The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hakimrusli061106, 2021-07-07 14:06:43

Analisis Cerpen Bawod

Analisis Cerpen Bawod

Analisis Cerpen Bawod

Muhammad Nur Hakim Rusli
Muhammad Firdaus Bin Yasni
Muhammad Haniff Ashraff Bin Mohd Din
Muhammad Haziq Hakimi Bin Mazlan
Muhammad Harith Fairos Bin Fairos

Sinopsis

Cerpen Bawod mengisahkan hubungan yang akrab antara
Beluntung dengan dua ekor haiwan peliharaannya, Tuyog

yang merupakan seekor kerbau dan Bawod yang
merupakan seekor kambing. Beluntung selalu diejek oleh
rakannya di sekolah kerana selalu bermain dengan haiwan
peliharaannya tetapi Beluntung tidak mengendahkan apa

yang dilakukan oleh mereka dan mendapat keputusan
yang cemerlang. Ibu bapa Beluntung sangat gembira dan

melakukan kenduri selamat tetapi Beluntung berasa
sangat sedih apabila mengetahui bahawa hidangannya

adalah kawan baiknya yaitu bawod si kambing.

Tema

Persahabatan yang utuh antara manusia dengan
haiwan peliharaannya.

3 Persoalan

(a) Kegigihan seorang murid dalam mengejar
impian.
(b) Kedaifan hidup di luar bandar bukan suatu
penghalang untuk bersaing dalam dunia
pendidikan.
(c) Pengorbanan dan kesetiaan antara dua
ekor haiwan.

Watak dan Perwatakkan

Beluntung
• berumur 12 tahun
• murid darjah enam di sekolah rendah kerajaan timbang pasir
• penyayang dan prihatim
• sayang dan prihatin terhadap haiwan peliharaannyaa iaitu bawod dan tuyong.

Contohnya ketika dia mencari haiwan peliharaannya di oagi hari kerana takut
haiwan peliharaannya mati lemas akibat ribut yang melanda semalam.
• gigih
• pergi ke sekolah walaupun perlu melintasi enam batang sungai untuk menuntut
ilmu
• penyabar
• sabar dieejek oleh rakan sekelasnya kerana berbau seperti kerbau dan kambing
tetapi baluntung tidak membalas.
• bijak
• Lulus dengan cemerlang ketika peperiksaan darjah enam dengan mendapat 98
markah dan bapanya berkata hanya 2 orang sahaja yang lulus peoeriksaan ini di
kampung layong.

Watak dan Perwatakkan

Bawod
• kambing peliharaann beluntung
• Salah latu haiwan peliharaannya yang disayangi oleh

beluntung
• Bersifat seperti manusia
• Sahabat kepada tuyong dan belungung dan bawod pernah

menyelamatkan tuyong dadi mati terjerat dengan
memanggil tuannya di kelas
• Gigih
• Walaupun bawod takut dengan air bawod tetap melintasi
sungai ketika hujan untuk mengikut tuannya ke sekolah

Watak dan Perwatakkan

Tuyong
• Kerbau peliharaan beluntung
• Kerbau yang banyak berjasa kepada tuannya
• setia
• Setia dengan tuannya Dengan sering membantu tuannya ke

sekolah
• Kerbau yang gagah dan pantas
• Tuyong serimg membantu tuannya ke sekolah dengan melintasi

enam batang sungai dan telah memenagi pelumbaan kerbau di
kambungnya
• Bersifat seperti manusia
• Berkawan bersama bawod iaitu kambing tuannya dan beluntung

Plot

• Pengenalan – Cerpen ini dimulakan dengan kisah Beluntung yang
berasa cemas apabila haiwan peliharaannya, seekor kambing dan
seekor kerbau disangkakan mati lemas akibat limpahan air sungai di
halaman rumahnya yang terletak berhampiran Sungai Layong.

• Perkembangan – Penulis memerihalkan kisah Beluntung yang gigih
ke sekolah dengan menunggang kerbau peliharaannya, walaupun
terpaksa meredah hujan lebat dan jalan berlumpur.

• Perumitan – Beluntung dipermainkan oleh kawan-kawannya kerana
dia telah membawa kerbau peliharaannya ke sekolah. Dia dikatakan
berbau kerbau. Keadaan menjadi lebih tegang apabila pada suatu
hari, Basil mencampakkan buku-bukunya ke lantai.

Plot

• Klimaks – Beluntung berjaya memperoleh keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan darjah enam. Selain itu,
Beluntung juga berjaya menjuarai perlumbaan kerbau dalam
Pesta Lumba Kerbau peringkat kampungnya. Beluntung
gembira apabila mengetahui bapanya akan mengadakan
kenduri kesyukuran sebagai meraikan kejayaannya dalam
peperiksaan darjah enam.

• Peleraian – Beluntung terkejut apabila mendengar Bawod
menjerit-jerit. Ketika dia menuju ke arah Bawod itu,
kakinya telah tersepak tunggul kayu lalu menyebabkan dia
pengsan seketika. Setelah sedar dari pengsan, Beluntung
menangis apabila mendapati Bawod telah disembelih untuk
dijadikan lauk kenduri kesyukuran itu.

5 Nilai

• Tanggungjawab. Beluntung sanggup turun menyelamatkan
dua haiwan peliharaannya, Tuyong dan Bawod dari hujan
lebat dan angin kencang.

• Keberanian. Beluntung berani menunggang kerbaunya ke
sekolah walaupun diejek oleh rakan-rakannya.

• Kebijaksanaan. Beluntung bijak menggunakan kerbaunya,
Tuyong sebagai tunggangan ke sekolah setiap hari.

• Kasih sayang. Belintung amat menyayangi kedua dua
haiwan peliharaannya, Tuyong dan Bawod.

• Kegigihan. Belentung sangat gigih dalam pelajaran kerana
ingin menjadi salah seorang pelajar terbaik di SRK
TIMBANG PASIR

5 Pengajaran

• Kita mestilah bersifat terhadap sesama insan.
• Kita hendaklah sentiasa bersyukur atas kejayaan

yang diperoleh.
• Kita hendaklah amanah dan bertanggungjawab

dalam melaksanakan tugas yang diberikan.
• Kita perlulah rajin dan gigih dalam menuntut ilmu

demi kejayaan masa depan.
• Kita mestilah berani menyertai sebarang aktiviti

yang boleh memberikan manfaat kepada diri.

Latar Tempat

• Tebing sungai- Bawod mengekori Tuyog hinga ke
tebing sungai

• SKR Timbang Pasir- Tidak seorang pun kelihatan
di luar kecuali guru besar yang sedang memerhati
halaman SKR Timbang Pasir.

• Pohon nangka- di hadapannya, tuyog tertambat
pada pohon nangka

• Padang- Empat lima orang kanak2 yang sukar
dikawal berlari ke tengah padang

Latar Masa

• Di waktu pagi- Pagi itu beluntung mendahului
ayam turun ke tanah

• Waktu rehat- lonceng rehat kedengaran
• Dalam tempoh dua bulan- Beluntung teringat,

hanya tinggal dua bulan lagi akan diadakan
peperiksaan darjah enam

Latar Masyarakat

• Masyarakat yang patuh dan taat akan suruhan
kedua-dua ibu bapa-contohnya Beluntung yang
taat akann perintah ibunya

• Masyarakat penyayang terhadap ahli keluarganya-
contohnya Beluntung yang risau akan ibunya
yang sakit

• Masyarakat yang berani menyertai pertandingan
walaupun berdepan dengan saingan yang lebih
hebat- contohnya Beluntung yang menyertai
pertandingan lumba kerbau

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version