The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1_BM G_NUR AININA BINTI MUKHTAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hanidahlia123, 2022-04-04 11:50:32

PUISI TRADISIONAL

TUGASAN 1_BM G_NUR AININA BINTI MUKHTAR

BIODATA
DIRI

NUR AININA BINTI MUKHTAR
2021232310168
BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN MELAYU
DR ANITA BT MAT ISA

MUKA DEPAN

PENGHARGAAN

Ribuan terima kasih
kepada Dr Nor Anita Binti
Mat Isa selaku pensyarah
BMMB1104 Kesusasteraan
dan Kebudayaan Melayu
yang telah mengajar dan

membimbing saya
melakukan tugasan ini
tanpa kenal erti penat

dan lelah.

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN
PANTUN
SYAIR
SELOKA

GURINDAM
RUMUSAN

PENGENALAN PUISI
TRADISIONAL

Puisi tradisional merujuk kepada susunan perkataan dalam bentuk
karangan berangkap atau suatu bentuk pengucapan dalam susunan
yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang
digunakan dalam pertuturan sehari-hari serta bahasa yang
mementingkan kebenaran daya intelektual dan logika.

Menurut Abdul Halim Ali (2004:2),
puisi bukan sahaja sebati dalam
jiwa masyarakat sebagai satu hasil
seni, malah merupakan satu bentuk
wadah pemeliharaan adat, pembina
sahsiah diri, pengajar agama dan
ilmu pengasih, pertahanan, hiburan,
dan juga kepercayaan.

Menerusi aktiviti perdagangan,
puisi Melayu tradisional semakin
berkembang sehingga lebih 30
jenis puisi seperti pantun, syair,
gurindam dan sebagainya.

Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar
untuk hiburan, pengajaran dan alat komunikasi
secara umum, malah diserapkan ke dalam
kegiatan-kegiatan hidup bermasyarakat, dalam
dalam ritual dan upacara, dalam adat dan
perundangan, juga dalam kegiatan yang
berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu
Tradisional,2010:232).

Menurut Harun Mat Piah (1989)
beliau telah mengklasifikasikan
puisi-puisi mengikut jenis dan
bentuk.

Puisi tidak terdiri daripada ayat yang
lengkap, melainkan terdiri daripada
frasa yang disusun dalam bentuk
baris (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
Puisi tradisonal merupakan bahasa
yang berirama dan apabila dibacakan
pembaca akan merasakan rentaknya.

PANTUN

Pantun ialah sejenis puisi Melayu tradisional yang
digunakan untuk mengambarkan cara berfikir dan
meluahkan perasaan yang gembira, sedih, rindu,
marah dan sebagainya

CIRI DAN BENTUK PANTUN

01 Mempunyai pembayang dan maksud.

}Pisang emas dibawa belayar, Pembayang

Masak sebijik di atas peti,

Hutang emas boleh dibayar, } Maksud

Hutang budi dibawa mati.

Satu rangkap empat baris. 02

Anak ikan dimakan ikan,
Manakan sama ikan tenggiri,
Mati ikan kerana umpan,
Mati tuan kerana budi.

03 Jumlah suku kata : 8 hingga 12

Di depan pintu ada tetamu, (10 suku kata)
Tetamu datang memakai jubah, (10 suku kata)
Buku itu sumber ilmu, (8 suku kata )
Kalau dibaca wawasan bertambah. (11 suku kata)

04

Jumlah perkataan dalam satu baris : 4 hingga 5

Di depan pintu ada tetamu, (5 Perkataan)
Tetamu datang memakai jubah, (4 Perkataan)
Buku itu sumber ilmu, (4 Perkataan )
Kalau dibaca wawasan bertambah. (4 Perkataan)

05
Bentuk terikat

Dua kerat
Banyak udang banyak garam, (a)
Banyak orang banyak ragam. (a)
Empat kerat

Sawah bertumbuh di atas petak, (a)

Bukan di gedung sebuah kota, (b)

Mulia insan ada di akhlak, (a)

Bukan di harta atau di rupa. (b)

FUNGSI PANTUN

Meluahkan rasa kasih Menzahirkan penghargaan
sayang dan kerinduan. dan ucapan terima kasih.

pantun
sayang Pantun budi sudah digunakan

kasi
h

menggambarkan identiti oleh masyarakat dahulu sejak

kehidupan masyarakat Melayu. turun-temurun dalam kehidupan

Pantun ini juga amat seharian mereka. Masyarakat

memainkan peranan dalam Melayu zaman dahulu

mempengaruhi gaya hidup memandang tinggi orang yang

masyarakat baik dari peringkat berbudi lebih daripada segalanya.

kanak-kanak mahupun Selain itu juga, kebanyakan

dewasa. Pengaruh pantun perbuatan seharian dibuat

merangkumi aspek daya fikir, dengan pantun dengan tujuan

beradat, berbahasa dan juga menzahirkan penghargaan dan

menggambarkan kehidupan ucapan terima kasih, memberi

nasihat dalam adat berkahwin

masyarakat Melayu. Oleh itu, dan lain-lain lagi. Hal ini demikian

masyarakat kini perlu sedar itu kerana pantun menjadi wadah

mereka mesti dan wahana yang digunakan

mempertahankan pantun untuk menyampaikan dan

kasih sayang agar boleh menjelaskan sesuatu yang penting

bertahan hingga ke generasi kepada masyarakat dan mudah

akan datang dan tidak ditelan difahami oleh masyarakat

perubahan zaman. tradisional Melayu.

Untuk sindiran dan tempelak. Tujuan adat istiadat.


Pantun a
dat yang
diamalkan se
jak dari dulu
Menurut Fatimah
Busu, (1922:22)
kesopanan yang terbit daripada lagi masih diteruskan

rasa malu dan segan dalam

kalangan masyarakat Melayu sehingga ke dewasa ini.

telah menimbulkan satu cara Antaranya ialah adat

hidup yang tidak suka berterus perkahwinan, adat pusaka,

terang. Selalu ada pengertian- adat manusia, dan

pengertian yang lain di sebalik sebagainya. Antara fungsi

rangkai kata-rangkai kata yang pantun adat ini ialah

dituturkan. Dalam membuat sebagai alat untuk mendidik

teguran ini, maka lahirlah dan mengajar masyarakat

pelbagai bentuk bahasa kiasan tentang kehidupan ke alam

bagi menggambarkan sikap

rendah diri dan sifat kesopanan. berumah tangga. Selain itu,

Sindir- menyindir juga pantun juga digunakan

memainkan peranan ketika sebagai alat komunikasi

menyampaikan sesuatu fikiran untuk menyampaikan

agar mesej yang cuba nasihat.

disampaikan itu berkesan dan

indah.

Menyampaikan mesej berunsur keagamaan.

Pantun agama ialah pantun yang
mengandungi aqidah, hukum,
dan keimanan kepada Allah. Pantu
n agama menerangkan tentang
ketuhanan, pahala, dosa, akhirat, hidup, mati, dan lain-lain lagi.
Pantun ini juga menyeru umat Islam supaya taat dan sentiasa
melakukan perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggal segala
larangan-Nya. Selain itu, pantun ini memberitahu umat Islam
tentang setiap perbuatan yang dilakukan akan mendapat balasan
sama ada baik atau buruk.

JENIS PANTUN

Pantun Nasihat

bertujuan menyampaikan pesan moral dan
didikan. Jenis pantun berdasarkan isi yang
nasihat biasanya memiliki pesan-pesan bijak
yang mengajak untuk berbuat baik

Jalan-jalan ke Kota Blitar
jangan lupa beli sukun
Jika kamu ingin pintar
belajarlah dengan tekun




Pantun Agama

Pantun agama adalah jenis pantun berdasarkan isi
yang memiliki tujuan sama dengan pantun nasihat.
Hanya saja isi dalam pantun agama memberikan
pesan moral dan didikan yang sifatnya religius.
Jenis pantun berdasarkan isi yang agama
mengungkap mengenai manusia dengan pencipta-
Nya.

Banyak bulan perkara bulan
Tidak semulia bulan puasa
Banyak tuhan perkara tuhan
Tidak semulia Tuhan Yang Esa




Pantun Kepahlawanan

Pantun kepahlawanan adalah jenis pantun
berdasarkan isi yang memuat hal-hal tentang
kepahlawanan, patriotisme, serta semangat
kebangsaan.

Bunga melati itu namanya



Berwarna putih di kelopaknya



Jenderal Sudirman itu namanya



Pemimpin perang di Ambarawa.

JENIS PANTUN

Pantun Peribahasa

Pantun peribahasa adalah jenis pantun
berdasarkan isi yang memuat kalimat peribahasa
yang pada umumnya memiliki susunan tetap.

Berakit-rakit kita ke hulu
Berenang kita ke tepian
Bersakit-sakit kita dahulu
Bersenang-senang kemudian






Pantun Kiasan

Pantun kiasan adalah jenis pantun berdasarkan isi
yang memuat sejumlah kalimat kiasan. Pesan yang
ada pada jenis pantun berdasarkan isi yang kiasan
ini disampaikan secara tersirat.

Berburu ke padang datar
Dapatkan rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar
Bagaikan bunga kembang tak jadi






Pantun Teka-Teki

Pantun teka-teki adalah jenis pantun berdasarkan
isi yang memuat kalimat pertanyaan pada baris
akhir pantun. Jenis pantun berdasarkan isi yang
teka-teki ini berisi teka-teki untuk para
pendengarnya.

Kalau tuan muda teruna



Pakai seluar dengan gayanya



Kalau tuan bijak laksana



Biji di luar apa buahnya

SYAIR

Syair merupakan sejenis puisi berlagu
yang berangkap dan dari parsi dan telah

dibawa masuk ke Nusantara bersama-
sama dengan kedatangan islam.



FUNGSI SYAIR

HIBURAN
Syair sering dilagukan dalam majlis-
majlis seperti dalam pesta, kegiatan

kesenian dan keramaian,
dipertandingkan atau dalam upacara-

upacara adat.



MEDIUM PENYAMPAIAN
Syair dilagukan dalam hal-hal yang
menyentuh aspek pengajaran agama

islam dari rukun iman, rukun
sembahyang, zakat, puasa dan

sebagainya.





CIRI DAN BEN

TUK SYAIR



Puisi terikat
Syair tidak mempunyai pembayang.

Rangkap : Setiap rangkap terdiri
daripada empat baris. Ini bermakna

tiap-tiap satu rangkap syair
mengandungi jumlah baris yang

tetap.
Perkataan : Bilangan perkataan
sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan

sebaris.
Sukukata : Bilangan sukukata sebaris

juga tetap antara 8-12 sukukata
dalam sebaris.

Rima : Rima akhir dalam serangkap
juga tetap a/a/a/a

Dalam satu baris syair, terdapat suatu
hentian (jeda)

Tiap satu rangkap syair memerlukan
beberapa rangkap syair yang

berurutan untuk memberi idea yang
lengkap.

Jenis Syair

Syair Panji




Syair ini bertema kisah

pengembaraan dan peperangan.

Dalam syair panji terdapat unsur

kisah percintaan.

Syair Romantis




Syair romantis berisi tentang
percintaan yang biasanya terdapat
pada cerita pelipur lara hikayat
maupun cerita rakyat.

Syair Kiasan

Syair kiasan menyampaikan pesan
dalam bentuk kiasan. Syair ini
disebut juga syair binatang dan
bunga-bungaan. Isinya merupakan
sindirian atau kiasan terhadap suatu
peristiwa.

Syair Sejarah




Syair sejarah adalah syair
yang berdasarkan peristiwa
sejarah. Sebagian besar syair

sejarah berisi tentang
peperangan.

Syair Agama




Syair agama merupakan syair
terpenting. Syair agama dibagi menjadi

empat, yaitu syair sufi, syair tentang
ajaran Islam, syair riwayat cerita nabi,

dan syair nasihat.

CONTOH SYAIR

Syair Panji Syair romantis

Jika tuan menjadi air Wahai kau bidadari
Kakang menjadi ikan di pasir Bidadari dalam mimpi
Kata nin tiada kakanda mungkir Bidadari dambaan hati
Kasih kakang batin dan lahir Lama nian kau kunanti
Jika tuan menjadi bulan Bukan hanya sekadar cinta
Kakang menjadi pungguk merawan Bukan pula karna harta
Aria ningsun emas tempawan Dan bukan untuk nafsu buta
Janganlah bercerai apalah tuan Tapi kau untuk ke surga
Tuan laksana bunga kembang Bidadari pujaanku
Kakanda menjadi seekor kumbang Kaulah tulang rusukku
Tuan memberi kakanda bimbang Pesonamu laksana peluru
Tiadalah kasihan tuan akan abang Menghujam ke dalam kalbu
Jika tuan menjadi kayu rampak Kau layaknya penerang
Kakanda menjadi seekor merak Hadir di tengah perang
Tiadalah mau kakanda berjarak Syukur selalu tak pernah lekang
Seketika pun tiada dapat bergera Atas engkau dinda sayang
Terimakasih teruntuk adinda
Syair kiasan Terimaku apa adanya
Tiada harta tiada tahta
Aku hanya bunga biasa Hanya ada rasa cinta
tak seindah mawar Janjiku pada Tuhan
yang merah merona Tuk hilangkan susah di badan
dan slalu dipuja-puja Lenyapkan duka pikiran
Aku hanya bunga pinggiran Dalam hidupmu bidadari impian
tak sesuci melati
yang putih nan bersih Syair SEJARAH
dan slalu dibanggakan
Aku hanya bunga biasa Bermula kalam kami tuliskan
kumbang pun tak mau melirikku Segenap pikiran dicurahkan
burung pun enggan denganku Untuk menyusun syair kesejarahan
lebah pun serasa tak tahu aku ada Merangkai kejadian secara berurutan
Aku memang tak punya intan Adapun nama syair yang dituliskan
emas tak pernah ku genggam Kerajaan Negaradipa di Kalimantan
berlian tak pernah hiasiku Selatan
hanya rasa ini di dalam hati Sebagai bahan pengetahuan
Cinta ku tak bisa kularang Untuk Saudara, Kawan sekalian
rasaku tak bisa kutolak Walaupun bukti sejarah Kalimantan
anugerah ini akan slalu ada Selatan
meski hanya sebelah saja Tidak berupa benda bertuliskan
Kau insan yang sempurna Namun bekas kerajaan dapat dibuktikan
tiada cacat tiada luka Menurut penelitian para sejarawan
semua sungguh sempurna Bekas kerajaan yang dapat disebutkan
tak pernah luput pandangku untukmu Seperti Candi Agung bukti peninggalan
Letaknya di Amuntai sudah dipastikan
Pemugarannya pun sudah dilakukan

seloka

Istilah seloka berasal daripada perkataan Sanskrit shloka.
Dalam bahasa Melayu, seloka bererti berseloroh,
berjenaka atau menyindir. Seloka merupakan puisi yang
paling tua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka
dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Teks
Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal
yang tertulis dalam bentuk seloka.

ciri dan bentuk seloka

Karangan berangkap yang memakai
pertentangan bunyi rima hujung yang bebas



Terbahagi kepada unit pembayang (induk
kalimat) dan unit maksud (anak kalimat)



Perkataan sindiran atau ejekan disampaikan

dalam bentuk berangkap



Mengandungi unsur jenaka atau gurau senda
Digunakan untuk menyindir sambil mengajar

fungsi seloka

Umumnya seloka biasa menggambarkan
masyarakat yang melahirkannya, iaitu
masyarakat yang sangat peduli dengan
keharmonian dan ketatasusilaan. Puisi seloka
oleh orang Melayu digunakan untuk
mengkritik semua kelakuan negatif anggota
masyarakat tanpa harus menyinggung
perasaan dari individu yang bersangkutan.
Selain itu, fungsi dari seloka adalah sebagai
panduan atau pengajaran bagi anggota
masyarakatnya.

JENIS SELOKA

Seloka sindiran

Seloka mengejek

Seloka menempelak

Seloka nasihat

Seloka pengajaran

Seloka khayal

Seloka gurau senda

CONTOH SELOKA

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang

Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tidak selidik
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan,biarkan ..!

Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

GURINDAM

Gurindam adalah satu bentuk puisi Melayu lama
yang terdiri daripada dua baris serangkap.Gurindam
ini dibawa oleh orang Hindu atau pengaruh sastera
Hindu. Gurindam juga merasal daripada bahasa
sanskrit menerusi bahasa Tamil (kirindam) yang
bermaksud perumpamaan.

FUNGSI GURINDAM

Pendidikan



Hiburan



Gambaran masyarakat melayu lama
dan digunakan dalam majlis-majlis

formal.

CIRI DAN BENTUK GURINDAM

Merupakan puisi bebas atau tidak terikat.
Rangkap : Mempunyai dua baris dalam
serangkap atau beberapa baris dalam
serangkap. Setiap baris dalam rangkap
merupakan isi atau maksud dan perlu
bersambung dengan baris-baris dalam
rangkap untuk membawa makna yang
lengkap.

Baris pertama menyatakan sesuatu fikiran
atau peristiwa dan baris kedua pula
menyatakan keterangan atau menjelaskan
apa yang telah dinyatakan oleh baris atau
ayat pertama tadi. Setiap baris biasanya
mengandungi tiga atau empat, enam atau
lebih perkataan.

Perkataan : Jumlah perkataan sebaris tidak
tetap.

Sukukata : Jumlah sukukata juga tidak
tetap.

Rima : a/a;a/b

JENIS GURINDAM

GURINDAM BERKAIT





Memiliki teks berkat antara baris
satu dan dua. Begitupun dengan
baru selanjutnya terus berkaitan.



CONTOH SYAIR BERKAIT

Hidup itu saling menghargai
Bukan mengharap puji-puji
Jika ingin punya teman banyak di

kemudian hari
Haruslah kita selalu menepati janji



Jika tidak suka memberi
Maka jangan suka memaki-maki
Hidup itu harus saling mengerti
Jika tidak ingin menyesal di kemudian hari



Hidup memang penuh kejutan
Tetapi kegagalan tetaplah menyakitkan
Meskipun usaha telah maksimal
Bukan berarti kamu sedang sial

GURINDAM BERANGKAI

Memiliki kata yang sama pada setiap
dua baris. Jadi selain bunyi konsonan
sama, kata awal juga memiliki
kesamaan.

CONTOH SYAIR BERANGKAI

Berburuk hati kepada teman
Berburuk hati kepada lawan
Jika kamu ingin hidup tenang
Maka harus menghargai orang



Bukalah pintu cinta dihatimu
Bukanlah pintu cinta dimatamu

Jika cinta itu untuknya
Hendaknya kamu membuka mata



Ketika bunga enggan merekah
Ketika bunga enggan memerah
Kabar hati engkau sedang gundah

Pasti dia yang engkau pilah

FUNGSI PUISI TRADISIONAL
SEBAGAI WAHANA PENDIDIKAN

Memberi pengajaran, nasihat atau
pesanan kepada masyarakat.Fungsi ini
juga menjadikan karya sastera sebagai

suatu bahan yang dapat membawa
kesedaran kepada masyarakat,

mengubah pemikiran, serta memberi
ruang untuk masyarakat menyerap
nilai-nilai moral yang dibawa dalam
karya sastera. Cerita Sang Kancil dengan
Buaya misalnya cukup terkenal bukan

semata-mata kerana ceritanya
menghiburkan tetapi keupayaannya
untuk memasyarakatkan nilai, unsur
moral dan pengajaran yang berguna
kepada masyarakat. Tanpa kita sedari
kita dibesarkan dalam asuhan moral
yang dibawa dari cerita tersebut. Tanpa

sedar kita diserapkan dengan
kepentingan nilai tolong-menolong dan
kita pula diperingatkan betapa buruknya

sikap tidak mengenang budi

RUMUSAN

Sebagai kesimpulannya, puisi
tradisional pada masa kini
semakin berubah mengikut
arus peredaran zaman.

Penggunaan bahasa klasik tidak lagi
digunapakai pada masa kini, kerana

telah digantikan dengan bahasa
moden yang lebih senang difahami

masyarakat masa kini.

Masyarakat sekarang tidak
ramai memahami dan

mengguna bahasa klasik.

Sebagai contoh, santap yang
membawa maksud makan,
beradu yang membawa maksud
tidur dan bersiram yang
membawa maksud mandi.

RUJUKAN :
Abd. Rahim Ismail .(2017).
Kesusasteraan Melayu.Sasbadi

Sdn.Bhd


Click to View FlipBook Version