Amalan Kitar Semula Di Larkin Jaya,
Johor Bahru,
Johor Darul Takzim
SMK SULTAN ISMAIL
Nama: Nurul Insyirah Bt Rosman
Kelas : 3 Pearl
Guru : Puan Hanifah Bt Jamaluddin
ISI KANDUNGAN HALAMAN
KANDUNGAN
Penghargaan 1
Pendahuluan 2
Jadual Kerja 3
Objektif Kajian 4
Kaedah Kajian 5-7
Dapatan Kajian 8-13
Rumusan 14
Rujukan 15
Lampiran 16-22
1. PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail, Tuan Razali
Bin Tamadi kerana memberi kebenaran kepada saya dan rakan-rakan
yang lain untuk menjalankan kerja lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru
Geografi saya, yang dihormati, iaitu Puan Hanifah Binti Jamaluddin
kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya
sehingga kerja lapangan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih diajukan kepada kedua-
dua ibu bapa saya yang tercinta kerana banyak memberi sokongan
moral dan info tambahan kepada saya.
Akhir sekali, ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan saya dan semua responden serta orang sumber saya di
Larkin Jaya yang banyak memberi bantuan dan kerjasama kepada saya
sepanjang kerja lapangan ini dijalankan.
1
2. PENDAHULUAN
Saya telah memilih tajuk ' Amalan Kitar Semula di Larkin Jaya
,Johor Bahru' sebagai tajuk kajian saya.Hal ini kerana kitar semula
merupakan satu amalan penting yang sedang dititikberatkan oleh semua
pihak di negara kita.Sejak akhir -akhir ini, pelbagai kempen giat
dijalankan diseluruh negara oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan
yang menyokong program berkaitan kitar semula .Dengan itu, saya
mengambil peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kitar
semula.
Saya mengambil tempoh selama 9 hari untuk menyiapkan kajian
ini, iaitu bermula daripada tarikh 10 Disember 2021 hingga 18 Disember
2021.Saya menjalankan kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat
yang diperlukan dalam kajian ini selepas waktu persekolahan atau pada
hujung minngu. Manakala kerja-kerja penulisan laporan pula dijalankan
pada waktu lapang di rumah sendiri.
2
3. JADUAL KERJA
3
4. OBJEKTIF KAJIAN
Dalam menyiapkan kerja kursus Geografi, saya telah mempunyai
beberapa objektif, antaranya ialah :
3.1 Menghuraikan takrifan serta konsep kitar semula.
3.2 Mengkaji latar belakang kawasan kajian ,Larkin Jaya, Johor Bahru
dengan teliti.
3.3 Menganalisis dapatan tentang amalan kitar semula di kawasan
Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.
3.4 Mencadangkan dan menjelaskan usaha dan langkah- langkah
meningkatkan amalan kitar semula di kawasan Larkin Jaya,
Johor Bahru.
4
5. KAEDAH KAJIAN
Sepanjang saya melaksanakan kajian lapangan Geografi, terdapat
beberapa bentuk kaedah kajian yang digunakan untuk memperoleh
maklumat seperti :
Pemerhatian ;
Saya telah menjalankan pemerhatian di kawasan rumah dan sekitar
perumahan saya. Saya dapat melihat pelbagai jenis sampah yang
dibuang merata di Larkin Jaya .Selain itu, saya melihat jenis-jenis
bahan dikitar semula oleh penduduk.Saya telah mengambil gambar
tersebut sebagai bukti.
Jiran mengumpulkan botol plastik yang Terdapat pelbagai jenis sampah di luar
banyak untuk dikitar semula seperti rumah jiran kerana tidak mengasingan
menjadikan ia sebagai bekas tanaman di sampah dengan cara yang betul dan hal
belakang rumah atau menghasilkan ini akan menyukarkan pekerja pengutip
kraftangan. sampah .
Keluarga saya mengumpulkan Terdapat pelbagai sampah di kawasan
bekas telur yang sudah selesai perumahan yang sudah lama tidak
dipakai untuk dijual ke pusat diurus.Hal ini dapat menarik perhatian
kitar semula agar mendapat haiwan perosak dan menyebabkan
hasil wang. pelbagai jenis penyakit.
5
Rujukan
Saya telah merujuk sumber seperti buku teks, dan internet untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini serta
mengetahui konsep kitar semula dengan lebih terperinci.
Soal selidik
Soal selidik dilakukan dengan cara mengedarkan borang soal selidik
kepada 15 orang responden yang terpilih untuk mendapatkan
maklumat tentang kepentingan amalan kitar semula di kawasan
kajian.Di samping itu, kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan
maklumat tentang masalah atau halangan dalam menjalankan kitar
semula serta langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah
tersebut.
Temu bual
Saya menggunakan kaedah ini untuk meminta pandangan tentang
kelebihan amalan kitar semula.Selain itu, kaedah ini digunakan untuk
mengetahui lebih terperinci berkaitan amalan kitar semula yang
dilakukan.Selanjutnya , berkaitan usaha yang boleh dilakukan
kerajaan dalam mengukuhkan amalan kitar semula pada masa
hadapan dari suara penduduk.
Dialog di bawah menunjukkan hasil temu bual tentang kitar semula
yang telah dijlankan.
6
Temu bual
Nurul: Assalamualaikum , jika tidak keberatan, bolehkah saya menemu bual tentang
amalan kitar semula di kawasan rumah?
Nazifa: Waalaikumusalam ,boleh.
Nurul: Baiklah, mari kita mulakan. Adakah anda pernah mengamalkan amalan kitar
semula dan apakah bahan yang anda kitar semula?
Nazifa: Ya, saya suka mengitar semula bahan seperti kertas, kain terpakai dan kotak
pada waktu cuti.
Nurul: Apakah kelebihan konsep kitar semula yang anda lakukan?
Nazifa; Saya menggunakan kaedah reuse dengan mendermakan
pakaian kepada golongan memerlukan.Seterusnya , saya kadang-
kadang akan menghasilkan kraftangan (DIY) supaya dapat
mengurangkan penghasilan sampah.
Nurul:.Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu ditingkatkan lagi oleh kerajaan
dan masyarakat bagi mengamalkan amalan kitar semula ?
Nazifa:Saya rasa pihak kerajaan boleh menguatkuasakan undang-undang supaya
masyarakat dapat bertanggungjawab dalam mengurangkan sampah di kawasan
perumahan. Selain itu, pihak kerajaan mewarwarkan lagi kempen kitar semula
dengan lebih kerap agar masyarakat bertindak memelihara alam
dengan sebaiknya.
Nurul: Akhir sekali,nyatakan harapan anda tentang amalan kitar semula di
kawasan Larkin Jaya.
Nazifa: Tidak dinafikan lagi bahawa amalan kitar semula ini menjamin
keselesaan alam sekitar.Saya berharap supaya kita terus menjadi
masyarakat prihatin dengan sama-sama mengamalkan amalan kitar
semula agar bumi terpelihara, negara bersih dan rakyat sejahtera.
Nurul: Sekian,itu sahaja sesi temu bual kita pada hari ini.Terima kasih
kerana meluangkan masa dan beri kerjasama yang baik.
Nazifa: Sama-sama.
7
6. DAPATAN KAJIAN
Takrifan dan konsep Kitar Semula
Kitar semula adalah proses menukar bahan buangan menjadi bahan dan
objek baharu.
Kitar semula merupakan amalan yang menggunakan konsep 3r (reduce,
reuse dan recycle) dalam kehidupan seharian.
reduce merujuk kepada pengurangan penghasilan kuantiti sisa
dengan mengurangkan jumlah
produk yang digunakan. contohnya,
mengurangkan penggunaan plastik beg dapat mengurangkan
pengeluaran
reuse merujuk kepada penggunaan semula barangan berulang kali.
contohnya, botol air yang digunakan semula untuk dijadikan pasu
bunga.
recycle merujuk kepada meletakkan sesuatu dalam kitaran.
barangan yang tidak digunakan akan diasingkan dan dihantar ke
pusat kitar semula untuk penjanaan produk yang baharu.
8
Kawasan kajian
Johor Bahru merupakan sebuah pusat perindustrian, perdagangan, dan
pelancongan yang utama. Pelancongan ialah penyumbang yang besar
dalam ekonomi Johor Bahru.
Bentuk muka bumi kawasan Larkin Jaya ini terdiri daripada tanah pamah
yang rata.Jumlah penduduk di kawasan ini ialah lebih kurang 25,000
orang.
Pola petempatan di kawasan kajian Larkin Jaya adalah petempatan
berjajar iaitu tersusun secara deretan sepanjang jalan raya.
Google Maps alamat no.3 Jalan Merpati Larkin Jaya ,8350 Johor Bahru
9
Dapatan Amalan Kitar Semula
Rajah di sebelah menunjukkan cara meningkatkan amalan kitar semula
di Larkin Jaya.Cara yang mencatatkan bilangan responden yang
tertinggi ialah melalui pendidikan ,iaitu seramai enam orang diikuti
dengan mengadakan kempen,iaitu seramai empat orang,dan
menjalankan aktiviti gotong-royong ,iaitu seramai tiga orang.Cara yang
mencatatkan bilangan responden yang terendah ialah dengan
mewujudkan pusat pengumpulan.,iaitu seramai dua orang .
Ramai orang memilih cara melalui pendidikan sebagai cara terbaik
meningkatkan amalan kitar semula kerana dapat mendidik generasi
muda hingga pelbagai peringkat umur dengan membuka peluang
kepada pelajar untuk mengasah bakat dengan menghasilkan kraftangan
yang juga dapat menjana pendapatan sekaligus memikul tanggungjawab
memelihara alam sekitar.Cara mewujudkan pusat pengumpulan sampah
kurang digemari kerana pembinaan tersebut memerlukan ruang yang
banyak dan menimbulkan rasa tidak keselesaan kepada penduduk
berdekatan.
Kesimpulannya, penduduk kawasan Larkin Jaya mementingkan amalan
kitar semula.Pendidikan adalah cara terbaik dan paling digemari oleh
penduduk setempat .
10
Cara meningkatkan amalan kitar semula di Larkin Jaya,Johor Bahru
Bilangan
orang
Petunjuk
Cara meningkatkan amalan kitar semula
11
Cadangan usaha meningkatkan Amalan Kitar Semula.
Antara cadangan usaha bagi menggalakkan amalan kitar semula ialah
menerusi didikan ibu bapa. Sebagai contoh, anak hendaklah dilatih
tentang didikan yang betul untuk melupuskan sampah sarap. Ibu bapa
juga harus menjadi suri teladan dengan tidak membuang sampah
merata-rata dan mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula
mengikut kategori.
Pada masa yang sama, pihak sekolah hendaklah mengadakan
kempen kesedaran seperti ceramah dan pameran tentang kitar semula
kepada pelajar. Penubuhan Kelab Alam Sekitar juga boleh menganjurkan
pertandingan mengumpul barang-barang yang boleh dikitar semula atau
mereka cipta barangan kitar semula. Kesannya, para pelajar akan
didedahkan dengan amalan kitar semula sekali gus dapat membantu
penjagaan alam sekitar.
Seterusnya ialah kerajaan perlu menggubal polisi tentang peraturan
pembuangan sampah mengikut kategori. Sehubungan dengan itu, pihak
berkuasa tempatan pula wajar memperbanyak tong-tong kitar semula
dan pusat kitar semula. Hal ini akan memudahkan orang ramai untuk
menguruskan sampah mereka. Selain itu, pihak kerajaan juga boleh
mengadakan kempen untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang
amalan kitar kitar semula.
12
Kesan Amalan Kitar semula
Menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah
Hal ini demikian kerana, hari demi hari kuantiti sampah di Malaysia
semakin meningkat.
Menambah pendapatan rakyat.
Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah
bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada
bahan yang tidak mahu digunakan lagi. Seterusnya, kraf-kraf
tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang
berpatutan .
Mengurangkan Kesan Rumah Hijau.
Gas-gas yang dikeluarkan dari kilang seperti karbon monoksida ,
sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau
sekali gus menjurus kepada pemanasan global.
Mengurangkan Penggunaan Bahan Mentah
Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar
kenderaan diperbuat daripada getah. Negara kita bakal ketandusan
sumber hutan. Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan
juga berkemungkinan besar akan pupus tanpa amalan kitar semula.
13
7. RUMUSAN
Setelah menjalankan kerja lapangan, saya telah menemui dan
mengetahui persekitaran alam sekitar di kawasan Larkin Jaya, 80350
,Johor Bahru, Johor. Saya juga mengetahui kesan pembuangan yang
berlaku termasuk pencemaran, pembuangan sisa domestik dan
pengetahuan berkenaan amalan kitar semula.Saya bersyukur kerana
dapat menjalankan kajian ini dengan jayanya dan berharap kajian ini
dapat memberi manfaat kepada penduduk.
Seperkara lagi,saya menganalisis bahawa terdapat rintangan dihadapi
oleh penduduk sekitar seperti kekurangan tempat pengumpulan
sampah, kurang pengetahuan dan kesedaran daripada segelintir
masyarakat tentang menjaga alam sekitar.
Justeru itu, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi
masalah atau halangan kitar semula.Contohnya mengadakan aktiviti
bergotong-royong, kempen kesedaran, penguatkuasaan undang-undang
dan melalui pendidikan.
Dengan itu, saya berharap agar semua pihak dapat berganding bahu
mengukuhkan lagi amalan kitar semula di seluruh Malaysia supaya
dapat dipertingkatkan lagi oleh masyarakat dalam kehIdupan seharian
seperti peribahasa kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana
tanah.
14
8. RUJUKAN
Buku
Ahmad Ridzuan Bin Rahman, Rajini Gauri Muthusamy, Pau
Anak Utek (2018) Geografi Tingkatan 3, Johor Darul Takzim
Internet
http : // www.kosmo.com.my
http : // www.scribd.com
brosur kempen kitar semula
https://online.anyflip.com/rlqfm/xjsb/mobile/index.html
https://online.anyflip.com/zdwrj/gzkr/mobile/index.html
anyflip
https://www.researchgate.net/publication/350107414_Pen
didikan_Amalan_Kitar_Semula_Sisa_Pepejal_kepada_Mas
yaraka
https://online.anyflip.com/feneh/gfbz/mobile/index.html
anyflip
https://online.anyflip.com/udjyt/zlsl/mobile/index.html
Orang Sumber
Encik Rosman bin Abdullah , 54 tahun
Jalan Merpati,Larkin Jaya,80350 Johor Bahru
15
9. LAMPIRAN
Contoh borang soal selidik yang diedarkan kepada 15 orang responden. 16
17Contoh borang soal selidik yang diedarkan kepada 15 orang responden.
9. LAMPIRAN
18Contoh borang soal selidik yang diedarkan kepada 15 orang responden.
19Contoh borang soal selidik yang diedarkan kepada 15 orang responden.
20Contoh borang soal selidik yang diedarkan kepada 15 orang responden.
Antara analisis yang diperoleh :
Keluarga saya telah menghadkan
penggunaan plastik sampah dan tidak
membuangnya merata tempat untuk
mengekalkan kesihatan alam sekitar
kerana plastik merupakan bahan yang
mengandungi pelbagai jenis bahan
kimia dan amat sukar dilupuskan.
Keluarga saya mengumpulkan kertas-
kertas yang tidak digunakan lagi
untuk dihantar ke pusat kitar semula
agar dapat mengelakkan pembaziran
sumber bahan semulajadi dan
menghasilkan produk baharu.
Daun kering boleh dikompos untuk Botol plastik dan kayu-kayu
meningkatkan kesuburan tanah dan boleh dikitar semula untuk
merangsang perakaran yang sihat.
menghasilkan produk yang
baharu agar dapt memelihara
sumber alam semulajadi.
21
Sampah-sarap yang dibiarkan Sampah sarap yang tidak
lama dan tidak diurus dengan diasingkan juga mempengaruhi
betul menyebabkan kerosakan kesihatan penduduk kerana
imej sesuatu tempat. menarik perhatian haiwan perosak
yang menyebabkan penyakit
berjangkit.
Tong drum dikitar semula menjadi Tong drum yang diisi air juga
kawasan tadahan air hujan yang perlu kerap dibersihkan dua kali
membawa kebaikan seperti dapat seminggu untuk mengelakkan
menyiram pokok bunga,membasuh pembiakan nyamuk aedes yang
kereta, dan sebagainya. berbahaya dan mengancam
nyawa.
22