The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SEKOLAH SEJAHTERA TANPA DADAH BY NURUL SYUHAIDAH ADNAN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mikaarosse, 2022-07-08 07:18:12

SEKOLAH SEJAHTERA TANPA DADAH BY NURUL SYUHAIDAH ADNAN

SEKOLAH SEJAHTERA TANPA DADAH BY NURUL SYUHAIDAH ADNAN

SEKOLAH
SEJAHTERA,
LEBIH BAIK

CEGAH

#ANTI
DADAH

BY NURUL SYUHAIDAH ADNAN

TABLE OF CONTENS

01 Apa Itu Dadah?

Dadah adalah bahan yang
menyebabkan perubahan…

02 Isu Penyalahgunaan Dadah

Penyalahgunaan dadah atau
bahan terlarang melibatkan…

03 Bagaimana Ingin Merawat?

Selain pusat-pusat pemulihan
dadah, terdapat ..

04 Langkah-Langkah Menghindari
Penyalahgunaaan Dadah

Terdapat pelbagai langkah untuk
menghindari dari kegiatan
penyalahgunaan

01

Apa Itu
Dadah?

Apa Itu Dadah?

Dadah adalah bahan yang menyebabkan perubahan dalam fisiologi atau psikologi organisma semasa diambil.Dadah
biasanya dibezakan dari makanan dan bahan yang memberikan sokongan nutrisi. Penggunaan dadah boleh melalui
penyedutan, suntikan, merokok, pengingesan, penyerapan melalui tampalan pada kulit, supositori, atau
melarutkannya di bawah lidah.
Dalam farmakologi, dadah adalah bahan kimia, biasanya struktur yang diketahui, yang, apabila diberikan kepada
organisma hidup, menghasilkan kesan biologi. Dadah farmasi, juga disebut ubat, adalah bahan kimia yang digunakan
untuk merawat, menyembuhkan, mencegah, atau mendiagnosis penyakit atau untuk mempromosikan kesejahteraan.
Secara tradisional dadah-dadah diperoleh melalui pengekstrakan dari tanaman perubatan, tetapi baru-baru ini juga
melalui sintesis organik.Dadah farmaseutikal boleh digunakan untuk jangka masa yang terhad, atau secara berkala
untuk gangguan kronik.

Dadah psikoaktif

adalah bahan kimia yang mempengaruhi fungsi sistem saraf pusat,
mengubah persepsi, mood atau kesedaran.Dadah ini dibahagikan
kepada kumpulan yang berbeza seperti: perangsang, depresan,
antidepresan, agen antiresah, antipsikotik, dan halusinogen. Dadah
psikoaktif ini telah terbukti berguna dalam merawat pelbagai keadaan
perubatan termasuk gangguan mental di seluruh dunia. Dadah yang
paling banyak digunakan di dunia termasuk kafein, nikotin dan
alkohol, yang juga dianggap sebagai dadah rekreasi, kerana ia
digunakan untuk kesenangan dan bukan untuk tujuan perubatan.
Semua dadah boleh mempunyai kesan sampingan yang berpotensi.
Penyalahgunaan beberapa dadah psikoaktif boleh menyebabkan
ketagihan psikologi atau fizikal. Penggunaan perangsang yang
berlebihan dapat mendorong psikosis perangsang. Banyak dadah
rekreasi haram dan perjanjian antarabangsa seperti Konvensyen
Tunggal mengenai Dadah Narkotik wujud untuk tujuan larangannya.

02

Isu
Penyalahgunaan
Dadah

Isu Penyalahgunaan Dadah

1.

Penyalahgunaan dadah atau
bahan terlarang melibatkan
perlakuan yang berulang-ulang
atau penggunaan dadah yang
berlebihan. Pada kebiasaannya
ia akan mendatangkan
perasaan gembira melampau
atau ketagih bertujuan lari
daripada kenyataan.

2.

Penyalahgunaan dadah /
bahan terlarang melibatkan
pola songsang
penyalahgunaan dadah yang
akhirnya boleh mengganggu
kehidupan seharian ”
Penyalahgunaan dadah /
bahan terlarang melibatkan
pola songsang
penyalahgunaan dadah yang
akhirnya boleh mengganggu
kehidupan seharian.

03

Bagaimana
Ingin

Merawat?

Bagaimana Ingin Merawat?

2. 1.

Bukan sekadar memulihkan fizikal Selain pusat-pusat pemulihan dadah,
bahkan elemen kerohanian perlu terdapat banyak pusat rawatan swasta yang
diterapkan bersama. Bukan sahaja menempatkan penagih di situ untuk suatu
menghentikan mereka dari tabiat menagih tempoh bagi mendapatkan rawatan
bahkan yang lebih mencabar ialah sehingga sembuh. Saya tidak bercadang
menghilangkan ingatan yang sangat kuat untuk membincangkan modul yang
kepada dadah. Ramai yang sudah beberapa digunakan di situ untuk merawat penagih.
tahun sembuh namun kembali menagih Saya ingin menyarankan agar rawatan
walaupun mereka berikrar untuk tidak perlu dibuat dari aspek fizikal dan
menyentuh lagi najis dadah. kerohanian.

3.

Usaha pertama ialah membersihkan
kesan dadah di dalam tubuh. Dalam
amalan perubatan komplementari
Islam, selain ruqyah yang biasa
beberapa bahan yang boleh digunakan
seperti Madu lebah: Madu dipanaskan
bersama campuran air bunga mawar.
Untuk memberi kesan yang lebih baik
agar penagih tegar tadi tidak
mengulangi tabiat lama sertakan
menghilangkan ingatannya pada dadah
mak ayat-ayat ruqyah

04

Langkah-Lan
gkah

Menghindari
Penyalahgun

aan Dadah

1. Pihak kerajaan mengenakan hukuman
yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana
tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah.

Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh,
hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis ‘Syabu’. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu

antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah,
Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman
maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram
akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu
di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman

maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali.

2. Melaksanakan pendidikan untuk
mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk
membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk
mencegah. Sebagai contoh, mengadakan aktiviti-aktiviti seperti ceramah,
seminar, pameran dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi,
pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja
tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka. Selain itu, pihak yang berkenaan
boeh mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi dan
sebagainya.

3. Perlu mewujudkan kerjasama di antara
orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama
membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di
kalangan golongan remaja. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu
memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang
mencurigakan. Ibu bapa perlu mengawasi dan bertanggungjawab dalam menjaga
anak-anak mereka. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

“FIKIR KESANNYA
PILIH HIDUP SIHAT TANPA
DADAH”

INGAT!!

THANK
YOU


Click to View FlipBook Version