The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Nadia, 2020-05-04 23:19:49

etnik india

scrapbook

Pakaian Tradisional:
Budaya Etnik India

PAKAIAN KAUM LELAKI

• DHOTI
Merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini
diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini
tidak berminat dengan pakaian tersebut.

Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang
panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang
dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut
dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan
menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning
pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak
dipakai oleh golongan ceti.

• KURTA

Merupakan pakaian tradisional bagi
lelaki kaum India. Kurta merupakan
kemeja panjang yang sampai ke lutut
yang diperbuat daripada kain kapas
atau lime dan sutera. Kurta selalunya
dipadankan dengan seluar longgar
atau seluar churidar. Kurta selalunya
dipakai ke majlis-majlis rasmi seperti
perkahwinan. Kurta juga boleh dipakai
dengan dhoti.

Pakaian Kaum Wanita

• SARI
SARI merupakan pakaian tradisional India yang mudah dikenali di seluruh dunia. Sebidang kain berukuran
5 hingga 6 helai panjang dipadankan dengan kain dalam yang berwarna seakan-akan kain sari tersebut,
serta choli yang berwarna sama atau setentang dengannya. Kain sari ini dililit pada badan dengan
bahagian hujungnya yang bersulam dengan cara tersendiri mengikut adat. Kain dalam dipakai di atas atau
di bawah pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut dari terlucut.Berikut adalah beberapa contoh
cara kain sari dipakai:

ETNIK TAMIL

ETNIK BRAHMIN

ETNIK MALAYALAM

4

• SALWAR KAMEEZ
Pakaian SALWAR KAMEEZ atau Punjabi adalah popular
dalam kalangan kaum wanita India.Punjabi terdiri daripada
blouse yang panjang dengan seluar yang panjang yang
longgar serta tudung yang sesuai dengan warna punjabi
itu.Wanita India gemar memakai dupatta di bahu mereka
ketika memakai salwar kameez.

5

Makanan Tradisional:
Budaya Etnik India

Kesenian/Simbol:
Budaya Etnik India

Alat Muzik

Dholak

• Dholak ialah sebuah alat muzik klasikal India Utara
(Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan
tangan and mudah dipikul oleh pemainya. Bunyi
yang dihasilkan oleh dholak berasal daripada hasil
pukulan tangan keatas permukaan yang diperbuat
daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan
dalam penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan
sebagainya.

Sitar

• Sitar berasal dari Asia Selatan. Alat bertali
mempunyai 5 hingga 7 tali dawai. Diperbuat dari
kayu yang berbentuk bujur seakan sebelah buah
pear. Sitar merupakan alat muzik yang sering
digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak
Zaman Pertengahan.

Tabla

• Tabla adalah sejenis alat muzik tradisional yang
sangat terkenal dalam masyarakat kaum India. Alat
ini dikatakan berasal dari gendang Mridangam.Tabla
mempunyai sepasang gendang iaitu Sidda
(gendang kecil) dan Dagga (gendang besar) yang
ada satu muka masing-masing.Badannya dibuat
daripada kayu jati, rosewood dan jackwood.Kulit
kambing ditampal pada permukaan tabla untuk
menghasilkan bunyi irama yang indah.

Chenda

• Alat muzik ini adalah berbentuk silinder. Chenda
digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan
dalam kaum India. Alat muzik ini dipersembahkan
dengan sekumpulan orang. Chenda digantung pada
pemain gendang supaya dan boleh memainkan lebih
senang. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk
memukul bahagian atas gendang supaya bunyi itu lebih
menarik hati. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu
Uruttu Chenda, Veeku Chenda dan Acchan Chenda.

Tarian India

Tarian Bharata Natyam

• Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya
tarian klasik India. Tarian ini berasal daripada
wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan
secara solo oleh seorang penari wanita.

Tarian Bhangra

• Bhangra adalah merupakan suatu bentuk tarian yang
mana ianya untuk meraikan penglibatan dan kejayaan
dalam tuaian yang baik dan berasal daripada wilayah
Punjab di India.

• Setiap pergerakan di dalam tarian ini membawa
maksud yang tersendiri dalam usaha untuk
memaparkan suatu pergerakan yang artistik. Penari
bagi tarian ini yang biasanya terdiri daripada kalangan
lelaki dan wanita akan mengenakan pakaian yang
pelbagai serta berwarna cerah.

Tarian Mohiniyattam

• Mohini Attam adalah tarian yang berasal dari
Kerala. Tarian ini menceritakan tentang rasa cinta
dan dedikasi terhadap dewa. Para penari Mohini
Attam mengenakan riasan yang realistis dan kostum
yang lebih sederhana jika dibandingkan dengan
tarian yang lain.

Tarian Kuchipudi

• Kuchipudi adalah sebuah tarian India klasik yang
berasal daripada Andhra Pradesh, India. Ia juga
terkenal di seluruh India Selatan. Kuchipudi adalah
nama sebuah kampung di Divi Taluka terletak di
daerah Krishna yang bersempadan dengan Teluk
Bengala. Berdasarkan lagenda, seorang anak yatim
bernama Siddhendra Yogi dianggap sebagai
pengasas tradisi drama-tarian Kuchipudi.


Click to View FlipBook Version