PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)
SEKOLAH KEBANGSAAN PASUKAN POLIS HUTAN
31150 ULU KINTA PERAK
1.0 PENDAHULUAN
1.0 PENDAHULUAN
Program Ihya’Ramadhan 1443H peringkat PPKI SK Pasukan Polis Hutan tahun
2022 merupakan sebahagian daripada program yang termaktub dalam takwim
tahunan. Program Ihya’ Ramadhan merupakan program yang diwujudkan untuk
memeriahkan sambutan bulan Ramadhan dan menghidupkannya dengan
program yang dapat membentuk minda dan fizikal murid.
2.0 OBJEKTIF
a. Meningkatkan kefahaman asas mengenai perlaksanaan ibadat
puasa di bulan Ramadhan.
b. Melakukan aktiviti ibadat dengan sempurna melalui bantuanguru-
guru.
c. Melibatkan diri dalam program yang boleh meningkatkan pahala
berpuasa.
d. Melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang
dilarang ketika berpuasa.
e. Memaksimakan tahap kesempurnaan dalam melaksanakan
ibadat puasa di bulan Ramadhan.
3.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Sepanjang bulan Ramadhan (4- 28 April 2022)
4.0 PENGLIBATAN
Semua murid-murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) SK Pasukan Polis
Hutan.
5.0 LAPORAN BERTULIS SEPANJANG PROGRAM
Program Ihya’ Ramadhan PPKI SK Pasukan Polis Huran telah diadakan
sepanjang bulan Ramadhan. Aktiviti yang diadakan sepanjang program ini
adalah aktiviti bacaan iqra’dan surah lazim, mencipta kad raya, aktiviti
mencipta sampul raya, aktiviti membuat popia nestum dan aktiviti membuat kuih
keria.
Aktiviti bacaan Iqra dan surah lazim telah diadakan setiap hari dalam
waktu pertama pdp sepanjang bulan Ramadhan. Aktiviti ini bertujuan
memperkukuh bacaan murid dan kefahaman Al-Quran mereka.
Aktiviti mencipta kad raya telah diadakan pada 13 April 2022. Aktiviti ini
melibatkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti ini dapat menggalakkan
murid untuk berfikir secara kreatif dalam menghasilkan kad raya masing-masing.
Aktiviti mencipta sampul raya telah diadakan pada 14 April 2022. Aktiviti ini
melibatkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti ini dapat menggalakkan
murid untuk melatih kemampuan motor halus seperti aktiviti menggunting.
Aktiviti membuat popia nestum telah diadakan pada 20 April 2022. Aktiviti
ini melibatkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti ini dapat menggalakkan
murid-murid untuk melatih kemahiran manipulatif masing-masing.
Aktiviti membuat popia nestum telah diadakan pada 26 April 2022. Aktiviti
ini melibatkan murid-murid tahap 1 dan tahap 2. Aktiviti ini dapat menggalakkan
murid-murid untuk melatih kemahiran menguli doh.
Majlis penutup bagi program Ihya’ Ramadhan PPKI SK Pasukan Polis Hutan
telah diadakan pada 29 April 2022 telah di adakan bertempat di Surau Al-Faizin
SK Pasukan Polis Hutan. Acara perasmian penutup telah dillaksanakan oleh Puan
Hajah Asiah Binti Mohamad Sani, Guru Besar SKPPH. Selain itu, hadiah dan
sumbangan hari raya kepada peserta telah diberikan pada hari ini. Rujuk link
berikut untuk video penutupan program (https://youtu.be/sl9OkXc3mIM)
6.0 KEKUATAN
1. Program yang diadakan menepati objektif yang telah ditetapkan.
2. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program dapat
menyuntik nilai positif dalam diri murid-murid.
7.0 KEKANGAN/HALANGAN
1. Kekangan ruang disebabkan ruang aktiviti yang agak sempit
menyukarkan untuk program dijalankan secara serentak dengan
mengumpulkan murud tahap 1 dan tahap 2 untuk menjalankan aktiviti secara
bersama.
8.0 CADANGAN
1. Program seperti ini perlu diadakan secara berterusan bertujuan
meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan murid serta dalam masa
yang sama intipati kemuliaan bulan Ramadhan dapat disuntik dalam jiwa murid-
murid.
9.0 PENUTUP
Diharap Program Ihya Ramadhan yang diadakan di peringkat sekolah ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan pemahaman murid-murid. Selain itu, melalui
aktiviti –aktiviti yang dijalankan juga dapat memupuk murid supaya dapat
bersama-sama menghayati kemuliaan bulan Ramadhan kareem.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh:
………………………………… ………………………………
(NURUL AIN BINTI MOHD YUSOF) (RUZILA BINTI MOHD YUSOFF)
AJK Dokumentasi Penolong Kanan Pendidikan Khas
Program Ihya’ Ramadhan PPKI SK Pasukan Polis Hutan.
PPKI SK Pasukan Polis Hutan.
(Gambar : Aktiviti membuat kuih keria).
(Gambar : Aktiviti menghias bekas popia nestum).
(Gambar : Aktiviti mencipta sampul raya).
(Gambar : Aktiviti mencipta kad raya).
(Gambar : Aktiviti membuat popia nestum).