IPG KAMPUS SUATU KALA
BAHASA MELAYU DI
IINNDDEERRAALLOOKKAA
NUR BATRISYIA
NUR BATRISYIA IRWAYU
PPISMP 2021
Pada suatu kala, terdapat seorang
pemuda bernama Mat Jenin yang
tinggal di kerajaan Inderaloka.
Mat Jenin ialah anak yatim piatu
yang hidup sebatang kara. Hanya
sebentuk cincin yang dihiasi
permata menjadi peninggalan ibu
bapa kandungnya. Dia sentiasa
memakai cincin itu walau kemana
sahaja dia pergi.
Mat jenin terkenal kerana sikapnya yang
suka menolong orang kampung. Dia juga
suka berangan-angan dan berimpian besar
untuk menjadi seorang yang kaya. Ramai
penduduk kampung yang mengetawakannya
kerana sikap Mat Jenin yang suka berangan
itu.
““AAnnggaann--aannggaann aakkuu bbuukkaann kkoossoonngg,, bbeerriissii..
TTeennggookkllaahh nnaannttii aakkaann aaddaa bbaannyyaakk
kkeejjuuttaann HHAAHHAAHHAA..”” KKaattaa MMaatt JJeenniinn ssaammbbiill
kkeettaawwaa..
Penduduk kampung hanya mendengarnya
bagaikan masuk telinga kanan keluar
telinga kiri. Malas ingin melayan sikap Mat
Jenin yang suka berangan-angan setinggi
pokok kelapa. Walaupun begitu, Mat Jenin
sangat rajin. Dia tidak pernah berputus asa.
Dia akan tetap berusaha.
Katanya, “Aku sanggup buat apa sahaja
untuk menjadi kaya pada suatu hari nanti
dan aku akan dapat berkahwin dengan anak
raja”. Begitulah Mat Jenin yang suka
berangan-angan.
Mat Jenin sangat rajin bekerja. Pada waktu
pagi, dia akan menolong Cik Kiah memanjat
pokok kelapa dan menjualnya di pasar. Dia
diberi upah sejumlah sepuluh perak.
Pada waktu petang pula, dia bekerja di kedai
makan milik Pak Samad. Dia menjadi pelayan
serta mencuci pinggan mangkuk di dapur. Pak
Samad memberi upah sejumlah lima belas perak
sehari.
Setelah selesai dengan
pekerjaannya, dia pulang ke rumah
dan terus mengira perak-perak yang
disimpan di dalam tabung miliknya
dan mula berangan-angan apabila
melihat timbunan perak yang
menggunung itu.
“Wah! boleh aku beli ayam, bila ayam dah
banyak, Hah! boleh tukar dengan lembu,
setelah kaya meniaga lembu, HAHAHA aku
kaya! Boleh lah aku kahwin dengan anak
raja”. Kata Mat Jenin sambil berbaring di
atas tikar lalu hanyut di buai mimpi.
Pada keesokkan harinya, Cik Kiah menyuruh Mat Jenin
masuk ke dalam hutan untuk mencari ulam. Dia
ditawarkan sejumlah dua puluh Perak.
Mat Jenin bersetuju apabila mendengar
tawaran Cik Kiah dan terus menuju ke
hutan berdekatan untuk mencari ulam.
Setelah kira-kira satu jam mencari ulam,
Mat Jenin mula berasa penat dan
memutuskan untuk berehat sebentar di
bawah pokok.
Tiba-tiba, dia terdengar alunan suara seseorang
yang sangat merdu sedang menyanyi dan bagaikan
magnet, dia mengikuti suara tersebut. Dia terhenti
apabila melihat susuk tubuh seorang gadis berkebaya
merah sedang duduk di atas buaian yang dihiasi
dengan bunga-bunga mekar sambil bernyanyi di
bawah pohon beringin rendang. Jika dilihat dengan
lebih teliti, ia kelihatan seperti sebuah Taman
Kayangan. Mat Jenin leka memperhatikan gadis
tersebut dan mula kembali ke dunia nyata apabila
melihat dayang-dayang ista
na menghampiri gadis
tersebut setelah dia u
sai menyanyi.
Dengan penuh yakin,
Mat Jenin berkata “Tidak
salah lagi! gadis itu tentu Puteri Merah, anak
raja kerajaan Inderaloka." sambil tersenyum.
Puteri Merah merupakan anak kandung Raja Jeman dan
Permaisuri Melur. Mereka tinggal di sebuah istana yang
sangat cantik dan terbesar di kerajaan Inderaloka. Puteri
Merah sangat menyayangi ayahanda dan bondanya. Mereka
hidup dalam sebuah keluarga yang sangat gembira. Namun,
kebahagiaan itu berakhir selepas permaisuri Melur mangkat.
Puteri Merah sangat sedih sehingga tidak berkenan untuk
bersantap. Raja Jeman sangat susah hati melihat keadaan
puterinya itu. Sudah pelbagai cara yang digunakan untuk
memujuk puterinya. Akhirnya, Raja Jeman teringat akan
tempat yang selalu permaisuri Melur pergi ketika Raja perlu
ke luar kota.
RRaajjaa JJeemmaann mmeemmbbaawwaa PPuutteerrii MMeerraahh
kkee sseebbuuaahh ttaammaann yyaanngg tteerrddaappaatt
ppoohhoonn bbeerriinnggiinn rreennddaanngg.. DDii
ppoohhoonn iittuu tteerrggaannttuunngg bbuuaaiiaann
yyaanngg ssaannggaatt ccaannttiikk ddiihhiiaassii
bbuunnggaa--bbuunnggaa.. RRaajjaa JJeemmaann
mmeenncceerriittaakkaann ttaammaann iinnii
mmeerruuppaakkaann tteemmppaatt kkeessuukkaaaann
ppeerrmmaaiissuurrii MMeelluurr.. PPuutteerrii MMeerraahh
mmaassiihh ttiiddaakk bbeerrssuuaarraa,, hhaannyyaa
sseennyyuummaann yyaanngg tteerruukkiirr ddii wwaajjaahh
mmaanniissnnyyaa iittuu..
“Mari, duduklah diatas buaian ini”. titah Raja
Jeman.
Lalu Puteri Merah pun duduk di atas buaian
tersebut dan reaksi terkejut jelas
terpampang di wajahnya apabila buaian itu
mula berayun dengan sendirinya. Bunga-
bunga disekelilingnya turut bergoyang sama.
Puteri Merah berasa sangat gembira. Dia leka
bermain buaian itu sambil menyanyi. Raja
Jeman sangat gembira melihat puterinya
kembali tersenyum dan mula bersuara. Raja
Jeman juga berasa terharu mendengar suara
merdu putrinya itu, sama seperti suara
Permaisuri Melur. Bukan itu sahaja, malah
wajah dan perangai mereka juga hampir sama.
Benarlah kata orang ke mana tumpahnya
kuah, kalau tidak ke nasi.
Namun, Raja Jeman tidak dapat
menemani puterinya sehingga habis
bermain kerana perlu ke luar kota
atas urusan-urusan tertentu. Sewaktu
ketiadaan raja, hanya dayang-dayang
istana sahaja yang ada menemani
Puteri Merah. Dayang-dayang inilah
yang menjadi rakan Puteri Merah serta
sentiasa menemaninya jika hendak
kemana-mana.
Setelah beberapa hari berlalu, Raja Jeman akhirnya
pulang ke istana tetapi, Raja Jeman tidak pulang
berseorangan. Baginda pulang bersama seorang wanita
yang masih kelihatan menawan walaupun telah dimamah
usia dan seorang gadis jelita yang kelihatan sebaya
dengan Puteri Merah. Raja Jeman memberitahu puterinya
bahawa wanita dan gadis itu merupakan saudara jauhnya.
“Selamat berkenalan Puteri Merah. Nama makcik,
Dahlia. Merah panggil saja bonda Dahlia. Ini pula
anak gadis bonda, namanya Putih.” Sapa wanita yang
Bernama Dahlia.
“Selamat berkenalan Puteri Merah, saya Putih”. Tegur
gadis yang Bernama putih itu.
Puteri Merah tersenyum manis sambil bersalaman
dengan bonda Dahlia. Lalu, Puteri Merah menjemput
mereka masuk ke dalam istana Inderaloka.
Mereka berbual-bual mesra sambil menjamah
hidangan yang disediakan oleh dayang istana.
Raja Jeman memberitahu bahawa bonda Dahlia
dan Putih akan tinggal bersama-sama mereka di
istana. Puteri Merah sangat gembira kerana
mempunyai teman untuk berbual-bual dan
bermain.
Setelah beberapa hari tinggal bersama, bonda
Dahlia melayani Puteri Merah dengan sangat baik
sama seperti bondanya dahulu. Putih juga sangat
baik dan manja. Mereka selalu bermain Bersama-
sama. Puteri Merah sudah menganggap Putih
seperti adiknya sendiri. Raja Jeman melihat
puterinya itu sangat gembira dengan kehadiran
Dahlia dan Putih. Maka dengan itu, Raja Jeman
menikahi Dahlia. Mereka hidup seperti sebuah
keluarga yang sangat bahagia.
Namun, keadaan mula berubah setelah Raja Jeman
pergi ke luar kota atas urusan-urusan tertentu.
Puteri Merah disuruh oleh ibu tirinya untuk
membersihkan istana. Bukan itu sahaja, malah Merah
juga disuruh untuk membuat semua kerja-kerja
istana seperti mencuci, menjemur dan memasak.
Dayang-dayang istana diugut untuk diam dan
dilarang untuk memberitahu Raja Jeman tentang hal
ini. Puteri Merah tidak membantah dan dia terus
melakukan kerja-kerja tersebut kerana takut
dimarahi oleh ibu tirinya itu. Puteri Merah sangat
sedih dengan sikap bonda Dahlia serta adik tirinya
itu. Dia tidak sangka ibu dan adik tirinya itu ingin
berniat jahat kepadanya. Rupa-rupanya selama ini
hanyalah lakonan semata-mata yang ditunjukkan
di hadapan Raja Jeman.
SSeetteellaahh sseelleessaaii sseeggaallaa kkeerrjjaa--kkeerrjjaa ddii
iissttaannaa,, PPuutteerrii MMeerraahh sseennyyaapp--sseennyyaapp kkeelluuaarr
ddaarrii iissttaannaa uunnttuukk kkee ttaammaann kkeessuukkaaaann
bboonnddaannyyaa.. PPuutteerrii MMeerraahh bbeerrmmaaiinn bbuuaaiiaann
ssaammbbiill mmeennyyaannyyii.. TTiibbaa--ttiibbaa aaiirr mmaattaa
mmeennggaalliirr kkee ppiippii PPuutteerrii MMeerraahh..
“Bonda, Merah rindu bonda. Merah tidak
bahagia disini. Merah tidak sangka bonda
Dahlia dan Putih bersikap begitu kepada
Merah. Merah sudah anggap mereka seperti
keluarga Merah sendiri. Mengapa mereka
melayan Merah begini? Apa salah Merah
bonda? Apa salah Merah?”
“Bonda, bonda doakan Merah
kuat ya. Merah rindu bonda”.
Mengadu Puteri Merah sambil
menangis di atas buaian
kesukaan bondanya itu.
Sebelum pulang ke istana, Puteri Merah
menyanyikan lagu kesukaan bondanya sambil
bermain buaian. Tanpa disedarinya, seorang
pemuda sedang memperhatikannya disebalik
pohon.
“Buai laju-laju, Buailah diri ku,
Buai laju, Gembirakan hatiku,
Buai laju-laju, Buailah diriku,
Hati duka, terkenang nasibku.”
Setelah habis menyanyikan lagu tersebut,
tiba-tiba dayang-dayang istana datang
menghampiri Puteri Merah.
“Permaisuri Dahlia amat murka dan meminta
kami untuk mencari Puteri Merah, kami sangat
risau akan keadaan Puteri yang tiba-tiba
menghilangkan diri dari istana”. Kata
seorang dayang istana.
“Bagaimana kalian tahu Puteri berada
disini?”. Tanya Puteri Merah.
“Puteri sama seperti Almarhumah
Permaisuri Melur, Jika berasa sunyi
atau sedih, pasti akan ke taman ini”.
Kata seorang dayang istana itu.
Puteri Merah hanya tersenyum manis,
lalu pulang ke istana bersama
dayang-dayangnya.
Setelah tiba di istana Inderaloka,
Puteri Merah dimarahi oleh bonda
Dahlia. Dia dipukul sehingga
terdapat kesan-kesan merah di
badannya. Putih hanya melihat
dan mengetawakan Puteri Merah.
Selepas itu, Puteri Merah dikurung
di dalam sebuah kamar kosong
serta tidak diberi makan. Badan
Puteri Merah sangat lemah, dia
juga sangat kelaparan. Namun dia
tidak mampu untuk berbuat apa-
apa. Dia menangis dan akhirnya
tertidur.
Pada keesokkan harinya, Puteri
Merah dibawa keluar dari bilik
tersebut dan diberi makan oleh
dayang-dayang istana. Setelah
itu, Puteri Merah disiapkan
kerana Raja Jeman akan pulang
sebentar lagi. Setelah semua
berkumpul di tengah istana untuk
menyambut kepulangan Raja
Jeman. Bonda Dahlia memanggil
Puteri Merah.
“Merah! kemari kau”. Panggil Permaisuri
Dahlia dengan suara yang marah serta
muka yang menahan kemarahan.
Lalu, Puteri Merah pergi menghadap bonda
Dahlia. Dia hanya diam dan menunduk.
“Kau jangan sesekali memberitahu ayah kau
tentang apa yang terjadi semasa
ketiadaannya di istana ini. Kalau tidak
nahas kau aku kerjakan. Faham?”. ugut
Permaisuri Dahlia.
Puteri Merah hanya menggangguk. Dia tidak
sanggup melawan bonda Dahlia. Dayang-
dayang istana yang melihat situasi itu juga
sangat sedih. Mereka tidak sanggup melihat
Puteri Merah diperlakukan begitu kejam.
Akhirnya, Raja Jeman pulang ke istana. Permaisuri Dahlia menyapa
suaminya itu dengan sangat sopan. Puteri Merah dan Putih juga turut
bersalaman dengan ayahandanya. Puteri Merah memeluk ayahandanya
kerana dia sangat merindukan ayahandanya itu. Hanya Raja Jeman
yang menyayanginya. Semasa melepaskan pelukan, Baginda terlihat
lengan Puteri Merah terdapat beberapa kesan lebam.
“Merah, kenapa dengan lengan kamu ini?” tanya Raja Jeman.
“aa Me-merah terjatuh ketika bermain buaian”. bohong Puteri Merah
dengan gagap.
“Macam mana boleh terjatuh? Dahlia, dayang-dayang saya minta kamu
untuk menjaga Puteri kan?”. Tanya Raja Jeman degan nada yang
sedikit marah.
“Benda dah jadikan? Nak buat macam mana. Kanda jangan risaulah,
adinda sudah sapukan ubat. Nanti eloklah tu”. jawab Permaisuri
Dahlia sambil menjeling Puteri Merah.
Puteri Merah ketakutan lalu menunduk sambil memegang lengannya
yang lebam itu.
“Sudahlah kanda, mari makan. dinda sudah siapkan bermacam-macam
jenis hidangan untuk kanda”. tambah Permaisuri Dahlia.
Lalu mereka sekeluarga ke ruang santapan.
Setelah selesai bersantapan, Raja Jeman mendapat
khabar bahawa baginda perlu ke luar kota sekali
lagi atas urusan yang tidak dapat dielakkan.
Baginda meminta diri lalu pergi meninggalkan
istana. Tinggallah Puteri Merah bersama bonda
Dahlia dan Putih di Istana.
“Kemari kau Merah! Mesti kau suka tengok aku kena
marah dengan ayahanda kau kan?”. Marah bonda
Dahlia sambil memukul Puteri Merah dengan kejam.
“Bonda sakit, sakit bonda. Jangan sakit”. Rayu
Puteri Merah sambil menangis.
Badan Puteri Merah sangat lemah dan tidak berdaya
untuk melawan. Setelah puas dipukul oleh bonda
Dahlia. Puteri Merah ditinggal terbaring di ruang
tengah istana itu. Dayang-dayang datang
membantu Puteri Merah dan membawanya ke kamar.
Mereka juga sedih melihat Puteri Merah dilayan
dengan sangat kejam.
Keesokkan harinya, Putih masuk ke kamar beradu
Puteri Merah. Dia ingin melihat keadaan Puteri
Merah.
“Kak Merah, bagaimana keadaan Kak Merah
sekarang? Masih sakit?”. Tanya Putih dengan
muka yang sangat risau.
“Keadaan Kak Merah semakin baik”. Jawab Puteri
Merah dengan ringkas.
“Putih minta maaf ya, Putih tidak dapat menolong
Kak Merah semasa dipukul bonda, Putih juga
takut”. Kata Putih dengan nada yang sedih.
“Tidak mengapa Putih, Kak Merah faham”. Jawab
Puteri Merah sambil tersenyum.
“Petang ini, Putih ingin pergi ke air terjun. Kak
Merah mahu pergi bersama Putih?”. Tanya Putih.
“Wah! sudah lama Kak Merah tidak ke sana. Mari
Kak Merah bawa Putih ke sana”. Jawab Puteri
Merah dengan sangat teruja.
Mereka keluar dari istana tanpa pengetahuan siapa-
siapa. Putih melarang Puteri Merah untuk memberitahu
dayang-dayang. Setelah tiba di air terjun
Inderaloka, air kelihatan sangat deras. Puteri Merah
mengajak Putih untuk pulang kerana akan
membahayakan keselamatan mereka. Risau jika
terjadinya kepala air. Namun, Putih berdegil tidak
mahu pulang. Dia mengajak Puteri Merah duduk
disebuah batu besar dekat dengan air. Lalu, Puteri
Merah hanya melayan karenah adik tirinya itu. Mereka
hanya merendamkan kaki kedalam air. Setelah leka
merendamkan kaki di dalam air, Putih meminta izin
untuk mengutip batu-batu disekitar sungai itu. Puteri
Merah hanya mengangguk. Dia masih merendamkan kaki
ke dalam air. Tiba-tiba, Putih menolak Puteri Merah
masuk ke dalam sungai yang agak dalam. Puteri Merah
meminta tolong. Namun, tidak diendahkan oleh Putih.
Putih ketawa lalu pergi meninggalkan Puteri Merah.
Setelah tiba di istana dia melihat Raja Jeman sudah
pulang. Dia ketakutan lalu pura-pura menangis dan
berkata “tolong-tolong, Kak Merah lemas!
Tolong!!!”.
Setelah mendengar suara Putih meminta tolong,
Raja Jeman dan Permaisuri Dahlia bergegas keluar
dari istana. Raja Jeman sangat cemas dan bertanya
tentang perkara yang terjadi. Lalu Putih
menceritakan bahawa Puteri Merah mengajaknya ke
air terjun Inderaloka, mereka keluar tanpa
pengetahuan siapa-siapa kerana dilarang oleh
Puteri Merah. Setelah sampai di air terjun, Puteri
Merah ingin duduk disebuah batu namun dia
tergelincir lalu terjatuh di dalam air sungai itu.
“Putih cuba untuk menyelamatkan Kak Merah tetapi
tidak berhasil. Kak Merah semakin menjauh dari
Putih. Putih takut dan terus pulang ke istana”.
Bohong Putih.
Setelah mendengar cerita Putih, Raja
Jeman bersama petugas istana
bergegas ke air terjun Inderaloka
untuk mencari Puteri Merah. Sudah
seharian mereka mencari disekeliling
air terjun itu. Namun, tidak menjumpai
apa-apa petanda. Setelah penat
mencari, mereka pulang ke istana.
Lalu, raja memerintahkan panglima
untuk meminta bantuan penduduk
kerajaan Inderaloka mencari
puterinya itu dan siapa yang berjaya
membawa pulang Puterinya itu, akan
diberi ganjaran seribu emas”.
Keesokkan paginya, panglima membuat pengumuman tentang
titah raja Jeman di hadapan penduduk Inderaloka. Ramai
penduduk yang berkumpul ingin mendengar titah Raja Jeman.
“Dengar sini wahai penduduk kerajaan Inderaloka, barang
siapa yang berjaya menjumpai Puteri Merah, orang itu akan
diberi ganjaran seribu emas”. Kata Hang Jebat.
Ramai penduduk kampung yang bersemangat untuk mencari
Puteri Merah yang hilang itu termasuklah Mat Jenin.
“Wah! kalau aku jumpa Puteri Merah, pasti aku akan kaya-
raya. HAHAHA.” kata Mat Jenin sambil tertawa.
Tanpa membuang masa, Mat Jenin dan penduduk kampung
segera mencari Puteri Merah. Ramai penduduk kampung
mencari di sekitar kawasan air terjun kerana disitu
merupakan tempat terakhir Puteri Merah berada. Mat Jenin
masih berfikir dan merenung kawasan air terjun itu. Tiba-
tiba dia teringat tentang taman yang sangat cantik dimana
dia pernah melihat Puteri Merah sedang bernyanyi sambil
bermain buaian. Tanpa membuang masa, dia terus ke taman itu
dengan penuh yakin.
Setelah tiba di taman, dia mendengar suara yang
sangat merdu sedang menyanyi. Dia melihat
seorang gadis yang sedang duduk di buaian.
Lalu, dia menghampiri gadis itu dengan sangat
gembira. Benar tekaannya, Puteri Merah pasti
berada di taman ini.
“Wahai Puteri Merah, apa kau buat disini?”. Tegur
Mat Jenin.
Puteri Merah ketakutan dan ingin bangun
meninggalkan Mat Jenin.
“Tunggu, patik ke sini kerana ingin membawa
Puteri pulang. Raja Jeman amat risau akan
keadaan Puteri”. Tahan Mat Jenin.
“Bagaimana kamu tahu Puteri berada disini?”.
Tanya Puteri Merah.
“Patik pernah melihat Puteri bermain buaian ini
sambil bernyanyi. Sungguh merdu suara Puteri”.
Jawab Mat Jenin dengan senyuman.
Lalu, Mat Jenin mengajak Puteri Merah untuk
pulang ke istana. Namun, Puteri Merah berkeras
tidak mahu pulang ke istana. Puteri Merah
sangat takut. Dia tidak mahu dipukul oleh ibu
dan adik tirinya itu lagi. Dia rela tinggal di
taman ini dari pulang ke istana kejam itu.
Mat Jenin mendengar segala isi hati Puteri
Merah. Dia juga merasa simpati dengan apa yang
terjadi kepada Puteri Merah. Mat Jenin memujuk
Puteri Merah pulang ke istana dan
menceritakan hal sebenar kepada raja. Dia
berjanji untuk melindungi Puteri Merah.
Katanya, “Yang hak akan datang membela”.
Mendengar kata-kata Mat Jenin membuatkan
Puteri Merah berani untuk menegakkan
kebenaran. Puteri Merah bersetuju untuk
pulang ke istana.
Setelah tiba di istana, mereka sangat terkejut
kerana Puteri Merah masih hidup. Dapat dilihat jelas
menunjukkan muka Putih dan Permaisuri Dahlia
sangat terkejut dan ketakutan. Raja Jeman sangat
gembira kerana putrinya masih hidup. Baginda
meminta Puteri Merah untuk menceritakan hal yang
sebenar. Puteri Merah melihat wajah ibu dan adik
tirinya seakan menyuruhnya untuk senyap. Namun
dengan semangat yang diberikan oelh Mat Jenin
membuatnya berani untuk menceritakan perkara
sebenar
.
Lalu, Puteri Merah menceritakan perkara-
perkara yang terjadi. Dia menceritakan
tentang kezaliman ibu dan adik tirinya itu.
Puteri Merah amat lega setelah menceritakan
segalanya kepada ayahandanya.
Setelah mendengar cerita dari
puterinya itu, Raja Jeman berasa
sangat murka. Dia memarahi
permaisuri Dahlia dan Putih. Mereka
diberi hukuman untuk pergi jauh
dari istana ini. Permaisuri Dahlia
dan Putih tidak sanggup, mereka
merayu dan memohon maaf kepada
Puteri Merah. Puteri Merah tidak
sampai hati melihat mereka merayu.
Dia memaafkan ibu dan adik tirinya
itu dan memberikan mereka peluang
untuk berubah.
Seperti yang dijanjikan oleh Raja Jeman, Mat Jenin akan diberikan
ganjaran seribu emas. Namun, Mat Jenin menolak. Dia merasakan itu
adalah tanggungjawabnya untuk membela Puteri Merah. Raja amat
terharu dengan sikap Mat Jenin itu. Mat Jenin membuatkan baginda
teringat akan seseorang yang amat disayanginya. Mat Jenin meminta izin
untuk pulang, tiba-tiba baginda terlihat cincin yang dipakai oleh Mat
Jenin.
“Dimana kamu dapat cinc
in itu, boleh beta lihat?” tanya
raja Jeman.
“Ini satu-satunya harta yang ditinggalkan oleh ibu bapa
kandung patik”. Kata Mat Jenin dan memberikan cincin itu
kepada raja.
Raja memerhatikan cincin itu dan bertanya, “Di mana ibu
bapa kandung kamu?”.
“Kata nenek, Ibu bapa kandung patik sudah tiada. Sejak
kecil patik dijaga oleh nenek”. Jawab Mat Jenin.
“Siapa nama nenek kamu?” Tanya raja.
“Tipah namanya. Orang kampung memanggilnya Nek Pah”.
Jawab Mat Jenin.
Raja tersenyum lalu memeluk Mat Jenin. Mat
Jenin berasa hairan namun dibiarkan.
“Sudah lama beta mencari kamu, wahai
puteraku”. Jawab Raja Jeman. Baginda
menangis kegembiraan kerana dapat
melihat putera kandunganya masih hidup.
Mat Jenin kelihatan sangat terkejut dan
masih tidak mempercayai apa yang
didengarnya.
Dia masih ingat kata neneknya bahawa
cincin ini akan membuktikan segalanya.
Namun dia tidak mengerti apa yang cuba
disampaikan oleh neneknya itu dan
akhirnya dia faham. Cincin inilah yang
menjadi bukti bahawa dia merupakan anak
Raja Jeman.
Raja Jeman menceritakan perkara sebenar.
Baginda memberitahu bahawa suatu ketika
dahulu, di kerajaan Inderaloka pernah
berlakunya peperangan dan bagi
menyelamatkan puteranya yang masih bayi itu,
baginda telah meminta seorang penduduk
kampung yang bernama Nek Pah untuk
menjaganya dan memberikan cincin itu kepada
bayinya. Setelah tamat peperangan, Baginda
cuba untuk mencari Nek Pah namun tidak
dijumpainya. Namun, baginda tidak pernah
berputus asa dan tetap mencari puteranya
sehingga sekarang. Dan akhirnya mereka telah
dipertemukan. Baginda sangat gembira dan
merindui putera sulungnya itu. Puteri Merah
yang mendengarkan hal itu turut gembira. Mat
Jenin sangat gembira dapat berjumpa dengan
bapa dan adik kandungnya.
Raja Jeman meminta Mat Jenin untuk
mengambil alih takhta Raja kerajaan
Inderaloka. Mat Jenin menolak kerana dia
merasakan tidak layak untuk berada
ditempat itu. Raja Jeman terus memujuknya
puteranya itu. Raja Jeman ingin berehat dan
sudah tiba masa untuk puteranya itu memimpin
kerajaan Inderaloka ini. Mat Jenin akhirnya
bersetuju.
Raja Jeman memerintahkan panglima untuk
mengumpulkan seluruh penduduk Inderaloka.
Baginda ingin memperkenalkan Raja baru
Kerajaan Indereloka.
Penduduk kampung semua berkumpul dan
ternanti-nanti siapakah raja baru
kerajaan inderaloka ini. Akhirnya,
penantian mereka berakhir, Raja Jeman
mengumumkan bahawa puteranya akan
menggantikan tempat baginda.
Mat jenin keluar dan
semua penduduk
Inderaloka sangat terkejut. Namun, mereka
sangat gembira. Mereka yakin Mat Jenin akan
memerintah kerajaan Inderaloka dengan baik.
Siapa sangka angan-angan Mat Jenin selama ini
menjadi kenyataan. Penduduk inderaloka
bersorak dan memberikan tepukan kepada Raja
Jenin, Raja Kerajaan Inderaloka.
SUATU KALA
DI
INDERALOKA
NUR BATRISYIA