INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK JALAN BAKAM, 98009
MIRI, SARAWAK.
NAMA PELAJAR: VERGINIE HELSKI ANAK JOHNSON
ANGKA GILIRAN: 2021022310135
NOMBOR KAD PENGENALAN: 020513-04-0218
KOD DAN NAMA KURSUS: BMMB 1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU
KUMPULAN / UNIT : PPISMP, PPRBMM1-5
NAMA PENSYARAH: PUAN HAJAH AINAH BINTI JULHEE
TARIKH HANTAR: 18.11.2021-25.11.2021
Pengakuan pelajar menerima maklum balas
daripada pensyarah:
Sejarah Perkembangan
Bahasa Melayu
BBMB 1074
Tugasan 2:
Menilai sejarah perkembangan tulisan Bahasa
Melayu sejak zaman pramerdeka sehingga
pascamerdeka serta cabaran dan masa depan
Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan
kemahiran alat kemahiran berfikir serta
memuatkan hasil dalam bentuk e-Book.
Isi kandungan
01 Penghargaan
02 Pengenalan diri
03 Perkembangan tulisan bahasa Melayu
04 Perkembangan bahasa Melayu zaman pramerdeka
0
5 Perkembangan bahasa Melayu zaman pasca merdeka
06 Cabaran dan masa depan bahasa Melayu
07 Rumusan dan pandangan
08 Rujukan
1.0 Penghargaan
Dalam tulisan ini, saya ingin menzahirkan rasa syukur serta nikmat masa, tenaga dan
nyawa yang dianugerahkan kepada saya dalam menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.
Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan terima kasih ini kepada pensyarah
saya, Puan Hajah Ainah Binti Julhee atas tunjuk ajar serta bimbingan melalui taklimat
yang membantu memudahkan saya untuk menyelesaikan tugasan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-
rakan sekelas yang banyak memberi bantuan dan peringatan terhadap setiap perkara yang
saya tidak ambil. Mereka juga banyak membantu saya dengan menjawab setiap
pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Saya berharap tugasan ini akan membantu saya lebih memahami tentang kursus yang
saya ambil serta mengukuhkan pemahaman saya terhadap kursus ini. Semoga saya akan
lebih maju dan mempunyai pengetahuan yang lebih meluas di samping menjadikan saya
seorang bakal guru yang berkualiti serta berpengetahuan dalam bidang bahasa Melayu ini.
2.0 Pengenalan Diri
Selamat datang ke pembinaan e-Portfolio (e-book) ini. Tugasan ini merupakan
tugasan kedua dalam kursus BMMB 1074 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu.
Sebelum itu, izinkan saya memperkenalkan diri saya. Nama saya ialah Verginie Helski
Anak Johnson. Saya merupakan pelajara Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PPISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak di Miri. Kumpulan
pengajian saya ialah Bahasa Melayu Sekolah Rendah 5 (PPRBMM1-5). Saya berasal
daripada Siburan. Saya juga dilahirkan di negeri Melaka dan berusia 19 tahun. Melalui
tugasan ini, saya akan mengaplikasikan sejarah perkembangan tulisan bahasa Melayu
menggunakan jenis-jenis alat kemahiran berfikir. Terima kasih kerana sudi membaca
dan semoga tugasan ini akan membantu meningkatkan lagi pengetahuan saya tentang
sejarah tulisan bahasa Melayu ini.
3.0 Perkembangan
tulisan bahasa Melayu
Tulisan rencong
Sistem ejaan Tulisan pallva
Za'aba
Sejarah perkembangan
tulisan bahasa Melayu
Sistem ejaan Tulisan kawi
rumi kongres
Tulisan jawi
3.0 Perkembangan tulisan bahasa Melayu
Bahasa Melayu pada dasarnya melalui empat peredaran zaman seperti zaman bahasa Melayu
purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik dan zaman Bahasa Melayu moden.
Bahasa Melayu yang digunakan pada zaman Melayu purba atau kuno ialah tulisan rencong, pallava
dan kawi. Menurut Asmah Haji Omar (1985), bahasa Melayu purba dipercayai dituturkan oleh
kelompok Melayu Deutro. Mereka menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan kerana bahasa
Melayu purba tidak wujud dalam bentuk tulisan. Tulisan rencong merupakan sistem tulisan yang
telah diamalkan oleh orang Melayu di sekitar Sumatera, Kerinci, Bengkulu, Palembang dan
Lampung sekitar 682 hingga 1500 Masehi serta mula lenyap sekitar abad ke-18. Tulisan rencong juga
ditemui di atas kulit-kulit kayu, batang bulu, daun pokok palma, tanduk kerbau dan kambing. Selain
itu, tulisan rencong juga tiada pinjaman daripada bahasa Arab yang menunjukkan tulisan rencong
telah digunakan sebelum kedatangan pedangang Arab. Tulisan pallava juga wujud bersama
dengan tulisn rencong. Tulisan pallava banyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Tulisan pallava
juga dikenali sebagai tulisan bulat. Tulisan pallava ialah sisitem
tulisan abjad suku kata yang berasal daripada tulisan Brahmi dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush.
Tulisan pallava juga memperkenalkan simbol gabungan bunyi seperti –au, -ai, pa, ya, kka dan nca
dengan setiap konsonan tidak menandakan huruf semata-mata tetapi membawa bunyi yang
berbeza. Antara bukti penggunaan tulisan pallava termasuklah pada penemuan prasasti Kedukan
Bukit, prasasti Talang Tuwo dan prasasti Kota Kapur.
Seterusnya, tulisan kawi. Tulisan kawi wujud dalam masayarakat orang Melayu sekitar abad ke -8
dan digunakan serentak dengan tulisan jawi. Sebagai contoh, batu nisan orang Melayu yang
bernama Ahmad Majnun terletak di Negeri Sembilan sekitar tahun 1463 yang memaparkan
penggunaan tulisan kawi dan jawi. Tulisan kawi berasal dari Jawa dan pertama kali digunakan oleh
kerajaan Singhasari di Jawa Timur pada abad ke-8 Masehi. Tulisan kawi mula lenyap seiring dengan
keruntuhan kerajaan Majapahit sekitar tahun 1400 Masehi. Aksara kawi terdiri daripada 47 huruf.
Menurut Asmah Haji Omar (1985), bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan
bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik yang dimaksudkan ialah tulisan jawi. Pada abad ke-13,
peralihan tulisan basaha Melayu berlaku seiring dengan kedatangan agama Islam ke
Asia Tenggara seperti kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, Acheh dan Johor Riau
kerana mendapat pengaruh daripada Arab. Tulisan Jawi juga menjadi pemangkin
kepada kewujudan Tulisan Rumi pada zaman Melayu moden dalam tamadun Melayu
selepas perang dunia kedua berlaku. Tulisan jawi juga menjadi tulisan pengantara
yang penting dalam pentadbiran, adat istiadat atau perdagangan. Sebagai contoh,
tulisan jawi digunakan semasa perjanjian-perjanjian penting antara pihak Raja
Melayu dengan pihak Portugis, Belanda dan Inggeris. Aksara jawi mempunyai 36 iaitu
30 aksara dipinjam daripada Arab dan 6 lagi adalah aksara tambahan. Tulisan jawi
mula digantikan dengan tulisan rumi selepas penjajahan Britsih sekitar abad ke -19
untuk memudahkan pihak British berurusan dengan masyarakat Melayu.
Selanjutnya, sistem tulisan rumi yang diperkenalkan telah melahirkan sistem
ejaan pertama iaitu sistem ejaan Za'aba. Sistem ejaan Za'aba ini telah disusun
oleh orang berbagsa Melayu pada tahun 1933. Sistem ejaan Za'aba
membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi seperti a,e,i,o dan
u manakala huruf benar ialah konsonan yang terdiri daripada 21 huruf. Sistem
ejaan rumi kongres ini wujud sekitar tahun 1952 namun tidak pernah digunakan
kerana menerapkan lambang fonetik , perbezaan keserasian vokal dalam suku
awal dan suku akhir kata, tanda sempang dihapuskan serta terdapat perubahan
dalam penggunaan kata-kata partikel seperti kata gelaran si, kata depan di, ke,
dan se- dipisahkan ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa
penggunaan sempang.
Rumusan
Konklusinya, dalam melahirkan komunikasi untuk sesebuah tamadun memerlukan bahasa
diwujudkan bagi melahirkan tulisan untuk memudahkan pemahaman masyarakat sama seperti
bahasa Melayu yang bermula dengan tulisan melayu kuno seperti tulisan rencong dan pallava
yang dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit kerana bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan yang
sesuai untuk melafazkan konsep-konsep baharu yang dibawa oleh budaya asing. Tulisan ini
kemudian menjadi bahasa lingua franca dan kukuh di tanah Melayu. Kewujudan pedangang Arab
yang membawa pengaruh Islam ini telah menyerapkan budaya Islam dalam kalangan masyarakat
Tanah Melayu di mana masyarakat mula belajar bahasa Arab untuk membaca al-Quran serta mula
menjalankan ibadah dengan percaya kepada satu Tuhan. Tulisan rencong, pallava dan kawi tidak
lagi digunakan kerana lebih susah berbanding tulisan rumi dan jawi yang mempunyai sebutan
yang khusus, tidak berbelit-belit, tidak mempunyai simbol dan mudah untuk ditulis.
Contoh gambar bagi tulisan rumi, rencong, kawi, jawi dan rumi
4.0 Perkembangan
bahasa Melayu zaman
pramerdeka
TOKOH-TOKOH Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1976-1854)
ZAMAN PRAMERDEKA Richard James Wikinson (1867-1941)
WRiicllihaamrdMOalarsfdWenin(s1t7e5d4t -(1183768)-1966)
Richard Olaf Winstedt (1878-1966)
Oman Theodore Dussek (1886)
Pakatan Belajar PERTUBUHAN Angkatan Sasterawan
Mengajar Pengetahuan MEMPERJUANGKAN 50 (ASAS 50)
Bahasa Melayu BAHASA MELAYU Persaudaraan Sahabat
(PAKATAN) Pena Malaysia
(PASPAM)
Pejabat
Karang-Mengarang
Jawatankuasa pengkaji sistem penkaji sistem pendidikan
Laporan Barnes (1951) Laporan Fenn-Wu (1951)
Laporan Razak (1956) Ordinan Pelajaran (1952)
KESAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA TERHADAP
MASYARAKAT DAN BAHASA
1. Kewujudan bahasa Melayu 2. Perancangan bahasa 3. Penubuhan institusi
moden
4.0 Perkembangan bahasa Melayu zaman pramerdeka
Zaman pramerdeka ialah zaman pengukuhan bahasa Melayu di Tanah Melayu.
Bahasa Melayu digunakan secara rasmi di negeri-negeri bersekutu dan tidak
bersekutu. Selepas perang dunia kedua, kedudukan bahasa Melayu mula tergugat
apabila pihak British menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di
insititusi pendidikan. Oleh itu, wujud beberapa pertubuhan yang sedar akan
kepentingan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan. Antara tokoh-tokoh yang
memberi sumbangan dalam pengukuhan bahasa Melayu termasuklah William
Marsden, Oman Theodore Dussek, Richard Olaf Winstedt, Richard James Wikinson
dan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi. Para tokoh ini memberi sumbangan dari segi
penulisan tentang sistem bahasa Melayu, kesusasteraan Melayu, sejarah, politik dan
geografi.
Selepas mendapat kesedaran tentang kepentingan bahasa Melayu dalam kalangan
sasterawan, wartawan, budayawan, guru-guru dan ahli politik terhadap kedudukan
bahasa Melayu. Oleh itu, mereka telah berusaha dengan memperjuangkan bahasa
Melayu secara individu dan berkumpulan dengan menggunakan penulisan dalam
majalah dan akhbar tempatan. Maka dengan ini, lahirlah tokoh-tokoh, para ilmuan dan
institusi bahasa pramerdeka. Antara institusi yang memperjuangkan bahasa Melayu
dengan aktif termasuklah Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Melayu
(PAKATAN), Pejabat Karang-Mengarang, Angakatan Sasterawan 50 (ASAS 50) dan
Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM). Pakatan Belajar Mengajar
Pengetahuan Bahasa Melayu (PAKATAN) berfokus kepada memelihara, melengkap dan
memodenkan bahasa Melayu, mengendalikan perbincangan atau ceramah tentang
bahasa Melayu dari segi ejaan dan mewujudkan perpustakaan kepada masyarakat.
Pejabat Karang-Mengarang pula berfungsi untuk mengeluarkan buku-buku sekolah
bahasa Melayu, menerbitkan jurnal bergambar, mengeluarkan bahan bacaan untuk
orang Melayu dan mengadakan perpustakaan bergerak ke kawasan luar bandar.
Pertubuhan Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM) pula bertugas untuk
mengeratkan hubungan persaudaraan sesama ahli, menggalakkan pembacaan dan
penulisan bahasa Melayu serta meluaskan sejarah bahasa Melayu kepada masyarakat.
Akhir sekali, Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) berfungsi mengembangkan bahasa
dan kesusasteraan Melayu, menjaga kebajikan penulis dengan melindungi hak
pengarang dan mengadakan pembaharuan dalam bidang penulisan.
Jawatankuasa pengkaji sistem pendidikan telah diwujudkan bagi menyelaras
sistem pendidikan di Tanah Melayu seperti Laporan Barnes yang bertanggungjawab
menyemak dan memperbaiki pendidikan kaum Melayu. Laporan Fenn-Wu menyemak
sistem pendidikan kaum Cina manakala Ordinan Pelajaran pula bertugas untuk
memperkenalkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolah kebagsaan.
Laporan Razak pula bertujuan untuk memupuk perpaduan melalui sistem pelajaran
kebangsaan, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan tetapi di
sekolah Cina atau Tamil, mereka boleh menggunakan bahasa ibunda serta sukatan
peperiksaan yang sama untuk setiap sekolah.
Pengenalan bahasa Melayu pramerdeka terhadap masyarakat termasuklah
mewujudkan bahasa Melayu moden seperti penambahbaikan tatabahasa, ejaan dan
laras bahasa dan penggubalan akta berkaitan kedudukan bahasa Melayu. Menurut Nik
Safiah karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2005), bahasa
Melayu ialah bahasa yang berpotensi tinggi,mengalami perubahan dan menjadi
medium perhubungan dan alat menyampaikan buah fikiran serta perasaan.
Di samping itu, kesan bahasa Melayu pramerdeka termasuklah
perancangan bahasa. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji
Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008), perancangan bahasa ialah usaha
yang dijalankan untuk memupuk bahasa ke arah taraf yang lebih maju yang
dijalankan pertubuhan khas. Peringkat perancangan terdiri daripada
perancangan, pelaksanaan, pemasyarakatan dan penilaian. Penubuhan
institusi seperti Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM),
Institut Bahasa, Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Contoh-contoh tokoh zaman pramerdeka
1.Oman Theodore Dussek 2. Richard Olaf Winstedt 3. Munsyi Abdullah
Contoh-contoh tokoh zaman pramerdeka
4. Richard James Wikinson 5.William Marsden
Rumusan
Berdasarkan zaman bahasa Melayu zaman pramerdeka , dapat disimpulkan
bahawa bahasa Melayu mula mendapat kedudukan tinggi meskipun ditentang
oleh pihak British. Buktinya, tokoh-tokoh tempatan atau asing telah membantu
perkembangan bahasa Melayu agar mempunyai ciri-ciri yang melambangkan
alam Melayu melalui pertubuhan dan jawatankuasa khas sehingga melahirkan
bahasa moden yang melambangkan identiti negara Malaysia pada masa kini.
5.0 Perkembangan
bahasa Melayu zaman
pascamerdeka
1.Tokoh-tokoh zaman 1.Nik Safiah Karim
pascamerdeka 2.Asmah Haji Omar
3.Hassan Ahmad
1.Akta-akta pelaksanaan
bahasa Melayu Perkembangan bahasa 1.Perkara 152 Perlembagaan
Melayu zaman 2.Akta Hasutan 1970
1. Peranan Dewan bahasa pascamerdeka 3.Akta Dewan Bahasa dan
dan Pustaka
Pustaka 1959
4.Akta Bahasa Kebangsaan 1963
5.Akta Pendidikan 1996
1.Memperkaya bahasa kebangsaan
2.Memajukan bakat kesusasteraan
3.Menjadikan penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa komunikasi yang cekap
4.Menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul
5.Membakukan ejaan dan sebutan
6.Mencetak atau menerbit buku
5.0 Perkembangan bahasa Melayu zaman pasca merdeka
Zaman bahasa Melayu pascamerdeka berlaku pada 31 0gos 1957 hingga 1967. Bahasa
Melayu telah diangkat menjadi bahasa rasmi kebangsaan di Tanah Melayu melalui
penggubalan undang-undang. Bagi memastikan bahasa Melayu terpelihara, beberapa
akta pelaksanaan diperkenalkan seperti Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, memperuntukkan kebebasan terhadap
penggunaan bahasa lain dalam pengajaran dan pembelajaran dan rasmi bererti
semua yang berkaitan dengan urusan kerajaan. Akta Hasutan yang dipinda pada
tahun 1970 pula menetapkan perbuatan mepersoalkan mana-mana bahasa dianggap
sebagai perbuatan menghasut dan boleh didakwa. Akta Dewan Bahasa dan Pustaka
1959 telah menubuhkan Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka bagi
melaksanakan dasar-dasar Dewan Bahasa dan Pustaka . Akta bahasa kebangsaan
pindaan tahun 1983 menetapkan segala urusan mahkamah perlu menggunakan
bahasa Melayu atau Inggeris dan tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan rumi
manakala Akta Pendidikan pada tahun 1996 pula menetapkan bahawa bahasa Melayu
menjadi bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan kecuali sekolah jenis
kebangsaan.
Tokoh-tokoh yang telah menabur bakti dalam kegiatan bahasa melalui penghasilan
buku termasuklah Nik Safiah Karim yang menerbitkan buku Tatabahasa Dewan selain
memperjuangkan tulisan bahasa baku dan memartabatkan bahasa Melayu melalui
Persatuan Linguistik Malaysia. Asmah Haji Omar pula mempunyai kepakaran dalam
tatabahasa yang boleh dilihat melalui buku Nahu Melayu Mutakhir serta beliau juga
membuat kajian bahasa yang terdapat di peribumi. Hassan Ahmad pula menumpukan
isu perancangan bahasa untuk meningkatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Dalam memastikan bahasa Melayu dapat diselaraskan, Dewan Bahasa dan
Pustaka telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan mempunyai
hak mutlak untuk menggubal dasar-dasar yang khusus serta menyusun
pengembangan bahasa dan sastera menurut kebijaksanaan sendiri. Dewan
Bahasa dan Pustaka bertanggungjawab melaksanakan perancangan bahasa Melayu
tentang aspek tatabahasa, ejaan, sebutan, perkamusan, dan istilah. Antara
peranannya termasuklah memperkaya bahasa kebangsaan, memajukan bakat
kesusasteraan, menjadikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi
yang cekap, menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, membakukan
ejaan dan sebutan serta mencetak atau menerbitkan buku sekolah.
Contoh-contoh tokoh zaman pascamerdeka
1.Hassan Ahmad 2. Nik Safiah binti Karim
3. Asmah Haji Omar 4.Pejabat Dewan Bahasa dan Pustaka
Rumusan
Bahasa Melayu merupakan identiti negara Malaysia. Satu cara untuk mengangakat
bahasa Melayu agar setanding dengan bahasa di negara maju adalah dengan
mengukuhkan dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan
semua kaum yang mampu memberikan imej yang positif kepada Malaysia. Selain
memperkasakan bahasa Melayu, kepelbagaian seminar atau kempen memartabatkan
bahas Melayu perlu dilestarikan. Pakar-pakar bahasa dan pihak media perlu
mengambil tanggungjawab masing-masing untuk membantu rakyat menguasai
bahasa Melayu dengan sebaik mungkin seperti menggunakan bahasa Melayu dalam
mempromosikan perniagaan atau produk masing-masing yang merangsang
perkembangan bahasa Melayu sebagai bahasa ekonomi, sains, dan teknologi.
6.0 Cabaran dan masa
depan bahasa Melayu
nakididneP .1
3k. ePreanjataadnbiran 2. Ekonomi
Cabaran dalam
mengembangkan
bahasa Melayu
3. Dasar Ekonomi 2. Dasar 1.Gagasan 1
Baru
Memartabatkan Malaysia
6. Rukun Negara
Bahasa Melayu
Memperkukuh Bahasa
Inggeris Bahasa Melayu
dalam dasar-dasar
kerajaan
5. Pelan Pembangunan 4. Program
Pendidikan Malaysia Transformasi
Kerajaan
Pengguguran 1.Keracunan bahasa Pengaruh bahasa
atau penggantian Melayu di media ibunda
konsonan massa Pengaruh bahasa
Pengguguran dialek
atau penggantian Jenis-jenis cabaran Pengaruh bahasa
diftong keracunan bahasa asing
Pengaruh teknologi
2. Percampuran 3. Bahasa slanga Pengaruh
kod majalah,cerpen dan
novel
Faktor kewujudan
bahasa slanga
Contoh bahasa
slanga
6.0 Cabaran dan masa depan bahasa Melayu
Walaupun bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang diiktiraf di Malaysia namun
bahasa Melayu kelihatan semakin tercabar kerana pengaruh daripada globalisasi yang
semakin moden. Antara cabaran yang boleh dilihat melalui pendidikan iaitu
pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Terdapat sesetengah guru yang tidak
mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa yang akan menjejaskan kualiti
pengajaran murid-murid, guru yang hanya bergantung kepada buku teks, kemahiran
bacaan,lisan dan menulis diajar secara terpisah, pengetahuan asas murid-murid yang
berbeza-beza, jumlah masa pembelajaran sekolah kebangsaan, sekolah jenis
kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil berbeza serta murid bersikap
negatif terhadap bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris. Bahasa Melayu dalam
Akta Pendidikan Tinggi Swasta pula membenarkan bahasa Inggeris digunakan sebagai
sebagai bahasa pengantar setelah diluluskan dalam Akta IPTS 1996. Dalam konteks
ekonomi pula, penggunaan bahasa Melayu dalam urusan perniagaan seperti dokumen
perniagaan syarikat swasta masih mengutamakan bahasa Inggeris diikuti dengan
bahasa Melayu serta bahasa Inggeris mendominasi sektor industri seperti perhotelan,
syarikat menjual kereta dan barangan peranti eletrik atau komputer. Malah, dalam
urusan pentadbiran kerajaan seperti urusan rasmi dalam negara, urusa rasmi
antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam,
perkhidmatan kaunter dan maklum balas aduan di akhbar dan isu media massa
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi semasa berurusan.
Kerajaan Malaysia juga memainkan peranan dalam menghadapi cabaran bahasa
Melayu melalui pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia, Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu
Memperkukuh Bahasa Inggeris, Dasar Ekonomi Baru, Program Transformasi Kerajaan,
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dan Rukun Negara. Dasar-dasar ini dirangka
untuk mengekalkan adat resam, nilai dan norma bangsa untuk dijadikan panduan dan
amalan dalam proses pemasyarakatan. Menurut Hashim Haji Musa (2004),
penyampaian dan pembudayaan ilmu pengetahuan kepada rakyat seharusnya
dilakukan dalam bahasa yang paling mudah difahami oleh rakyat, iaitu bahasa
kebangsaan mereka sendiri .
Tatkala tokoh-tokoh negara berjuang sepenuh keringat dalam memastikan bahasa
Melayu diiktiraf, terdapat keracunan bahasa Melayu yang semakin menular yang
disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda, pengaruh bahasa dialek, pengaruh bahasa
asing, pengaruh teknologi dan pengaruh daripada cerpen, novel atau majalah. Di
media sosial juga terdapat pelbagai bahasa baharu yang dicipta kerana percampuran
kod dan bahasa slanga. Contoh bagi percampuran kod ialah bahasa Inggeris yang
digunakan bersama dengan bahasa Melayu seperti 'You nak pergi mana?',
pengguguran diftong dapat dilihat melalui dialek terengganu di mana pisau menjadi
pisa. Bahasa slanga pula wujud kerana keinginan untuk mengikut trend, bahasa
slanga adalah lebih ringkas berbanding dengan ejaan sebenar serta bertujuan untuk
bergurau bersama dengan rakan. Contoh bahasa slanga termasuklah gua, lu, bro,
giler, awek atau hampeh.
(2257 patah perkataan)
Contoh keracunan bahasa, percampuaran kod dan bahasa slanga
7.0 Rumusan dan pandangan
Pada perspektif saya, bahasa Melayu tercipta kerana bersifat dinamik dan mudah menerima
pengaruh yang bermula dengan pengaruh Sriwijaya, Islam dan Barat. Bahasa Melayu melalui
pelbagai peringkat sebelum digunakan dalam tulisan rumi dan menjai identiti negara
Malaysia. Oleh itu, kita haruslah mempertahankan dan mendaulatkan bahasa kita. Jika tidak,
generasi masa depan akan ketinggalan dan negara kita akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa
barat yang menggunakan bahasa asing. Penggunaan bahasa rojak dalam kalangan generasi
muda sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk membuktikan bahawa mereka mengikuti
perkembangan semasa. Sebaliknya, individu yang menggunakan bahasa melayu baku
dianggap ketinggalan zaman. Kita seharusnya lebih bersikap patriotik dengan
memartabatkan bahasa Melayu agar tidak diceroboh anasir luar serta berlakunya tragedi
pertumpahan darah demi kesejahteraan bersama.
8.0 Rujukan
Asmah Haji Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Ampang: Dawama Sdn. Bhd.
Nik Safiah karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood (2008).
Tatabahasa Dewan. Utusan Printcorp Sdn. Bhd.
Hashim Bin Haji Musa (2004). Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi
Globalisasi Barat. Penerbit Universiti Malaya.