1 TAJUK: BUKU SKRAP MUZIK KLASIKAL BARAT & MELAYU NAMA PELAJAR: NUR SAFIYYAH IMANI BINTI MUHAMAD YUZIR KELAS: 6 ARIF NAMA GURU: NUR ADILA SAKINAH BINTI HASSAN
2 ISI KANDUNGAN 1. TOKOH MUZIK KLASIKAL BARAT - FRANZ JOSEPH HYADN, MOZART DAN BEETHOVEN 2. TOKOH MUZIK KLASIKAL MELAYU - TAN SRI P. RAMLEE, DATO’ SUDIRMAN HJ. ARSHAD DAN DATO' JOHARI SALLEH
3 SENARAI SEMAK 1. GAMBAR TOKOH 2. LATAR BELAKANG TOKOH 3. KEISTIMEWAAN TOKOH 4. HASIL KARYA TOKOH (QR ATAU LIRIK LAGU) TARIKH HANTAR 20 OGOS 2023 (AHAD)
4 TOKOH MUZIK KLASIKAL BARAT
5 FRANZ JOSEPH HAYDN LATAR BELAKANG Franz Joseph Haydn merupakan seorang komposer yang dilahirkan di Rohrau, Austria pada 31 Mac 1732 dan meninggal dunia pada 31 Mei 1809. Beliau terkenal sebagai bapa simfoni kerana telah berjaya mencipta sebanyak 104 buah simfoni. Simfoni merupakan karya yang menggunakan alat muzik orkestra yang mempunyai empat bahagian tema. Salah satu simfoni beliau yang terkenal ialah Symphony No. 94 yang juga dikenali sebagai The Surprise Symphony. Haydn ialah seorang komposer yang sangat prolifik, dan beberapa karyanya yang paling terkenal termasuk London Symphonies, The Creation, Trumpet Concerto dan Cello Concerto No. 2 dalam D Major. Gubahannya sering dicirikan sebagai ringan, jenaka, dan elegan. PERMULAAN KERJAYA SENI Haydn ialah anak kedua kepada ibu bapa yang rendah hati: bapanya seorang tukang roda, dan ibunya, sebelum berkahwin, seorang tukang masak. Adik lelakinya, Michael, juga menjadi seorang komposer dan sangat dihormati untuk muzik gerejanya. Haydn berkahwin dengan Maria Anna Keller pada tahun 1760, tetapi pasangan itu tidak mempunyai anak.
6 HASIL KARYA KOMPOSER / LAGU (THE CREATION, TRUMPET CONCERTO, AND CELLO CONCERTO NO. 2 IN D MAJOR)
7 WOLFGANG AMADEUS MOZART LATAR BELAKANG Wolfgang Amadeus Mozart menunjukan bakat dalam permainan piano dan violin semenjak kecil lagi. Beliau dilahirkan pada 27 Januari 1756 di Salzburg, Austria dan meninggal dunia pada 5 Disember 1791. Beliau telah mula menghasilkan karya musik semenjak masih muda. PERMULAAN KERJAYA SENI Mozart paling biasa memanggil dirinya Wolfgang Amadé atau Wolfgang Gottlieb. Bapanya, Leopold, berasal dari keluarga yang mempunyai kedudukan yang baik (dari mana dia terasing), termasuk arkitek dan penjilid buku. Leopold adalah pengarang manual bermain biola yang terkenal, yang diterbitkan pada tahun kelahiran Mozart. Ibunya, Anna Maria Pertl, dilahirkan daripada keluarga kelas pertengahan yang aktif dalam pentadbiran tempatan.
8 Mozart dan kakaknya Maria Anna (“Nannerl”) adalah satu-satunya dua daripada tujuh anak mereka yang masih hidup. Ahli sains saraf Richard Haier bercakap tentang keplastikan dan menafikan kesan Mozart, dakwaan bahawa IQ boleh ditingkatkan dengan mendengar sonata Mozart Bakat awal budak lelaki itu untuk muzik adalah luar biasa. Pada usia tiga dia memilih kord pada harpsichord, pada empat memainkan kepingan pendek, pada lima mengarang. Terdapat anekdot tentang ingatannya yang tepat tentang padang, tentang menulis konserto pada usia lima tahun, dan tentang kelembutan dan kepekaannya (dia takut sangkakala). Sejurus sebelum dia berumur enam tahun, bapanya membawanya dan Nannerl, yang juga berbakat tinggi, ke Munich untuk bermain di gelanggang Bavaria, dan beberapa bulan kemudian mereka pergi ke Vienna dan dibicarakan di mahkamah empayar dan di rumah bangsawan. HASIL KARYA KOMPOSER / LAGU Antara hasil karya beliau yang terkenal termasuklah Eine kleine Nachtmusik, Rondo Alla Turca, Sonata Semplice dan The Twelve Variations on “Ah vous dirai-je, Maman” yang lebih dikenali sebagai lagu Twinkle Twinkle Little Stars.
9 LUDWIG VAN BEETHOVEN LATAR BELAKANG Ludwig van Beethoven merupakan antara komposer yang terkenal pada zaman Klasik Barat. Beliau dilahirkan pada 17 Disember 1770 di Bonn, Jerman dan meninggal dunia pada 26 Mac 1827 semasa beliau berumur 56 tahun. Beliau mahir bermain piano sejak muda lagi.
10 PERMULAAN KERJAYA SENI Antara karya beliau yang tersohor termasuklah Symphony No. 5, C minor yang dicipta semasa beliau mula hilang pendengaran pada usia 26 tahun. Fur Elise dan Moonlight Sonata juga merupakan karya popular beliau yang masih digemari sehingga kini. HASIL KARYA KOMPOSER / LAGU (FÜR ELISE) Oye, tu lo sabes bien A ti te gusta el swing que traigo Te pone a bailar Y te pone a gozar Oye, tu lo sabes bien A ti te gusta el swing que traigo Te pone a bailar Y te pone a gozar Te pone a bailar Te pone a gozar Te pone a Bailar Oye, tu lo sabes bien A ti te gusta el swing que traigo Te pone a bailar Y te pone a gozar Oye, tu lo sabes bien A ti te gusta el swing que traigo Te pone a bailar Y te pone a gozar Te pone a bailar Te pone a gozar Te pone a bailar
11 TOKOH MUZIK KLASIKAL MELAYU
12 TAN SRI P.RAMLEE LATAR BELAKANG Beliau dilahir di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri 22hb. Mac 1929 kepada pasangan Teuku Nyak Puteh Teuku Karim dan Che Mah Hussein. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan beliau kemudian menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua. Ketika pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu, beliau belajar di Sekolah Tentera Laut Jepun sebelum kembali ke Penang Free School apabila tamat perang. PERMULAAN KERJAYA SENI Bermula dengan bermain Ukulele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin. Menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya.
13 Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya. Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah "Chinta" pada tahun 1948. Filem terakhir lakonan beliau ialah "Laksamana Do Re Mi" pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah "Ayer Mata Di Kuala Lumpur" pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya. HASIL KARYA LAGU ( MAAFKAN KAMI ) Maafkan kami (5X) Wahai cik adik jangan merajuk Maafkan kami si Bujang Lapuk Jikalau salah tolonglah tunjuk Kami rela hai kena ketuk Nandung-nandung dayang senandung Wahai saudari maafkan kami Maafkan kami (5X) Wahai cik adik jangan marah sangat Sedangkan Nabi ampunkan umat Kalau Cik Adik mukanya kelat Ke lubang jendela kami nak lompat Nandung nandung dayang senandung Wahai saudari maafkan kami
14 DATO’ SUDIRMAN HAJI ARSHAD LATAR BELAKANG Dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan. PERMULAAN KERJAYA SENI Beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan. Beliau mendapat tawaran melanjutkan
15 pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu. Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya. Beliau juga dikenali dengan panggilan ‘The Singing Lawyer’. HASIL KARYA LAGU (BASIKAL TUA) Riang hatiku badan bertuah Punya teman yang comel dan manja Berjanji akan selalu bersama Menemani ku sepanjang masa Aku hidup serba sederhana Tiada harta tiada rupa Hanya yang ada budi bahasa Harta sekadar basikal tua Orang biasa basikal tua (2x) Walau ke mana ia meminta Ku bawa dengan hati yang bangga Senang melihat ia ketawa Duduk di palang basikal tua Biar pun hidup aku begini Berbasikal pada tiap hari Namun hatiku riang selalu Tiada hutang datang mengganggu Angan-anganku di suatu masa Basikal kan ku tukar kereta Tapi kekasihku tidak setuju Mungkinkah dia rasa cemburu
16 DATO’ JOHARI SALLEH LATAR BELAKANG Dilahirkan pada 9 Februari 1940 di Geylang, Singapura. Anak lelaki kepada keluarga Mohd Salleh Bin Mohamad berasal dari Melaka dan Puan Munarah Shuib, berasal dari Singapura. PERMULAAN KERJAYA SENI Beliau mula belajar muzik dan menggubah lagu daripada ayahnya sendiri serta dari seorang guru muzik bernama Saaban Saliman. Pada tahun 1968 Johari Salleh mendapat Diploma in Music (Composition and Arrangement) daripada Berklee College of Music, Boston, USA. Beliau banyak berkarya dalam bentuk muzik simfonik untuk digunakan oleh orkestra-orkestra besar seperti dari Sepanyol, Orkestra Sinfoni Kebangsaan Malaysia dan Kuala Lumpur Symphony Orchestra. Beberapa karya simfoni Dato’ Johari Salleh pernah dipersembahkan oleh The New
17 York Symphonic Ensemble, Singapore Symphony Orchestra, St.Pittersburg Philharmonic Orchestra dari Russia dan Cadaquez Symphony Orchestra. Pada tahun 1983 beliau meninggalkan RTM dan menjadi Pengarah Urusan Syarikat Josal Music Sdn Bhd sehingga tahun 1986. Beliau berkhidmat sebagai Felo Tamu Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mulai 2004 hingga 2008. Pada masa sekarang Dato’ Johari Salleh berkhidmat sebagai Felo Kanan di Pusat Perkembangan Pelajar, UKM. Atas jasanya kepada bidang muzik, pihak UKM juga menerbitkan buku, MEMOIR JOHARI SALLEH – TEGAR MELADENI INDUSTRI MUZIK sebagai penghargaan dan sumbangan besarnya dalam bidang muzik. HASIL KARYA LAGU (GADIS DAN BUNGA) Berlenggang dia berjalan Si gadis desa yang manja Jelingan yang manja Menuju dia ke kota Di tangannya penuh bunga Di hati penuh cinta Berbagai macam bunga dibawa Untuk dijual di gerai mama Matanya lirik-lirik selalu Rupanya manis-manis ayu Ramai orang membelinya Bunga-bunga jualannya Si Ayu, gadis ayu Datang seorang pemuda Dapat melebur hatinya
18 TERIMA KASIH