PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 3 | UNIT 10 : SENI ANYAMAN SEZAMAN Anyaman e-Portfolio NAMA : ANIS SABIRAH BINTI AHMAD ROSHIDIE ANGKA GILIRAN : 2021252340638 KELAS : E-PSV2 T2 MATA PELAJARAN : PSVK3462 KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH PENSYARAH : EN. KIRHEBA MURUGAN A/L KRISHNAN Presentation version PSVK3462 TUGASAN 1 : PROJEK
Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Encik Kirheba Murugan A/L Krishnan kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Encik Kirheba, pensyarah subjek Kurikulum dan Pentaksiran PSV Sekolah Rendah, beliau yang telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Syukur kepada Tuhan, dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna. Penghargaan
ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGANBIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL PENGENALAN LAKARAN DALAM BILIK DARJAH LAKARAN LUAR BILIK DARJAH VIDEO PENGAJARAN PROSES PENGHASILAN KARYA HASIL KARYA SENARAI RUJUKAN AKTIVITI DAN TEKNIK ANYAMAN HOME ALAT DAN BAHAN
PENDIDIKAN Dalam Kurikulum PSV, terdapat empat bidang yang murid perlu pelajari. Empat bidang tersebut adalah Bidang Menggambar, Bidang Mencorak dan Membuat Rekaan, Bidang Membentuk dan Membuat Binaan dan Bidang Mengenal Kraf Tradisional. Umumnya, murid perlulah mepelajari asas seni dalam PSV iaitu unsur seni dan prinsip rekaan, Kedua-dua asas ini adalah sangat penting untuk diaplikasi semasa aktiviti seni dijalankan atau semasa sesi apresiasi seni. Pengenalan SENI VISUAL Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam KSSR terkini bertujuan untuk membentuk murid yang kreatif, kritis, berdisiplin seterusnya bijak dalam menggunakan teknologi terkini dalam penghasilan karya seni seperti yang terkandung dalam matlamat dan objektif Kurikulum PSV. PSV juga sangat penting kepada murid untuk meneroka dunia luar sambil belajar dalam cara yang menarik dan seronok. BACK
Batik Kraf tradisional ditakrifkan sebagai kerja yang memerlukan kemahiran penggunaan tangan yang diwarisi dari generasi ke generasi bagi menghasilkan alat pertahanan diri, perhiasan diri, upacara, muzik dan sebagainya. Asas kepada kraf ialah kehalusan tangan dan kelestarian budaya. Kraf tradisional juga bergantung kepada prinsip seperti penggunaan bahan mentah semulajadi, teknik tradisional dan reka bentuk unik. Bidang Mengenal Kraf Tradisional diperkenalkan dalam kurikulum PSV untuk diterapkan dalam sesi PdP di sekolah. Tujuan bidang ini diterapkan adalah untuk melahirkan murid yang kreatif, berfikiran kritis dan bijak menghargai serta memelihara warisan budaya di Malaysia. Dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional, murid akan mempelajari pelbagai kegiatan. Antaranya ialah alat perhiasan diri, alat permainan, alat pertahanan diri, alat domestik, batik, tembikar, anyaman, ukiran dan tekat. Bidang : Mengenal Kraf Tradisional BACK Alat Permainan Tembikar
BACK Aktiviti dan TeknikAnyaman Anyaman merupakan salah satu kegiatan yang terdapat dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional. Anyaman ialah proses menyilangkan bahanbahan tumbuhan untuk membentuk rumpun yang kukuh dan boleh digunakan. Kebanyakkan kraf tradisional adalah menggunakan anyaman seperti tikar anyaman, bakul anyaman, beg anyaman dan sebagainya. Aktiviti anyaman ini sesuai dan sangat mudah untuk dihasilkan oleh murid dengan menggunakan bahan alternatif seperti kertas, kad manila, straw dan sebagainya. Terdapat banyak teknik yang boleh digunakan dalam menghasilkan anyaman. Antaranya ialah teknik selang-seli iaitu teknik yang paling asas dalam penghasilan anyaman. Teknik ini boleh mengasilkan anyaman kelarai mata bilis yang digunakan dalam penghasilan produk Bakul Anyaman semasa PdP berlangsung.
2 keping yang berlainan warna 1 unit 1 unit 1 unit Mengikut kreativiti KERTAS WARNA PEMBARIS PENSEL GAM BARANG HIASAN Alat dan Bahan BACK
Lakaran Dalam Bilik Darjah BACK
Lakaran Dalam Bilik Darjah BACK Gambar di atas menunjukkan lakaran dalam bilik darjah. Lakaran yang dibuat ini adalah mengikut susunan bilik darjah PAK21. Seperti yang tertera, kedudukan meja murid yang berbentuk sedikit melengkung dan terbuka disusun menghadap ke hadapan di mana terdapat papan info dan papan putih interaktif atau skrin LCD. Kedudukan meja murid adalah secara berkumpulan di mana setiap kumpulan merangkumi empat orang murid. Kedudukan meja guru pula berada di hadapan kanan dan juga menghadap ke arah belakang atau ke arah murid. Tujuan susun atur ini dibuat adalah supaya guru mudah untuk memantau murid semasa mereka menjalankan aktiviti anyaman. Pantaun perlulah dibuat semasa murid menggunakan peralatan yang tajam seperti pisau pemotong kertas atau gunting. Bakul sampah juga perlu disediakan di setiap bilik darjah supaya kebersihan sentiasa terjaga. Hal ini juga kerana dalam aktiviti penghasilan anyaman, beberapa proses memerlukan murid untuk menggunting lebihan kertas yang tidak diperlukan. Di samping itu, sebuah bilik darjah yang mengikuti aspek PAK21 perlulah dilengkapi dengan Projektor dan skrin LCD dan smart TV untuk memudahkan guru menjalankan sesi PdP dengan lancar dan menarik. Papan info, papan mata pelajaran, almari dan rak buku adalah kemudahan yang boleh disediakan di dalam bilik darjah.
Lakaran Luar Bilik Darjah BACK
Lakaran Luar Bilik Darjah Gambar di atas menunjukkan lakaran luar bilik darjah iaitu Bilik Pendidikan Seni Visual (PSV) yang mempunyai susun atur yang bersesuai dengan aktiviti dalam Bidang Mengenal Kraf Tradisional, khususnya, aktiviti anyaman. Seperti yang ditunjukkan di dalam gambar, terdapat empat meja berbentuk oval yang menempatkan enam orang murid bagi setiap meja. Susunan meja berkumpulan dapat memudahkan murid untuk menjalankan aktiviti seni secara berkumpulan sekaligus mereka dapat berkongsi idea dalam menjalankan aktiviti atau membuat apresiasi seni. Kedudukan meja murid ini diikuti dengan kedudukan meja guru yang diletakkan di hadapan kelas bersama dengan papan putih dan papan info. Meja guru diletakkan di hadapan adalah supaya murid dapat dipantau sentiasa oleh guru. Dari aspek keselamatan, terdapat zon kerja yang disediakan di sebelah kanan kelas. Zon kerja ini bertujuan untuk membolehkan murid membuat aktiviti menggunakan peralatan yang memerlukan pengawasn guru seperti pisau pemotong kertas dan pistol perekat panas yang perlu digunakan semasa membuat anyaman. Selain itu, terdapat kabinet peralatan di belakang kelas yang perlu sentiasa berkunci untuk mengelakkan daripada murid membuka dan mengelakkan kemalangan yang tidak diingin. Stor Bilik PSV juga perlu ada untuk menyimpan alat dan bahan seni yang lain. Tambahan lagi, sudut karya juga perlu ada bagi mempamerkan karya-karya seni murid. Bakul sampah juga perlu ada untuk memastikan kelas sentiasa bersih. BACK
BACK Video Pengajaran Link video : https://drive.google.com/file/d/10tLpT3hbYIa wLWSyotQ52crT0mtVdFh5/view? usp=sharing Demonstrasi Menghasilkan Bakul Anyaman ppi ns et snippetsnippet
Kedua-dua kertas warna perlulah dilakar dengan garisan selari yang berukuran 1.5 cm menggunakan pensel dan pembaris. Susunkan 8 jalur kertas warna yang pertama secara bersebelahan. Teruskan menganyam kertas warna yang kedua secara berselang-seli dengan kertas warna yang pertama sehingga habis kesemua jalur. Guntingkan kedua-dua kertas warna yang telah diukur kepada 10 jalur kertas bagi setiap warna. Susun jalur kertas warna yang kedua secara berselang-seli dengan kertas warna yang pertama satu persatu. Susun dengan rapat dan kemaskan semua jalur kertas. LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 LANGKAH 5 LANGKAH 4 LANGKAH 6 Proses Penghasilan Karya Langkah-langkah Menghasilkan Bakul Anyaman BACK
Proses Penghasilan Karya Langkah-langkah Menghasilkan Bakul Anyaman BACK Gamkan setiap jalur kertas yang berada di bahagian atas kertas yang lain menggunakan gam. Gamkan lebihan jalur kertas warna pertama dan kedua menjadi dua set untuk dijadikan tangkai bakul anyaman. Akhir sekali, bakul anyamanan yang dihasilkan boleh dikemaskan dengan barang hiasan mengikut kreativiti masing-masing. Kemudian, kesemua lebihan jalur digamkan sekali ditengah-tengah. Langkah ini diulang bagi setiap sisi. Tangkai disambungkan pada bakul yang telah siap dianyam tadi. LANGKAH 7 LANGKAH 8 LANGKAH 9 LANGKAH 11 LANGKAH 10
Hasil Karya BACK
BACK Senarai Rujukan
Sekian, Terima Kasih HOME