INOVASI PENDIDIKAN KERJAYA STEM, PEMANGKIN GENERASI MADANI NAMA: NORAIZA BINTI HARIPIN KELAS: 3 MELATI
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA GURU KELAS SAYA,CIKGU NURAINA BINTI AZHARI YANG SUDI MEMBERIKAN TUNJUK AJAR KEPADA SAYA UNTUK MENYIAPKAN BUKU SKRAP INI.SAYA JUGA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA IBU BAPA DAN AHLI KELUARGA SAYA YANG MEMBERIKAN DORONGAN DAN SOKONGAN KEPADA SAYA.TIDAK DILUPAKAN JUGA RAKAN-RAKAN SAYA,IAITU EMYLDA DAN NAZRAH YANG TURUT MEMBANTU SAYA MENYIAPKAN BUKU SKRAP INI.
APA ITU STEM? STEM MERUPAKAN GABUNGAN PERKATAAN SCIENCE,TECHNOLOGY,ENGINEERING AND MATHEMATICS YANG MELIPUTI SEMUA KERJAYA YANG MEMERLUKAN SESEORANG UNTUK MEMPELAJARI MANA-MANA BIDANG YANG BERKAITAN SEPERTI ILMU FIZIKAL DAN HAYAT,SAINS KOMPUTER,KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK. INI BAGI MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN YANG BANYAK KEPADA PELAJAR UNTUK MENGUASAI BIDANG INI AGAR DAPAT BERSAING DENGAN PELAJAR LAIN DI PERINGKAT GLOBAL.
MATLAMAT PENDIDIKAN STEM MATLAMAT UTAMA PENDIDIKAN STEM INI IALAH UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERPANDUKAN STEM YANG BERUPAYA UNTUK MEMAHAMI,MENGENAL PASTI DAN MENGAPLIKASIKAN KONSEP STEM UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH SECARA KREATIF DAN INOVATIF MELALUI PEMBELAJARAN BERSEPADU SAINS,TEKNOLOGI,KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK YANG DIAJAR MELALUI DASAR PENDIDIKAN DAN PILIHAN KURIKULUM SEKOLAH SECARA FORMAL DAN TIDAK FORMAL BERMULA DARI PERINGKAT BAWAHAN IAITU PRASEKOLAH HINGGA KE PERINGKAT ATASAN IAITU DI UNIVERSITI
● STEM MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERKEMAHIRAN TINGGI SERTA BERFIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF AGAR DAPAT MENGAPLIKASIKAN KONSEP STEM UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. ● PENDIDIKAN STEM MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN UNTUK PELAJAR BERKAITAN DENGAN BIDANG SEPERTI TEKNOLOGI,KEJURUTERAAN,SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK AGAR NEGARA TERUS BERKEMBANG MENJADI NEGARA YANG MAJU. ● STEM MENGGALAKKAN PELAJAR MEMUPUK SIKAP KRITIS DAN KREATIF UNTUK MENCUBA,MENEROKA DAN BERFIKIR SECARA MENDALAM MENGENAI DUNIA LUAR YANG SEBENAR. KEPENTINGAN PENDIDIKAN STEM KEPADA NEGARA
KERJAYA DALAM BIDANG STEM TERDAPAT BEBERAPA BIDANG STEM YANG MENAWARKAN PELBAGAI KERJAYA BUAT PELAJAR YANG MENGAMBIL JURUSAN STEM SEMASA DI PERINGKAT UNIVERSITI. ANTARA BIDANG YANG MENAWARKAN KERJAYA STEM IALAH BIDANG SAINS SOSIAL, SAINS SUKAN, FIZIK,KIMIA,KEJURUTERAAN,SAINS KOMPUTER,PERAKAUNAN,MATEMATIK DAN LAIN-LAIN. KERJAYA YANG DITAWARKAN DALAM BIDANG-BIDANG INI PULA IALAH SEPERTI DOKTOR PERUBATAN,AHLI FIZIK,FORENSIK,AHLI KIMIA,JURUTERA,SAINTIS,AHLI ASTRONOMI,AKAUNTAN DAN BANYAK LAGI. PELBAGAI KERJAYA YANG DITAWARKAN MENARIK MINAT PELAJAR MENCEMBURI LEBIH MENDALAM DALAM BIDANG STEM SERTA TAWARAN GAJI YANG LUMAYAN MENARIK PERHATIAN MEREKA.
CONTOH KERJAYA DALAM BIDANG STEM FIZIK MERUPAKAN SALAH SATU BIDANG STEM YANG MENGKAJI TENTANG FENOMENA-FENOMENA YANG BERLAKU DI SEKELILING KITA.. KERJAYA YANG DITAWARKAN DALAM BIDANG INI IALAH AHLI FIZIK,AHLI ASTRONOMI,PROFESOR KOLEJ,JURUTERA ANGKASA DAN LAIN-LAIN
KIMIA MERUPAKAN SALAH SATU CABANG DALAM STEM YANG MEMPELAJARI TENTANG KAJIAN KOMPOSISI ,STRUKTUR,CIRI-CIRI JIRIM DAN JUGA PERUBAHAN YANG BERLAKU DALAM JIRIM TERSEBUT. ANTARA KERJAYA YANG MELIBATKAN BIDANG INI IALAH AHLI KIMIA,FORENSIK,SAINTIS MAKANAN,AHLI FARMASI ,PENSYARAH DAN LAIN-LAIN.
BIOLOGI JUGA MERUPAKAN SALAH SATU CABANG YANG TERMASUK DALAM BIDNG STEM YANG MENGKAJI TENTANG KEHIDUPAN DAN ORGANISMA HIDUP TERMASUKLAH STRUKTUR,FUNGSI,PERTUMBUHAN DAN LAINLAIN. .BIDANG INI MENAWARKAN PEKERJAAN SEPERTI ZOOLOGI,MIKROBIOLOGI, BOTANI, PAKAR PERUBATAN,PAKAR BEDAH,PROFESOR KOLEJ DAN LAIN-LAIN.
PENUTUP SECARA KESELURUHANNYA STEM SANGAT PENTING UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERFIKIRAN KRITIS DAN KREATIF AGAR DAPAT MENGAPLIKASIKAN KONSEP INI UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH SECARA INOVATIF DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA MENERUSI PENEROKAAN SECARA TERBUKA. STEM JUGA MAMPU MENJALINKAN KERJASAMA ANTARA PELAJAR UNTUK MENYELESAIKAN SESUATU TUGASAN SECARA BERKUMPULAN BAGI MENCERMINKAN PERSEKITARAN PEKERJAAN DI DUNIA LUAR.OLEH ITU,KITA HARUSLAH BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH AGAR PENDIDIKAN STEM DAPAT MENGUBAH NEGARA KE ARAH PEMBANGUNAN YANG PESAT
● https://ahaslides.com/ms/blog/stem-schools/ ● https://zoncyber.com/apa-maksud-stem-dan-kaitan-denganpembelajaran/ ● https://www.systempublications.com.my/qrcode/QR_Pengenalan_ STEM.pdf ● https://azriza.wordpress.com/fizik-2/fizik/ ● https://educalingo.com/ms/dic-ms/kimia ● https://educalingo.com/ms/dic-ms/biologi SUMBER RUJUKAN