Dayangku Khairunnisa Liyana
Hak Cipta © 2025 SK Trusan. Hak Cipta Terpelihara E- ISBN 978-629-95410-0-4 Hak cipta adalah terpelihara. Segala kandungan dalam buku ini tidak boleh digunakan atau dihasilkan semula dengan apa-apa cara, grafik, elektronik, ataupun mekanikal termasuklah fotostat, rakaman, atau menggunakan mana-mana sistem penyimpanan maklumat tanpa persetujuan secara bertulis daripada penerbit kecuali dalam kes-kes petikan ringkas yang terkandung dalam artikel dan ulasan kritikal. Hospital Di Dalam Hutan Pengembaraan Di Hutan Misteri Diterbitkan oleh: SK Trusan D/A Pejabat Pendidikan Daerah Lawas, 98850 Lawas, Sarawak, MALAYSIA Penulis: Dayangku Khairunnisa Liyana Illustrator: Dayangku Khairunnisa Liyana Editor: Shariffah Azwa binti Saffri
KUMPULAN PENERBIT 1
Pada 31 Ogos 2021, kelas tahun 4 Bestari mengikuti Program Kembara sempena hari kemerdekaan. Seramai 30 orang murid mengikuti program tersebut. Program tersebut diadakan di sebuah hutan yang berdekatan dengan sekolah dan diiringi oleh 6 orang guru. 2
3
Pada pukul 8:00 pagi, semua guru dan murid sampai ke lokasi dan bersiap sedia untuk mendirikan khemah. Guru-guru sentiasa memastikan murid dalam keadaan selamat.Pada sebelah petang, semua murid di bawa untuk menerokai hutan dan pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti mengutip kayu api, mengenali jenisjenis pokok dan bunga. 4
5
Tepat pukul 5:30 petang, perjalanan murid semakin jauh ke dalam hutan kerana mengagumi keindahan hutan. Tiba-tiba, perjalanan terhenti apabila seorang guru perasan bahawa di hadapan mereka ada sebuah hospital yang sangat usang dan dipenuhi rumput yang tinggi. Guru mengarahkan semua murid untuk berkumpul dan tidak pergi ke mana-mana. 6
7
Tiga orang guru lelaki mengambil keputusan untuk melihat di sekitar kawasan hospital memandangkan pintu utama hospital itu tidak berkunci. Semua murid ketakutan tetapi berjaya ditenangkan oleh guru. Setelah beberapa minit, guru mengarahkan kami untuk masuk melihat apa yang ada di dalam hospital tersebut. 8
9
Tiba-tiba, mereka terkejut melihat banyak senjata yang digunakan semasa peperangan zaman dahulu. Di dinding hospital pula terdapat lukisan ketika perang berlaku. Banyak gambar pahlawan negara digantung pada dinding tersebut untuk mengingati jasa-jasa pahlawan Malaysia. 10
11
Kawasan hospital yang sangat luas juga dikelilingi oleh kenderaan yang digunakan semasa peperangan seperti kereta kebal dan banyak lagi. Semua murid sangat teruja dan gembira. Dalam keterujaan itu, tiba-tiba pintu hospital itu tertutup dengan kuatnya. Beberapa gambar yang tergantung telah jatuh. 12
13
Semua murid dalam keadaan ketakutan dan ditenangkan oleh guru. Muncul seorang lelaki dalam lingkungan 50an bersama sebatang kayu di tangannya. Rupa-rupanya, pak cik itu bernama Abdullah. Beliau merupakan penjaga hutan dan hospital lama tersebut. 14
15
Beliau menceritakan semua tentang lukisan dan alat yang ada di dalam hospital lama tersebut adalah dibuat oleh beliau sendiri kerana beliau amat menyayangi negara Malaysia dan menghargai semua pahlawan negara. 16
17
Tidak ada satu orang pun yang mengetahui tempat tersebut. Sebagai rakyat Malaysia, beliau sangat berbangga kerana masih ada rakyat yang mengambil berat tentang jasa-jasa pahlawan negara. 18
Soalan Subjektif: 1. Apakah yang menarik perhatian murid sehingga mereka berjalan lebih jauh ke dalam hutan? 2. Terangkan perasaan murid-murid apabila melihat pintu hospital tertutup dengan kuat secara tibatiba. 3. Mengapakah Pak Cik Abdullah membuat lukisan dan menyimpan alat-alat di dalam hospital lama tersebut? 19
Aktiviti Tambahan (Pilihan) Soalan: 20 • Lukis pemandangan hospital lama tersebut seperti yang anda bayangkan berdasarkan cerita. • Tulis karangan pendek tentang seorang pahlawan negara yang anda kagumi.
Koleksi Buku Cerita Lain Si r i P e n g emb a r a a n D i H u t a n M i s t e r i 21
Mengisahkan tentang sebuah hospital usang yang terbiar di sebuah hutan. Rahsia yang tersimpan lama di hospital tersebut terbongkar apabila sekumpulan pelajar menemui bangunan lama tersebut. Apakah rahsia yang dimaksudkan? RM10.00