The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tahun Terbitan: 2023

Pengarang: Tan Kan Tsai, Dygku Nurul Asfa & Nur Amira

...Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kaedah penanaman hidroponik yang lain. Terdapat 2 eksperimen yang dijalankan iaitu hidroponik dalam botol dan aquaponik. Setelah 4 minggu, kami memperoleh hasil dapatan yang sangat menarik.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-LIBRARY SK TRUSAN, 2024-06-06 07:50:05

Kajian Eksperimental Hidroponik dan AquaponikPals Rangers

Tahun Terbitan: 2023

Pengarang: Tan Kan Tsai, Dygku Nurul Asfa & Nur Amira

...Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kaedah penanaman hidroponik yang lain. Terdapat 2 eksperimen yang dijalankan iaitu hidroponik dalam botol dan aquaponik. Setelah 4 minggu, kami memperoleh hasil dapatan yang sangat menarik.

Ditulis oleh: Tan Kan Tsai | Dygku Nurul Asfa | Nur Amira


Tan Kan Tsai | Dygku Nurul Asfa | Nur Amira Penerbitan: SEKOLAH KEBANGSAAN TRUSAN i


Hak Cipta © 2023 SK Trusan. Hak Cipta Terpelihara e ISBN 978-629-97758-0-5 Hak cipta adalah terpelihara. Segala kandungan dalam buku ini tidak boleh digunakan atau dihasilkan semula dengan apa-apa cara, grafik, elektronik, ataupun mekanikal termasuklah fotostat, rakaman, atau menggunakan mana-mana sistem penyimpanan maklumat tanpa persetujuan secara bertulis daripada penerbit kecuali dalam kes-kes petikan ringkas yang terkandung dalam artikel dan ulasan kritikal. Penerbitan Sekolah Kebangsaan Trusan, D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 98850 Lawas, Sarawak, MALAYSIA Emel: [email protected] Website: sktrusanlawas.blogspot.com ii


Kata Alu-aluan Guru Besar Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Sekalung Tahniah saya hadiahkan kepada Kelab Pencinta Alam Sekitar atas kejayaan menerbitkan buku berkaitan dengan kajian eksperimental yang telah dilaksanakan pada Tahun 2022. Bagi pihak SK Trusan, segala penat Lelah dan sumbangan dalam penerbitan buku merupakan usaha yang amat dihargai kerana ini merakamkan sejarah sekolah dari segenap sudut. Pihak SK Trusan mengambil pelbagai inisiatif ke arah kemenjadian murid bagi melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan social serta mampu menyumbang kepada kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Kajian eksperimental yang dilaksanakan ini sudah pastinya membantu murid-murid yang telibat dalam menimba ilmu pengetahuan di luar silibus sekolah. Ini sekaligus membentuk pemikiran kritis dan kreatif murid dan sekali gus membentuk generasi yang mampu bersaing di peringkat global. Akhir kata, Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kelab Pencinta Alam Sekitar SK Trusan yang telah berusaha gigih merealisasikan penerbitan buku ini. Sekian, iii


Prakata Kelab Pencinta Alam Sekitar (PALS) merupakan satu jentera penggerak sekolah yang memfokuskan kepada penerapan kesedaran dan nilai-nilai alam sekitar di sekolah. Oleh itu, aktiviti-aktiviti perlu dirancang dengan teliti supaya dapat menyumbang kepada kemenjadian murid. Murid-murid di sekolah perlu dididik supaya mempunyai kesedaran alam sekitar serta nilai cinta akan alam sekitar. Melalui aktiviti-aktiviti alam sekitar yang menarik seperti eksperimen hidroponik dan aquaponik inilah murid-murid berpeluang untuk melibatkan diri secara lebih aktif dan seterusnya mempelajari tentang keindahkan dan keajaiban alam sekitar. Akhir kata, saya berpendapat bahawa guru penasihat Kelab PALS harus memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai alam sekitar dalam kalangan muridmurid sekolah. “Marilah Bersama-sama ke arah kemampanan dan kelestarian alam sekitar” iv


Guru Penasihat 1 : Tan Kan Tsai (1) Guru Penasihat 2 : Syarkinah binti Wahap (2) Ketua PALS Rangers : Nurizwan bin Norman (4) N.Ketua PALS Rangers : Nur Darwisya Damia (6) PALS Rangers : Danish bin Kerdin (3) : Olivia Sara Immanuel (5) : Dayangku Nurul Asfa (7) : Nur Amira Farhana (8) Biodata v


vi Bil Perkara Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Objektif Kajian 11 3. Methodologi Kajian 14 4. Pengumpulan Data 16 5. Data Pemerhatian 17 6. Dapatan Kajian 18 7. Kesimpulan 24 8. Rujukan 25


Pengenalan Hidroponik merupakan satu kaedah penanaman yang menggunakan air. Menurut Jabatan Pertanian Malaysia (2014), perkataan hidroponik berasal daripada perkataan Greek iaitu hidro yang bermaksud air dan ponos yang bermaksud berkerja. 1


Menurut Nur Aini Afiqah (2020), kaedah penanaman hidroponik adalah mudah dan menjimatkan masa. Ini kerana kaedah penanaman hidroponik adalah semudah ABC kerana hanya memerlukan (A) air, (B) baja dan (C) cahaya. 2


Melalui kaedah hidroponik juga, tanaman lebih mesra alam malah menghasilkan produk pertanian yang segar dan selamat untuk pengguna dan kelestarian alam sekitar. 3


Sekolah Kebangsaan Trusan iaitu sebuah sekolah luar bandar yang terletak di Pekan Trusan, Lawas juga telah memulakan penanaman secara hidroponik sejak Tahun 2018. Walaubagaimanapun, penanaman hidroponik setakat ini hanya dilakukan oleh lapan orang murid sekolah menggunakan sistem hidroponik Rumah Hijau SK Trusan. 4


Lebih daripada 90 orang murid lain tidak berpeluang untuk didedahkan dan melibatkan diri dengan kaedah penanaman hidroponik ini. Oleh yang demikian, kami sebagai ahli Kelab Pencinta Alam Sekitar (Kelab PALS) sangat berharap untuk mencari jalan untuk membolehkan lebih ramai murid terlibat dengan penanaman hidroponik di sekolah. 5


Idea Tanaman Hidroponik dalam Botol! Hasrat itu mungkin boleh tercapai dengan penanaman hidroponik dalam botol minuman 1.5 liter. Penanaman hidroponik dalam botol adalah lebih mudah alih, murah, dan menjimatkan ruang. 6


Botol minuman 1.5 liter itu mungkin boleh dijadikan sebagai bekas air untuk penanaman hidroponik, manakala penutup minuman itu mungkin boleh dijadikan pasu hidroponik. Namun, kami tidak pasti sama ada kaedah ini akan berjaya menghasilkan tanaman yang subur ataupun tidak. Oleh itu, satu kajian eksperimental perlu dijalankan untuk menguji keberkesanan kaedah penanaman hidroponik dalam botol minuman 1.5 liter ini. 7


Selain itu, kami juga berminat untuk mencuba tanaman aquaponik iaitu kaedah penanaman yang menggabungkan ternakan ikan dan tumbuhan bersama (Shahrul Nizam, 2017). 8


Sisa organik daripada ikan mungkin boleh membekalkan sumber baja kepada tanaman aquaponik. Sekiranya, kaedah penanaman aquaponik ini berjaya, maka akan dapat membantu kami mengatasi masalah baja hidroponik yang mahal. 9


Dalam kajian eksperimental ini, “PALS Rangers” menjalankan 2 kajian secara serentak iaitu: 1. Tanaman Hidroponik dalam Botol; dan 2. Tanaman Aquaponik. 10


Objektif Kajian Kajian eksperimental ini dijalankan untuk mencapai objektif -objektif berikut. i) Meneroka peluang dan cara kaedah penanaman hidroponik dalam botol minuman 1.5 liter yang lebih mudah alih, murah dan menjimatkan ruang. ii) Meneroka peluang kaedah penanaman aquaponik untuk menggantikan baja hidroponik yang mahal. 11


Sampel Kajian Terdapat 3 kumpulan sampel yang terlibat dalam eksperimen ini. Kumpulan yang pertama ialah tanaman kawalan sebagai kayu ukur kepada kejayaan eksperimen. Kumpulan kedua ialah tanaman dalam botol dan kumpulan ketiga ialah tanaman aquaponik 12


• Kumpulan 1 adalah tanaman kawalan yang ditanam dalam system hidroponik Rumah Hijau SK Trusan. Air yang mengalir melalui sistem ini telah dicampur dengan baja A&B dengan nisbah 1:100 (iaitu 1 baja A&B kepada 100 air paip). • Kumpulan 2 adalah tanaman hidroponik dalam botol. Tanaman ini ditanam dalam botol dengan akarnya terendam dalam air yang sama seperti tanaman kawalan. Tanaman ini disimpan di Rumah Hijau SK Trusan. Oleh itu mempunyai ABC yang sama seperti tanaman kawalan. • Kumpulan 3 adalah tanaman aquaponik. Tanaman ini disimpan di dalam akuarium. Akarnya terendam di dalam air yang mengandungi ikan sepat dan puyu. Tanaman ini juga diletakkan di rumah hijau, oleh itu mempunyai AB yang sama seperti tanaman kawalan. 13


Methodologi Kajian Kajian ini menggunakan reka bentuk eksperimental. Menurut Sirisilla. S (2022), kajian eksperimental dilaksanakan dengan memanipulasi atau mengawal pembolehubah tertentu supaya kesannya dapat diperhatikan. 14


Dalam kajian ini pembolehubah yang dimanipulasikan adalah 1. Tempat tanaman iaitu dalam botol 1.5 liter; dan 2. Baja tanaman iaitu sisa organik ikan. Tanaman Kawalan Tanaman dalam botol Tanaman aquaponik Air Air paip Air paip Air paip Baja Larutan A&B Larutan A&B Sisa organik ikan Cahaya Rumah Hijau Rumah hijau Rumah hijau Bekas Tanaman Sistem hidroponik Dalam botol 1.5 liter Akuarium ikan 15


Pengumpulan Data Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang pemerhatian. PALS Rangers telah melakukan pemerhatian secara berterusan pada setiap Isnin dan Khamis selama 4 minggu. 16


Data Pemerhatian (4 minggu) Tanaman Kawalan Hidroponik dalam Botol Aquaponik Minggu 1 Tinggi: 5cm Panjang daun: 1.1cm Catatan: Nampak subur Tinggi: 8cm Panjang daun: 0.5cm Catatan: Nampak subur Tinggi: 6cm Panjang daun: 0.3cm Catatan: Nampak subur Minggu 2 Tinggi: 10cm Panjang daun: 4cm Catatan: Subur Tinggi: 8cm Panjang daun: 0.6cm Catatan: Air berwarna hijau : Air diganti Tinggi: 6cm Panjang daun: 0.2cm Catatan: Akar dimakan ikan Minggu 3 Tinggi: 30cm Panjang daun: 13cm Catatan: Subur Tinggi: 11cm Panjang daun: 3cm Catatan: Mula membesar setelah air ditukar Tinggi: 5cm Panjang daun: 1cm Catatan: Ada yang layu Minggu 4 Tinggi: 32cm Panjang daun: 15cm Catatan: Subur Tinggi: 12cm Panjang daun: 4cm Catatan: Terdapat akar tumbuh pada batang Tinggi: 7cm Panjang daun: 1cm Catatan: Daun kuning 17


Dapatan kajian Daripada data-data yang telah dikumpulkan daripada pemerhatian didapati tanaman dalam botol dan tanaman aquaponik adalah kurang subur berbanding tanaman kawalan. Ini adalah jelas apabila tanaman kawalan boleh dituai pada minggu ke-4, sementara tanaman dalam botol dan aquaponik masih kecil. 18


Antara sebabnya adalah air dalam botol itu tidak mengalir. Ini menyebabkan kulat tumbuh dalam air. Tanaman didapati mula bertumbuh setelah air dalam botol digantikan setiap 3-4 hari. 19


Selain itu didapati akar tanaman aquaponik telah dimakan ikan-ikan dalam akuarium. Ini menyebabkan tanaman layu dan mempunyai daun berwarna kekunigan. 20


Akhir sekali juga didapati akar tanaman dalam botol sangat sikit berbanding tanaman kawalan. Ini adalah disebabkan oleh satu lagi pembolehubah iaitu ruang untuk pertumbuhan akar. 21


Terdapat beberapa kelemahan dalam kajian ini. Oleh itu, kami mencadangkan beberapa penambahbaikan untuk kajian eksperimental akan datang. 22


1. Pasu hidroponik yang sama harus digunakan untuk ketiga-tiga jenis tanaman supaya mempunyai ruang yang cukup untuk pertumbuhan akar. 2. Botol yang digunakan untuk tanaman hidroponik dalam botol harus dibalut dengan kain hitam untuk mengehadkan sinaran cahaya matahari pada air bagi mengelakkan pertumbuhan kulat. 3. Akar tanaman aquaponik harus dilindungi dengan cara memasang pagar supaya tidak dimakan ikan-ikan dalam akuarium. 23


Kesimpulan Kajian eksperimental ini telah gagal mencapai objektifnya. Namun, kami telah mempelajari banyak perkara daripada eksperimen ini. Dengan memerhati pertumbuhan tanaman hidroponik dan aquaponik, kami telah memperolehi ilmu pengetahuan yang di luar kandungan mata pelajaran. 24


RUJUKAN • Jabatan pertanian Malaysia (2014). HIDROPONIK - ia datang dan pergi. Diperoleh pada 7 Disember 2022 dari https://www.facebook.com/mydoaHQ /posts/hidroponik-iadatang-dan-pergiidris-baldpenanaman-secara-hidroponikberasal-dari/642614762463315/ • Nur Aini Afiqah (2020). Kaedah Tanaman Hidroponik Mudah Selamat. Diperoleh pada 7 Disember 2022 dari https://www.bharian.com. my/rencana/mindapembaca/2020/12/760650/ kaedah-tanaman-hidroponikmudah-selamat • Shahrul Nizam (2017). Apa Itu Aquaponik atau Akuaponik. Diperoleh pada 7 Disember 2022 dari https://people.utm.my/mshahrulnizam/2017/12/26/akuaponi k-sistem-pertanian-kombinasi-gabungan-ternakan-ikandan-tanaman/ • Sirisilla s (2022) eksperimental research design – 6 Mistakes You Should Never Made. Enago Academy. 25


Catatan 26


Diterbitkan oleh: Sekolah Kebangsaan Trusan, D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 98850 Lawas, Sarawak, MALAYSIA Emel: [email protected] Website: sktrusanlawas.blogspot.com Hak cipta © SK Trusan Kajian Eksperimental Hidroponik dan Aquaponik merupakan kajian yang dijalankan oleh PALS Rangers SK Trusan. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka kaedah penanaman hidroponik yang lain. Terdapat 2 eksperimen yang dijalankan iaitu hidroponik dalam botol dan aquaponik. Setelah 4 minggu, kami memperoleh hasil dapatan yang sangat menarik. Ikutilah pengembaraan PALS Rangers dalam memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung melalui kajian eksperimental ini!


Click to View FlipBook Version