The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by verginiehelski02, 2021-11-24 23:12:40

Ayat majmuk-converted

Ayat majmuk-converted

Nama: Verginie Helski Anak Johnson

Kumpulan pengajian: BMSK5

Tarikh: 23.11.2021

Tajuk: Ayat majmuk (gabungan, pancangan, campuran)

1. Ayat majmuk

• Definisi: Ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal
atau lebih dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga
menjadikannya ayat baharu.

• Ayat majmuk umumnya terdiri daripda 3 jenis seperti:

i.) Ayat majmuk gabungan

ii.) Ayat majmuk pancangan

iii.) Ayat majmuk campuran

2. Ayat majmuk gabungan

• Definisi: Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih
yang dijadikan satu dengan cara mengabungkan atau mencantumkan ayat-ayat
tersebut dengan kata hubung seperti dan, atau dan tetapi. Contohnya:

i.) Cassy seorang pelajar yang pintar. i.) Cassy seorang pelajar yang pintar dan
Cassy seorang pelajar yang cantik. cantik.
ii.) Suga mahu minum kopi atau jus?
ii.) Suga mahu minum kopi?
Suga mahu minum jus? iii.) Dia pandai bermain bola sepak tetapi
tidak pandai bermain badminton.
iii.) Dia pandai bermain bola sepak.
Dia tidak pandai bermain badminton.

• Ayat-ayat yang disambungkan mempunyai sifat setara iaitu ayat-ayat yang sama dan
boleh berdiri sendiri. Hubungan antara satu ayat dengan yang lain wujud kerana ayat-
ayat ini disusun berturut-turut. Ayat-ayat ini boleh juga disambungkan tanpa kata
hubung namun nada suara berfungsi sebagai penanda iaitu disuarakan sebagai
deretan pernyataan. Ayat yang digabungkan dalam bentuk tulisan dipisahkan oleh
tanda baca koma (,) .Contohnya:

i.) Kanak-kanak itu sungguh gembira, berlari ke sana, berlari ke sini.

• Ayat majmuk gabungan yang terdiri daripada gabungan ayat 1 dan gabungan ayat 2
melalui kata hubung adalah seperti berikut:

i.) Abang minum kopi.
Kakak makan kuih
Kata hubung: dan
Ayat: Abang minum kopi dan kakak makan kuih.

ii.) Saad rendah.
Adiknya tinggi.
Kata hubung: tetapi
Ayat: Saad rendah tetapi adiknya tinggi.

• Sekiranya ayat-ayat yang digabungkan ini mempunyai unsur yang sama atau
berulang, maka bahagian yang sama boleh digugurkan. Contohnya:

i.) Emma suka kucing. i.) Emma suka kucing dan anjing.
Emma suka anjing.
ii.) Bukti pembunuhan itu ditemui lalu
ii.) Bukti pembunuhan itu ditemui oleh dihapuskan oleh Josh.
Josh.
Bukti pembunuhan itu dihapuskan oleh
Josh.

• Ayat gabungan dibentuk dengan menggunakan beberapa kata hubung yang
menghasilkan 3 jenis gabungan utama seperti:

i.) Gabungan yang susunan faktanya berurutan. Contoh ayat yang dibentuk dengan kata
hubung dan, lalu, lagi, serta dan sambil seperti berikut:

Ayat: Pembunuh itu ditangkap semalam dan dihadapkan ke mahkamah pada minggu

hadapan.

ii.) Gabungan yang susunannya memberi maksud pertentangan fakta dalam ayat-ayat
yang digabungkan. Contohnya:

Ayat: Abangnya minat dengan bola sepak tetapi adiknya tidak berminat.

iii.) Gabungan yang susunannya menggabungkan dua ayat atau lebih menggunakan kata
hubung berpasangan seperti lebih baik…….daripada, adakah…….atau (pun),
sama……ada. Contohnya:

Ayat: Daripada kita termenung, lebih baik kita pergi menanam pokok bunga.

3. Ayat majmuk pancangan

• Definisi: Dalam ayat majmuk pancangan terdapat satu ayat utama atau ayat induk
serta satu atau beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan
menjadi sebahagian daripada ayat induk itu.Ayat majmuk pancangan juga
menggunakan kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika,
semasa, setelah, semenjak, selagi, selama, supaya, hingga dan walaupun.

• Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif, pancangan
komplemen dan pancangan keterangan.

i)Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata hubung yang. Contoh:

a.) Kereta yang berwarna merah itu milik ayah saya.
b.) Nasi goreng itu kepunyaan kakak.

ii) Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata hubungan bahawa dan
untuk.

a.) Perdana Menteri mengumumkan bahawa rakyat Malaysia boleh merentas
negeri bermula 1 Oktober 2021.

b.) Basikal itu untuk adik.

• Ayat majmuk pancangan komplemen terdiri daripada 3 jenis ayat komplemen:

a.) Ayat komplemen frasa nama

i.) Ayat komplemen frasa nama subjek

Definisi: ialaf frasa nama yang boleh menduduki empat tempat dalam ayat seperti
subjek, predikat, objek tepat dan objek sipi. Namun, ayat komplemen jenis frasa
nama hanya dapat menduduki dua tempat sebagai ayat komplemen frasa nama
subjek dan ayat komplemen frasa nama objek tepat. Contohnya:

1. Agak sukar untuk ibu menerima pemergian ayah.
2. Untuk menjadi seorang atlet yang cemerlang itu memerlukan latihan yang
konsisten.

ii.) Ayat komplemen frasa nama objek tepat

Definisi: Objek dalam ayat boleh wujud sebagai objek tepat kata kerja transitif atau
sebagai objek sipi, tetapi ayat komplemen boleh wujud hanya sebagai objek tepat
sahaja.

1. Berita TV3 itu menyebut bahawa semua penumpang kapal terbang Boeing
474 terselamat.
2. Mereka menyedari bahawa kehidupan mereka belum terbela sepenuhnya.

iii.) Ayat komplemen frasa kerja

Definisi: Frasa kerja dalam ayat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, iaitu
yang diikuti bukan oleh kata nama tetapi oleh keterangan- keterangan lain yang
bertujuan melengkapkan frasa tersebut. Ada ayat- ayat komplemen yang berfungsi
sebagai pelengkap kepada kata kerja ini, yang bukan frasa nama. Sekali imbas
ayat- ayat ini seolah- olah ayat komplemen frasa nama objek, tetapi hakikatnya
tidak, oleh sebab ayat- ayat tersebut tidak boleh mengalami proses pasif, iaitu bagi
menentukan frasa nama objek. Oleh itu ayat- ayat itu digolongkan ke dalam jenis
ayat- ayat komplemen frasa kerja.

1. Saya berpendapat bahawa cadangan itu boleh diterima.
2. Murid itu berasa bahawa nasihat guru disiplinnya itu benar.

iv.) Ayat komplemen frasa adjektif

Definisi: Ayat komplemen adjektif merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke
dalam ayat induk. Contohnya:

1. Saya amat percaya bahawa saya akan cemerlang dalam peperiksaan
2. Dia sangat yakin bahawa pembedahan itu akan berjalan dengan lanacar.

iii) Ayat majmuk pancangan keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada
kata kerja induk. Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat majmuk keterangan musabab
seperti waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan, pertentangan dan akibat.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab:

1. Keterangan musabab

Definisi: ialah unsur yang menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian atau
perbuatan. Kata hubung keterangan musabab adalah seperti kerana, lantaran,
sebab, dan oleh sebab. Contohnya:

a.) Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak diundang.
b.) Oleh sebab mereka terlibat dalam pengambilan bahan terlarang, penyertaan

mereka dalam sukan itu terbatal dengan serta-merta.

2. Ayat majmuk pancangan keterangan waktu

Definisi: ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian.
Kata hubung keterangan waktu adalah seperti sejak, semenjak, setelah, sewaktu,
sementara, tatkala dan ketika. Contohnya:

i.) Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima surat daripada
Pelajaran Negeri.

ii.) Sementara menunggu kepulangan ayah, ibu memasak makanan kegemaran
ayah.

3. Ayat majmuk pancangan keterangan syarat

Definisi: ialah unsur yang menerangkan tuntutan yang mesti dipenuhi. Kata
hubung keterangan syarat ialah sekiranya, andai kata, jikalau, jika dan kalau.
Contohnya:

i.) Perhimpunan hanya akan bermula sekiranya pelajar senyap.
ii.) Kemalangan yang menimpa keluarganya tidak akan terjadi seandainya dia

berehat untuk menghilangkan rasa mengantuk.

4. Ayat majmuk keterangan cara

Definisi: ialah unsur yang menerangkan gaya atau kaedah sesuatu perbuatan atau
kejadian berlaku. Kata hubung keterangan cara ialah dengan. Contohnya:

i.) Dia datang ke kampus dengan menggunakan kereta.
ii.) Dengan menggunakan surat khabar lama, Diana menghasilkan kraf tangan

itu.

5. Ayat majmuk keterangan tujuan

Definisi: ialah unsur yang menerangkan maksud bagi sesuatu perbuatan atau
kejadian. Kata hubung kejadian adalah seperti untuk, demi dan bagi. Contohnya:

i.) Kempen membanteras dadah itu diadakan untuk memberi kesedaran tentang
bahaya dadah.

ii.) Abang sanggup bekerja daripada sambung belajar demi membantu ibu
menyara hidup keluarga.

6. Ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan

Definisi: ialah unsur yang menerangkan sesuatu kejadian yang menjadi
persamaan. Kata hubung keterangan perbandingan adalah seperti macam,
seolah-olah,seakan-akan, ibarat, bagaikan dan bak. Contohnya:

i.) Pembunuh itu tersenyum sinis seolah-olah tiada perasaan bersalah.
ii.) Persahabatan antara mereka sangan rapat bagai isi dengan kuku.

7. Ayat majmuk keterangan pertentangan

Definisi: ialah unsur yang menerangkan sesuatu perbuatan atau kejadian yang
berlawanan. Kata hubung keterangan pertentangan ialah walaupun, meskipun,
kendatipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun, sekalipun, dan sedangkan.

i.) Walaupun sudah larut malam, Nelly masih mengulang kaji pelajaran.
ii.) Farhan tidak mahir dalam sukan tinju namun mahir dalam sukan bola

keranjang.

8. Ayat majmuk keterangan akibat

Definisi: ialah unsur yang menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan. Kata
hubung keterangan akibat adalah seperti hingga dan sehingga. Contohnya:

i.) Doktor meminta mereka tunggu di luar wad sehingga keadaan datuk pulih.
ii.) Ibu bekerja terlalu keras hingga jatuh sakit.


Click to View FlipBook Version