UNIT PUSAT SUMBER
Berdiri dari kiri: Pn Suhana binti Maidin, Pn Bistali @ Mastari Hj Daud, En Buni bin Sandur, Pn Dayang Musliha Mohd
Ralbi, Hajah Mariam binti Etam
Duduk dari kiri: Pn Jaidah Saidun @ Saidon (Ketua Unit), En Romli bin Darus (Pengarah), En Suzlan @ Nordin bin Sapili
@ Jamadil
1.0 ORGANISASI UNIT Nama
Pn. Jaidah Saidun @ Saidon
Jawatan En. Suzlan@Nordin Bin Sapili@Jamadil
Ketua Unit Pn. Suhana Binti Maidin
Pustakawan Pn. Dayang Musliha Binti Mohd Ralbi
Pembantu Pustakawan Pn. Hjh Mariam Binti Etam
Pembantu Pustakawan Pn. Bistali @ Mastari Hj Daud
Pembantu Operasi En. Buni Sandur
Pembantu Operasi
Pemandu
2.0 AKTIVITI-AKTIVITI
2.1 Aktiviti yang telah dilaksanakan
Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Unit Pusat Sumber sepanjang tahun 2019.
Bil. Tarikh Perkara Catatan
1. 15 Februari 2019 Bengkel dan Taklimat Perpustakaan Digital
2. 25 – 26 Mac 2019 Bengkel Pemuliharaan Bahan Siri 1
3. 14 Mac 2019 Pertandingan Inovasi IPGK Kent
4. 27 Mac 2019 Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
5. 28 Mac 2019 Lawatan Penanda Aras Pengurusan Perpustakaan dan Ekosistem
Kondusif Sektor Awam (EKSA) di Universiti Malaysia Sabah
6. 28 Mac 2019 Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA) di Jabatan Reka Kota Kinabalu
7. 30 Mac 2019 Literasi Maklumat PDPLI
8. 23 April 2019 Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2019
9. 21 Mei 2019 Bengkel Pemuliharaan Bahan Siri 2
10. 24 Mei 2019 Lawatan Di Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru
11. 9 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP TESL SJKC Julai 2019
12. 10 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP BM SK 2 Julai 2019
13. 10 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP PAI SK Julai 2019
14. 11 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP TESL 2 Julai 2019
15. 12 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP BM 1 SJKC Julai 2019
16. 12 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP TESL 1 SK Julai 2019
17. 23 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP BKD Julai 2019
18. 24 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP BM 2 SJKC Julai 2019
19. 31 Julai 2019 Literasi Maklumat PPISMP BM 1 SK Julai 2019
20. 1 Ogos 2019 Literasi Maklumat PPISMP PAI SMU Julai 2019
21 1 – 31 Ogos 2019 Pameran Bulan Kebangsaan
22. 26 September 2019 Literasi Maklumat PPISMP BM SK 3 Julai 2019
23. 14 - 18 Oktober 2019 Minggu Perpustakaan
24. 18 Oktober 2019 Lawatan Ketua Pengarah dan Pegawai Kanan Perpustakaan
Negara Malaysia ke Perpustakaan IPG Kampus Kent
2.1.1 Literasi Maklumat untuk Pensyarah, Pegawai Pengurusan & Staf
Program literasi maklumat dilaksanakan khusus untuk semua staf, pengawai pengurusan dan pensyarah IPG
Kampus Kent. Program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kemahiran mengakses pencarian bahan
secara atas talian melalui webOPAC dan U-pustaka. Program ini diadakan di makmal komputer IPG Kampus
Kent. Diharap objektif program ini tercapai dan dapat memberi manfaat kepada warga kampus dengan
mengaplikasikan kemahiran pencarian bahan maklumat dengan lebih berkesan dalam bidang kerja dan
sebagainya.
Taklimat Literasi Maklumat
2.1.2 Bengkel Pemuliharaan Bahan Siri 1 & 2
Bengkel Pemuliharaan Bahan Siri 1 dan 2 telah diadakan pada 25 – 26 Mac 2019 dan 21 Mei 2019. Bengkel ini
diadakan untuk staf Unit Pusat Sumber bagi memantapkan kemahiran dalam membaikpulih bahan bagi
memelihara dan memulihara koleksi Perpustakaan.
Bengkel Pemuliharaan Bahan
2.1.3 Pertandingan Inovasi Peringkat IPG Kampus Kent
Unit Pusat Sumber yang diwakili oleh Puan Jaidah Binti Saidun @Saidon, En. Suzlan@Nordin Bin Sapili dan
Puan Suhana Binti Maidin telah menyertai Pertandingan Inovasi Peringkat IPG Kampus Kent pada 14 Mac 2019
bertempat di Perpustakaan Datuk Mary Teresa Kinajil IPG Kampus Kent. Sempena pertandingan ini Unit Pusat
Sumber berjaya merangkul Anugerah Emas.
Pertandingan Inovasi
2.1.4 Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Zon Emerald
Bengkel EKSA Zon Emerald telah diadakan pada 27 Mac 2019 untuk ahli Zon Emerald. Bengkel ini diadakan
untuk memberi pendedahan kepada ahli zon tentang EKSA seterusnya mempraktikkan sistem itu dalam
persekitaran pekerjaan.
Bengkel EKSA Zon Emerald
2.1.5 Lawatan Penandaarasan Ke Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Rela dan Perpustakaan Negeri
Sabah Cawangan Tanjung Aru
Lawatan Penandaarasan Unit Pusat Sumber diadakan untuk memberi pendedahan lebih terperinci tentang
pengurusan dan perkhidmatan Perpustakaan dan sistem EKSA. Lawatan ini melibatkan semua pegawai dan staf
Unit Pusat Sumber dan beberapa orang ahli Zon Emerald.
Lawatan ke UMS, Jabatan Rela dan PNS Cawangan Tanjung Aru
2.1.6 Literasi Maklumat untuk pelajar
Bengkel Literasi Maklumat untuk pelajar telah diadakan sepanjang tahun 2019. Bengkel ini diadakan untuk
memberikan pendedahan kepada pelajar dengan lebih terperinci tentang perkhidmatan Perpustakaan,
penggunaan U-Pustaka, WebOPAC, sumber-sumber online dan sebagainya. Dengan adanya bengkel seperti ini,
para pelajar boleh mengakses bahan dengan lebih mudah dan seterusnya membantu mereka menyempurnakan
sebarang tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.
Taklimat Literasi Maklumat
2.1.7 Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit 2019
Program Jom baca Bersama untuk 10 minit 2019 telah diadakan pada 23 April 2019 secara serentak di seluruh
negara. Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam menggalakkan tabiat suka membaca dalam kalangan
warga kampus. Melalui membaca ia mampu menjadikan warga kampus yang berilmu dan cemerlang serta
berdaya maju. Walau dengan membaca hanya 10 minit, sekiranya terus dipraktikkan ianya akan menjadi
budaya di IPG Kampus Kent. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan akan diteruskan di masa akan
datang.
Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit
2.1.8 Pameran Bulan Kebangsaan
Unit perpustakaan telah mengadakan pameran sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2019 sepanjang bulan
Ogos 2019. Objektif pameran ini ialah :
- Untuk memeriahkan Sambutan Bulan Kebangsaan.
- Untuk menanam rasa sayang dan cinta kepada negara.
- Untuk menyemai dan memperkukuh semangat setia kepada negara.
- Untuk menyemai rasa tanggungjawab kepada negara
- Untuk menanam rasa bangga dan bersyukur dengan menghargai kebebasan dan kemerdekaan yang
dikecapi.
- Untuk menyemai rasa hormat dan menghargai jasa rakyat Malaysia yang berjuang untuk kemerdekaan.
Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, Unit Pusat Sumber telah mendapat Johan dalam pertandingan Pameran
Bulan Kebangsaan.
Pameran Bulan Kebangsaan
2.1.9 Lawatan Ketua Pengarah dan Pegawai Kanan Perpustakaan Negara Malaysia(PNM) ke
Perpustakaan IPG Kampus Kent
Lawatan Ketua Pengarah Puan Maizan binti Ismail, Encik Abd. Rahman Bin Sudin Pengarah Prasarana Ilmu
dan Maklumat, Encik Edy Irwan bin Zulkafli Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perpustakaan
Desa dan Encik Mohd. Sharizal bin Omar Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Perpustakaan
Desa. Sempena lawatan ini, turut diadakan sesi ramah mesra bersama pegawai gunasama sekitar Kota Kinabalu.
Lawatan Ketua Pengarah dan Pegawai Kanan Perpustakaan Negara Malaysia
2.1.10 Minggu Perpustakaan 2019
Minggu Perpustakaan telah diadakan pada 14 Oktober 2019 – 18 Oktober 2019. Pelbagai aktiviti telah
dijalankan bagi memeriahkan program ini. Antara aktiviti yang diadakan ialah penyampaian Sijil Tokoh
Membaca, Bacaan Tahlil, Tutorial Pemakaian Shawl dan Pertandingan Jom ke Perpustakaan iaitu Meneka
Muka Surat Buku, Meneka Berat Buku, Kuiz Perpustakaan, Magic Eye dan Mencipta Replika Buku
Menggunakan Bahan Terpakai . Program ini diadakan untuk menggalakkan warga kampus mengunjungi
Perpustakaan dan seterusnya menggunakan semua perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di dalam
Perpustakaan.
Poster Minggu Perpustakaan
Aktiviti-aktiviti Minggu Perpustakaan
3.0 Penglibatan dan Pencapaian 2019
3.1 Pencapaian pegawai dan staf sepanjang tahun 2019
Berikut merupakan pencapaian yang telah diperolehi dalam tahun 2019.
Kategori Nama Keputusan Tajuk Peringkat
Kumpulan Pn. Jaidah Binti
Saidun@Saidon, En. Anugerah Emas Scan, Drop N Go Peringkat IPG
Kumpulan Suzlan@NordinBin (QR-Code Kampus Kent
Kumpulan Sapili, Pn. Suhana Binti Johan
Anugerah Unit Peti Pemulangan Peringkat IPG
Maidin Buku 24 Jam) Kampus Kent
of The Year
Semua pegawai dan staf 2019 Pertandingan Pameran Peringkat IPG
Sambutan Bulan Kampus Kent
Semua pegawai dan staf Kebangsaan
Anugerah
Kecemerlangan 2019
4.0 PENUTUP
Pihak Unit Pusat Sumber merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan
Pengarah, Timbalan Pengarah, dan seluruh warga kampus yang terlibat dalam menjayakan program dan aktiviti
yang dianjurkan sepanjang tahun 2019. Semoga kerjasama dan komitmen seperti ini dapat diteruskan dalam
mencapai matlamat dan objektif institut di masa akan datang dengan lebih cemerlang.