The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliaa Maisarah, 2023-09-17 11:36:32

E-PORTFOLIO BMMB1074

E-PORTFOLIO BMMB1074

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) AMBILAN JUN 2023 SEMESTER 1 TAHUN 1 TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO NAMA PELAJAR : NUR ALIAA MAISARAH BINTI ABDUL RAHMAN ANGKA GILIRAN : 2023092310068 NO KAD PENGENALAN : 040225-11-0398 KUMPULAN/UNIT : BM 3 KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB 1074 – SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 NO. TEL : 0139597067 Ulasan/Komen/Maklum Balas Pemeriksa/Pensyarah : Tanda Tangan Pemeriksa/Pensyarah : Tarikh : Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tanda tangan Pelajar :ALIAA Tarikh : 17 SEPTEMBER 2023


1 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI 2 2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA 3 2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON (1902) 3 2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA (1933) 3 2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA (1943) 4 2.2 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA 4 2.2.1 SISTEM SOEWANDI (1947) 4 2.2.2 SISTEM EJAAN KONGRES (1957) 5 2.2.3 SISTEM EJAAN MALINDO 5 2.2.4 SISTEM EJAAN BARU (1972) 5 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 6 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI 7 5.0 KESIMPULAN 8 RUJUKAN 9


2 1.0 PENGENALAN Perkembangan sistem ejaan rumi yang telah kita pelajari sebenarnya memang sudah wujud sejak beberapa ribu tahu yang lalu. Terdapat ramai ahli penyelidik dalam negara dan juga dari serata dunia yang sudah membuat kajian serta hipotesis untuk mengenal perkembangan sistem ejaan. Sejak tahun 1972, tulisan rumi telah menjadi tulisan bahasa Melayu hasil daripada persetujuan kerajaan Malaysia dengan pemerintahan Republik Indonesia. Sistem ejaan rumi ini terbahagi kepada dua iaitu sistem ejaan sebelum perang dunia kedua dan selepas perang dunia kedua. Sistem ejaan rumi di Indonesia telah diperkenalkan oleh Van Ophusyen pada awal tahun 1900 sehingga zaman sistem ejaan kini. Pada mulanya, kajian ini menunjukkan bahasa Melayu dipengaruhi oleh bahasa sanskrit dan bahasa Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu. Sistem ejaan rumi telah mula dipergiatkan semasa tanah Melayu masih berada dalam genggaman penjajah. Oleh itu, wujudlah sistem ejaan Wilkinson, sistem ejaan Za,ba, sistem ejaan Fajar Asia dan sistem ejaan Kongres. Pada tahun 1972, sistem ejaan rumi telah diperkembangkan di negara-negara Nusantara. 2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Pada awalnya, tulisan jawi muncul di Melaka apabila datangnya sekumpulan ahli pelayaran Portugis yang telah diketuai oleh Bartholomew Diaz. Sistem ejaan rumi telah lama berkembang di Kepulauan Melayu. Sistem ejaan juga merupakan tulisan jawi yang menggunakan huruf-huruf atau lambang Arab dalam bahasa Melayu. Hal ini dapat dikaitkan lagi apabila kedatangan Islam pada abad ke-13 dimana pengaruh Islam mula menapak di Kepulauan Melayu. Selain itu, terdapat sedikit perubahan pada struktur, pola ayat, kosa kata dan lain-lain dalam sistem ejaan Jawi. Menjelang awal abad ke-20, penggunaan sistem ejaan rumi menjadi satu keperluan dan kepentingan berikutan kerana sistem ejaan jawi tidak dapat menjelaskan sistem bunyi bahasa Melayu yang sepatutnya untuk memudahkan penyampaian maklumat kepada seseorang. Tambahan pula, bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar dalam sistem Pendidikan Negara. Lantaran itu, penyusunan sistem ejaan rumi yang seragam serta lebih mudah difahami untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa tersebut.


3 2.1 SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA 2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON Sistem ejaan Wilkinson merupakan perancangan ejaan yang terawal di Tanah Melayu. Bermula pada tahun 1902, kerajaan Negeri-negeri Bersekutu iaitu negeri Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Sistem ejaan ini telah mengambil langkah inisiatif bagi menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang dianggotai oleh beberapa orang pegawai tinggi dan dipimpin oleh R.J. Wilkinson , ketua sekolah-sekolah pada ketika itu. Mereka bertugas untuk mengkaji dan membentuk sebuah sistem ejaan rumi dan ejaan Wilkinson mula diperkenalkan daripada nama Romainsed Malay Spelling dan telah diterbitkan pada bulan Oktober. Selanjutnya, sistem ejaan Wilkinson ini juga mengambil pendekatan transliterasi daripada jawi kepada rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyatakan bahawa terdapat dua jenis sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu iaitu perumian secara harafiah dan perumian secara fonetik. Perumian secara harafiah menurut ejaan atau lebih dikenali sebagai transliterasi yang bermaksud pengambilan huruf-huruf rumi tertentu yang diterima. Manakala, perumian secara fonetik menurut sebutan atau sesuatu kata. Sistem ini adalah sukar untuk membunyikan bunyi-bunyi Melayu yang sebenar daripada huruf-huruf Arab yang melambangkan sistem bunyi yang berlainan. Sebutan bahasa Melayu yang mengikut dialek memberi kesan terhadap sesuatu kata yang dirumikan secara berbeza. 2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA (1933) Zainal Abidin Ahmad, lebih dikenali sebagai Za’ba telah melakukan penambahbaikan terhadaap sistem ejaan Wilkinson. Sistem ejaan sekolah atau juga lebih dikenali sebagai sistem ejaan Za’ba telahpun diaplikasikan dan digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan ini merupakan sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan sistem ejaan yang baharu dan telah dihasilkan di SITC iaitu Maktab Perguruan Sultan Idris. Za’ba juga telah mengarang buku tatabahasa iaitu Pelita Bahasa Penggal Pertama (1940), Penggal kedua (1946) dan Penggal Ketiga (1949). Karya-karya lain ialah Kitab Ilmu Bahasa Melayu (1926), Kitab Rahsia Ejaan Jawi (1929), Ilmu Mengarang Melayu (1951) dan Petuapetua Ejaan Rumi Melayu di Malaya. Terdapat pembaharuan pada sistem ejaan Za’ba iaitu membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar. Huruf saksi adalah vokal yang terdiri daripada a, e, i, o, dan u manakala huruf benar pula merupakan konsonan yang terdiri daripada 21 huruf. Meninjau dari skop yang lain, sistem ejaan ini juga


4 mempunyai 40 peraturan antaranya peraturan 1 hingga 5 mengenai keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika suku kata kedua itu adalah suku kata tertutup. 2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA (1943) Sistem ejaan Rumi Fajar Asia merupakan satu kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah dwimingguan “ Fajar Asia” yang diterbitkan di Singapura dan diedarkan sekitar tahun 1943. Sistem ini mula diperkenalkan oleh pemerintah tentera Jepun dalam majalah Fajar Asia bertujuan untuk menyeragamkan penulisan ejaan rumi Melayu apabila Sumatera dan Malaya disatukan dibawah satu pemerintahan. Sistem ini juga mengekalkan penggunaan konsonankonsonan Wilkinson dan Za’ba tetapi menggunakan vokal Ophuysen iaitu oe digantikan dengan huruf u. Penggunaan konsonan-konsonan tertentu digabung dan diaplikasikan dalam penulisan majalah (Ariff Ahmad, 1994). Tambahan pula, bidang persuratkhabaran atau terbitan telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak tentera Jepun pada ketika itu kira-kira sekitar tahun 1941 hingga 1945 dan dikenali sebagai Malayan Military Administration (MMA). Selain itu, sistem ejaan Fajar Asia telah diangkat untuk menjadi sebagai ejaan rasmi oleh Angkatan Sasterawan 50 yang telah ditubuhkan pada 6 ogos 1950. 2.2 SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA 2.2.1 SISTEM SOEWANDI (1947) Sistem Soewandi ini juga dikenali sebagai ejaan Republik yang telah dikuatkuasakan penggunaannya pada 19 Mac 1947, beberapa bulan sebelum kemerdekaan Indonesia. Sistem ejaan ini dikuatkuasakan atas perintah Mr Soewandi selaku Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. Ejaan Soewandi secara rasmi merupakan pengganti bagi Ejaan Van Ophuysen pada tahun 1947 hasil daripada perbaikan dari Ejaan Ophuysen. Antara perubahan daripada sistem ejaan Ophuysen kepada ejaan Soewandi iaitu vocal oe digantikan kepada vocal u seperti ejaan laoet berubah menjadi laut. Selain itu, perkataan yang berulang boleh ditulis dengan angka 2 seperti ubur2. Seterusnya,tiada perbezaan bagi imbuhan awalan ‘di’ contohnya dibeli dan ‘di’ sebagai kata depan iaitu kata sendi nama contohnya dirumah.


5 2.2.2 SISTEM EJAAN KONGRES (1957) Sistem ejaan kongres merupakan ejaan rumi bahasa Melayu yang telah dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang diadakan kali tiga pada tahun 1956. Pada tahun 1956 kongres kali ketiga telah menetapkan tulisan rumi sebagai rasmi bahasa Melayu (Zarina& Adi, 2020). Akan tetapi sebenarnya sekitar tahun 1950 hingga 1956, berlaku pergolakan berkaitan dengan penentuan tulisan bahasa Melayu rasmi iaitu sama ada tulisan rumi ataupun tulisan jawi. Semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sistem ejaan ini pada ketika itu telah mendapat sokongan dari kerajaan dan Jawatankuasa Ejaan. Peserta kongres telah mencadangkan beberapa pembaharuan untuk memperbaiki sistem Ejaan Za’ba. Satu prinsip ejaan yang telah ditetapkan adalah menggunakan sistem fonologi bukan fonetik iaitu melambangkan satu fonem dengan satu huruf sahaja. 2.2.3 SISTEM EJAAN MALINDO Sistem ejaan Malindo atau disebut sebgai Ejaan Melayu-Indonesia telah membentuk sebuah jawatankuasa bagi menghalusinasi Ejaan Kongres dan membuat hubungan bersama pihak Indonesia bertujuan untuk penyeragaman tulisan rumi. Maka, usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi antara kedua-dua buah negara iaitu Malaysia dan Indonesia diteruskan (Muhammad Salehudin). Selama dua tahun menjalankan kajian dan rundingan , maka akhirnya termaktublah perjanjian antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail. Walau bagimanapun, Ejaan Malindo yang dihasilkan ini telah terbantut dan meyebabkan berlakunya konfrontasi. Oleh itu, satu kertas kerja telah dibentangkan untuk pelaksaan sistem ejaan ini. Namun, terdapat beberapa perubahan dan pembaharuan dalam sistem ejaan Malindo ini disebabkan oleh sistem ejaan ini belum dilaksanakan oleh kedua-dua negara. Oleh hal yang demikian, kata sepakat oleh kedua-dua buah negara telah dipersetujui maka sistem ejaan ini mula dikenali sebagai Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia. 2.2.4 SISTEM EJAAN BARU (1972) Sistem ejaan baru telah wujud kerana sistem ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh tercetusnya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Setelah tamatnya konfrontasi tesebut, maka usaha telah disambung melalui beberapa rundingan yang telah dilaksanakan bagi mewujudkan kesefahaman yang lebih konkrit. Antara rundingannya adalah mengadakan usahasama yang berterusan dalam membincangkan pembinaan bahasa untuk


6 jangka masa yang panjang, meningkatkan bahan-bahan berkaitan Bahasa dan sastera serta menyelaraskan penggunaan istilag-istilah. Ejaan Baru ini telah diisytiharkan secara rasmi pada 16 Ogos 1972 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai panduan bagi kegunaan umum. Sistem ejaan ini merupakan sistem wahana yang lengkap dan mudah untuk penggunaan sistem ejaan rumi di masa hadapan. 3.0 PERANAN DBP MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI Pada 22 Jun 1956 sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan, Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan di Johor Bharu hasil daripada resolusi Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke-3. Selepas mendapat kelulusan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1959, DBP yang pada awal penubuhan bertaraf jabatan kerajaan bertukar menjadi badan berkanun. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam meyeragamkan sistem ejaan rumi ialah mengadakan kempen yang bertemakan bahasa Melayu seperti “Kempen sayangilah Bahasa Melayu". Melalui pelaksaan aktiviti sedemikian dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan kepercayaan diri bagi setiap individu untuk bertutur dan berinteraksi dengan indiividu lain atau di khalayak ramai dalam menggunakan bahasa Melayu Standard. Sekiranya pelaksaan kempen ini dijalankan lebih-lebih lagi kepada generasi kini sudah tentu dapat melahirkan generasi akan datang yang mahir dalam menggunakan bahasa Melayu dengan betul kerana mereka telah dididik sejak kecil lagi. Dari sudut kondifik yang berbeza, DBP juga berperanan untuk mengharamkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat kini. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan bahasa rojak akan menyebabkan bahasa Melayu semakin merosot dan memberi impak yang negatif kepada keutuhan bahasa Melayu. Oleh itu, seandainya DBP mengharamkan penggunaan bahasa rojak dalam kalangan masyarakat, hal ini dapat membantu masyarakat dalam memartabatkan lagi bahasa Melayu supaya lebih terkenal di persada dunia sekali gus dipandang tinggi oleh warga asing. Lantaran itu, bagi menyeragamkan sistem ejaan rumi iaitu dengan membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan. Penggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP dilaksanakan melalui dasar bahasa yang menerapkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan peringkat institusi pengajian tinggi.


7 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI Pada era modenisasi kini, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh orang melayu kerana penggunaan dan ejaan bahasa Melayu kini semakin lenyap ditelan zaman. Meskipun sistem ejaan rumi sudah sekian lama bertapak di negara kita akan tetapi hal ini tidak bermakna sistem ejaan ini tidak mempunyai ancaman dengan arus kemodenan. Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh masyarakat kini adalah mengutamakan bahasa asing seperti bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa kini gemar mengajar anak-anak mereka menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Oleh sebab itu, kanak-kanak zaman sekarang sukar dan tidak fasih untuk berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Ini turut meyebabkan mereka tidak pandai untuk mengeja dan menulis dalam tulisan rumi. Tambahan pula, penggunaan bahasa Inggeris juga merupakan salah satu syarat untuk memilih kerja. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan bahasa ibunda mula diambil alih oleh bahasa Inggeris. Akan tetapi, sekiranya masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dengan betul ia akan menunjukkan kemegahan kepada warga asing dari luar negara. Maka dengan itu, bahasa Melayu haruslah diangkat tinggi sebagai bahasa rasmi (Ibrahim&Maliati,2020) berbanding bahasa asing. Selain itu, cabaran selanjutnya yang dihadapi oleh masyarakat kini adalah penggunaan bahasa rojak. Penggunaan bahasa rojak sangat tersohor dalam kalangan generasi muda zaman kini. Hal ini akan memberi kesan yang negatif kepada bahasa Melayu iaitu menyebabkan hilangnya identiti bahasa Melayu yang sebenar kerana ramai generasi zaman sekarang sangat lemah dalam penggunaan bahasa Melayu yang tepat. Di samping itu, penggunaan bahasa ini digunakan oleh masyarakat kini kerana mudah difahami mengikut negeri masing-masing. Tambahan pula, melalui kepesatan teknologi turut memberi kesan buruk terhadap tulisan rumi seperti e-mel kerana mereka gemar menggunakan singkatan yang melampau sehingga tulisan baku diabaikan. Sebagai contoh, ejaan yang digunakan oleh kalangan remaja pada zaman ini ialah seperti ‘ghisau’ (risau) ataupun ‘knp’ (kenapa) dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh mereka tidak cakna dengan tatabahasa dan ejaan bahasa Melayu yang betul. Oleh hal yang demikian, penggunaan bahasa rojak seharusnya dititikberatkan oleh pihak yang bertanggungjawab agar dapat dikurangkan dalam penggunaan seharian masyarakat.


8 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, tulisan rumi amatlah penting dalam memartabatkan bahasa Melayu. Hal ini kerana, sistem ejaan rumi mempunyai pelbagai manfaat terutamanya kepada generasigenerasi akan datang. Generasi muda kini, hendaklah mengambil berat tentang sistem ejaan rumi kerana ia merupakan salah satu sistem yang termasyhur pada beberapa abad yang lalu. Tambahan pula, sistem ini masih lagi kekal digunakan sehingga sekarang. Akhir sekali, besar harapan pengkaji agar setiap individu haruslah memainkan peranan masing- masing dalam usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu bukan sahaja mengharapkan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menjalankan inisiatif untuk mengekalkan dan menyeragamkan sistem ejaan rumi. Bahasa melayu


9 RUJUKAN Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia. (n.d.). Aram. https://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-baharu-bahasamalaysia.html Ejaan Rumi Wilkinson. (n.d.). Aram https://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumiwilkinson.html?m=1 Sejarah Ejaan Jawi Dan Rumi. (n.d.). Academia.edu - Share research. https://www.academia.edu/42039357/Sejarah_Ejaan_Jawi_dan_Rumi Sinopsis Sistem Ejaan Bahasa Melayu : Klik web DBP. (n.d.). Klik Web DBP. https://klikweb.dbp.my/?p=6003 Sistem Ejaan Malindo. (n.d.). Scribd.https://www.scribd.com/doc/139569868/Sistem-EjaanMalindo Sistem ejaan Rumi kongres. (n.d.).https://sites.google.com/epembelajaran.edu.my/zaim/sejarah-perkembangantulisan/sistem-ejaan-rumi-kongres


10


11


Click to View FlipBook Version