The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Cerita dan Penulisan Alam Sekitar dihasilkan sepenuhnya oleh murid SK Trusan.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-LIBRARY SK TRUSAN, 2024-06-06 08:18:51

Koleksi Cerita dan Penulisan Alam Sekitar

Cerita dan Penulisan Alam Sekitar dihasilkan sepenuhnya oleh murid SK Trusan.

Ditulis oleh: Murid-murid Sekolah Kebangsaan Trusan Koleksi Cerita & Penulisan Alam Sekitar (11 Bahasa Melayu + 5 English)


Koleksi Cerita & Penulisan Alam Sekitar (11 Bahasa Melayu + 5 English) Penerbitan: SEKOLAH KEBANGSAAN TRUSAN Tan Kan Tsai (Ketua Editor) i


ii


Hak Cipta © 2024 Sekolah Kebangsaan Trusan. Hak Cipta terpelihara e ISBN 978-629-97758-1-2 Hak cipta adalah terpelihara. Segala kandungan dalam buku ini tidak boleh digunakan atau dihasilkan semula dengan apa-apa cara, grafik, elektronik, ataupun mekanikal termasuklah fotostat, rakaman, atau menggunakan mana-mana sistem penyimpanan maklumat tanpa persetujuan secara bertulis daripada penerbit kecuali dalam kes-kes petikan ringkas yang terkandung dalam artikel dan ulasan kritikal. Ketua Editor: Tan Kan Tsai Editor (BI): Arika Wira bin Karim, Mathuri A/P Marimuthu, Nur Arifah Ilyana binti Anuar, Natasha Lee Phay Wern, Emellyn Emmanuelle Editor (BM): Abdul Rahman bin Abit, Moktar bin Jaman, Syarkinah binti Wahap, Siti Nur Hafizatul binti Malek, Zakhiruddin bin Zainol, Dayangku Rohani Penerbitan Sekolah Kebangsaan Trusan D/A Pejabat Pendidikan Daerah, 98850 Lawas, Sarawak, MALAYSIA Emel: [email protected] Website: https://sktrusanlawas.blogspot.com e-library SKT: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/e-libraryskt iii


Ucapan (Guru Besar) Abdul Rahman bin Abit iv Assalamualaikum w.h.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya, saya diberi ruang dan kesempatan ini untuk menitipkan bicara dalam Buku Koleksi Cerita dan Penulisan murid-murid SK Trusan yang pertama kali dibukukan. Saya mengucapkan tahniah dan syabas atas inisiatif serta usaha yang dilakukan oleh semua pihak, khusunya ketua editor dan semua yang terlibat kerana memperlihatkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi dalam memastikan pnerbitan buku koleksi hasil murid-murid ini menjadi wacana untuk melahirkan generasi yang memenuhi aspirasi pendidikan negara. Sesungguhnya Program Penulis Kanak-kanak (Kids’ Author Programme) ini merupakan satu wadah untuk murid-murid menzahirkan penulisan karya sewajarnya, penerbitan buku ini dapat mencerminkan keperibadian dan perwatakan sekolah yang sentiasa berusaha ke arah pembudayaan ilmu yang lebih holistik dan bersepadu. Dalam konteks ini, kita perlu mengutamakan kolaboratif dan sinergi yang padu dan digembleng oleh semua warga sekolah demi kemajuan dan kecemerlangan yang menjadi hasrat dn impian sekolah. Kita menyedari bahawa pendidikan pada hari ini akan terus mengalami proses transformasi yang menuntut semua warga sekolah melakukan perubahan positif. Proses penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran juga akan sentiasa berkembang selaras dengan perubahan dunia yang dinamik. Oleh itu, saya percaya bahawa segala usaha yang kita laksanakan pada hari ini akan membuahkan hasil dengan jayanya sekiranya semua pihak bersedia untuk mentrasformasi diri dan minda yang lebih berkualiti selaras dengan perubahan yang berlaku dari masa ke semasa. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pihak atas usaha yang dicurahkan dalam penghasilan Buku Koleksi Cerita dan Penulisan Alam Sekitar ini. Saya berharap agar usaha ini akan sentiasa diberkati Alah s.w.t dan mendapat rahmat daripadanya. Sekian, terima kasih.


Prakata (Ketua Editor) Tan Kan Tsai Sekalung Tahniah saya hadiahkan kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Trusan kerana telah berjaya melaksanakan Program Penulis Kanak-kanak (Kids’Author Programme) dan seterusnya menerbitkan buku ini. Bagi pihak pentadbiran SK Trusan, saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana segala penat lelah dan sumbangan dalam penerbitan buku ini merupakan satu usaha yang amat dihargai serta merakamkan sejarah sekolah dari segenap sudut. Program Penulis Kanak-kanak (Kids’ Author Programme) ini merupakan satu inisiatif ke arah kemenjadian murid serta meningkatkan bakat dan potensi murid-murid sekolah dalam bidang penulisan dan pengkaryaan. Saya percaya, murid-murid sekolah merupakan golongan masyarakat yang paling banyak menghasilkan karya penulisan seperti karangan, cerita pendek dan esei, serta karya seni seperti lukisan dan kartun. Namun begitu, karya kreatif mereka ini kurang mendapat perhatian serta pengiktirafan dan penghargaan yang sepatutnya. Oleh yang demikian, Program Penulis Kanak-kanak (Kids’ Author Programme) ini dilancarkan untuk memberi motivasi kepada murid-murid ini untuk menulis dan berkarya, dan seterusnya menyumbang kepada bidang kesusasteraan negara. Dalam program ini, sebanyak 16 karya penulisan telah diterima oleh pihak sekolah. Karya penulisan ini dihasilkan oleh murid-murid SK Trusan dengan sokongan dan bimbingan daripada ibu bapa mereka di rumah. Dan seterusnya dibimbing lagi oleh guru-guru di sekolah untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kemahiran, gaya serta mutu penulisan mereka. Ini menunjukkan kerjasama dan kolaborasi yang erat antara komuniti setempat dengan pihak sekolah dalam melahirkan murid-murid berilmu pengetahuan, berketerampilan, beraklak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara, iaitu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, melalui Program Penulis Kanak-kanak ini, karya penulisan kreatif murid-murid ini dapat diabadikan dalam buku ini. Ini sudah pastinya akan menjadi kenangan kepada mereka serta ibu bapa mereka pada masa-masa akan datang, dan juga menjadi kebanggaan mereka. Oleh itu, Program Penulis Kanak-kanak (Kids’ Author Programme) ini pasti akan diteruskan pada masa akan datang dan memberi manfaat kepada lebih ramai murid-murid Sekolah Kebangsaan Trusan. Akhir kata, terima kasih warga Sekolah Kebangsaan Trusan yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang perlaksanaan program ini. Sekian, terima kasih. v


Isi kandungan Bil Isi Kandungan (Content) Muka Surat (Page) 1 Alangkah Indahnya 1 2 Kekuatan Poster Alam Sekitar 5 3 Kelestarian Alam Sekitar 9 4 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar 13 5 Lindungi Habitat Hidupan Liar 17 6 Pelindung Hutan Rimba 21 7 Pencemaran Alam Sekitar 25 8 Percutian di Pantai 29 9 Perkelahan Keluarga di Tepi Pantai 33 10 Raksasa Sampah 37 11 Sayangi Sungai Kita 41 12 Adam and His Fish 45 13 Two Boys Who Love the Environment 49 14 Save Paper 53 15 Save the Environment 57 16 Vegetable Monsters 61 vi


Alangkah Indahnya! Pengarang Norfarzana Binti Kerdin (9 Tahun) Ilustrator: Cikgu Tan 1


Alam sekitar merupakan khazanah dunia kerana Bumi hanyalah satu. Kita haruslah menjaga alam sekitar kerana Bumi kita hanyalah satu. Maka, kita perlulah menjaga keindahannya untuk generasi akan datang. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga alam sekitar. Antaranya ialah dengan tidak membuang sampah merata-rata kerana ini akan menyebabkan pencemaran seperti pencemaran darat dan air. Kita tidak mahu alam sekitar kita penuh dengan sampah sarap. Alangkah cantiknya sungai jika bersih dan airnya jernih kebiruan. Betapa indahnya alam sekitar kita jika tiada pencemaran. 2


Selain itu, janganlah kita membakar sampah sarap kerana ini akan menyebabkan pencemaran udara. Kita mahu menghirup udara yang segar dan bukannya udara yang berbau asap atau berjerebu. Alangkah indahnya alam sekitar jika udaranya segar dan bersih. 3


Di samping itu, kita juga haruslah menjaga kebersihan persekitaran kita. Elakkan air yang bertakung kerana ini akan menyebabkan pembiakan nyamuk. Kita perlu mengurangkan pembiakan nyamuk seperti nyamuk Aedes kerana serangga ini boleh membawa penyakit seperti demam denggi dan taun. Alangkah indahnya alam sekitar jika bebas daripada nyamuk pembawa penyakit. Demi memelihara keindahan alam sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang, sama-samalah kita menjaga alam sekitar yang tercinta ini. Alangkah indahnya alam sekitar jika kita semua menghargai dan menjaganya. 4


Pengarang & Illustrator Oliana Lydia (8 Tahun) Kekuatan Poster Alam Sekitar 5


Ada seorang budak lelaki Bernama Alex. Dia berumur lapan tahun. Hobinya bermain permainan video di dalam telefon pintarnya. Oleh itu, dia sangat malas untuk membantu ibunya di rumah. Pada suatu hari, Alex sedang khusyuk bermain permainan video kegemarannya, apabila ibunya menyuruhnya untuk membuang sampah. Alex berasa malas dan marah. “Aduh, menyuruh aku lagi,” keluh Alex. 6


Alex malas untuk membuang sampah ke dalam tong sampah besar yang terletaknya kira-kira satu kilometer dari rumahnya. Justeru, dia mengambil jalan mudah dan membuang sampah itu ke dalam sungai di belakang rumahnya. Kejadian ini dilihat oleh jirannya, Anna. Anna ialah rakan sekelas Alex. Dia ingin membantu Alex untuk menyedari akan kesilapannya. Oleh itu, dia pun melukis poster tentang kepentingan menjaga kebersihan Sungai. 7


Keesokkan harinya, Anna menyerahkan poster itu kepada Alex. Alex menyedari kesilapannya dan berjanji tidak akan membuang sampah ke dalam sungai lagi. Pengajarannya Jagalah kebersihan sungai kita. 8


Kelestarian Alam Sekitar Pengarang & Illustrator Hazir Izzan (8 Tahun) 9


Kebersihan adalah salah satu kunci utama kepada kehidupan yang sempurna. Kebersihan perlu dimulai dengan kebersihan diri sehinggalah kebersihan alam sekitar. Kita semua perlulah mengambil berat tentang kebersihan agar persekitaran sentiasa bersih dan keindahan alam sekitar terpelihara. Amalan kebersihan haruslah dimulai dengan menjaga kebersihan diri kita sendiri. Antara rutin harian yang perlu kita amalkan ialah mandi, gosok gigi, potong kuku dan rambut. 10


Selain itu, kita juga perlu menjaga dan mengemas kawasan persekitaran kita seperti tempat tidur dan dapur. Amalan penjagaan kebersihan diri akan membentuk sikap prihatin terhadap alam sekitar. Persekitaran yang bersih boleh kita wujudkan dengan cara bergotong-royong membersihkan satu-satu kawasan. Di samping itu, kita juga perlu meringankan tangan untuk mengutip sampah dan membersihkan persekitaran kita. Biasakan diri untuk membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan dan bukannya membuang secara merata-rata. 11


Selain daripada itu, kerajaan perlu mengadakan kempen kesedaran penjagaan alam sekitar. Memberi pendedahan tentang amalan 3R iaitu pengurangan, guna semula dan kitar semula. Dengan pendedahan ini, kita dapat mengurangkan pembuangan sampah. Kelestarian alam sekitar dapat direalisasikan sekiranya kita semua mula bertindak hari ini. Kita bertanggungjawab dalam memastikan alam dan sumber semula jadi dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Kelestarian alam sekitar perlu dicapai untuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera. 12


Pengarang Nurul Asyiqin (12 Tahun) 13 Kepentingan Menjaga Alam Sekitar


Kita perlukan alam sekitar yang bersih, selesa dan selamat. Ini membolehkan kita menjalani kehidupan seharian kita dengan lebih baik dan berkualiti. Oleh itu, kita harus menjaga alam sekitar Sehubungan dengan itu, mengekalkan kebersihan alam sekitar haruslah menjadi keutamaan dan agenda penting dalam masyarakat. Kita haruslah bersikap rasional dan menguruskan sampah sarap dengan betul agar tidak merosakkan alam sekitar 14


Di samping itu, kita juga harus mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Kita haruslah menjadi teladan kepada mereka dalam menjaga alam sekitar. Kita perlu tunjukkan kepada mereka cara menjaga alam sekitar seperti tidak membuang sampah merata-rata, tidak membazir air dan elektrik dan sebagainya. Selain itu, pihak berkuasa juga perlulah menguatkuasakan undang-undang yang ada berkenaan dengan alam sekitar. Tindakan yang tegas haruslah diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab. 15


Akhir sekali, kita juga boleh melaksanakan kempen kesedaran untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. Kempen itu perlulah melibatkan semua golongan masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Kesimpulannya, kerjasama yang erat daripada pelbagai pihak amat diperlukan dalam usaha menjaga alam sekitar. 16


Lindungi Habitat Hidupan Liar Pengarang & Illustrator Annisa Faiha binti Mei’an (8 Tahun) 17


Sudah pasti kita sedia maklum bahawa habitat hidupan liar di dalam hutan kian terancam akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini seharusnya dititikberatkan oleh pihak berkuasa agar kemelutan ini dapat ditangani secara rasional. Persoalannya, apakah punca-punca yang mengakibatkan habitat hidupan liar kian terancam? Sudah terang lagi bersuluh, puncanya amat jelas di depan mata. Antara lain puncanya ialah kegiatan pembalakan haram yang dilakukan oleh manusia yang bobrok sikapnya menyebabkan habitat di hutan terancam. Contohnya, mereka menebang pokokpokok yang besar untuk kepentingan diri sendiri. Sedangkan pokok-pokok seperti ini merupakan habitat semula jagi kebanyakan hidupan liar. Semua pihak perlulah berganding bahu untuk membanteras kegiatan ini daripada berterusan bak kata pepatah bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. 18


Seterusnya ialah pembakaran hutan. Pembakaran hutan secara terbuka telah menyebabkan habitat hidupan di hutan terancam dan mungkin musnah. Kegiatan ini memberikan impak yang ketara terhadap hidupan liar yang semakin pupus. Pihak berwajib mestilah memberikan hukuman kepada pesalah. Punca terakhir ialah pemburuan secara haram. Pemburu haram mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Pemburu haram memburu spesisspesis haiwan yang terancam untuk digunakan dalam bidang perubatan tradisional. Oleh itu, pihak berkuasa tidak boleh memandang enteng perkara ini. 19


Kesimpulannya, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing dalam melindungi habitat hidupan liar di hutan supaya keselamatan hidupan liar ini terjamin. Ini juga untuk menjamin kelangsungan hidup kita semua serta menjamin kelestarian alam semulajadi 20


Pelindung Hutan Rimba Pengarang: Dayangku Liyana (9 Tahun) Ilustrator: Cikgu Tan 21


Ada sebuah hutan yang sangat indah. Hutan ini dihuni oleh pelbagai jenis haiwan. Ada singa, harimau, monyet, kancil dan banyak lagi. Mereka hidup dengan aman damai dan mereka sangat bahagia. Mereka sangat menyayangi alam sekitar dan sentiasa memastikan hutan mereka dalam keadaan bersih dan terjaga. Pada suatu hari, raja singa ternampak beberapa orang manusia yang mencurigakan di dalam hutan itu. Raja singa mengumpulkan semua haiwan untuk bersiap sedia melindungi hutan mereka daripada dirosakkan oleh manusia. 22


Sewaktu semua haiwan sedang berkumpul membincangkan perkara itu, tiba-tiba mereka terdengar bunyi jentera dan ternampak asap berkepul-kepul. Haiwan-haiwan itu terus lari ke arah bunyi itu untuk melihat apa yang terjadi. Mereka amat terkejut apabila melihat manusia sedang memusnahkan hutan itu menggunakan jengkaut dan jentolak. Api juga sedang menjilat pokok-pokok yang tumbang. 23


Sang singa sangat marah dan mengarahkan supaya harimau, gajah dan beruang untuk menyerang manusia yang cuba untuk memusnahkan kediaman mereka. Haiwan-haiwan yang lain juga turut berkerjasama mengusir manusia yang rakus itu daripada hutan itu. Manusia yang tidak menyangka serangan balas daripada haiwan haiwan itu ketakutan dan berlari lintang-pukang meninggalkan hutan itu. Dengan itu, terselamatlah hutan itu daripada kemusnahan. Kesimpulan: Sebagai manusia, kita seharusnya berfikir sewajarnya sebelum melakukan sesuatu yang boleh merosakkan alam sekitar. 24


Pencemaran Alam Sekitar Pengarang & Illustrator Durratul Hidanah (11 Tahun) 25


Alam sekitar yang bersih dan cantik dapat memberikan kesan yang baik kepada masyarakat. Namun pada hari ini, pencemaran alam sekitar semakin meningkat. Terdapat beberapa punca berlakunya pencemaran alam sekitar 26


Salah satunya adalah sikap masyarakat kita sendiri yang tidak bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar. Masyarakat selalu membuang sampah merata-rata dan ini menyebabkan pencemaran. Industri perkilangan yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan juga menyumbang kepada pencemaran, seperti membuang bahan kimia, sisa toksik dan kotoran merata-rata. 27


Di samping itu, kenderaan bermotor juga menjadi punca pencemaran alam sekitar dengan mengeluarkan asap. Sebenarnya, punca utama kemusnahan alam sekitar adalah sikap manusia sendiri. Manusia perlulah bersikap rasional dalam menangani isu ini. Marilah kita sama-sama menjaga alam sekitar yang tercinta ini. 28


Percutian di Pantai Pengarang & Illustrator Saidatul Najihah (12 Tahun) 29


Pda suatu hari, Yuda dan Cakra pergi bercuti di Pantai. Ramai pengunjung yang bercuti di pantai itu. Semasa mereka sedang menikmati pemandangan yang indah, Yuda terlihat sesuatu yang menangkap perhatiannya. “Banyaknya sampah sarap! Ada plastik, botol dan lain-lain,” kata Yuda. 30


Tanpa membuang masa, Yuda mula mengutip sampah sarap itu. “Apa yang sedang kamu lakukan, Yuda?” Tanya Cakra berasa hairan. “Kenapa harus kamu mengutip sampah sarap ini? Bukan kamu yang membuangnya,” tambahnya lagi. Yuda pun tersenyum mendengar apa yang dikatakan Cakra. “Kita haruslah menjaga alam sekitar kerana ini adalah tanggungjawab kita semua,” kata Yuda. 31


Cakra mula tersedar bahawa semua orang haruslah bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Selepas itu, mereka terus menikmati pemandangan pantai sambil menikmati makanan yang mereka bawa. Matahari pun hampir terbenam. Sebelum balik, Yuda dan Cakra tidak lupa untuk membersihkan sampah sarap yang mereka bawa. 32


Perkelahan keluarga di Tepi Pantai Pengarang & Illustrator Muhd Mukhris (11 Tahun) 33


Pada cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga pergi berkelah di tepi pantai. Kami mengemas barang-barang kami untuk dibawa ke pantai. Setelah siap kami terus berangkat ke pantai. Setelah tiba di pantai, kami sangat kecewa kerana pemandangan indah pantai itu terjejas akibat pencemaran. 34


Pantai itu dicemari dengan pelbagai jenis sampah seperti plastik dan tin minuman. Selain itu, bau sampah yang busuk juga menyebabkan orang ramai berasa tidak selesa. Oleh itu, kami memutuskan untuk membersihkan kawasan sekeliling pantai itu. Kami sekeluarga bekerjasama mengutip sampah sarap dan membuangkannya ke dalam tong sampah yang berdekatan. 35


Selepas pantai itu bersih, barulah kami memulakan aktiviti perkelahan seperti mandi pantai, memanggang sayap ayam dan sebagainya. Kami sekeluarga berasa sangat gembira semasa berkelah di pantai kerana kami telah berjaya menyumbangkan sedikit tenaga kami untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. 36


Raksasa Sampah Pengarang & Illustrator Mohamad Yazid bin Annuar (10 Tahun) 37


“Hadif boleh tolong emak membuang sampah?” tanya emak Hadif. “Boleh, emak,”jawab Hadif. Lalu, Hadif membawa sampah sarap itu ke tapak pembuang sampah. 38


“Aduh! Kenapa tiada tong sampah besar?” kata Hadif. “Aku buang sajalah di tepi jalan. Bukannya ada orang melihat,” sambung Hadif. Tiba-tiba, hadif terdengar bunyi yang pelik. Sampah itu menjelma menjadi raksasa sampah. “mengapa kamu membuang sampah sebarangan? Tanya raksasa sampah itu. 39


“Saya malas mencari tong sampah lain,” jawab Hadif. Raksasa itu berasa marah lalu mengejar Hadif. Hadif berlari ketakutan kerana raksasa itu sangat mengerikan. “Tolong, emak! Tolong, aku!” jeritnya sekuat hati. “Jangan kejar aku lagi. Aku berjanji tidak akan buat lagi,” Rayu Hadif. Raksasa itu berhenti mengejar Hadif, lalu menyuruhnya untuk membuang sampah itu ke dalam tong sampah. Pengajaran: Jangan buang sampah sebarangan,jagalah alam sekitar. 40


SAYANGI SUNGAI KITA Pengarang Dayangku Nurul Asfa Binti Iwani (11 Tahun) Illustrator Eunissa Christiara Was (11 Tahun) 41


Di Kampung Gelapas, ada seorang budak lelaki bernama Adam. Dia sangat suka membuang sampah merata-rata. Dia tdak bertanggungjawab kerana merasakan bahawa orang lain akan membersihkan sampah sarap itu. 42


Pada suatu hari, Hafiz ternampak Adam membuang sampah ke dalam sungai. Hafiz ingin mengubah sikap Adam agar lebih bertanggungjawab. Lalu, Hafiz menegur Adam, “Kamu selalu membuang sampah merata-rata. Tidakkah kamu kasihan kepada alam sekitar kita?” 43


Click to View FlipBook Version