BMMB1114 PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI & RUMI Sejarah & Jenis-jenis Tulisan Khat
Isi Kandungan Muka Depan (Pengenalan Diri) Penghargaan Pengenalan Sejarah Tulisan Khat Jenis-jenis Tulisan Khat Rumusan
NAMA : NUR AQILAH HUSNA BINTI MOHD RIDZUAN ANGKA GILIRAN : 2023182310019 UNIT : BAHASA MELAYU AMBILAN JUN 2023/2028 KOD KURSUS : BMMB1114 NAMA KURSUS : PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI TAJUK TUGASAN : TUGASAN 4 PENGHASILAN PRODUK NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN TARIKH HANTAR : 23 APRIL 2024
Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan kerja kursus bagi kursus Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi (BMMB1114) Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dengan jayanya. Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus BMMB1114 iaitu Encik Mohd Zuhairi bin Raffien yang tidak jemu memberi tunjuk ajar serta penerangan yang jelas sepanjang proses pelaksanaan kerja kursus ini. Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan oleh beliau, saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Seterusnya, tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa serta keluarga saya yang banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini. Akhir sekali, diharapkan melalui tugasan ini, saya dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat membantu saya dalam menyiapkan diri untuk menjadi bakal guru yang cemerlang dan berintegriti bagi menghasilkan generasi yang berilmu pengetahuan luas dan berketerampilan. Penghargaan
Khat dapat ditakrifkan sebagai tulisan tangan yang cantik yang dihasilkan menggunakan berus atau pen khas (Kamus Dewan Edisi Keempat). Tulisan khat merupakan seni kaligrafi Islam yang amat disanjung di antara seniseni Islam yang lain. Hal ini kerana, melalui khat keaslian kandungan ayat-ayat suci al-Quran dapat dikekalkan. Seni khat berperanan mengabadikan al-Quran dalam bentuk tulisan. Tambahan lagi, pengharaman mengukir atau melukis rupa makhluk yang boleh membawa kepada taghut dan penyembahan berhala mendorong perkembangan seni khat dan gambaran abstrak menjadi bentuk gambaran kesenian utama dalam kebudayaan Islam, terutama dari segi konteks keagamaan. Jadi, kaligrafi khat ini ialah tulisan indah yang telah lama dipraktikkan dalam budaya Islam. Seni khat memiliki keunikan dan keistimewaan dari segi nilai-nilai abstrak dan kaedah penulisannya sehingga menarik minat ramai orang untuk mempelajarinya. Seni khat merujuk kepada seni atau kemahiran menghasilkan tulisan Jawi yang menggunakan aksara Arab dengan gaya khas atau unik sehingga terbentuknya tulisan yang indah. Kaligrafi khat bukan sahaja karya seni yang indah dan unik malah setiap perkataan yang ditulis terkandung makna yang mendalam. Tulisan khat juga tidak terhad kepada satu jenis sahaja malah terdapat beberapa jenis khat yang boleh dihasilkan. Antaranya ialah Khat Nasakh, Thuluth, Diwani, Kufi, Farisi dan Riq’ah. Pengenalan
Sejarah Tulisan Khat
Perkembangan tamadun sesuatu bangsa itu bermula dengan seni tulisan. Tulisan Arab telah bermula sebelum kedatangan Islam kira-kira kurun yang ke-17 sebelum masihi. Tulisan Arab terpengaruh daripada tulisan Mesir Kuno Hieroglif. Tulisan Arab berkembang maju dan diserikan lagi dengan seni Khat yang mengindahkan serta melembutkan tulisannya dan disebut sebagai Khat Musnad atau khat gaya bebas. Namun seni khat semakin berevolusi menjadi lebih cantik selepas kedatangan Islam sehingga lahir seni dan gaya dikenali sebagai aqlam al-Sittah iaitu merangkumi gaya seni Khat Nasakh, Khat Thuluth, Khat Riq’ah, Khat Farisi atau Khat Nesta’liq, Khat Kufi dan Khat Diwani (Afif Bahnasiy 1979). Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq ketika kurun ke-7. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis menyatakan seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Seni khat berkembang serentak dengan kelahiran Islam. Wahyu yang diterima oleh Rasulullah S.A.W. sejak awal lagi telah dicatatkan oleh para sahabat pada daun kayu, tulang dan sebagainya sehinggalah Al-Quran itu sempurna diturunkan selama 23 tahun. Ini bererti seni khat diperlukan untuk mengabadikan Al-Quran dalam bentuk penulisan. Sejarah Tulisan Khat
Seterusnya, pada zaman Bani Umaiyah, khat semakin berkembang maju. Bentuk tulisan pada ketika itu lebih lembut serta mempunyai nilai estetika yang tinggi. Tanda titik dan baris mula diperkenalkan untuk memudahkan orang-orang ajam (selain bangsa Arab) mengenali tulisan Arab. Ziad (Dato' Bandar Basrah) merupakan penulis wahyu Rasullullah meminta Abu Aswad al-Du'ali meletakkan tanda titik pada tahun 45 Hijrah kemudian peletakan baris disempurnakan oleh al-Khalil bin Ahmad al-Farahidi. Di samping itu, penggunaan kertas yang terkenal dengan nama 'kertas Syami' adalah salah satu langkah positif dalam usaha meningkatkan penulisan seni khat. Seterusnya, ketika Zaman Kerajaan Fatimiyah, pada tahun 259-566 Hijrah, pelbagai usaha telah dijalankan untuk meningkatkan kehebatan seni khat melalui pendekatan pengindanan pada Istana-Istana, singgahsana, peralatan rumah, hadiah atau barang-barang antik mereka. Pusat seni khat di Mesir atau dikenali sebagai Dewan Insya' diketuai oleh seorang penulis yang handal dan diberikan gelaran sebagai 'Dastus-Syarif'. Kerajaan Fatimiyah sentiasa memberikan perhatian kepada seni khat terutamanya pada zaman Kerajaan al-Ayubi dan kerajaan Mamluki. Sejarah Tulisan Khat
Sejarah Tulisan Khat Pada Zaman Pemerintahan Abbasiyah, terdapat dua tokoh yang terkenal iaitu al-Dhahlaq bin Ajalan semasa pemerintahan Abu al-Abbas al-Saffah dan khattat Ishaq bin Hammad pada masa pemerintahan khalifah al-Mansur dan al-Mahdi. Kemuncak Estetika Seni Khat Keindahan seni khat telah sampai ke kemuncaknya pada tahun 300 Hijrah di tangan 'bapa' khat Arab, iaitu Abu Ali Muhammad bin Muqlah, merupakan seorang penulis, penyair, khattat (penulis khat) dan seorang menteri di Baghdad (272-328H / 885-939M). Beliau mempelajari khat daripada al-Ahwal al-Muharral dan merupakan orang yang mula-mula mencipta kaedah menilai penulisan khat dengan menggunakan alif sebagai asas penentuan bentuk huruf, maka terhasillah daripadanya khat yang indah dengan kaedah yang mantap ini dan seterusnya berkembang di timur dan barat.
Di Semenanjung Tanah Melayu, sebagai contoh pertemuan Batu Bersurat di Terengganu telah membuktikan bahawa khat Arab telah diguna pakai di Alam Melayu sejak ratusan tahun lagi. Ia telah bermula sekitar kurun ke-7 Hijrah iaitu 702H/1303M di mana khat Arab telah terpahat di lubuk hati masyarakat Melayu. Khat tersebut ditulis menggunakan bahasa Melayu. Berhampiran dengan batu tersebut terdapat batu pedang. Padanya terdapat khat kalimah Allah yang mirip khat kufi. Sejak pada itu, penggunaan tulisan ini menjadi semakin meluas dan menjadi tulisan rasmi dalam urusan kerajaan (Noraini Muhammad 2009). Di Malaysia, seni khat dimajukan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, tulisan ini diukir diatas kayu keras. Ini adalah keistimewaan seni khat di Malaysia, yang diwarisi turun temurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan seni khat Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan senjata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Pada zaman keagungan kerajaan Melayu Islam diseluruh Alam Melayu, seni khat diabadikan diatas duit syiling seperti pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1455-1459). Pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah (1632- 1677), wang emas diukir dengan khat. Begitu juga dengan cokmar, cop mohor, pingat dan bintang kebesaran kerajaan negeri di Malaysia juga diukir dengan ayat Al-Quran. Khat yang diabadikan diatas tenunan songket dan hiasan menambahkan lagi keunikan penggunaan khat di Malaysia. Sejarah Tulisan Khat
Jenis-jenis Tulisan Khat
Khat Nasakh Khat Nasakh telah diasaskan oleh Ibnu Muqlah iaitu seorang menteri dari kerajaan Abbasiah. Khat nasakh merupakan satu kaedah penulisan khat yang paling praktikal penggunaannya berbanding khat-khat yang lain. Hal ini kerana disamping mempunyai bentuk yang cantik, ia juga senang ditulis dan mudah dibaca. Khat nasakh sangat sesuai digunakan untuk menulis teks Al-Quran, buku, majalah, akhbar dan sebagainya yang sering dibaca oleh orang awam. Khat ini dinamakan sebagai Khat Nasakh kerana tulisannya digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Qur’an serta pelbagai naskhah ilmiah yang lain sejak dari kurun pertama Hijrah lagi. Ia terus menjadi tulisan utama bahan-bahan ilmiah hingga ke hari ini samada di dalam akhbar, majalah, komputer dan sebagainya selain terus menjadi tulisan utama al-Qur’an. Khat Nasakh dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Ia bermula dari asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi. Tulisan ini melalui proses pembaikannya dalam beberapa peringkat. Pada kurun ketiga dan keempat Hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah iaitu Ali bin Muqlah atau lebih dikenali dengan Ibnu Muqlah bersama saudaranya Abdullah, telah memperhalus tulisan ini dan mencipta satu kaedah yang dikenali kini sebagai Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Ia menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini terus diminati dan mula dipelajari secara meluas. Khat ini merupakan khat yang paling asas diajarkan di sekolah-sekolah kerana merupakan penulisan khat yang paling mudah dan senang untuk diajarkan.
Khat Nasakh
Khat Thuluth Thuluth bermaksud satu pertiga (1/3). Dinamakan Khat Thuluth adalah kerana Huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Ia juga dikenali sebagai Khat Arab disebabkan peranannya sebagai sumber asasi pelbagai khat Arab yang lahir selepas Khat Kufi. Khat ini dikenali sebagai Ummul Khutut iaitu Ibu tulisan. Khat Thuluth juga dikenali sebagai Raja Khat oleh kebanyakan penulis khat. Khat ini diasaskan oleh Ibnu Muqlah iaitu seorang menteri dari kerajaan Abbasiah. Khat ini mempunyai gaya yang paling indah tetapi sukar untuk dikuasai kerana mempunyai banyak kaedah menentukan ukurannya dengan bilangan titik yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menulisnya. Khat Thuluth bersifat dekoratif serta memiliki seni-seni tersendiri sehingga menjadikannya sesuai digunakan sebagai hiasan bangunan, kubah masjid, tajuk buku serta lain-lain.
Ciri-ciri Khat Thuluth Mempunyai banyak hiasan yang padat Huruf Alif, Lam dan Kaf mempunyai kepala (tarwis) Hurufnya lebih besar dari Nasakh Bersifat dekoratif Huruf lembut Terdapat baris
Jenis Khat Thuluth Khat Thuluth A’adi Dikenali sebagai Thuluth biasa yang digunakan untuk tujuan penulisan pada permukaan yang bersaiz kecil misalnya buku dan majalah. Merupakan gaya yang tampil sesuai tulisan sehingga mudah dibaca. Cirinya adalah pada kaki tulisan yang umumnya berbaris datar dengan huruf bergelombang dinamik. Khat Thuluth Jali (Mutarakibah) Tulisan Khat Thuluth yang diperbesar penulisan asalnya. Thuluth Jali digunakan untuk saiz permukaan yang lebih besar. Tulisan disusun mengikut kesesuaian ruang, bentuk, dan kreativiti tanpa melanggar kaedah thuluth. Khat Thuluth Jali (Muta’kisah) Muta’kisah juga dikenali sebagai Aynali di Turki. Kaedah gaya yang diperkenalkan oleh orang Turki Uthmaniah ini ialah satu karya yang sempurna dan terletak bersebelahan dengan imej cerminan secara bertentangan. Thuluth ini biasanya ditampilkan dalam bentuk bawang. Contohnya yang terbaik untuk gaya ini adalah seperti yang terdapat di Ulu Cami (masjid lama) di Bursa. Hampir setiap tiang empat segi di masjid ini dihiasi dengan tulisan gaya thuluth mutarakibah boleh dihasilkan bersama dengan mutta’kisah.
Khat Thuluth
Khat Diwani Diasaskan oleh seorang penulis pada zaman Uthmaniyyah iaitu Ibrahim Munif. Khat ini dinamakan Diwani kerana penggunaannya banyak digunakan di Dewan Sultan serta digunakan dalam menulis surat-surat rasmi, keputusan dan surat pekeliling pentadbiran kerajaan. Ciri-ciri khat Diwani: Huruf condong dan membulat Tidak berbaris dan tiada hiasan Bertindih-tindih Tersusun Melengkung Berbaris dan penuh dengan hiasan titik-titik (dipopularkan oleh Hafiz Uthman) Agak susah dibaca, lebih dekat kepada tujuan penciptaannya sebagai tulisan maklumat rahsia.
Jenis Khat Diwani Khat Diwani Jali Mahbuk Ditulis dengan menyusun huruf dan ragam hias dengan teratur dan dapat melahirkan bentuk tulisan yang indah Khat Diwani Jali Hamayuni Kebiasanya ditulis oleh penulis-penulis khat Turki yang ditugaskan untuk menulis titah Sultan. Khat Diwani Jali zauraq Sejenis khat yang dipengaruhi oleh seni lukis. Kebanyakan penulis khat menghasilkan khat ini dengan menulis ayat-ayat sehingga membentuk seakan perahu atau kapal laut. Khat Diwani Jali Zauraq ini dikatakan agak mencabar dan sukar untuk menulisnya, ianya memerlukan kesabaran dan kreativiti yang tinggi dalam menghasilkan sesebuah karya.
Khat Diwani
Khat Kufi Khat Kufi merupakan tulisan khat yang terawal dan diciptakan di Kufah. Nama Kufi diambil sempena nama sebuah bandar iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Secara umumnya, ciri-ciri yang ada pada bentuk huruf khat Kufi adalah bersegi, tegak, dan bergaris lurus. Bentuknya yang berunsur geometri iaitu lurus dan tegak amat sesuai diukir di mozek-mozek, jubin dan batu pada bangunan-bangunan seperti masjid dan seumpamanya. Khat Kufi terbahagi kepada empat jenis iaitu Kufi Kuno, Kufi Fatimi, Kufi Empat Segi (Murabba) dan Kufi Moden. Khat Kufi merupakan asas kepada khat Arab. Ia telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhantumbuhan yang menjalar. Dengan dihiasi pelbagai variasi khat, telah terbentuk sejenis khat yang tidak lagi ditulis dengan menggunakan pen khat, tetapi dilukis dengan pensil, menggunakan kertas graf, pembaris dan juga alat jangka lukis. Khat Kufi mempunyai identitinya tersendiri kerana hanya ditulis oleh sesetengah khattat yang berjiwa seni. Hurufhuruf tunggal Kufi daripada alif hingga ya mempunyai ukuran, nisbah, kadar, dan bentuk yang pelbagai. Ketinggian dan panjang huruf ditulis oleh khattat mengikut kedudukan yang sesuai dalam teks.
CIRI-CIRI KHAT KUFI Hurufnya berbentuk keras dan lurus Lebar Tidak mempunyai baris Ditulis dengan perkiraan Matematik
Khat Kufi Kufi moden Kufi Kuno
Khat Kufi Kufi Fatimi Kufi murabba
Khat Farisi juga dikenali sebagai Khat Ta’liq (gabungan Naskh dan Ta’liq) merupakan gaya khat yang agak berbeza gaya penulisan dan kecondongannya berbanding khat yang lain. Khat Farisi diasaskan oleh Mir al-Tabrizi pada tahun 1416 masihi. Khat ini digunakan secara meluas di Iran, India dan Pakistan untuk penulisan al-Quran, tajuk buku, tanda nama dan sebagainya. Khat Farisi Ciri-ciri khat Farisi: Condong ke kanan Titiknya hanya separuh segi Tiada tanda bacaan dan hiasan
Khat Farisi
Khat Riq ’ ah Riq’ah ditakrifkan sebagai cebisan kertas. Khat Riq’ah diasaskan oleh seorang penulis berbangsa Turki iaitu Mumtaz Bik ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Khan pada zaman kerajaan Uthmaniah. Khat ini terhasil daripada khat Diwani dan khat Siaqat yang digunakan untuk menulis nota, buku dan dapat ditulis dengan pantas bagi memudahkan semua urusan rasmi dalam kalangan kakitangan kerajaan. Khat ini merupakan antara khat yang paling mudah untuk dipelajari dan dikuasai oleh seseorang penulis.
Khat Riq ’ ah
Rumusan Kesimpulannya, kesenian merupakan satu perkara yang diharuskan dalam Islam dan di antara kesenian yang digalakkan oleh Islam ialah Seni Khat Arab. Seni khat atau kaligrafi dalam tulisan Jawi adalah sangat sinonim dengan masyarakat dan ketamadunan Islam. Tulisan khat merupakan seni yang memiliki keunikannya yang tersendiri. Tulisan khat bukan sekadar wahana penyampai maklumat malah mengandungi nilai estetika yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, keharmonian dan sebagainya. Seni khat perlu diangkat dan dikekalkan bagi memartabatkan dan membudayakan tulisan al-Quran, mengembalikan kegemilangan tamadun seni Islam serta untuk memperjuangkan tulisan Jawi di Malaysia ke arah melahirkan generasi al-Quran yang memiliki roh Islam serta mengenali dan mencintai tulisan Jawi yang merupakan tulisan warisan terdahulu. Oleh itu, tulisan khat perlu sentiasa dipraktikkan agar keindahan seni khat itu dapat dijaga dan tidak lapuk ditelan zaman supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Seni khat ini juga perlu dipelihara oleh semua lapisan masyarakat kerana ia dianggap sebagai aset yang sangat berharga.
Terima Kasih Semoga Bermanfaat!