The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UJIAN 1 MINGGU 24- LATIHAN INTENSIF 5 SAINS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by W puziah T abdullah, 2021-07-25 21:07:07

UJIAN 1 MINGGU 24- LATIHAN INTENSIF 5 SAINS

UJIAN 1 MINGGU 24- LATIHAN INTENSIF 5 SAINS

LATIHAN INTENSIF
JULAI

Tugasan :
26 Julai 2021 (Isnin) – Kertas 2
27 Julai 2021 (Selasa)- Kertas 1

KERTAS 1

BAHAGIAN A
[30 markah]

Maklumat di bawah berkaitan dengan alam sekitar. Huraikan pendapat anda tentang alam
sekitar.

Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Hijau BUANG SAMPAH
Zainal Abidin Mohamad DI TEMPATNYA

Bumi yang tiada rimba
seumpama hamba
dia dicemar manusia
yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
bagai tiada nyawa

pasti hilang suatu hari
tanpa disedari

Pelbagai pendekatan harus dilaksanakan bagi mendidik masyarakat menghargai dan
peka terhadap alam sekitar. Pendidikan pada peringkat sekolah, kempen, ceramah,
pengedaran risalah, diskusi, wacana ilmu dan forum berkaitan dengan alam sekitar
harus ditingkatkan dan diperluas kepada segenap lapisan masyarakat.

Jika dirujuk negara maju, tahap kesedaran masyarakat mereka terhadap alam sekitar
adalah tinggi. Mereka sangat menghargainya. Namun, di Malaysia tahap kesedaran
dalam kalangan masyarakat masih rendah iaitu tidak mencapai 30 peratus.

Memperkasa alam sekitar perlu jadi agenda utama

Oleh Prof Madya Dr Haryati Shafii
[email protected]

KARANGAN B
[70 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis satu karangan yang panjangnya antara 350 hingga
500 patah perkataan.
Soalan 1 – Domain Peribadi

Nilai patriotisme yang menjadi sebahagian daripada nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan diamalkan
dengan sebaik-baik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah
tinggi, berakhlak mulia dan membantu dalam pembangunan negara. Oleh itu, generasi muda khususnya
sewajarnya menjadikan nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan demi kelangsungan negara
berbilang bangsa dalam menghadapi era moden ini.

Sumber: Berita Harian, 24, Ogos 2019
Petikan akhbar di atas menjelaskan kepentingan masyarakat khususnya generasi muda menjiwai nilai
patriotisme .
Huraikan cara-cara yang dapat dilakukan oleh generasi muda untuk menunjukkan bahawa mereka
menjiwai nilai patriotisme.

Soalan 2 – Domain Pendidikan

Pembugaran Pendidikan Sivik di sekolah bermatlamat membentuk individu yang bertanggungjawab,
prihatin, bertimbang rasa dan berakhlak mulia agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan
negara . Oleh itu, peranan ibu bapa dan sokongan daripada komuniti amat penting dalam memastikan
anak-anak mengamalkan nilai-nilai murni
di sekolah dan di luar sekolah.

Sumber: Bernama Online, 12 Disember 2019
Petikan akhbar di atas menjelaskan pelaksanaan Pendidikan Sivik bukan menjadi tugas institusi
pendidikan semata-mata tetapi tanggungjawab semua pihak khususnya ibu bapa dan komuniti.
Jelaskan peranan pelbagai pihak untuk menerapkan kesedaran sivik dalam kalangan generasi muda.

SOALAN 3 – Domain pendidikan
Isu graduan menganggur atau gagal mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan mereka
merupakan isu yang sering diperkatakan. Pihak majikan mendakwa banyak graduan tidak
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang relevan dengan kehendak pasaran
sedangkan graduan terlibat telah menghabiskan masa antara tiga hingga lima tahun untuk
memperoleh diploma atau ijazah sarjana muda

Graduan menggangur: Masalah graduan, universiti atau
majikan? BERNAMA 13 Januari 2020

Petikan di atas menjelaskan punca-punca masalah pengangguran dalam kalangan graduan.
Huraikan persiapan-persiapan yang perlu anda lakukan untuk menghadapi dunia kerjaya bagi
mengelakkan anda menganggur.

SOALAN 4 – Domain awam
Pada masa ini, penggunaan laman sosial amat popular di Malaysia. Laman sosial seperti Facebook,
Instagram, Twitter dan sebagainya mendapat perhatian masyarakat
di negara ini . Laman sesawang rangkaian sosial tersebut telah menjadi trend dalam kehidupan
masyarakat masa ini. Masyarakat kini telah menjadikan penggunaan laman sosial dalam Internet
ini sebagai medium untuk mengisi kekosongan waktu mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana
kecanggihan aplikasi yang terdapat dalam laman sosial menarik perhatian masyarakat di Malaysia.

Sumber : Internet

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan dengan media sosial.
Tuliskan satu rencana tentang manfaat media sosial kepada masyarakat.

KERTAS 2
BAHAGIAN A : SISTEM BAHASA DAN APLIKASI BAHASA

(35 markah)
Soalan 1: MORFOLOGI
Baca petikan di bawah dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata bantu .
Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan
yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambah imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa dan nama khas.
Subjek pengucapan awam dapat memudahkan para pelajar untuk mencari pekerjaan suatu
hari nanti. Kini, banyak pelajar yang memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang,
namun masih gagal mendapat pekerjaan yang bersesuaian dengan status mereka selaku
graduan. Hal ini berlaku demikian kerana mereka gagal meyakinkan pengurus sesebuah
syarikat untuk memilih mereka selaku pekerja. Di samping itu, subjek ini juga dapat
mencungkil bakat dan potensi pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
(Dipetik dan diubah suai daripada Wujudkan Subjek Pengucapan Awam dalam Sistem
Pendidikan Negara oleh Daniel Hakim Hanipi, Dewan Siswa, Bil. 1/2020)

(8 markah)

Soalan 2: SINTAKSIS
Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi
empat ayat yang anda pilih seperti yang berikut:

Subjek : __________________________________________________
Predikat :_________________________________________________

Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa
tentang amalan cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan

Soalan 3: PENYUNTINGAN

Dalam petikan 1, terdapat empat kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat enam
kesalahan bahasa, Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan-petikan tersebut.

Petikan 1

Ada orang menganggap bahawa diet ialah usaha mengurangkan berat badan. Anggapan ini
tidak tepat kerana konsep diet yang sebenarnya ialah amalan pemakanan yang seimbang
dari segi mengambil zat makanan. Kebanyakkan individu mengamalkan cara diet yang tidak
betul untuk kurang berat badan, iaitu dengan cara menahan lapar dan mengurangkan
pengambilan makanan. Individu yang mengamalkan cara pemakanan yang demikian akan
mengalami masalah akibat pengurangan berat badan yang terlalu.

Dipetik dan diubah suai daripada
‘Kepentingan Nutrien’

Buku Teks Bahasa Melayu KBSM Tingkatan Lima,
Halaman 198 KPM)

[4 markah]

Petikan 2

Karbohidrat dan lemak dalam makanan bekalan tenaga kepada manusia. Zat makanan ini
boleh didapati dari makanan seperti ubi kentang, nasi, dan seumpamanya. Protein boleh

didapati daripada telur, ikan, susu dan daging. Zat makanan ini penting untuk membesar.
Mineral pula mudah diperolehi daripada makanan laut dan vitamin banyak terdapat dalam
sayur dan buah. Mineral penting kepada kesihatan kerana zat ini berperanan untuk menjaga
kesihatan darah dan membantu tubuh meresap zat makanan lain dengan lebih berkesan.
Vitamin pula berperanan untuk menjaga kesihatan mata, kulit dan gusi serta mengekalkan
kecerdasan badan.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Kepentingan Nutrien’

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Lima KBSM,
Halaman 197,KPM)

[5 markah]

SOALAN 4 - BAHASA STANDARD
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan
tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

Setelah sudah ia fikir, maka Patih Gajah Mada pun ingat akan Petala Bumi itu.
Maka Patih Gajah Mada pun segera menyuruh kepada bini Petala Bumi bertanyakan
anaknya yang bernama Kertala Sari pergi mencuri ke Daha itu, sudahkah datang dari Daha
atau belumkah. Maka orang Patih Gajah Mada pun pergilah kepada bininya Petala Bumi.

Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari Daha, terlalu banyak beroleh harta
daripada emas dan perak dan pakaian dan pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak
dicurinya.

(Dipetik daripada Kepimpinan Melalui Teladan dalam Antalogi Jaket
Kulit Kijang dari Istanbul, hal.27-28. Kementerian Pendidikan Malaysia)

(4 markah)

SOALAN 5 – PERIBAHASA
Baca dialog di bawah dengan teliti. Kemudian, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan situasi dalam petikan tersebut.
Farhah : Saya akan bertukar kerja tidak lama lagi. Saya harap saya dapat

menyesuaikan diri di tempat kerja baharu. Ini kali pertama saya bekerja dalam
bidang pemasaran. Saya bimbang saya akan berasa kekok.

Syima : Farhah, kamu harus bijak bercampur dan beramah mesra dengan rakan-rakan

sekerja yang baharu. Oleh itu, kamu tidak akan berasa tersisih.

Sasya : Usah risau, Farhah. Pada peringkat awal, mungkin kamu akan berasa
kekok namun, lama-kelamaan kamu pasti dapat membiasakan diri.

Farhah : Terima kasih, Syima dan Sasya. Baiklah, saya akan gigih berusaha untuk
menimba pengalaman dalam bidang pemasaran. Pada masa
yang sama, saya dapat menjana pendapatan dengan komisen yang
menguntungkan.
(6 markah)

BAHAGIAN B – PEMAHAMAN (35 MARKAH)
Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SOALAN 6 – PETIKAN UMUM

Bahan 1
Sukar untuk kita menjaga tubuh jika tidak tahu apa-apa mengenainya, ibarat kita hendak
melawan musuh tetapi tidak memahami sebab dan cara untuk bertindak. Antara kaedah yang
dapat diambil untuk menjaga tubuh termasuklah pemeriksaan kesihatan berkala sekurang-
kurangnya tiga kali setahun. Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk
mengesan penyakit ketika masih pada peringkat awal kerana mencegah lebih baik daripada
merawat. Oleh itu, sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik jika kita melakukan
tindakan awal pencegahan. Selain itu, aspek pemakanan juga amat penting bagi menjamin
kesihatan yang baik. Kita haruslah mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkkhasiat
dalam kehidupan. Pengambilan makanan mengikut piramid makanan sangat disarankan oleh
pakar kesihatan bagi menjamin tahap kesihatan yang baik berterusan. Diet yang seimbang
dapat memastikan tubuh seseorang mendapat zat yang diperlukan.

Dipetik dan dibuah suai daripada ‘Nilai Kesihatan’
Oleh Nur Amira Talib

Dewan Siswa, November 2016

Bahan 2
Rumah tangga yang sejahtera terbentuk daripada keprihatinan ibu bapa tentang amalan

cara hidup sihat dan cergas. Maklumat penjagaan diri dan pemakanan diperoleh daripada
beberapa laman sesawang seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri,
dan Kelab Nutrisi Malaysia.

i.

(i) Berdasarkan Bahan 1, berikan maksud tindakan awal. [ 2 markah]

(ii) Merujuk Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan dan perbezaan amalan

cara hidup sihat bagi menjamin kesihatan yang baik. [3

markah ]

(iii) Pelbagai langkah telah dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan menjaga kesihatan diri.
Pada pendapat anda, apakah peranan pihak sekolah untuk menimbulkan
kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kesihatan diri ?
[3
markah ]

(iv) Seorang daripada rakan sekelas anda kerap selesema, batuk dan bersin. Gejala

ini mengganggu pembelajarannya ketika di sekolah.

Cadangkan langkah-langkah yang dapat dilakukan oleh rakan anda ketika

berhadapan dengan masalahnya itu. [4

markah ]

Soalan 7: Petikan Sastera

Bahan 1

POSMEN : Ada sesiapa yang bernama Aiman Faizullah bin Khir Ghazali di rumah ini?
AIMAN : Ada, sayalah orangnya. Surat apa ini?
POSMEN : Surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Ini bermakna, adik terpilih

untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Bagus program ini.
Kalau umur abang macam adik, pasti abang tidak akan lepaskan peluang ini.
AIMAN : Abang buang saja surat ini. Saya tak berminat langsung. Buat apa nak
bersusah payah sertai program macam ini. Ayah saya banyak duit. Apa yang
saya nak, semua boleh dapat. Buang masa dan tenaga saja program macam
ini. Untuk orang susah bolehlah. Maklumlah, dapat makan percuma enam
kali sehari, tempat tidur dan pakaian semua diberikan. Siap dapat RM50.00
lagi..ha..ha..ha.

Bahan 2

SUMPAH ANAK MERDEKA

Aku anak merdeka
bangkit dari persada luka
berdiri megah di pentas wira
inginku tebus maruah bangsa.

Aku anak merdeka
terjaga dari ranjang kecewa
berpaksi gagah di panggung perkasa
ingin kubela nasib bangsa.

Aku anak merdeka
harapan nusa dan bangsa
akan kutentang petualang negara
yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
di hati semangat waja
di dada penuh satria
ini Tuah akan membela
untuk kubalut luka lama

Serunai Faqir
Wangsa Maju

(i) Berdasarkan bahan 1, berikan maksud kesan positif? [ 2 markah
]

(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan perubahan positif yang terdapat

dalam bahan. [4

markah ]

(iii) Jatuh bangunnya sesebuah negara terletak di tangan remaja masa ini
kerana mereka pewaris kepimpinan negara.

Pada pendapat anda, bagaimanakah remaja dapat menunjukkan perasaan cinta

akan negara? Kemukakan cadangan anda. [4

markah ]

(iv) Adik anda telah dipilih oleh pihak sekolah untuk menyertai kem jati diri selama
satu

minggu di luar kawasan. Adik anda enggan menyertai kem tersebut dengan
alasan jauh daripada keluarga tetapi takut untuk menyuarakannya kepada ibu
bapa anda.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab, bagaimanakah anda dapat

memujuknya untuk menyertai kem tersebut. [4 markah ]

Soalan 8: Novel [10 markah]

Baca petikan novel di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

....Duduk dekat jendela, aku mengeluarkan buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui
Sayur-sayuran dan Buah-buahan. Kubaca halaman yang kutandai:

Sayur-sayuran dan ulam-ulaman mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori. Kaya
dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folik, dan zat galian yang sangat diperlukan
untuk pertumbuhan dan penjagaan tubuh badan serta minda yang sihat. Khasiat yang
terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata,
tulang, dan otak. Ulam-ulaman biasanya banyak terdapat di kawasan kampung sama ada
ditanam atau tumbuh sendiri di hutan-hutan yang berhampiran. Apabila pembangunan rancak
dilaksanakan, banyak hutan diteroka sekali gus menyebabkan ulam-ulaman turut pupus.

Berikutan itu,ulam-ulaman sukar diperoleh di kampung-kampung dan pasar-pasar termasuk
pasar tani.

(Dipetik daripada Jendela Menghadap Jalan, hal.9-10, KPM)

i) Nyatakan khasiat yang terdapat dalam sayur-sayuran dan ulam-ulaman.
[4 markah]

ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :
a) Jendela Menghadap Jalan,karya Ruhaini Matdarin
b) Songket Berbenang Emas,karya Khairuddin Ayip
Berdasarkan sebuah novel yang ada pelajari, jelaskan keistimewaan novel itu
sehingga dapat menarik minat pembaca.
[6 markah]

BAHAGIAN C : RUMUSAN
[30 Markah]

Baca petikan dan teliti bahan grafik yang disertakan di bawah,kemudian buat satu
rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan s
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Malaysia diiktiraf pada peringkat global sebagai satu daripada destinasi pelancongan
utama dunia, dengan kedudukan antara 10 negara teratas dari segi ketibaan pelancong.
Sektor pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang

maju di Malaysia. Oleh itu, faktor-faktor yang dapat membangunkan industri tersebut haruslah
diberi penekanan yang serius oleh semua pihak.

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Tempat menarik tersebut
lazimnya menjadi tumpuan pelancong asing yang berkunjung ke negara ini. Sebagai contoh,
Malaysia memiliki kawasan rekreasi di tanah tinggi yang mempunyai suhu sejuk, seperti
Cameron Highlands dan Genting Highlands di Pahang. Keadaan iklim semula jadi negara ini
yang panas dan lembap sepanjang tahun juga sudah pasti menggamit hati para pelancong.
Jangan kita lupa bahawa Malaysia memiliki sejarah pembentukan negara bangsa yang sangat
unik. Kepelbagaian budaya dan etnik, sama ada di Semenanjung ataupun di Malaysia Timur,
menjadi modal yang sangat berharga kepada sektor pelancongan. Di Sabah dan Sarawak,
kegiatan seni dan manipulasi fabrik suku kaum Kadazan dan Iban telah mendapat tempat
dalam hati para pelancong. Di samping itu, udara yang segar dan nyaman tanpa pencemaran
di negara ini menjadi nilai tambah yang menjadi lambang kehidupan yang tenang dan
bersahaja. Pelancong antarabangsa khususnya dari negara maju beranggapan bahawa
Malaysia merupakan destinasi percutian yang murah dan kompetitif kerana kadar tukaran
asing yang menarik.

Pakar runding pelabur asing dan kakitangan syarikat multinasional yang berurusan di
negara ini juga tertarik oleh kemajuan ekonomi negara yang pesat sehingga Lembah Klang
menjadi tumpuan kerana terdapatnya ibu pejabat institusi kewangan antarabangsa dan
syarikat teknologi tinggi. Hal ini ditambahkan pula dengan usaha kerajaan Malaysia
memajukan sektor pendidikan pengajian tinggi serta industri kesihatan dan perubatannya
melalui promosi yang agresif. Penganjuran acara sukan bertaraf dunia dan persidangan
antarabangsa juga meletakkan Malaysia di peta pelancongan sukan dan forum. Begitu juga
dengan pembinaan pusat konvensyen, seperti Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala
Lumpur (KLCC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, (PICC), dan Dewan
Persidangan Hotel bertaraf lima bintang telah merancakkan ketibaan pelancong yang gemar
menyertai perbincangan pada peringkat tinggi serta acara korporat antarabangsa.

Jelaslah perspektif tentang sektor pelancongan di Malaysia telah menjangkau segmen di
luar tarikan keindahan alam semula jadi. Strategi ini memberikan kelebihan kepada Malaysia
untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor
pelancongan kepada pendapatan negara akan terus meningkat. Kedudukan ekonomi yang
maju, politik yang stabil, sosial yang harmoni dan keselamatan yang baik menjadi resipi utama
bagi menarik lebih banyak pelancong asing. Kedatangan hampir 30 juta orang asing saban
tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam
sektor pelancongan.

(Dipetik dan diubah suai daripada "Pelancongan Menyuntik Pendapatan
Negara" oleh Danilah Kamarul, Dewan Masyarakat 2018)

KERTAS SOALAN TAMAT


Click to View FlipBook Version