022-01-10 04:46:47

Kebaikan dan Keburukan Bedah Siasat Mayat (Posmortem) Berdasarkan Prinsip Syariah.

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM

JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-
INDUSTRI

PROGRAM: DIPLOMA BIOTEKNOLOGI

SESI: 1 2021/2022

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
E-FOLIO

Tajuk: Kebaikan dan Keburukan Bedah Siasat Mayat (Posmortem) Berdasarkan
Prinsip Syariah.

Oleh:

RAFIQ HAKIMI BIN AHMAD RAMLI (23DBT20F2027)

MUHAMMAD FAHMI BIN ABDUL RAHIM (23DBT20F2030)

MOHAMMAD ARIF FIKRY BIN AHMAD FAEISAL (23DBT20F2026)

1

Isi Kandungan Isi Muka Surat
No. 3

1. Definisi Pembedahan Post mortem 3-4
5
2. Jenis-jenis Post mortem 6
7
3 Bedah siasat Mengikut Pandangan Islam 8
9
4. Kebaikan Bedah Siasat 10

5. Keburukan Bedah Siasat

6. Pembatalan Bedah Siasat

7. Kesimpulan

8 Rujukan

2

Definisi Pembedahan Post mortem.
Bedah siasat atau dalam istilah Bahasa Inggeris disebut post mortem bermaksud suatu
pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan ke atas mayat. Ianya
melibatkan pemeriksaan luaran dan dalaman untuk mengenalpasti punca kematian dan ciri
atau setakat mana perubahan dihasilkan oleh sesuatu penyakit, kimia, radiasi, kemalangan,
kecederaan dan lain-lain.
Dalam hal ini, sebahagian besar ahli perubtan memberi takrifan dengan setiap pembedahan
yang dilakukan untuk menghasilkan maklumat dan dapatan berkaitan penyakit yang tidak
mungkin terhasil dnegan cara yang lain. (Lihat Mausu’ah Tibbiyyah Hadithah, 5/983).

Jenis-jenis Post mortem.
Bedah siasat mayat terbahagi kepada 2 iaitu:
Pertama: Kes Kematian Medico-legal/Post mortem Kes Polis (Bedah siasat yang diarahkan
oleh pihak polis), contohnya :

 Semua kematian yang mendadak luar biasa, disyaki bukan kes-kes biasa, akibat
perlakuan ganas seperti bunuh, dera atau seksa.

 Kematian mendadak biasa tetapi tidak diketahui sebab kematian dari segi perubatan.
 Kematian akibat kemalangan menggunakan kenderaan atau jentera.
 Kematian di tempat kerja; kemalangan penyakit dan keracunan ditempat kerja.
 Kematian akibat keracunan (e.g alcohol intoxication, coal gas, insecticides,

barbiturates etc).
 Kematian akibat bunuh diri.
 Kematian akibat penggunaan gas-gas perubatan semasa pembedahan, prosedur

penyiasatan perubatan, peralatan dan teknologi yang digunakan oleh hospital/klinik
dan sebagainya.
 Kematian akibat kemalangan di rumah, hospital/institusi/tempat umum.

3

 Kematian yang dipercayai disebabkan oleh kecuaian pegawai perubatan atau
kakitangan hospital/klinik seperti kecuaian menggunakan prosedur perubatan,
peralatan, ubat, rawatan dan sebagainya.

 Kematian semasa tahanan polis, tahanan reman, banduan atau mana yang dibenarkan
oleh Negara di kem-kem tahanan.

 Kematian di Institusi Mental, rumah sakit jiwa dan lain-lain.
 Kematian bayi baru lahir yang dijumpai.
 Kematian kanak-kanak akibat kelemasan (suffocation)
 Kematian berkaitan anak-anak angkat.
 Sebarang kematian akibat kebakaran dan letupan.
 Mati lemas.
 Sebarang kematian di luar kawasan kediaman seperti di tepi jalan, dalam sungai,

perairan dan sebagainya, di mana kediaman si mati tidak diketahui.
 Kematian akibat dari bahan-bahan kimia dan radiasi perindustrian seperti toksid, asid,

radioaktif dan sebagainya.

Kedua: Kes Kematian Klinikal/Post mortem clinical (Kes di mana doktor yang merawat
perlu mendapatkan kebenaran waris yang terdekat dan waris berhak untuk tidak
membenarkan bedah siasat mayat dilakukan atau membenarkan bedah siasat dilakukan pada
bahagian tertentu sahaja), contohnya :

 Kematian akibat penyakit berjangkit seperti Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk
(SARS), AIDS, Antharaks, Japanese Encephalitis (JE) dan seumpamanya.

 Kematian di wad yang diketahui sebabnya tetapi memerlukan maklumat lebih lanjut
mengenai sebab kematian iaitu sejauh mana sesuatu organ itu rosak/dijangkiti.

 Kematian ibu semasa mengandung (maternal death).

4

Bedah siasat Mengikut Pandangan Islam
Pendekatan yang diambil oleh para ulama dan pemikir-pemikir Islam di seluruh dunia dalam
membicarakan perihal bedah siasat dan hubungkaitnya dengan Islam adalah secara kritikal.
Asal hukum pembedahan ke atas mayat adalah haram tetapi disebabkan oleh keadaan
dharuriyyat yang mencengkam, ia menjadi sesuatu yang diharuskan selagi tidak melampaui
batas dan menganiaya mayat bagi tujuan yang selainnya.

Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1989 telah menfatwakan seperti berikut:

“Pembedahan mayat orang Islam hanya boleh dilakukan jika keadaan benar-benar memerlukan
(darurat) sahaja seperti terlibat di dalam kes-kes jenayah yang sangat memerlukan post mortem
atau si mati tertelan benda yang berharga atau si mati yang sedang mengandung sedangkan
kandungannya masih hidup” (JAKIM, 2011).

Oleh yang demikian, berdasarkan kefahaman para ulama dan pemikir Islam ini, pemeriksaan
bedah siasat boleh dilakukan ke atas mayat si mati atas tujuan-tujuan seperti yang telah
dibincangkan di Perkara 3 di atas. Pemeriksaan bedah siasat itu juga perlu mengikut
garispanduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira
etika-etika yang perlu dipatuhi dalam menghormati mayat semasa mengendalikan pemeriksaan
bedah siasat ini.

5

Kebaikan Bedah Siasat

Ada beberapa kebaikan yang terdapat dalam menjalankan pemeriksaan bedah siasat mayat.

 Pemeriksaan bedah siasat ke atas si mati adalah penting dalam menegakkan keadilan
kepada semua pihak; si mati, yang dituduh, waris dan syarikat insurans yang terlibat.

 Ia adalah penting dalam mengetahui sebab kematian yang sebenar dan faktor-faktor
penyebab kepada kecederaan yang dialami serta fakta-fakta dalam mengenalpasti dan
mengesahkan kejadian yang mengakibatkan kematian tersebut.

 Ia bukan sahaja dapat membantu mengenalpasti si pelaku jenayah malah juga dapat
menidakkan penglibatan seseorang (yang dituduh) daripada jenayah yang telah berlaku
(sehingga menyebabkan kematian).

 Data dan keputusan daripada semua pemeriksaan bedah siasat ini juga boleh digunakan
dalam merangka dasar dan tindakan-tindakan pencegahan seperti mengurangkan risiko
kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian, risiko kemalangan di tempat kerja
dan lain-lain lagi yang berkaitan.

 Untuk mengesahkan identiti si mati.
 Untuk mengenalpasti sebab kematian.
 Untuk mengetahui punca, cara dan masa kematian.
 Untuk memulih semula keadaan mayat yang cedera teruk sebaik mungkin sebelum

diserahkan kepada waris.
 Untuk pengajian akedemik, menjalankan kajian dan penyelidikan dalam bidang

perubatan.
 Untuk meningkatkan kepakaran.
 Untuk membuat kajian rawatan sesuatu penyakit.
 Untuk menghilangkan keraguan mengenai sebab kematian.
 Untuk mengambil gambar dan rakaman video bagi tujuan bukti/barang kes di

mahkamah.

6

KEBURUKAN BEDAH SIASAT
Terdapat beberapa keburukan dalam menjalankan pemeriksaan bedah siasat mayat (post
mortem)

 Mayat yang dibedah oleh pihak forensik terhadap kes-kes seperti bunuh, dera atau
seksa akan mengaibkan keluarga si mati.

 Bedah siasat ini akan menyakitkan hati keluarga si mati kerana mayat ahli
keluarganya perlu di bedah untuk mengenal pasti kematian jika kematiannya
berunsurkan kes pembunuhan dan sebagainya.

 Post mortem ini akan melambatkan kerja pengebumian dan urusan jenazah si mati
jika post mortem dilakukan.

7

Pembatalan Bedah Siasat

Persoalan yang sering ditujukan kepada perkhidmatan perubatan forensik ; Adakah
pemeriksaan bedah siasat boleh dibatalkan sekiranya borang permintaan pemeriksaan
mayat Polis 61 telah dikeluarkan oleh pihak berwajib?.
Seperkara yang perlu diketahui umum ialah permohonan bedah siasat hanya akan dikeluarkan
sekiranya terdapat keperluan munasabah pada hemat seseorang pegawai polis atau majistret
yang menjalankan siasatan terhadap kematian tersebut. Ia adalah selaras dengan peruntukkan
undang-undang ada di negara kita.

Jika pihak waris membuat keputusan menolak pemeriksaan bedah siasat dillakukan atas dasar
menghormati atau mematuhi kehendak atau kepercayaan agama , maka mereka boleh berbuat
demikian dengan merujuk kepada majistret dan membuat permohonan untuk membatalkan
pemeriksaan bedah siasat tersebut.

Jika pihak polis atau majistret membuat keputusan untuk membatal atau menarik balik, maka
mereka bertangjungjawab untuk memberikan sebab kematian, bagaimana dan bila kematian
itu berlaku.

8

Kesimpulan.
1. Kefahaman asas fiqh atau syariat secara umum perlu difahami dengan jelas, agar
memudahkan masyarakat beramal dengan lebih terurus berpandukan pimpinan Al-Quran dan
Sunnah Nabawiyah.
2. Aplikasi fiqh perubatan yang lebih bersifat realistik dan semasa perlu diketengahkan
kepada masyarakat secara jelas dan terbuka, agar masyarakat lebih faham bentuk dan situasi
aplikasi syariat yang sebenar.
3. Para asatizah, ilmuan serta pakar-pakar perubatan perlu berganding bahu dan bertukar
pandangan untuk memahami kehendak masalah dalam bidang perubatan, agar selari dengan
panduan syariat Islam yang murni.
4. Pihak pengurusan hospital serta kakitangan kesihatan perlu lebih proaktif dalam
mengetengahkan masalah dan solusi permasalahan yang berkaitan dengan fiqh perubatan,
agar pesakit termasuk kakitangan kesihatan dapat melaksanakan tuntutan syariat dengan
yakin dan selesa.

9

RUJUKAN
1. Khairul Adli b.Nikman , 23 Ogos 2019 , Keperluan dan kepentingan bedah siasat
pandangan dari sudut agama.Rujukan http://www.myhealth.gov.my/keperluan-kepentingan-
bedah-siasat-pandangan-dari-sudut-agama/
2. harakahdaily, (March,18,2018). Bedah mayat. Rujukan
https://harakahdaily.net/index.php/2018/03/18/bedah-mayat/
3. Muftiwp, (7 April 2016). POST MORTEM MAYAT: HUKUM ISLAM & PENDAPAT
ULAMA. Rujukan https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1778-bayan-linnas-siri-57-
post-mortem-mayat-hukum-islam-pendapat-ulama

10


Click to View FlipBook Version