The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by szrnyx, 2022-09-30 02:28:09

Hikayat Srikandi Widuri & Kisah Si Tupai, Si Nuri dan Sang Monyet

Hikayat Srikandi Widuri

HIKAYAT SRIKANDI WIDURI

Widuri merupakan anak angkat dari seorang nenek kebayan. Namun, impiannya untuk menjadi seorang
puteri raja hanya sekadar menjadi impiannya sehingga dia hampir diterkam harimau kerana terlalu
mengelamun. Alkisahnya, cerita bermula apabila orang kampung mendengar suara tangisan bayi yang ada
padanya tanda lahir berbentuk bunga widuri di tangan kanannya dari sebuah tasik yang tidak jauh dari
kawasan perkampungan. Nenek kebayan yang kebetulannya sedang mencari herba di sekitar tasik untuk
jamunya mendengar tangisan bayi, kemudiannya menjumpai bayi berkenaan tidak jauh dari tempatnya
mencari herba. Mendengar suara penduduk desa menuju ke tasik, nenek kebayan dengan pantas
membawa bayi tersebut ke rumahnya kerana takut menjadi buah mulut penduduk. menyedari akan tanda
lahir berbentuk bunga widuri di tangan kanan bayi tersebut, nenek kebayan langsung menamakanya bayi
tersebut sebagai Widuri. Sejak saat itu, nenek kebayan mula menyayangi widuri seperti anaknya sendiri.
Zaman bertukar Zaman, Widuri pun membesar menjadi seorang gadis yang jelita dan rupawan. Ceritanya
dijumpai di sebuah tasik yang dahulunya menjadi buah mulut penduduk, kini semakin hilang ditelan zaman.

Dua dekad berlalu, Widuri kini membesar menjadi seorang gadis yang sangat jelita. Atas didikan yang
sempurna dan kasih sayang yang tidak pernah berbelah bahagi daripada Nenek Kebayan, Widuri kini
menjadi seorang gadis yang sangat baik pekertinya, sesuai dengan paras rupa menawan yang dimilikinya.

Pada suatu hari, Raja Zawuri telah mengkhabarkan kepada penduduk Indah Layangan bahawa anak
tunggal lelakinya Putera Zawyan ingin mencari calon isteri dari kalangan penduduk kampung. Namun
demikian, baginda telah mengenakan syarat yang tidak masuk akal kepada anak gadis di perkampungan
tersebut iaitu anak gadis yang berjaya mengasingkan beberapa jenis rempah ratus yang dicampurkan
bersama akan dikhawinkan dengan Putera Zawyan.

Seminggu telah berakhir, namun misi Putera Zawyan untuk mencari calon isteri masih belum berjaya.
Tidak ada seorang pun gadis di kampung Indah Layangan yang berjaya mengasingkan rempah ratus
seperti apa yang telah disyaratkan oleh baginda. Akan tetapi, firasat baginda kuat mengatakan masih ada
gadis di kampung berkenaan yang belum mencuba mengasingkan rempah ratus tersebut. Baginda yakin
gadis terakhir itu yang berjaya melakukannya.

Widuri yang sedang membantu ibu angkatnya, Nenek Kebayan merebus jamu di dapur telah didatangi
seorang tetamu lelaki yang yang berpakaian lusuh sambil mengendong sebungkus kain. Mendengar sahaja
permintaan lelaki tersebut untuk mengasingkan rempah ratus yang dibawanya, Widuri tidak berfikir
panjang langsung mengasingkan rempah ratus tersebut seperti apa yang telah diminta.

Selang beberapa jam, Widuri telah berjaya mengasingkan kesemua rempah ratus tersebut. Lelaki
berpakaian compang-camping tersebut agak terkejut dan kini persoalan yang selama ini dicarinya telah
mendapatkan jawapan. Tanpa teragak-agak, lelaki tersebut terus mendedahkan identiti sebenarnya
bahawa dia merupakan Putera Zawyan yang sedang mencari calon isteri.

Pencarian Putera Zawyan mencari calon isteri kini telah berakhir. pada hari Widuri dan Putera Zawyan
disatukan, parut berbentuk bunga widuri pada tangan kanan Widuri telah bersinar dengan sangat indah
dan sejak dari itu, dia mengetahui hanya berketurunan raja sahaja mempunyai corak parut yang sama di
tangan sebelah kanan. Kini, angan-angan Widuri untuk menjadi puteri kini menjadi realiti.

Si Tupai, Si Nuri dan Sang Monyet
Cerita Binatang

Di sebuah hutan yang aman tenteram, terdapat seekor tupai yang comel dan ceria.
Dia selalu menghabiskan masanya untuk bermain dan meneroka hutan bersama Sang
Nuri, teman baiknya. Mereka bermain dari satu pohon ke pohon yang lain, mencari
buah-buahan hutan untuk dimakan, dan kadangkala pergi ke muara sungai untuk
bermain dengan ikan-ikan di sana. Mereka bermain sehinggalah ke larut senja
sebelum pulang ke sarang masing-masing dan bermain lagi pada keesokan harinya.
Demikianlah kehidupan sehari-hari Sang Nuri dan Sang Tupai. Ibu Tupai selalu
menasihatkan mereka untuk menjaga diri dan tidak mudah terpedaya dengan kata-
kata orang lain.

Pada suatu hari sewaktu Sang Tupai dan Sang Nuri bermain-main, mereka
terserempak dengan Sang Monyet. Sang Monyet amat terkenal dengan kenakalan
dan kelicikannya. “Hai Sang Tupai dan Sang Nuri, hendak ke mana kamu berdua kali
ini?”

“Hai Sang Monyet. Kami berdua ingin ke muara sungai hari ini. Sudah lama tidak
berjumpa teman-teman di sana” jawab Sang Nuri dengan penuh ramah. Mendengar
hal itu, Sang Monyet yang licik mendapat idea.

“Wahai sahabatku. Bolehkah kamu menolong aku? Sudah lama aku teringin
makan buah jambu di muara sungai itu,” ujar Sang Monyet dengan nada sedih. Sang
Tupai dan Sang Nuri berasa serba salah.

“Tapi bukankah pokok jambu di sana milik manusia? Ibuku juga melarang kami
bermain di sana. Bahaya! Bagaimana jika kami ditangkap oleh pemilik kebun itu?”
kata Sang Tupai dengan bersungguh-sungguh.

Mendengar hal itu, Sang Monyet berpura-pura sakit bagi mengambil hati Sang
Tupai dan Sang Nuri. “Aduh, sakitnya perutku! Aku benar-benar teringin makan buah
jambu yang manis itu. Tambahan pula, tubuhku besar dan pergerakanku lambat.
Tidak selincah Sang Tupai yang Sang Nuri yang terbang tangkas.”

Sang Tupai dan Sang Nuri akhirnya termakan pujukan Sang Monyet. Mereka
berdua pergi ke kebun jambu berdekatan muara sungai itu manakala Sang Monyet
hanya menunggu di salah satu pokok berdekatan. Mereka bernasib baik kerana
pemilik kebun itu tidak berada di kebun untuk menjaga pohon jambunya yang
berbuah lebat. Dengan berhati-hati, mereka mengambil tiga biji buah jambu dan
membawanya kepada Sang Monyet. Tanpa mengucapkan terima kasih, Sang
Monyet menghabiskan ketiga-tiga buah jambu itu dan berlalu pergi. Keesokan
harinya, Sang Monyet pergi menemui Sang Tupai dan Sang Nuri sekali lagi.

“Hai sahabatku yang baik hati. Perutku sakit. Aku teringin makan buah jambu yang
manis itu. Marilah kita mengambil buah jambu di muara sungai itu sekali lagi,” kata
Sang Monyet. Sekali lagi, Sang Tupai dan Sang Nuri bersetuju dengan Sang Monyet
dan mereka pun pergi ke kebun jambu milik manusia di tepi sungai itu.
“Kali ini, mari kita ambil lebih banyak buah. Kamu jatuhkan sahaja buah itu ke
bawah. Nanti buahnya aku kutip,” kata Sang Monyet yang tamak. Oleh itu, Sang
Tupai dan Sang Nuri menjatuhkan banyak buah jambu ke tanah manakala Sang
Monyet mengutip buah yang dijatuhkan oleh mereka dengan gembira. Tanpa
disedari oleh mereka bertiga, pemilik kebun jambu tersebut sedang memerhati
mereka dari kejauhan dengan senapang guli di tangan. Sudah lama pemilik tersebut
cuba menangkap Sang Monyet yang banyak merosakkan buahnya.

“Bang!” bunyi tembakan membantutkan kegembiraan mereka. Terdengar
raungan nyaring Sang Monyet tatkala kakinya mula dipenuhi darah kerana
ditembak oleh pemilik kebun tersebut. Sang Tupai dan Sang Nuri yang
terkejut sempat melarikan diri. Sang Monyet yang cedera juga sempat
membawa diri.
Sejak dari kejadian itu, Sang Tupai dan Sang Nuri dimarahi oleh ibu mereka dan
tidak lagi berjumpa dengan Sang Monyet. Mereka mula belajar menjaga diri
dan tidak mudah terpedaya dengan pujukan orang lain. Sang Monyet yang
cedera pula menyesal dengan ketamakannya dan berjanji untuk tidak
memperdaya orang lain.

Salamat!

Thank you for listening


Click to View FlipBook Version