SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING
KALI KE-51 TAHUN 2022
“Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA”
30 JUN 2022 / KHAMIS QR CODE
KEHADIRAN
2.00 PTG
DEWAN SJKC CHIAO CHING,
ENDAU
Dirasmikan oleh :
YB DATUK DR. HAJI ABD LATIFF BIN HAJI AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Merangkap Ahli Parlimen Mersing, Johor
ISI KANDUNGAN 3
4
Kata Aluan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) 5
Kata Aluan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing 6
Aturcara Majlis 7
Sejarah dan Objektif Hari Guru 8
Tema Hari Guru 9
Jawatankuasa Induk 10
Jawatankuasa Pengelola 11
Program Terima Kasih Cikgu Daerah Mersing
Program Ziarah Prihatin Terima Kasih Cikgu 12
Program Bacaan Yasin Daerah Mersing
Tokoh Kepimpinan Sekolah 13
Tokoh Guru 14
Penerima Anugerah Guru Inovatif Dan Guru Cemerlang 15
Penerima Anugerah Khas Pendidikan dan Guru Ikon 16
Lagu Sekolahku Sejahtera, Lagu Kami Guru Malaysia dan Ikrar Hari Guru 17
Penghargaan Penaja 18 – 26
Catatan 27
Apresiasi 28
KATA ALUAN
YB DATUK DR. HAJI ABD LATIFF BIN HAJI AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)
Merangkap Ahli Parlimen Mersing, Johor
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-
sama meraikan sambutan Hari Guru peringkat daerah Mersing tahun 2022 pada hari ini. Setiap tahun tanggal 16 Mei adalah tarikh
keramat yang penuh bermakna kepada warga pendidik. Saya ingin menzahirkan perasaan gembira dan bersyukur kerana diberi
kesempatan meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Mersing tahun 2022.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru yang bertemakan Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA kepada semua
warga pendidik di daerah Mersing tidak kira walau di mana juga anda berada. Pemilihan tema ini sangat bertepatan bagi
menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan
pendidikan negara.
Cikgu, anda adalah insan terpilih dan bertuah kerana dengan amanah besar ini, anda menduduki satu darjat yang paling
dimuliakan dalam masyarakat sepanjang zaman. Walaupun menghadapi banyak kesukaran terutamanya semasa penularan
pandemik Covid-19, para guru tetap berusaha untuk menjalankan pembelajaran melalui kaedah PdPR.
Sesungguhnya jasa dan bakti guru sukar untuk dibalas, namun pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia
sentiasa berusaha untuk memberi perhatian kepada usaha memartabatkan profesion keguruan. Sejahteralah negara kita jika rakyat
saling menghormati. Marilah kita bersama-sama mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menabur bakti mendidik
generasi demi generasi. Terima kasih, cikgu!
Saya percaya Pejabat Pendidikan Daerah Mersing sebagai pengemudi pendidikan di daerah ini di bawah pimpinan Pegawai
Pendidikan Daerah, Tuan Haji Saiful bin Atan telah merangka hala tuju yang penting dalam usaha menjana kecemerlangan
pendidikan yang berterusan dengan meningkatkan tadbir urus pendidikan.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama memastikan tema sambutan Hari Guru iaitu Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA ke arah
membina negara bangsa melalui pelaksanaan pendidikan yang berkualiti. Sebelum saya mengakhiri ucapan sekali lagi saya
mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi kepada semua guru khususnya di daerah Mersing.
Selamat Hari Guru, terima kasih cikgu! Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA, Jasamu dikenang, namamu dijulang.
Mekar dipandang bunga kiambang, 3
Buat hiasan puteri rupawan,
Ilmu sang guru bukan kepalang,
Penyuluh haluan hidupan berzaman.
Wabillahitaufik wal hidayah,wassalamualaikum wrth.
KATA ALUAN 4
Tn. Hj. Saiful bin Atan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Assalammualaikum w.b.k, Salam Sejahtera, Salam Harmoni.
Selamat menyambut Hari Guru 2022 kepada semua guru daerah Mersing. Tarikh keramat 16 Mei diraikan setiap tahun bagi
memberi penghormatan kepada para guru. ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’, merupakan satu tema sambutan Hari Guru tahun 2022
amat bertepatan dengan senario dunia pendidikan kini.
14 huruf dalam perkataan SEJAHTERA membawa maksud yang tersendiri, iaitu, “S” bermaksud selamat, seronok dan sihat. “E”
ialah etika dan empati. Huruf “J” mewakili jati diri. “A” bermaksud adab sopan. “H” ialah harmoni. “T” bermaksud tekun, teliti, dan
terampil. “E mengungkap erti eksplorasi. “R” bermaksud rasional dan huruf “A bermaksud artikulasi. Jika kita menghayati setiap maksud
yang dizahirkan dalam setiap huruf tadi, maka bertepatanlah tema hari guru, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA untuk menggambarkan
betapa pentingnya peranan seorang guru.
Sepanjang pandemik Covid-19 yang melanda dunia, selama lebih kurang 2 tahun murid-murid tidak dapat hadir dan menjalani
pembelajaran secara bersemuka. Berbagai kaedah dijalankan oleh guru-guru untuk tetap menjalankan tugas mendidik dengan
memanfaatkan kaedah dan teknologi yang ada. Namun begitu, kepuasan dalam menjalankan tugas mungkin tidak sama dengan proses
pembelajaran dan pengajaran secara bersemuka.
Justeru, apabila sesi persekolahan dibuka secara rasmi pada 20 Mac 2022, ia merupakan satu rahmat yang besar kepada warga
pendidikan. Maka kehadiran guru-guru di sekolah adalah sangat penting untuk mewujudkan sekolah yang SEJAHTERA. Tanpa anda
semua, hasrat murni ini tidak akan menjadi kenyataan.Dengan nilai murni, penuh kasih sayang dan empati akan menyuntik roh dan
semangat juang anak didik. Budaya kerja harmoni pula akan menjadikan kita lebih ceria dan mengajar kita menghormati dan
bekerjasama antara satu sama lain bagi mewujudkan kegembiraan bekerja.
Saya merakamkan sekali lagi ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga guru dari prasekolah, murid
berkeperluan khas, guru-guru di sekolah rendah dan menengah serta tidak ketinggalan guru-guru tingkatan 6 daerah Mersing atas
komitmen, pengorbanan dan kerja buat tuan-tuan dan puan-puan. Tanpa anda semua, kemenjadian murid-murid dalam akademik dan
bukan akademik, sahsiah dan akhlak terpuji, tidak akan menjadi kenyataan.
Sayang muara tidak berbukit,
Banyak bukit di Tanjung Karang;
Budi tuan bukan sedikit,
Dari dulu sampai sekarang.
Anak itik riang berenang,
Jinak merpati makan di tangan,
Budi sedikit bilakan hilang,
Itu jadi kenangan-kenangan.
Selamat hari Guru, Guru Tunjang Sekolah Sejahtera.
Terima kasih, cikgu.
ATURCARA MAJLIS
Tentatif Aturcara Majlis
2.00 petang : Ketibaan dif-dif jemputan
2.15 petang : Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
2.20 petang : Ketibaan Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh Guru
2.30 petang : Ketibaan YB Perasmi
Nyanyian Lagu Bangsa Johor
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan Alu-aluan Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Ucapan Perasmian oleh YB Datuk Dr Haji Abd Latiff bin Haji Ahmad
Gimik Perasmian
Bacaan Ikrar
Nyanyian Lagu Hari Guru
Penyampaian Anugerah Guru
Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2022
Penyampaian Anugerah Tokoh Guru 2022
Cabutan Bertuah
Penyampaian Cenderamata Perasmi
Sesi Bergambar
4.30 petang : Jamuan dan Bersurai
5
SEJARAH DAN OBJEKTIF HARI GURU
SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-
undang Persekutuan Tanah Melayu (Fedral Legistative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran
Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan
negara dan
perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk menunjukkan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan
sebaginya yang
diadakan pada Hari Guru.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatar belakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya
peranan itu lebih berkesan.
6
TEMA HARI GURU 2022
Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
Guru merupakan tunjang terpenting dalam sistem pendidikan negara. Peranan dan kefungsian guru bukan sahaja
menyampaikan ilmu kepada murid, guru juga memastikan murid yang lahir daripada sistem pendidikan negara mempunyai sahsiah
serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan di sekolah secara semula jadi.
Penjiwaan amalan baik merupakan pembudayaan nilai murni, kemahiran dan sikap positif yang dibangunkan dalam diri
murid. Peranan guru ialah merujudkan persekitaran pembelajaran yang menerapkan 14 elemen SEJAHTERA di dalam dan luar kelas
untuk dijadikan amalan dalam kehidupan murid di sekolah dan luar sekolah.
14 elemen yang terkandung dalam konsep Sekolahku SEJAHTERA itu ialah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati
diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi. Kata kunci bagi tema yang diumumkan pada
sambutan ke-51 tahun 2022 ini: Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA
KATA KUNCI
1. Guru : Merupakan individu penting serta berperanan sebagai pendidik yang mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian
murid
2. Tunjang : Seorang guru menjadi asas atau titik punca untuk mendidik dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan
berperibadian unggul
3. Sekolah : Merupakan institusi pendidikan yang menyediakan persekitaran pembelajaran yang penuh dengan nilai-nilai, dan
merangsang minda serta meningkatkan kecekapan murid menimba ilmu dalam situasi pembelajaran yang menyeronokkan
SEJAHTERA : Akronim yang menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni. Setiap huruf membawa maksud khusus yang memberi
penerapan dalam aspek nilai-nilai murni.
S – Selamat, seronok dan sihat 7
E – Etika dan empati
J – Jati diri
A – Adab sopan
H – Harmoni
T – Tekun, teliti dan terampil
E – Eskplorasi
R – Rasional
A – Artikulasi
JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Tn. Hj. Saiful bin Atan
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Ahli Jawatankuasa :1. Pn. Rohayu binti Rospiluji
Timbalan Pengerusi : En. Azamani bin Ghazali Pen. Pegawai Tadbir
TPPD (Pengurusan Sekolah)
2. En. Jamaluddin bin Shahran
Tn. Hj. Wan Nadzri bin Wan Mohamed PPPD Menengah dan Tingkatan 6
TPPD (Perancangan)
3. Pn. Siti Hawa binti Ahmad
En. Azman Achuthan bin Abdullah Kaunselor Pendidikan Daerah
TPPD (Pembelajaran)
4. Tn. Hj. Alias bin Talib
En. Nor Azmi bin Mohd Nor SIP+
TPPD (Pembangunan Murid)
5. Pn. Norhafidzah binti Kamsan
Setiausaha : Pn. Sabariah binti Kadim SISC+
PPPD Prasekolah & Rendah
6. En. Fitrizan bin Azizan
Bendahari : En. Yahaya bin Ramli PPPD Sumber dan Teknologi Pendidikan
PPPD Pendidikan Swasta
7. En. Kamarudzaman bin Abd Mubin
Pengerusi MPSM
8. En. Khairuddin bin Yaacob
Pengerusi MGB
9. En. Mohamad Fauzi bin Abdul Wahab
Juruteknik Komputer
8
JAWATANKUASA PENGELOLA
Pengerusi : Tn. Hj. Saiful bin Atan 6. Rakaman dan Multimedia :
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing En. Fitrizan bin Azizan, SPb
Timbalan Pengerusi : En. Azamani bin Ghazali 7. Juruacara :
TPPD (Pengurusan Sekolah) En. Muhammad Widad bin Ishak, SPb
Tn. Hj. Wan Nadzri bin Wan Mohamed 8. PA Sistem :
TPPD (Perancangan) En. Mohamad Fauzi bin Abdul Wahab, FT
En. Azman Achuthan bin Abdullah 9. Teks Ucapan PPD :
TPPD (Pembelajaran) Pn. Azian binti Abd Rahman, SISC+
En. Nor Azmi bin Mohd Nor 10. Bacaan Doa, Ikrar Hari Guru, dan Teks Ucapan Perasmi :
TPPD (Pembangunan Murid) GB SK Tanjung Resang
Setiausaha : Pn. Sabariah binti Kadim 12. Sambutan, Protokol dan Gimik Pelancaran : GB SK Teriang
PPPD Prasekolah & Rendah
Bendahari : En. Yahaya bin Ramli 13. Tajaan dan Sumbangan : GB SJK (C) Kg. Hubong
PPPD Pendidikan Swasta
14. Hebahan dan Seranta : GB SK Telok Lipat
AHLI JAWATANKUASA KERJA : 15. Tokoh Guru : GB SK Bandar Endau
1. Penyelaras : 16. Tokoh Kepimpinan : Pengetua SMK Ungku Husin
En. Jamaluddin bin Shahran, SPS
2. Ziarah Prihatin TKC : 17. Anugerah Guru : En. Mohd Nizam bin Ngatman, SPb
Pn. Siti Hawa binti Ahmad En. Azizan bin Kamarudin, SPM
Kaunselor Pendidikan Daerah
18. Persiapan Tempat, Pentas dan Istiadat : GB SJK (C) Chiao Ching
3. Bacaan Yassin dan Solat Hajat : 19. Buku Program : GB SK Lembaga
Ust. Zainudin bin Othman, SPb
4. Jemputan : 20. Pendaftaran : GB SK Labong
Cik Adnin Farahin bt. Shamsuddin, SPS
21. Jamuan : GB SK Pusat Air Tawar
5. Sijil dan Hadiah : 22. Kawalan Keselamatan : GB SK Penyabong 9
Pn. Salasiah bt. Rahmat@Abdul Jabbar ,SPS
PROGRAM TERIMA KASIH CIKGU DAERAH MERSING
15 Jun 2022 16 Jun 2022
Cikgu Norhaida binti Sidek Cikgu Zakaria bin Murdan
SK Tenggaroh 3 SMK Tenggaroh
ZIARAH
PRIHATIN
Guru dan Staf
Pendidikan
Mersing
16 Jun 2022 14 Jun 2022
En Abu Bakar bin Mansor Pn Suhaila Binti Ahmad
SK Labung SMK Mersing
14 Jun 2022 10
Cikgu Marlina Abdol
SMK Ungku Hussin
PROGRAM ZIARAH PRIHATIN TERIMA KASIH CIKGU
BIL TARIKH MASA NAMA PESERTA ZIARAH SEKOLAH JAWATAN ALAMAT
PRIHATIN TKC
1 14.06.2022 10.30 PAGI MARLINA BINTI ABDOL SMKUH GURU 213, FELDA ENDAU
SELASA
2 14.06.2022 10.00 PAGI SUHAILA BINTI AHMAD SMKM PESARA TAMAN NAKHODA
SELASA AKP
3 15.06.2022 10.30 PAGI NORHAIDA BINTI SIDEK SKFT 3 GURU RUMAH GURU FELDA
RABU TENGGAROH 3
4 16.06.2022 10.00 PAGI ZAKARIA BIN MURDAN SMK FT PESARA LOT 1991 JALAN BUKIT
KHAMIS GURU JAYA, KG SRI PANTAI
5 16.06.2022 11.00 PAGI ABU BAKAR BIN SK LABONG AKP KM 6, JALAN ISMAIL, KG
KHAMIS MANSOR LONDANG BATU
11
PROGRAM BACAAN YAASIN
PERINGKAT DAERAH MERSING TAHUN 2022
12
TOKOH KEPIMPINAN
BIODATA DAN SUMBANGAN AKTIVITI ANUGERAH
SEJARAH PENDIDIKAN
SUMBANGAN DAN AKTIVITI: ANUGERAH:
NAMA :
ENCIK MOHD HALIL BIN ALI -PEMBANGUNAN PORTAL, PPD MERSING 1993:
-PEMBANGUNAN PROSIF-SISTEM FAIL PPD ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
TARIKH LAHIR :
2 DISEMBER 1957 -PEMBANGUNAN PRESMARK 2004:
- SISTEM PENGURUSAN MARKAH PRESTASI -ANUGERAH PEMBANGUNAN APLIKASI
TEMPAT LAHIR : ANALISIS KEPUTUSAN UPSR,PMR, SPM
BATU PAHAT, JOHOR PENDIDIKAN -PEMENANG ANUGERAH KUALITI PENGARAH
-PEMBINA SISTEM PENGKALAN DATA
SEJARAH PENDIDIKAN: JPN JOHOR
1964-1969 : SK SERI TELOK, BATU PAHAT PENGHUNI (SPDP)
-DESA BINA DIRI MERSING 2009:
1970-1972 : SMK YONG PENG -ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
1973-1974 : SMK DATO BENTARA LUAR, 2010:
BATU PAHAT -ANUGERAH PENGURUSAN DATA TERBAIK
1975-1976 : SMK DATO SERI AMAR DIRAJA, PPD JOHOR
MUAR -ANUGERAH INOVASI JABATAN PELAJARAN
1977-1978 : IPG RAJA MELEWAR, SEREMBAN JOHOR
SEJARAH PERKHIDMATAN: 2016:
1979-1981 : SK PULAU TINGGI -ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
1982-1990 : SK LEMBAGA ENDAU
1991-1995 : SK SAWAH DATUK
1995-2000 : SK MERSING KANAN
2000-2017 : PPD MERSING
13
BIODATA DAN TOKOH GURU ANUGERAH
SEJARAH PENDIDIKAN ANUGERAH PERKHIDMATAN
SUMBANGAN AKTIVITI
NAMA: CEMERLANG
PUAN HAJAH AZIZAH BINTI ABDULLAH DISEMBER 1983-1985 : 1993 – GURU BIASA
SMK UNGKU HUSIN 2002 – GURU PENOLONG KANAN
TARIKH LAHIR : 2014 - PENGETUA
14 OKTOBER 1959 DISEMBER 1985-DISEMBER 2022
SMK MERSING (GAB dan GPK HEM) 14
TEMPAT LAHIR :
JALAN SAWMILL, ENDAU DISEMBER 2002- 30 JUN 2007
SMK SERI MERSING (GPK HEM dan GPK1)
TARIKH BERKAHWIN :
5 APRIL 1985 1 JULAI 2007- 1 DISEMBER 2014
SMK NITAR (PENGETUA)
NAMA SUAMI :
TUAN HAJI HAMZAH BIN AHMAD PENCEN :
1 DISEMBER 2014
CAHAYA MATA :
2 LELAKI 1 PEREMPUAN TUGAS SAMPINGAN :
-PENANDA KERTAS SPM
PENDIDIKAN AWAL (GEOGRAFI dan PENGAJIAN AM)
SEKOLAH RENDAH :
SK BANDAR ENDAU (TAHUN1-5) -PENGERUSI PPIM DAERAH MERSING
SK BANDAR MERSING(TAHUN 6) (4 TAHUN)
SEKOLAH MENENGAH : -PENGERUSI BOLA JARING DAERAH
1972-1976 SMK MERSING (TINGKATAN 1-5)
-PENGERUSI MAJLIS PENGETUA
1977-1978 SMK SULTAN ISMAIL JB (2008 - 2014)
(TINGKATAN 6)
-PENULISAN ARTIKEL
KELULUSAN:
1979-1982 UNIVERSITI MALAYA
(IJAZAH KESUSASTERAAN)
(DIPLOMA PENDIDIKAN)
PENERIMA ANUGERAH
GURU INOVATIF GURU CEMERLANG
1.GURU INOVATIF (INDIVIDU PRASEKOLAH) 1. GURU CEMERLANG OKU
NORASEKIN BINTI ABDULLAH OTHMAN BIN YUNUS
830914-01-6176 800817-01-5457
SK LKTP FELDA TENGGAROH 04 SK SRI MERSING
2.GURU INOVATIF (INDIVIDU SEK REN) 2. GURU CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS
ANIS ALIA BINTI ASIM MOCHAMAD ALI BIN HENDRA
841029-01-6994 841104-01-6477
SK SRI MERSING SMK PAI CHEE
3.GURU INOVATIF (INDIVIDU SEKOLAH MENENGAH) 3. GURU HEBAT BAHASA
LIZAWATI BINTI AZEMAN AINUL MARDIAH BINTI MUSA
820821-01-5538 850813-05-5350
SMK FELDA TENGGAROH SRA Bersepadu
4.GURU INOVATIF KUMPULAN
NORBAZLIN BT MOHAMMAD
870301-23-5962
HIDAYATUNNISA BT ABDUL HALIM
890826-01-5864
FARHANA IDAYU BT ZAMRI
910906-11-5748
SK PUSAT AIR TAWAR
15
PENERIMA ANUGERAH
ANUGERAH KHAS PENDIDIKAN ANUGERAH GURU IKON
1.PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL 1. GURU INOVATIF PdPR
(DIGITAL CONTENT CREATOR) ADE KARTEKA BIN ASMUNI
SUHAIFI BIN MD SAAD 771224015005
881003-06-5137 SK LKTP NITAR 1
SK PENYABONG
2. GURU STEM
2. KESUKARELAWAN MOHD FILDAUS BIN MOHAMED
MUHAMMAD AZIZ BIN CHE NORDIN 830208065341
880118235613 SMK FELDA TENGGAROH
SK PENYABONG
3. GURU PENDIDIKAN MAYA
3. KEPIMPINAN (RENDAH MGB) AHMAD AKMAL HAIKAL BIN AHMAD NIZAM
NORLAILA BINTI MD ALI 980517-03-5967
740522065674 SK TANJUNG RESANG
SK TANJUNG RESANG
4. GURU KOKURIKULUM DAN SUKAN
4. KEPIMPINAN (MENENGAH MPSM) SARLINA BINTI MADON
ARIF BIN MISMAN 730925-03-5371
740202-01-6443 SK (FELDA) TENGGAROH 03
SMK MERSING
5. GURU SENI BUDAYA
5. GURU GIGIH PEDALAMAN AHMAD AZHAR BIN MOHAMAD
YUZIAMI BINTI MOHD YUSOF 860125-03-5371
910302115632 SMK MERSING
SK PULAU TINGGI
16
LAGU SEKOLAHKU IKRAR HARI GURU LAGU
SEJAHTERA GURU MALAYSIA
Bahawasanya kami
Verse Guru-guru negara Malaysia Kami Guru Malaysia
Di sini bermula, mengenal dunia bersama Berikrar dan berjanji
Dengan ini berikrar Mendidik dan memimpin
guru tercinta Mendukung terus cita-cita Putra putri negara kita
Seronok belajar, selamat sentiasa
kami Pada Seri Paduka
Sekolahku SEJAHTERA Terhadap tugas kami Kami tumpahkan setia
Dan menyatakan keyakinan
Pre Chorus 1 Rukun Negara kita
Kesihatan diutama, kebersihan dijaga kami Panduan hidup kami semua
Sama perkasa etika, integriti di jiwa Pada cita-cita murni
Kita selami empati, bina kasih insani Di bidang pembangunan
Teguh jati diri, adab sopan hidup harmoni pekerjaan kami Kami tetap bersama
Kami akan berbakti Membantu, membina
Chorus Kepada masyarakat Negara yang tercinta
Sekolahku SEJAHTERA Dan negara kami.
Sekolahku SEJAHTERA Amanah yang diberi
Kami sentiasa menjunjung Kami tak persiakan
Bangkitlah, Perlembagaan negara Apa yang kami janji
Generasi pewaris negara Kami mengamalkan Tunai tetap kami tunaikan
Sekolahku SEJAHTERA Prinsip-prinsip Rukun Negara 17
Sekolahku SEJAHTERA Pada setiap masa.
Gemilanglah,
Malaysia di mata dunia
Post Chorus
SEJAHTERA
Sekolahku SEJAHTERA
Ayuh kita jayakan Bersama
Pre Chorus 2
Hidup mulia berjaya, terus tekun usaha
Teliti dalam bekerja, diri cekap terampil
Eksplorasi ilmu berguna, bertindak rasional
Mantapkan artikulasi, hujah penuh kualiti
PENGHARGAAN PENAJA
LIEN HONG HARDWARE TRADING
18
PENGHARGAAN PENAJA
MALPHA BOOKS (M) SDN BHD
19
PENGHARGAAN PENAJA
ENDAU STATIONERY ENTERPRISE
20
PENGHARGAAN PENAJA
PERNIAGAAN DAN SERVIS LETRIK CHONG
21
PENGHARGAAN PENAJA
EDARAN JAYA TRADING
22
PENGHARGAAN PENAJA
SOON HUAT BROS. COM
23
PENGHARGAAN PENAJA
YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SJKC KG HUBONG
24
PENGHARGAAN PENAJA
KOPITIAM LI SENG
25
PENGHARGAAN PENAJA
KEDAI GAMBAR TONG LEE
26
CATATAN
27
APRESIASI
MENGUCAPKAN SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN KEPADA :
PENGERUSI DAN JAWATANKUASA SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT DAERAH MERSING BAGI TAHUN 2022
YANG BERHORMAT MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
YANG BERUSAHA PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
YANG BERHORMAT AHLI DEWAN RAKYAT
TUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MENENGAH DAERAH MERSING
MAJLIS GURU BESAR DAERAH MERSING
LIEN HONG HARDWARE TRADING
MALPHA BOOKS (M) SDN BHD
ENDAU STATIONERY ENTERPRISE
PERNIAGAAN DAN SERVIS LETRIK CHONG
EDARAN JAYA TRADING
SOON HUAT BROS. COM
YDP PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SJKC KG HUBONG
KOPITIAM LI SENG
KEDAI GAMBAR TONG LEE
PARA GURU DAN KAKITANGAN SOKONGAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING
PIBG SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH MERSING
DI ATAS SEGALA KERJASAMA DAN SUMBANGAN
BAGI MENJAYAKAN MAJLIS YANG MULIA INI
SAMA ADA DALAM BENTUK KEWANGAN,
MATERIAL, TENAGA, BUAH FIKIRAN
DAN SEBAGAINYA.
Segala bakti yang telah tuan/puan berikan akan dibalas
dengan kebaikan yang berganda olehNya
28