The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

CENDAWAN MISTERI dikarang oleh murid SK Trusan, Lawas.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-LIBRARY SK TRUSAN, 2025-03-10 23:59:47

CENDAWAN MISTERI

CENDAWAN MISTERI dikarang oleh murid SK Trusan, Lawas.

ZUL AQASH FIKRI


Hak Cipta © 2025 SK Trusan. Hak Cipta Terpelihara E - ISBN 978-629-95410-2-8 Hak cipta adalah terpelihara.Segala kandungan dalam buku ini tidak boleh digunakan atau dihasilkan semula dengan apaapa cara, grafik, elektronik ataupun mekanikal termasuklah fotostat, rakaman atau menggunakan mana-mana sistem penyimpanan maklumat tanpa persetujuan secara bertulis daripada penerbit kecuali dalam kes-kes petikan ringkas yang terkandung dalam artikel dan ulasan kritikal. Cendawan Misteri Pengembaraan di Hutan Misteri Diterbit oleh: SK Trusan D/A Pejabat Pendidikan Daerah Lawas 98850 Lawas, Sarawak, MALAYSIA Penulis: Zul Aqash Fikri Ilustrasi: Zul Aqash Fikri Editor : ChristinaKoo


Kumpulan Penerbit Penulis dan Ilustrasi Nama: Zul Aqash Fikri Bin Rosli Kelas: Tahun 5 Umur: 11 Tahun Hobi: Melukis dan membaca Editor Nama: Christina Koo "Menulis adalah sebuah keberanian.” 1


Pada hari Sabtu, saya membawa Momo iaitu kucing kesayangan saya ke hutan untuk menemui cendawan misteri yang diceritakan oleh orang kampung. Saya pun menyimpan barang dan bekalan makanan untuk dibawa. Kami berjalan menuju ke hutan. Saya sangat teruja dengan suasana di dalam hutan sehingga tidak sedar bahawa Momo tiada di sebelah saya. 2


33


Tiba-tiba,saya mendapati Momo telah hilang. Dengan rasa bimbang saya terus mencari Momo di merata tempat. Tiada satu pun tanda-tanda jejak Momo. Saya sangat sedih atas apa yang telah berlaku dalam sekelip mata. Dalam pencarian tersebut saya ternampak beberapa cendawan yang aneh. Cendawan tersebut sangat besar dan besarnya menyerupai rumah manusia. 4


55


Saya dengan rasa hairan pergi menghampir cendawan yang aneh itu dan melihat apa yang ada di dalamnya. Saya sangat terkejut melihat kucing saya Momo sedang bermain dengan 7 orang kerdil. Saya sangat takut jika Momo dibunuh oleh mereka dan saya pun mengetuk pintu rumah cendawan itu. 6


7


“Tok! Tok!”. (Bunyi ketukkan pintu). “Siapakah yang mengetuk rumah saya,” kata salah seorang orang kerdil itu. Saya mengetuk rumah cendawan itu berkali-kali kerana kerdil-kerdil itu tidak mahu membuka pintu. Saya pun mengetuk sambil berkata, “Kucing di dalam itu merupakan kucing kesayangan saya namanya Momo. Pulangkan kembali kucing saya,” saya pun merayu kepada kerdil itu. 8


9


Setelah mendengar rayuan saya itu, kerdil itu pun membuka pintu dan Momo berlari ke arah saya. Saya memeluk Momo dengan erat. “Adakah ini kucing kamu?,” kata salah seorang kerdil itu. “Ya, ini kucing yang saya cari,” saya pun menjawab pertanyaan kerdil itu. 10


11


“Kami menjumpai kucing kamu tersesat di hutan dan kami ingin menyelamatkannya daripada hujan,” kata orang kerdil itu. “Terima kasih kerana sudah menjumpai kucing saya.” Saya sangat gembira dapat menjumpai Momo kesayangan saya. Saya dan Momo pun pulang ke rumah kerana takut hari semakin gelap. 12


1213


Arahan: 14 Jawab kuiz di bawah berdasarkan cerita ini. 1. Cendawan yang ditemui oleh watak utama sangat besar dan menyerupai ________. 2. Watak utama mengetuk pintu rumah cendawan dengan bunyi “________”. 3. Watak utama sangat ________ apabila Momo hilang di hutan. 4. Orang kerdil menyelamatkan Momo yang ________ di hutan. 5. Watak utama membawa Momo ke hutan pada hari ________.


Arahan: 15 Soalan Perbendaharaan Kata. 1. Apakah maksud perkataan “kerdil” dalam cerita ini? ___________________________ 2. Nyatakan satu perkataan dalam cerita yang menunjukkan perasaan bimbang. ____________________________ 3. Cari perkataan yang berkaitan dengan bunyi dalam cerita ini. ___________________________


Saya sudah membaca buku ini. (Tulis nama anda di bawah) 16 0. Yazid ( saya penulis buku ini) 13. 1. 14. 2. 15. 3. 16. 4. 17. 5. 18 6. 19. 7. 20. 8. 21. 9. 22. 10. 23. 11. 24. 12. 25.


Koleksi Buku Cerita Lain Siri Pengembaraan Di Hutan Misteri 17


Sinopsis Seorang pemuda bersama anak kucing kesayangannya Momo pergi menggembara ke hutan. Hutan yang mempunyai cendawan yang aneh dikatakan oleh penduduk kampung. Dengan rasa hairan dan ingin tahu, pemuda itu merancang ke hutan itu. Namun, terjadi beberapa hal yang menimpa pemuda itu. Anak kucing kesayangannya hilang dalam sekelip mata. Apakah kesudahan cerita ini? Adakah kucing kesayangannya dijumpai? RM10.00


Click to View FlipBook Version