The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by maya4261, 2022-10-02 00:07:11

PERMOHONAN DEWAN SEKOLAH SMKP

DEWAN SEKOLAH SMKP

Keywords: DEWAN

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

PERMOHONAN DEWAN
TERTUTUP SMK

PENAREK (TEA6081)

DISEDIAKAN OLEH: AHMAD NORDIN BIN BAHARI

[email protected] 1 Oktober 2022 01165752542

1|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

PERMOHONAN SEBUAH DEWAN TERTUTUP DI SMK PENAREK
(SMK PENAREK 22120 SETIU TERENGGANU)

1. PENGENALAN
Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek terletak di kawasan pesisir pantai
Negeri Terengganu dalam Daerah Setiu. Sebahagian besar penduduk di sini
adalah nelayan kecil yang rata-ratanya berada di bawah B40. Sekolah
Menengah Kebangsaan Penarek menampung murid dari 7 buah sekolah
sekitar. Kebanyakan pelajarnya berulang alik ke sekolah dengan menaiki bas
kerana kampung yang paling jauh dari sekolah sejauh 20 kilometer. Keciciran
di sekolah ini dikira agak tinggi disebabkan oleh kemiskinan. Ramai yang
berhenti sekolah disebabkan kemiskinan atau kurang
motivasi.

2|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

Gambar: Dashboard emis KPM

Gambar: Kedudukan SMK Penarek dalam GPS (google maps)

3|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

Gambar: Moto, pegangan dan matlamat sekolah

2. SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Penarek telah siap dibina pada tahun 1991. Tn. Hj.
Che Ab. Aziz Ab. Hadi, Penolong Kanan 1 menjalankan tugas pengetua sehinggalah
pada 1 Mei 1992. Pada masa itu, tenaga pengajar seramai sebelas orang, manakala
pelajar ialah 114 orang. SMKP memulakan sesi dengan dua kelas pelajar tingkatan
satu dan satu kelas tingkatan dua. Tahun silih berganti, SMKP mencipta zaman.

Sekolah yang pada asasnya terdiri daripada tiga blok bangunan pada awalnya
telah menerima pelajar yang semakin bertambah. Pada tahun 1993, SMKP telah
meningkat kepada enam kelas; 3 kelas Tingkatan Satu, 2 Kelas Tingkatan Dua, dan
1 kelas Tingkatan Tiga. Selain dari warga SMKP, Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG) turut memberi sokongan yang padu dalam merealisasikan cita-cita dalam
melahirkan insan kamil. Maka, dengan semangat itu, pihak PIBG telah berjaya
membina surau sekolah pada tahun 1994. Surau itu bukan sahaja menjadi tempat
solat berjemaah, namun juga merangkap ‘mini dewan’ dalam menyempurnakan
aktiviti kepada pelajar.

Seterusnya pada tahun 1997, kemajuan yang lebih besar ditempuh selaras
dengan persediaan SMKP menempuh alaf baru. Sebuah asrama untuk menampung
200 orang putera dan puteri telah sempurna pembinaannya. Kehadiran kompleks
rumah guru juga telah melengkapkan armada SMKP dalam melayari bahtera
pendidikan sebagaimana seruan Pendidikan Negara menuju Wawasan 2020.

Kemajuan yang lebih pesat ialah pada 1.11.1997, apabila SMKP diberi
penarafan semula menjadi sekolah Gred A. Sesuai dengan kedudukan dan fungsinya,
4|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

maka sebuah makmal multimedia dengan 30 set komputer telah mula beroperasi.
Namun masalah yang membelenggu sehingga kini ialah line internet yang lemah. Ini
sangat mengganggu pembelajaran pelajar sehingga kini. Sesungguhnya prasarana di
sekolah ini sangat lemah dan terabai walaupun seklah ini telah membawa ramai anak
anak nelayan ke menara gading dan berjaya mencipta nama dalam kehidupan.

Gambar : Bangunan SMK Penarek Setiu Terengganu

5|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

3. ANALISA KEPERLUAN

Analisis SWOT ini dibuat ketika pengetua baru ditempatkan di sekolah ini iaitu
pada tahun 2019. Walaupun Prestasi akademik telah dapat dipulihkan, namun
ia tidak dapat pergi lebih jauh lagi kerana kekurangan kemudahan asas dan
antaranya ialah dewan. Dengan adanya dewan banyak perjumpaan dengan
ibubapa boleh dibuat, begitu juga dengan seminar - seminar dan aktiviti lainnya.
Saya percaya dengan adanya dewan tertutup, sekolah ini mampu untuk
cemerlang lagi. Secara mudahnya ia dapat dirumuskan seperti berikut:
i- Sekolah ini tidak ada dewan tertutup atau satu ruang yang luas untuk

majlis majlis seperti mesyuarat agong PIBG, kursus motivasi, seminar
ataupun peperiksaan awam. Program-program sebegini tidak sesuai
dijalankan di dalam kelas kerana terpaksa memindahkan pelajar
berkenaan ke surau yang menyebabkan mereka akan terganggu
pembelajaran pada hari berkenaan.

6|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

Gambar: Tazkirah Ramadhan selepas hujan, sebahagian dapat duduk sebahagian
terpaksa berdiri berikutan dataran bertar basah

Gambar: Mesyuarat Agong PIBG, suasana panas dan padat.
7|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

Gambar: Taklimat untuk ibubapa di kantin
ii- Kami tidak ada tempat untuk menjalankan kegiatan kokurikulum

ataupun ko akademik. Kegiatan ini terpaksa dijalankan antaranya di
kantin, surau ataupun di dalam kelas yang sama sekali tidak sesuai.
Sedih melihat anak anak terpaksa bermain badminton di antara dua
celah bangunan Adakalanya jika taklimat diperlukan seperti bagi tujuan
satu murid satu sukan atau bagi kukorikulum, maka terpaksalah ia
diadakan di tengah panas. Ini menyebabkan pencapaian kokurikulum
atau koakademik tidak sebagaimana yang diharapkan

8|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

Gambar: Aktiviti kokurikulum

Gambar: Majlis meraikan kejayaan pelajar yang mengharumkan nama sekolah.
iii- Perhimpunan mingguan yang diadakan setiap hari Ahad dan bacaan
yasin/tazkirah setiap hari Khamis (Surau kami terlalu kecil untuk
memuatkan semua pelajar) terpaksa diadakan di tengah panas kerana
pada pukul lapan pagi sudah tidak ada apa yang dapat menjadi peneduh
bagi panas mentari. Memang kami sudah biasa berada di tengah panas,
tapi tidak adil kepada kami sedangkan sekolah lain tidak perlu
menghadapi situasi seperti kami.

9|Page

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

Gambar: Perhimpunan mingguan

Gambar: Guru berada di tepi bangunan kerana pentas digunakan untuk majlis.
10 | P a g e

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

iv. Permukaan dataran yang diturap dengan tar selalunya menimbulkan
perasaan tidak selesa dan menyebabkan baju pelajar kotor atau basah
apabila duduk di atasnya. Selalunya perkara ini berlaku apabila satu –
satu perjumpaan mengambil masa yang panjang. Pelajar terpaksa
duduk kerana apabila berdiri terlalu lama akan menyebabkan pelajar
terasa letih dan adakalanya boleh menyebabkan pelajar hampir pitam.
Apabila cuaca panas, matahari cepat terasa terik, dan apabila musim
hujan, lopak air berada merata – rata di dataran perhimpunan.

Gambar: Lopak air selepas hujan

Gambar: Duduk untuk mendengar ucapan/ taklimat
11 | P a g e

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

4. HARAPAN YANG DITIDAKKAN
Sebenarnya kami telah dijanjikan sebuah dewan semasa lawatan Tuan Haji
Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjawat jawatan Timbalan Perdana
Menteri yang datang ke sekolah kami sempena perasmian bangunan
tambahan dua puluh tahun yang lalu. Namun bangunan itu tidak pernah wujud
walaupun dua tahun lalu dalam data emis masih tercatat yang sekolah ini
mempunyai dewan. Kami merasakan dewan PPD lama yang sudah tidak
digunakan adalah milik asalnya adalah SMK Penarek.
Kami berharap kementerian Pendidikan cakna terhadap maslah kami. Untuk
makluman surau yang kami gunakan sekarang bukanlah pemberian dari
kementerian. Ini adalah surau derma dari orang ramai termasuk guru-guru
sekolah ini setelah hak kami juga ditidakkan untuk kali kedua.
RUMUSAN
Dewan merupakan satu keperluan yang terlalu mendesak untuk sekolah ini.
Dengan barisan pengurusan yang mempunyai visi yang tinggi terhadap
kemajuan sekolah dan diikuti oleh guru guru yang beriltizam tinggi untuk
membina masa hadapan pelajar, pastinya dengan adanya dewan tertutup, ia
adalah rahmat terbesar buat kami. Paling tidak mungkin ia hadiah bagi kami
atas apa yang kami lakukan untuk mencemerlangkan anak nelayan yang
sangat mencabar ini.

12 | P a g e

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

Gambar: Kejayaan terkini yang dilakar oleh pelajar SMK Penarek
13 | P a g e

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

LAMPIRAN (PERMOHONAN DEWAN YANG SUDAH DIBUAT)

14 | P a g e

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

15 | P a g e

PERMOHONAN DEWAN TERTUTUP SMK PENAREK (TEA6081)

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH
(AHMAD NORDIN BIN BAHARI)
PENGETUA CEMERLANG
SMK PENAREK
SETIU, TERENGGANU.
16 | P a g e


Click to View FlipBook Version