The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

DASAR KURIKULUM SMK SERI PAKA 2021 dan 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by W puziah T abdullah, 2022-01-20 01:53:28

DASAR KURIKULUM SMK SERI PAKA 2021 dan 2022

DASAR KURIKULUM SMK SERI PAKA 2021 dan 2022

SMK SERI PAKA
23100 PAKA, DUNGUN, TERENGGANU
SEKOLAH AMANAH MALAYSIA (Kohort 2016)

DASAR KURIKULUM 2021/2022

KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN
2. PENYATAAN DASAR
3. MESYUARAT KURIKULUM
4. SISTEM FAIL
5. PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
6. PAKEJ MATA PELAJARAN
7. DSKP, DKP 2.0 , RPT DAN ERPH (PPPM DAN RPPM)
8. PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
9. BUKU TEKS , BUKU KERJA, BUKU REKOD AMALI, BUKU NOTA DAN BUKU

LATIHAN.
10. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
11. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI
12. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN
13. PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
14. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
15. PERKEMBANGAN PROFESIONALLISME STAF
16. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM.

1

PENDAHULUAN

Kurikulum adalah ‘core business’
bagi setiap guru dan murid – murid
yang belajar di SMK Seri Paka.Dasar
yang ditetapkan menjadi garis
panduan kepada pengurusan dan
pelaksanaan kurikulum di SMK Seri
Paka bagi merealisasikan visi dan
misi sekolah,PPD,JPNT dan KPM.

2

MISI
SMK SERI PAKA

“ Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik

Negara Sejahtera”

VISI
SMK SERI PAKA

“ Melestarikan Sistem Pendidikan
Yang Berkualiti Untuk Membangunkan

Potensi individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara

“ SERI DIHATI”
“BERVISI BERTAQWA”

PERNYATAAN KETETAPAN/DASAR KURIKULUM SEKOLAH SMK SERI PAKA TAHUN 2022

1.0 LATAR BELAKANG

Pernyataan dasar kurikulum sekolah ini merujuk kepada kurikulum adalah ‘Core Bussiness’ bagi
setiap guru dan pelajar yang belajar di sekolah ini bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Pernyataan ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan
sebagai sebuah sekolah harian, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pernyataan ini dibuat sebegini
rupa akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan kurikulum sekolah ini selaras
dengan intipati falsafah Pendidikan negara.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan kepada setiap warga sekolah dalam
menguruskan pelaksanaan kurikulum.

2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.

2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik KPM, JPN Terengganu, PPD Dungun
dan Jemaah Nazir Malaysia.

3.0 KURIKULUM

3.1 Penyataan Dasar Kurikulum

3.1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan
kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,
unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.

3.1.2 Dasar Kurikulum Sekolah selari dengan arus perdana sistem dan dasar
pendidikan kebangsaan khususnya Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 – 2025.

3.1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian
Pendidikan Malaysia.

3.1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini mengenai pendidikan dan
kurikulum semasa.

3.1.5 Program akademik mestilah diutamakan . Hal ini bermakna sekiranya program
akademik bertembung dengan program lain, laluan mestilah diberikan kepada
program akademik.

3.1.6 Penggunaan kemudahan ICT dalam penyampaian kurikulum menjadi amalan
dan keutamaan.

4.0 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH

4.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya
empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah
dan isu kurikulum di sekolah.

4.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang
ditetapkan.

4.3 Seorang Setiausaha Jawatankuasa akan dilantik daripada kalangan guru yang
berpengalaman.

4.4 Agenda yang dibincangkan dan telah diambil keputusan dalam mesyuarat wajib
dilaksanakan.

4.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya
di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah
disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.

4.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak
terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan
Mata pelajaran beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .

4.7 Guru mestilah menyediakan dan menetapkan Sasaran Kerja Tahunan/KPI Kurikulum
pada awal tahun. Pelaporan pencapaian KPI akan dibentang dan disemak dua kali
setahun (bulan Jun dan November) bagi melihat ’outcome’ pencapaian akademik

4.8 Guru Kanan Mata pelajaran bersama Ketua Panitia dipertanggungjawabkan mestilah
membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum bagi
semua mata pelajaran.

4.9 Pengurusan kurikulum adalah salah satu daripada lapan (8) elemen National Key
Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi keberkesanan
pengurusan sekolah .

4.10 Pengurusan kurikulum dilaksanakan penarafannya mengikut standard SKPMg2.

4.11 Antara agenda yang perlu dibincangkan (mengikut keperluan) dalam mesyuarat
kurikulum sekolah adalah:

4.11.1 Isu pengajaran dan pembelajaran
4.11.2 Pendekatan dan kaedah PDPC terkini
4.11.3 Sukatan Pelajaran, DSKP, RPT dan RPH
4.11.4 Pelaksanaan PBS (rendah dan menengah)
4.11.5 Pencerapan
4.11.6 Pencerapan pengajaran guru
4.11.7 Semakan buku nota/latihan/lembaran kerja pelajar
4.11.8 Penilaian , Peperiksaan dan Pentaksiran

4.11.9 Analisis Peperiksaan SPM, PBD dan pentaksiran dalaman.
4.11.10 Dialong Prestasi Peperiksaan SPM, dan pentaksiran dalaman
4.11.11 Headcount
4.11.12 Kajian Tindakan/Amalan Terbaik Panitia
4.11.13 Perancangan program, projek dan aktiviti kurikulum
4.11.14 Dasar-dasar KPM, contoh: NILAM, MBMMBI
4.11.15 Belanjawan Panitia (BAP)/Unit Kurikulum.

4.12 Semua agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum
hendaklah dibincangkan semula dalam mesyuarat panitia.

5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN

5.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil 4 / 1986 dan Standard 3 dalam SKPMg2.

5.2 Panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk
saling bekerjasama, saling membantu, berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran
untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran.

5.3 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV
dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia.

5.4 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi
pengajaran yang inovatif, sekolaha Amanah /pendekatan PAK-21 dan boleh
mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap
pembelajaran.

5.5 Pengurusan panitia secara online atau web based/platfom DELIMA mestilah menjadi
keutamaan dan oleh itu laman web panitia mestilah sentiasa dikemaskini supaya
guru dan murid boleh sentiasa merujuk .

5.6 Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas
mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum dan mesyuarat panitia ini mestilah dihadiri oleh
pengurusan. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada
pengetua melalui Setiausaha Kurikulum.

5.7 Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau
laporan mesyuarat, surat - menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia
oleh ketua-ketua panitia.

5.8 Ketua Panitia bertanggungjawab memantau Fail Induk di pejabat sekolah.

5.9 Ketua Panitia bertanggungjawab memastikan pengurusan Bantuan Per Kapita(PCG)
panitia diurus dengan berkesan dan sentiasa mengutamakan pembelian bahan
bantu mengajar (BBM) untuk aktiviti pembelajaran pelajar supaya tidak berlaku
audit berteguran.

5.10 Panitia yang mempunyai ahli kurang daripada 3 tidak perlu mengadakan mesyuarat
panitia tetapi ahlinya wajib menghadiri mesyuarat panitia mengikut bidang masing-
masing seperti yang ditetapkan oleh GKMP dan kehadiran mereka serta perkara
yang dibincangkan mengenai panitia mereka perlu diminitkan bersama-sama
dengan minit mesyuarat yang telah dihadirinya.

5.11 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan
Operasi.

5.12 Semua panitia mesti menentukan sasaran tahunan pencapaian dan KPI panitia.

6.0 SUKATAN PELAJARAN, DSKP, RPT, PBS, PBD dan E-RPH

6.1 Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan (DSKP), Rancangan
Pengajaran Tahunan (RPT), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS, Pentaksiran Bilik
Darjah (PBD) dan Penulisan Rekod Pengajaran Harian (E-RPH) adalah dokumen rasmi
kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pembelajaran
dan pengajaran.

6.2 Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan
objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam DSKP kepada objektif pentaksiran dan
juga proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang
konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar.

6.3 Semua salinan dokumen berkaitan akan disemak oleh pengetua/wakil.

6.4 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (E-RPH) hendaklah mengikut format yang
telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelaksanaan PBS dan PBD hendaklah
direkodkan di dalam E-RPH.

6.5 Semua guru mestilah menyediakan E-RPH yang lengkap dan kemaskini sebelum
masuk ke kelas bagi memulakan PDPC.

6.6 Semua guru hendaklah menghabiskan sukatan pelajaran mengikut ketetapan
berikut:

6.6.1 Tingkatan 1 dan 2 – September/Oktober
6.6.2 Tingkatan 3 – Julai/Ogos
6.6.3 Tingkatan 4 - September/Oktober
6.6.4 Tingkatan 5 - Julai/Ogos

6.7 Penyelarasan Format Penulisan e- Rancangan Pelajaran Harian

6.7.1 Format Penulisan e Rancangan Pelajaran Harian (eRPH) menggunakan
format terkini dan guru boleh akses dalam drive sistem google Delima serta
hendaklah selaras bagi semua guru dari tingkatan 1 – 5 dan disesuaikan
mengikut mata pelajaran masing-masing.

7.0 SISTEM FAIL

7.1 Satu fail induk (Am 435 - Pindaan 1/80) mesti diwujudkan dan disimpan di pejabat
sekolah dan diurustadbir oleh Setiausaha Kurikulum Sekolah.

7.2 Satu fail induk panitia mata pelajaran(Am 435 – Pindaan 1/80) mesti diwujudkan,
disimpan di pejabat sekolah dan diurus tadbir oleh Setiausaha panitia.

7.3 Lain-lain fail panitia hendaklah disimpan di Bilik Kurikulum bagi memudahkan
diakses dan dipertanggungjawabkan kepada Ketua Bidang dan Ketua Panitia untuk
membuat pemantauan dan penyeliaan.

8.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

8.1 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan pelajar yang
berkemahiran dalam ICT. Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di
dalam menyokong Pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

8.2 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia
interaktif dan pembelajaran berasaskan laman sesawang (MOODLE-modular object
–oriented dynamic learning environment) platform DELIMA digalakkan dan akan
diperluaskan.

8.3 Memastikan penguasaan basic fact and information dalam setiap topik dikuasai oleh
pelajar dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif (i-Think) dan 14
kompentensi sekolah Amanah /model pembelajaran abad ke-21 supaya tidak
membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum berpindah ke topik
selanjutnya.

8.4 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik,kemahiran
berfikir kritis dan kreatif serta KBAT semasa proses Pembelajaran dan pengajaran
(Amalan kepada Slogan Q - Quality Teaching Quality Learning ) hendaklah diberikan
penekanan.

8.5 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik ( spt pendekatan
masteri, pendekatan penilaian kendiri menggunakan graf prestasi dan pembelajaran
contextual) di dalam proses pembelajaran dan pengajaran bagi meningkatkan
ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan pelajar dan pada masa yang sama
meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam.

8.6 Penggunaan kumpulan pembelajaran koperatif, ’cooperative learning structures’
dan ‘workshops’ mestilah diperluaskan dalam kalangan guru dan pelajar dengan itu
kerjasama antara murid dan guru dapat dipertingkat seterusnya tanggungjawab
untuk belajar dapat dipindahkan kepada pelajar.

8.7 Guru mata pelajaran dan pentadbir perlu membuat penilaian impak bagi mengenal
pasti proses keberkesanannya berdasarkan 12 elemen dalam standard 3 dan 4
SKPMg2.

8.8 Proses Pembelajaran dan pengajaran yang berkesan mestilah menggabungkan
’content skill, language skill, ICT skill & pedagogy skill’ . Setiap guru mestilah
berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-
kemahiran di atas secara berterusan.

8.9 Guru mata pelajaran , ketua panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah
sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang pelajar seperti
yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk

mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’,
GROW dan Graf Prestasi mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang
guru.

8.10 PDPC di luar bilik darjah adalah digalakkan tetapi mengikut kesesuaian dan
perubahan semasa.

9.0 BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI DAN BUKU LATIHAN

9.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan pelajar bagi mendedahkan
konsep-konsep dalam mata pelajaran.

.
9.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU
TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1993 bertarikh 27 Disember 1993.

9.3 Buku Latihan Amali mestilah digunakan dalam PdPc sains selaras dengan SPI Bil
7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 .

9.4 Guru mestilah memberi latihan bertulis secukupnya di dalam kelas ataupun sebagai
kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdPc. Latihan murid hendaklah disemak dan
memastikan murid membuat pembetulan.

9.5 Pelajar yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang dan mendapat pencapaian
cemerlang dalam peperiksaan hendaklah dihargai dengan apa juga cara yang boleh
dan dibincangkan di peringkat panitia .

10.0 LATIHAN MINIMUM DAN CUTI TERANCANG
10.1 Latihan pelajar adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengkayaan dalam topik-topik yang diajar.

10.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang hendaklah diputuskan dan
diterima sebagai sasaran kerja (PBPPP) di dalam mesyuarat panitia berdasarkan
keperluan di dalam sukatan pelajaran mata pelajaran masing-masing.

10.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, dan
tinggi.

10.4 Pada setiap kali cuti penggal persekolahan (melebihi 2 minggu) guru perlu
menyediakan dan memberikan latihan soalan cuti terancang kepada semua pelajar
bagi semua tingkatan

11.0 PENTAKSIRAN

11.1 Semua urusan pentaksiran (PBS, PBD dan lain-lain pentaksiran) yang dijalankan
menepati prinsip kesamarataan ekuiti murid dalam Pendidikan.

11.2 Sistem Peperiksaan Dalaman dan Awam hendaklah dilaksanakan berlandaskan
pentaksiran berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif dan sumatif.

11.3 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan
prosedur dan mekanisme yang telah ditetapkan.

11.4 Jawatankuasa SPPMA dan SAPS (Headcount Sekolah) dipertanggungjawabkan untuk
menguruskan semua data yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji
’take off value’ dan meletakkan ’ETR’ bagi peperiksaan awam.

11.5 Guru mata pelajaran bertanggungjawab memasukkan markah murid ke dalam
Sistem SPPMA, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan Sistem SPPAT dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Semua markah murid hendaklah dimasukkan dalam
sistem e-RPH.

11.6 Pentaksiran PT3/PBD dilaksanakan berdasarkan prosedur dan mekanisme yang telah
ditetapkan.

12.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI

12.1 Jumlah waktu mengajar setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan 1996 .

12.2 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah
dengan persetujuan pengurusan sekolah dan mesyuarat kurikulum.

12.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran
guru (pemeriksa kertas peperiksaan awam, Penggubal seoalan peperiksaan awam
dan Guru Cemerlang), namun penentuan akhir pengagihan mata pelajaran
pengajaran guru ditentukan oleh keperlukan sekolah dan pengurusan.

12.4 Jumlah waktu pengajaran hendaklah mematuhi SPI bil. 10/1995. (PERUNTUKAN
MASA SESI 2022 adalah 30 minit bagi satu petak)

12.5 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit /bercuti rehat
/menjalankan tugas rasmi di luar sekolah akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti .
Guru yang bercuti mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan
oleh murid semasa Jadual Waktu Ganti tersebut.

12.6 Jadual waktu mengajar dan Jadual waktu ganti akan diurus dan disediakan oleh
Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah .

12.7 Jadual Waktu penggunaan Bilik SBC mestilah disediakan oleh guru penyelaras
Bilik SBC. Satu salinan jadual yang lengkap hendaklah diserahkan kepada pengurusan
sekolah.

12.8 Pusat Sumber Sekolah hendaklah dimanfaatkan untuk menyokong proses PdPc.

13.0 PAKEJ MATA PELAJARAN

13.1 Menengah Rendah

13.1.1 Pakej Mata Pelajaran Menengah Rendah

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik/DLP
Pendidikan Islam
Geografi

Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Asas Sains Komputer (ASK) – elektif
Reka Bentuk Teknologi (RBT) – elektif
Pendidikan Islam
Sains/DLP

13.2 Menengah Atas

13.2.1 Pakej Mata Pelajaran Menengah Atas

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
Fizik
Kimia
Biologi
Matematik Tambahan
Pendidikan Seni Visual
Perniagaan
Pertanian
Tasawwur Islam.

13.2.2 Pembahagian Kelas Mengikut Pakej Mata Pelajaran (Tingkatan 4 dan 5)

MP TERAS KELAS MP ELEKTIF
Bahasa Melayu SAINS Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan – STEM A
Bahasa Inggeris
Matematik PERNIAGAAN PSV, Perniagaan – Kemanusiaan & Sastera
Sejarah
Pendidikan PERTANIAN Pertanian, Tasawwur Islam, – Kemanusian & Sastera
Islam
Sains PSV PSV – Kemanusiaan & Sastera

14.0 PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK

14.1 Semua program kecemerlangan akademik yang dirancang oleh JPKA hendaklah
berdasarkan kepada 6 aspirasi murid yang terdapat dalam PPPM.

14.2 Program kecemerlangan akademik yang dirancang hendaklah relevan dengan isu
dan permasalahan murid yang telah dikenal pasti (berdasarkan data)

14.3 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan
yang relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada
Jawatankuasa .

14.4 Penglibatan Unit HEM, Unit Kokurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling adalah
wajib bagi penyelarasan program kecemerlangan akademik.

15.0 PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN

15.1 Setiap guru akan dicerap dua kali setahun menggunakan instrumen Standard 4
SKPMg2 kecuali guru yang perlu diberi pencerapan susulan.

15.2 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan hendaklah menyediakan jadual
pencerapan melibatkan barisan pentadbir, ketua panitia, dan rakan sejawat.

15.3 Pencerapan hendaklah dilakukan secara profesional dan memberi bimbingan secara
individu untuk penambahbaikkan. Hasil pencerapan dibincangkan dalam sesi PLC

15.4 Pengurusan panitia dan program/dokumen berkaitan perlu dipantau oleh
pengurusan dari semasa ke semasa.

15.5 Mekanisma dan proses kerja penyeliaan buku kerja, modul , buku latihan dan hasil
kerja murid ditetapkan oleh Jawatankuasa dan rekod penyeliaan hendaklah
dilengkapkan.

15.6 Jawatankuasa Penyeliaan dan pemantauan perlu membuat laporan lengkap pada
pertengahan dan akhir tahun untuk dibincangkan dalam Mesyuarat kurikulum
Sekolah dan mesyuarat panitia untuk tindakan penambahbaikan .

16.0 PERKEMBANGAN PROFESIONALISME STAF

16.1 Semua guru mesti melengkapkan tempoh 7 hari latihan dalam perkhidmatan dan 42
mata kredit dalam tahun semasa perkhidmatan.

16.2 Semua guru ataupun staf sokongan digalakkan berusaha sentiasa memajukan dan
meningkatkan profesionalisme bagi memupuk budaya kerja cemerlang.

16.3 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian
KPM perlu menyediakan minit curai untuk tindakan seterusnya. Guru yang telah
menghadiri kursus hendaklah mengadakan kursus dalaman atau sekurang-
kurangnya memberi taklimat mengikut keperluan.

16.4 Ketua Bidang/ Ketua Panitia hendaklah memastikan guru yang mengajar mata
pelajaran bukan opsyen diberi bimbingan sewajarnya berkaitan subjek berkenaan.

17.0 PENUTUP

Pernyataan dasar kurikulum ini boleh dibuat penambahbaikan dari semasa ke semasa atas
keperluan sekolah dan perubahan dasar pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.


Click to View FlipBook Version