46 USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN CIDB NEGERI TERENGGANU KALI KE-25 BIL. USUL/CADANGAN CATATAN 1. Yuran keahlian Usul 1: - Pengenaan yuran keahlian pada kadar yang sama tanpa mengira gred kerana semua ahli mendapat manfaat yang sama. Cadangan kadar yuran adalah RM 20.00 sebulan. Usul 2: - Menaikkan kadar yuran sekata kepada semua ahli RM 25.00 sebulan. 2. Perlembagaan Fasal 10 (Kewangan) Usul 1: - Mengkaji semula terma dalam Fasal 10 (b) iaitu “Bendahari dibenarkan memegang wang di tangan tidak lebih daripada RM 300.00 pada bila-bila masa. Semua lebihan yang diterima hendaklah dalam masa tujuh hari disimpan di dalam bank yang dibenarkan oleh Jawatankuasa. Akaun bank hendaklah di atas nama Kelab”. - Merujuk kepada penyata kewangan berakhir 31 Disember 2022, purata perbelanjaan bulanan adalah dalam lingkungan RM 800.00 sebulan dan kebanyakan dibelanjakan untuk sumbangan kebajikan kepada ahli dalam bentuk wang tunai. - Cadangan adalah wajar untuk menaikkan had tunai di tangan kepada RM 1,000.00 memandangkan akaun bank Kelab tidak boleh menjalankan transaksi secara atas talian. Usul 2: - Mengkaji semula terma dalam Fasal 10 (d) iaitu “Presiden bersama dengan Setiausaha atau Bendahari berkuasa membuat perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00”. - Cadangan adalah dengan menaikkan had nilai perbelanjaan kepada RM 5,000.00.
47 USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN CIDB NEGERI TERENGGANU KALI KE-25 BIL. USUL/CADANGAN CATATAN Perlembagaan Fasal 10 (Kewangan) Usul 3: - Mengkaji semula terma dalam Fasal 10 (e) iaitu “Perbelanjaan yang melebihi RM 1,000.00 adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kelulusan Mesyuarat Agung terlebih dahulu”. - Cadangan adalah bagi perbelanjaan yang melebihi RM 1,000.00 atau jika usul Fasal 10 (d) diluluskan, perbelanjaan yang melebihi nilai tersebut hanya perlu kelulusan Mesyuarat AJK dengan justifikasi yang lengkap. Ini adalah kerana Mesyuarat Agung hanya boleh diadakan jika sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) ahli daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali ganda jumlah AJK, mana yang kurang hendaklah hadir dalam mesyuarat tersebut bagi mengesahkan perjalanan serta mencukupkan korum. 3. Pencalonan AJK baharu Usul 1: - Larangan untuk lantikan atau menggunakan semula Ketua AJK, Setiausaha dan Presiden untuk tahun berikutnya supaya dapat memberi peluang kepada staf yang lain untuk memegang jawatan. Usul 2: - Untuk lantikan seterusnya, beri haka tau kuasa kepada Ketua AJK untuk memilih salah seorang ahli dari AJK beliau untuk menjadi Ketua AJK yang baru. Usul 3: - Pencalonan senarai nama Presiden, Setiausaha dan AJK Kelab dibuka kepada nama-nama baru.
48 USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN CIDB NEGERI TERENGGANU KALI KE-25 BIL. USUL/CADANGAN CATATAN 4. Cadangan program/aktiviti kelab Usul 1: - Cadangan untuk melancong dalam negara sahaja kerana dapat menjimatkan duit ahli. Jika melancong di luar negara perlukan pasport. - Cadangan tempat untuk melancong adalah Pulau Pinang. 5. Pemberian kalendar tahunan Usul 1: - Dicadangkan agar pihak Kelab menghadiahkan kalendar meja untuk semua ahli apabila tibanya tahun baru memandangkan ianya satu keperluan staf di CIDB.