The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inarania, 2020-08-15 01:01:45

permata 2017

permata 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

Pada hari Jumaat 27 Mei 2016, telah berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang SMK Pelindung di Stadium Darul
Makmur bermula pada pukul 5:00 petang hingga 11:00 malam. Acara petang itu bermula setelah hujan reda dan
berjaya selesai pada pukul 6.30 petang. Selepas itu, semua pelajar dan guru serta ibu bapa bersiap sedia untuk solat
Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan solat Istisqa’. Setelah selesai solat, pada jam 8:00 malam, acara perbarisan
dimulakan. Tema perbarisan pada tahun ini ialah ‘futuristik’. Seterusnya, acara larian disambung pada pukul 8.45 malam.
Suasana begitu meriah dengan suara sorakan dan pukulan gendang semangat menyokong rumah masing-masing.
Lebih kurang pukul 10:15 malam, setelah semua acara selesai, maka majlis penyampaian hadiah pula dilangsungkan.
Pada tahun ini, rumah Exora telah menjadi johan keseluruhan, diikuti oleh rumah Alza pada tempat kedua, rumah Viva
pada tempat ketiga dan rumah Persona pada tempat keempat. Tahniah kepada atlet dan rumah sukan yang berjaya!

49

50

PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

Pada 17 Ogos 2016, Pelancaran Bulan Kebangsaan peringkat sekolah telah berlangsung di Dewan Ibnu Sina dengan
dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Zuraida binti Muhammad. Gimik pelancaran bagi perasmian
ini dimulakan dengan sketsa patriotik yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar dari unit beruniform Kadet Polis yang
tentang penentangan pejuang-pejuang tanah air menentang musuh negara. Seterusnya, lagu tema Bulan Kebangsaan
iaitu Sehati Sejiwa dan rangkaian lagu patriotik telah dinyanyikan dengan penuh semangat oleh warga SMK Pelindung.

MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2016 Kini Merdeka

Dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri Pahang, diikuti dengan Oleh :Wan Ahmad Fadli bin Wan
bacaan doa. Seterusnya persembahan lagu patriotik oleh Johan Pertandingan Lagu Mohd Yusri
Patriotik Peringkat Sekolah iaitu Kelab Keceriaan dengan lagu Mentera Semerah Padi.
Majlis diteruskan dengan ucapan Perasmian Penutupan Bulan Kebangsaan 2016 oleh Aku anak merdeka,
GPK Hal Ehwal Murid iaitu Encik Ahmad Sukri bin Abdullah diikuti dengan gimik perasmian. Lahir tak kenal derita,
Majlis berakhir penuh meriah dengan nyanyian beramai-ramai lagu-lagu patriotik oleh Lahir di bumi sentosa,
seluruh warga SPELL. Atas jasa pejuang negara,
Berkorban demi negara tercinta

Aku anak merdeka,
Pendidikanku sempurna,
Makan tidurku selesa,
Atas jasa perwira Malaya,
Yang tidak rela tanah tercinta ini
Diceroboh bangsa durjana,
Demi harmoni negara Malaysia

Kini,
Aku dewasa,
Faham erti merdeka,
Kenal erti sejahtera,
Ayuhlah sahabatku,
Kita bangkit untuk berjuang,
Walau nyawa galang gantinya

Merdeka, merdeka, merdeka!!!
51

GREEN WAVE RUN

Green Wave Run 2016 telah diadakan pada 27 Januari.
Seperti biasa, acara merentas pantai ini melibatkan
empat buah rumah sukan iaitu rumah Exora (hijau),
rumah Alza (biru), rumah Viva (merah) dan rumah Persona
(kuning). Pertandingan ini melibatkan dua kategori iaitu
lelaki dan perempuan A (Tingkatan 4 dan 5) dan kategori
lelaki dan perempuan B (Tingkatan 1, 2 dan 3).
Sebelum acara dimulakan, pelajar lelaki dikumpulkan
di Dataran Inovatif manakala pelajar perempuan
dikumpulkan di Dewan Ibnu Sina untuk aktiviti senam robik
dan memanaskan badan yang diketuai oleh Puan Hanifah Bt
Abas. Acara larian bermula pada pukul 8:50 pagi sehingga
10:50 pagi. Semasa acara berlangsung,
hujan turun namun semua pelajar
tetap meneruskan larian sehingga ke
garisan penamat. Semangat!!

52

KEJOHANAN SUKAN

KEPUTUSAN OLAHRAGA

Olahragawan DAN Olahragawati Kejohanan Balapan
Dan Padang SMK Pelindung Kali Ke 7 2016

MUHAMMAD SYAQEER BIN NURJANA SYAHIRAH BT
SAIFUL NIZAM KAHARUDIN
(RUMAH VIVA)
(RUMAH EXORA)
PENCAPAIAN
100 METER : EMAS PENCAPAIAN
200 METER: EMAS 100 METER : EMAS
4 X 100 METER : PERAK 200 METER: EMAS
4 X 100 METER : EMAS

PENYAMPAIAN HADIAH
KEJOHANAN SUKAN

12

RUMAH EXORA (HIJAU) RUMAH ALZA (BIRU)

34

RUMAH VIVA (MERAH)

RUMAH PESONA (KUNING)

OLAHRAGAWAN SEKOLAH ( MUHAMMAD
SYAQEER BIN SAIFUL NIZAM)

53

BINTANG MSSD

KEBANGSAAN

MASBYNUDNOAHEIKLGTABAIRAEMAIRSLNMEIIRPDBAAAIANDKNBMFLAA1AO5KNHRNT-ADUPGSREFYARSAIBINRAAGONKHGASTA AMALIA BATRISYA BINTI
NAZARUDDIN
PENYERTAAN SAMBUTAN
PERINGATAN PANDU
PUTERI SEDUNIA
(KEBANGSAAN)

KHAIRUL DANIEL HAIQAL
BIN KHAIRUL AZAM
CATUR - TEMPAT KE-5
PERINGKAT NEGERI.
LAYAK KE PERINGKAT
KEBANGSAAN

MOHAMED RASHDAN BIN ROSIEE MUHAMMAD AZRUL HISYAM
PENYERTAAN PERINGKAT BIN AZMI
KEBANGSAAN - NADWAH PENYERTAAN PERINGKAT
KEPIMPINAN ISLAM SEKOLAH- KEBANGSAAN - PENGAKAP
SEKOLAH KPM (JAMBOREE ON THE AIR)

MUHAMMAD KHAIRULLAH JAFFRY TAEKWANDO KEBANGSAAN
BIN RAZZAMAN

TAEKWANDO PERINGKAT
KEBANGSAAN - PATTERN (GANGSA)

NOOR AIMAN QAWIEN SYAHMI BIN MUHAMMAD SYAHMI ARHAM BIN
NOOR EMRAN AZMI
TAEKWANDO - SPARRING (EMAS), TAEKWANDO PERINGKAT
PATTERN (GANGSA) KEBANGSAAN - SPARRING (EMAS),
PATTERN (EMAS)

NURUL AISYAH BT IBRAHIM NUR EILYANA IZZATIE BINTI NOOR
TAEKWANDO PERINGKAT AZMAN

KEBANGSAAN - SPARRING (PERAK), TAEKWANDO - EMAS (PATTERN),
GANGSA (SPARRING)
54 PATTERN (GANGSA)

NEGERI QHAIRUEL HAFIZIE BIN ROSDI
PERINGKAT NEGERI. MELEMPAR
CAKERA

MUHAMMAD BADRUL AMIN BIN JESMI
BOLA SEPAK BAWAH 18 PERINGKAT NEGERI

MUHAMMAD FAKRUSY SYAKIRIN BIN
MOHD FAIROH

EMAS LOMPAT TINGGI L15. LAYAK KE
PERINGKAT NEGERI

MUHAMMAD ILYAS BIN SAYIDIL AHMAD
DAROWI
TEMPAT KE-10 - MERENTAS DESA L15
PERINGKAT NEGERI

MUHAMMAD SYAAQER BIN SAIFUL NIZAM
MERENTAS DESA L18 - LAYAK KE PERINGKAT

NEGERI

DAERAH KUANTAN

ALINA ZULAIKHA BINTI ZAIROLNIZAM
MERENTAS DESA P15 (TEMPAT KE-13)
ROGAYAH BINTI HASSAN
GANGSA- MELEMPAR CAKERA P18

SITI HAWA BINTI ZAKARIA
TEMPAT KE-5 BADMINTON
P18 INDIVIDU

WAN MUHAMMAD AKMAL HAKIM BIN
ABDUL WAHAB
MERENTAS DESA L18 - TEMPAT KE 15

ZAMRI BIN AB RAHMAN
PERAK - 4 X 100 M

MSSD. NAIB JOHAN
4X 400M LELAKI
BAWAH 15

BOLA SEPAK B15 JUARA
PERINGKAT DAERAH

55

SPELL HEBAT

BOLA SEPAK

Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain bola sepak SPELL
yang terpilih menyertai Program Pembangunan Bola Sepak
Negara (PPBN) dan telah mewakili pasukan Kuantan (Pusat
Latihan Daerah) dalam Kejohanan Allianz Junior Football
Camp Malaysia League 2016. Mereka yang terpilih ialah:
Bawah 13:

1. Muhammad Syahir bin Saiful Nizam
2. Shikh Ferhad Al-Rejal bin Shikh Mohd Fadzilah

Bawah 15:
1. Muhamad Imran bin Mohamad Kamal
2. Muhammad Ilyas bin Sayidil Ahmad Darowi
Madardi
3. Muhammad Kama Edyka bin Azhar
4. Fakhrul Afiq bin Azman
5. Muhamad Fakrusy Syakirin bin Mohd Fairoh

Bawah 17:
1.Muhammad Badrul Amin bin Jesmi
2.Wan Mohamad Daniel Haqimi bin Abdul Rahman
3.Wan Muhammad Akmal Hakim bin Abdul Wahab
4.Mohd Hamizan bin Moktar

Melalui Kejohanan Allianz Junior Football Camp
ini, Muhamad Fakrusy Syakirin bin Mohd Fairoh
telah terpilih ke peringkat antarabangsa menjalani
latihan bola sepak di Bali, Indonesia.

PUTERA SPELL KE BALI ANTARABANGSA

Muhammad Fakrusy Syakirin bin Mohd Fairoh atau lebih
mesra disapa Syakirin dilahirkan pada 10 Februari 2001
merupakan anak jati Kuantan. Anak sulung daripada
enam orang adik-beradik ini sememangnya gemar
bermain bola sepak dan bersukan sejak dari kecil
lagi. Bermula pada Tahun 5 lagi, ketika di SK Beserah,
beliau telah berjinak-jinak dalam arena sukan. Beliau
yang sentiasa aktif pada mulanya terpilih mewakili
pasukan ragbi SK Beserah ke peringkat Daerah Kuantan.
Seterusnya, beliau telah terpilih menyertai pasukan
negeri Pahang ke peringkat kebangsaan dan bertanding
di Perak pada tahun 2012 ketika berusia 11 tahun.
Alam sekolah menengahnya bermula di SMK Pelindung
pada tahun 2014. Sekolah ini tidak mempunyai pasukan
ragbi maka, beliau memilih untuk bertukar ke arena bola sepak pula. Beliau telah terpilih mewakili sekolah dengan posisi penjaga gol. Dalam masa yang sama,
beliau juga bergiat aktif dalam bidang olahraga dan terpilih mewakili sekolah dan seterusnya ke peringkat daerah. Acara kegemarannya ialah 200 meter, 4 x
100 meter, 400 meter, lompat jauh dan lompat tinggi.
Sejak berada di Tahun 6 sehingga kini, beliau telah terpilih menyertai Kelab Kuantan Soccer Kid. Melalui kelab ini, beliau telah didedahkan dengan pelbagai
bentuk latihan kecergasan dan kemahiran seperti teknik mengawal bola dan teknik hantaran. Latihan secara sistematik pada setiap pagi Sabtu dan Ahad oleh
jurulatih terpilih membolehkan potensi dan bakatnya semakin digilap dan menyerlah. Seterusnya, beliau menyertai latihan di Pusat Latihan Daerah Kuantan.
Kehebatannya jelas terserlah dalam Kejohanan Piala Alliance Zon Pantai Timur membolehkan beliau terpilih menyertai pasukan East Coast Zon Pantai Timur .
Pasukan ini mula menjalani latihan intensif selama seminggu di Gambang pada bulan Mei lalu. Seterusnya menyertai kejohanan peringkat kebangsaan pula yang
berlangsung di UKM, Bangi. Pasukan East Coast telah berjaya menjadi johan setelah menewaskan pasukan Southern Zone. Beberapa pemain yang menyerlah
dalam kejohanan ini telah terpilih mengikuti latihan pada peringkat antarabangsa di Bali, Indonesia termasuklah Syakirin sendiri.
Pada 19 Julai hingga 23 Julai 2016, beliau bersama dengan 13 orang lagi peserta dari Malaysia mula mengikuti latihan di Bali. Latihan ini turut disertai oleh
pasukan dari negara China, Korea, Taiwan, Singapura dan Indonesia. Mereka dilatih oleh jurulatih hebat iaitu bekas pemain kelab Bayern Munich (German).
Walaupun menghadapi sedikit kesukaran dalam berkomunikasi di sana, tetapi beliau dapat memahami sepenuhnya setiap ilmu dan tunjuk ajar oleh jurulatihnya.
Beliau juga seronok kerana dapat mengenali ramai rakan baru dari negara luar. Apa yang penting, pengalaman di Bali mula menyuntik semangat yang lebih
tinggi dan lebih yakin dengan kebolehan diri sendiri. Syakirin berharap agar beliau dapat berkongsi segala ilmu dan teknik yang diperolehnya di Bali dengan
rakan-rakannya di sini. Beliau juga mendapat pelajaran baru iaitu tidak mudah berputus asa, tak kenal erti kalah dan tak tahu erti sakit untuk terus mara. Prinsip
hidupnya, berusaha gigih tanpa putus asa, pasti akan berjaya. Semoga cita-citanya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional suatu hari nanti akan
menjadi kenyataan.

56

KEBANGSAAN

JAGUH catur

Khairul Daniel Haiqal bin Khairul Azam dilahirkan pada 11 Mei 2001 di Hospital Jengka, Bandar Jengka, Pahang. Beliau
merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Seawal usia enam tahun lagi, beliau telah diasuh oleh
ayahnya dalam permainan catur. Beliau mula menyertai kejohanan catur semasa belajar di Sekolah Kebangsaan
Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, Selangor. Semasa darjah lima dan darjah enam, beliau berjaya mewakili Daerah
Gombak ke peringkat Negeri Selangor. Bukan itu sahaja, beliau juga sering menyertai kejohanan-kejohanan anjuran
pihak luar bagi memantapkan lagi kemahiran dan memenuhi hobinya.
Setelah memasuki alam sekolah menengah, Khairul Daniel Haiqal meneruskan minatnya dalam arena catur. Beliau
yang tinggal di Asrama Semai Bakti FELDA, Kuantan turut menyertai Kejohanan Catur Inter Asrama FELDA Peringkat
Kebangsaan. Di SMK Pelindung, beliau mula mewakili sekolah dalam kejohanan catur sejak di tingkatan satu lagi. Pada
tahun ini, bakatnya semakin menyerlah apabila beliau telah berjaya menjadi johan di Peringkat Zon Juara Kategori
Bawah 15 Tahun dan seterusnya mendapat tempat keempat di peringkat Daerah Kuantan dan melayakkan beliau
mewakili Daerah Kuantan ke peringkat Negeri Pahang. Pada 15 Julai 2016, dalam Kejohanan Catur Peringkat Negeri
Pahang di SMK Paya Besar, Kuantan, Khairul Daniel telah berjaya mendapat tempat kelima dan hal ini melayakkan
beliau mewakili Negeri Pahang ke peringkat Kebangsaan yang berlangsung pada 12 hingga 19 Ogos 2016 di Kota
Bharu, Kelantan. Walaupun dalam kejohanan Peringkat Kebangsaan ini, nasib tidak menyebelahi beliau, namun
layak ke peringkat kebangsaan sudah cukup membuatkan beliau bangga kerana telah berjaya mengharumkan
nama Daerah Kuantan, dan yang paling penting mengharumkan nama SMK Pelindung. Tahniah untuk Khairul Daniel
Haiqal.
Khairul Daniel Haiqal yang bakal menduduki PT3 pada Oktober ini, bijak membahagikan masa antara minat dan
pelajaran. Fokus di dalam kelas sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran sangat penting bagi beliau. Pada setiap
hari, beliau akan memastikan, semua kerja sekolahnya disiapkan terlebih dahulu sebelum berlatih permainan catur.
Menurutnya, dalam permainan catur, fokus dan disiplin sangat penting. Jadi, tidur yang cukup membolehkan beliau
lebih fokus dalam mengatur strategi semasa bertanding. Beliau yang sentiasa menetapkan target dalam sebarang
aktiviti yang dilakukannya menyebabkan beliau sentiasa bersungguh-sungguh untuk mencapai impiannya. Beliau
ingin menjadi ‘Grand Master’ pertama di Malaysia dalam permainan catur ini. Semoga cita-cita Khairul Daniel
menjadi kenyataan suatu hari nanti.

57

PIBG

TAKWIM/AKTIVITI PIBG SESI 2015/2016

AKTIVITI TARIKH

- MENAIK TARAF BILIK SEJARAH, BILIK BAHASA DAN BILIK MATEMATIK JANUARI 2016
DENGAN PEMASANGAN PINTU JERIJI DAN LCD
- PEMBINAAN LALUAN BERBUMBUNG DI TEPI 2 /1/ 2016 (SABTU)
PERPUSTAKAAN 23/1/ 2016 (SABTU)
-PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 30/1/2016 (SABTU)
-SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1437H 3/3/2016 (KHAMIS)
-MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 7/2016 6-7/2/2016 (SABTU/AHAD)
-MAJLIS PERJUMPAAN PELAJAR TARGET PT3 DAN SPM 2016 30/4/ 2016 (SABTU)
-KEM KEPIMPINAN PELAJAR DAN KHEMAH IBADAH SMKPd 2016 16/5/2016 (ISNIN)
-MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR SMKPd 2016 16/5/2016 (ISNIN)
-HI TEA HARI GURU SMKPd 2016 JUN 2016
-SAMBUTAN HARI GURU SMKPd 2016 13/6 – 1/7/2016
-HARI PELAPORAN DAN PERMUAFAKATAN 22 SEPT 2016
-PROGRAM IHYA RAMADAN 2016 OKT 2016
-MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA PT3 DAN SPM 16/7/ 2016 (SABTU)
-MAJLIS RESTU ILMU SPM SMKPd 2016
-MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI PIBG SMK PELINDUNG OKT 2016
1437H/2016M BERSAMA YAB MENTERI BESAR PAHANG DAN
PELANCARAN KUTIPAN DANA PIBG
-PERTANDINGAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH
PIALA DATO’ SRI HAJAH JUNAINI BINTI KASSIM

SUMBANGAN PIBG

58

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA DENGAN
MENTERI BESAR PAHANG

Pada 16 Julai 2016 bersamaan dengan 11 Syawal 1437H (Sabtu), telah diadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri
peringkat sekolah dianjurkan oleh PIBG SMK Pelindung. Majlis tersebut bermula pada jam 11:00 pagi bertempat
di Dewan Ibnu Sina dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan bin Haji
Yaakob.
Antara rasional majlis tersebut diadakan adalah sebagai satu usaha untuk mengumpul dana PIBG pada tahun ini
khususnya untuk penambahbaikan kemudahan seperti alat pendingin hawa di Dewan Ibnu Sina dan bilik-bilik khas.
Selain itu, majlis tersebut juga diadakan untuk membina ikatan silaturahim dan ukhwah dalam kalangan ibu bapa,
pelajar-pelajar, guru-guru dan ahli masyarakat.
Sambil menikmati juadah hari raya yang disediakan, warga SMK Pelindung dan masyarakat sekitar turut dihiburkan
dengan pelbagai persembahan yang disampaikan oleh pelajar dan penyanyi jemputan. Yang lebih menarik acara
cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan seperti komputer riba, televisyen, telefon pintar, basikal, peralatan
elektrik dan hamper dilangsungkan.
Secara keseluruhannya, majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dilaksanakan dengan jayanya serta dihadiri oleh
sebahagian besar warga SMK Pelindung. Syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa majlis kerana telah berjaya
mengeratkan ukhwah dalam kalangan warga SMK Pelindung.

59

MESYUARAT AGUNG PIBG KE-7 SESI 2016/2017 DAN
WACANA KEIBUBAPAAN

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-7 sesi 2016/2017 dan Wacana Keibubapaan diadakan pada hari Ahad 31 Januari
2016 bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Pelindung. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dengan ceramah
keibubapaan oleh YH Dato’ Yahya bin Zainal Abidin, Rektor Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Beliau
merupakan mantan Pengarah Pendidikan Pahang. Beliau memberi tips-tips untuk menangani kerenah anak-
anak masa kini. Selepas rehat sebentar untuk minum pagi, Mesyuarat Agung PIBG dimulakan. Antara agenda
mesyuarat PIBG kali ke-7 ini ialah ucapan daripada YDP PIBG, Encik Zulaimi bin Ahmad berkenaan laporan aktiviti
sepanjang tahun 2015, pembentangan kewangan oleh Puan Nur Fadly Aida selaku bendahari, perbahasan usul
dan penetapan yuran PIBG bagi tahun 2016.

Seterusnya usul yang dibahasakan pada kali ini ialah berkaitan
harga makanan di kantin, yang dikatakan sedikit mahal dan semakin
membebankan bagi pelajar yang kurang berkemampuan. Namun, hal
ini sudahpun diambil tindakan sewajarnya. Mesyuarat berakhir pada
pukul 1:00 petang.

60

MAJLIS TAHLIL DAN KESYUKURAN SEMPENA KEJAYAAN MURID
PT3 DAN SPM TAHUN 2015

Pada 13 April 2016 SMK Pelindung dengan kerjasama PIBG
telah menganjurkan Majlis Tahlil dan Kesyukuran Sempena
Kejayaan Murid PT3 & SPM Tahun 2015 di Dewan Ibnu Sina.
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk menjadikan
majlis jamuan sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan
murid, ibu bapa dan guru-guru.Majlis dimulakan pada jam
12.30 tengah hari, di mana para pelajar bergerak masuk
ke dewan, diikuti kehadiran para jemputan, ibu bapa
dan pelajar PT3 & SPM 2015. Seterusnya, majlis tahlil, doa
selamat dan solat Zuhur berjemaah diadakan di Dewan
Ibnu Sina. Jamuan kesyukuran diadakan pada jam 1.30
petang sehingga 3.00 petang.

61

LADAP protokol dan ETIKA sosial DI hotel ZENITH

“guru pembina negara bangsa”

Pada 12 haribulan Ogos 2016 telah diadakan LADAP Protokol dan Etika Sosial
di Organza Ballroom, The Zenith Hotel, Kuantan. Program ini dianjurkan oleh
Persatuan TERATAI dengan kerjasama SMK Pelindung. Matlamat program
ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang adab, etika dan
protokol dalam majlis rasmi. Juga bertujuan untuk mengupayakan guru-guru
mengendalikan tugas dalam majlis rasmi . Program bermula pada pukul 2.30
petang dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zawawi bin Jusoh dan diikuti oleh
ucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Pengetua, Datin Sri Diraja Dato’ Sri
Hajah Junaini binti Kassim. Majlis ini disertai oleh ahli-ahli Persatuan TERATAI
dan semua guru serta staf sokongan SMK Pelindung. Turut serta dalam program
ini ialah Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan iaitu Tuan Haji Karim bin
Mohd Yunus dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan.

Slot pertama program ini ialah ceramah tentang Protokol oleh
Encik Bahazelan bin Osman selaku Ketua Pembantu Tadbir Bahagian Istiadat
dan Pengurusan Majlis Rasmi di Pejabat SUK Negeri Pahang. Beliau telah
memberi penerangan jelas tentang perjalanan majlis rasmi termasuklah tatacara
berpakaian, prinsip tempat duduk dan bahasa istana. Program diteruskan
dengan ceramah slot kedua di bawah tajuk Etika Sosial oleh Puan Siti Najihan
Karimah binti Mat Ali iaitu Penolong Perunding Latihan di INTAN Wilayah Timur.
Para peserta didedahkan tentang tatacara makan yang betul dalam majlis rasmi
seperti adab memegang sudu, garpu dan pisau, adab memegang gelas, adab
duduk dan tatacara makan. Program berakhir pada pukul 6.00 petang.

62

GURU OH GURU

Majlis Perpisahan En Nazim & En Nazaruddin

Pada 24 Februari 2016, telah diadakan satu majlis istimewa bagi meraikan dua orang guru yang bertukar ke sekolah baharu.
Guru-guru berkenaan ialah Guru Penolong Kanan HEM, Encik Mohd Nazim bin Ismail yang bertukar ke SMK Astana dan Guru
Penolong Kanan Kokurikulum SPELL 2015, Encik Nazaruddin bin Mohd Yusof yang kini berkhidmat di Sekolah Sukan, Gambang.
Majlis ringkas ini bermula pada pukul 8.00 pagi, dimulai dengan dengan ucapan Yang Berbahagia Pengetua SMK Pelindung,
Datin Sri Diraja Dato’ Sri Hajah Junaini binti Kassim, diikuti oleh ucapan Encik Mohd Nazim dan seterusnya Encik Nazaruddin.
Sebagai penghargaan terakhir untuk kedua-dua orang guru yang disayangi, pelajar-pelajar Tingkatan 5 Berlian telah
mempersembahkan nyanyian khas untuk kedua-dua insan yang diraikan itu. Seterusnya, acara penyerahan cenderahati
telah diadakan. Majlis berakhir dengan sesi bersalam-bersalaman bersama dengan Encik Nazim dan Encik Nazaruddin. Kami
warga sekolah mengharapkan agar Encik Nazim dan Encik Nazaruddin sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk terus
berkhidmat dan menabur jasa kepada anak bangsa.

63

SAMBUTAN HARI GURU 2016

“guru pembina negara bangsa”

Hari Guru merupakan hari yang istimewa kepada semua guru.
16 Mei 2016, sambutan Hari Guru peringkat SMK Pelindung telah
dilangsungkan dengan penuh meriah. Program yang dikendalikan
oleh Badan Pengawas Sekolah ini dimulakan dengan acara sukaneka
antara guru di Dataran Inovatif. Guru-guru dan kaki tangan sekolah
telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Memang meriah
dengan gelagat guru-guru yang bersemangat untuk menang.
Selesai sukaneka, guru-guru bertukar penampilan dengan
mengenakan pakaian dengan tema putih bersih. Memang berseri-seri
guru-guru ketika diarak masuk ke dalam Dewan Ibnu Sina. Selesai
bacaan perutusan Hari Guru, guru-guru menyanyikan lagu Guru
Malaysia dengan penuh semangat. Majlis diteruskan dengan acara
penyampaian hadiah kepada semua guru oleh Badan Pengawas,
PSS, PRS dan Badan Ketua Kelas. Seterusnya guru-guru dihiburkan
dengan pelbagai persembahan oleh para pelajar. Yang paling menarik
ialah apabila guru-guru juga naik ke pentas membuat persembahan
secara spontan. Sebelum berakhirnya majlis, acara Anugerah Guru
diadakan. Terdapat pelbagai anugerah telah dimenangi oleh guru-
guru seperti guru paling kreatif, guru paling dedikasi, guru paling
tegas dan banyak lagi. Semoga Hari Guru ini dapat mengeratkan lagi
hubungan mesra antara guru dan murid-murid SMK Pelindung.

64

KELAB DAN PERSATUAN

KELAB BIMBINGAN DAN KERJAYA

KELAB FOTOGRAFI

KELAB KECERIAAN

65

KELAB KOMPANG
KELAB KOPERASI
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

66

KELAB REKA CIPTA DAN TEKNOLOGI
KELAB RUKUN NEGARA
PENGAWAS SUKAN

67

PERSATUAN BAHASA INGGERIS
PERSATUAN BAHASA MELAYU
PERSATUAN EKONOMI RUMAH TANGGA

68

PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM
PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
PERSATUAN SEJARAH DAN GEOGRAFI

69

SIDANG REDAKSI MAJALAH SEKOLAH
SKUAD PIBG

70

SUKAN DAN PERMAINAN

KELAB BADMINTON

KELAB BOLA BALING

KELAB BOLA JARING

71

KELAB BOLA TAMPAR
KELAB CATUR
KELAB HOKI

72

KELAB OLAHRAGA
KELAB PING PONG
KELAB SEPAK TAKRAW

73

KELAB SOFBOL

74

AKTIVITI UNIT BERUNIFORM 2017 PENGAKAP
Mencipta Logo Dan Moto Pengakap Bagi Persediaan Kempori Peringkat
KADET REMAJA SEKOLAH Daerah Kuantan (15/02/2017)
Latihan Kawad Statik Dan Ikatan Anduh (15/03/2017) Latihan Kawad Kaki Untuk Persediaan Pertandingan Kawad Kaki
-Antara jenis ikatan anduh ialah lipatan anduh segi tiga , anduh leher Peringkat Sekolah Dan Taklimat Kem Kemahiran Yang Melibatkan
dan siku , anduh tapak tangan dan kaki Beberapa Ujian Lencana (12/04/2017)
Latihan Kawad Kaki Statik (13/04/2017) Pendedahan Mengenai Asas Bantu Mula Dengan Menonton Tayangan
-Antara jenis kawad ialah hormat kehadapan , buka barisan , dan hentak Video Yang Berkaitan.
kaki
Ikatan (12/07/2017) PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA
-Jenis jenis ikatan ialah buku sila , tindih kasih , simpul manuk dan Pendedahan Sejarah BSMM Kepada Ahli BSMM Di Dewan Ibnu Sina
bunga geti (11/03/2017)
-Melibatkan AJK pertolongan cemas dan bantu mula
KADET PERTAHANAN AWAM Pendedahan Kaedah Rawatan Kaki Terseliuh Kepada Ahli BSMM Di
Teknik Asas Ikatan ( 15/03/2017) Dewan Ibnu Sina(15/03/2017)
-Sebanyak 10 jenis ikatan telah dilakukan. Antaranya ialah simpul balak Menghantar wakil ke Perkhemahan BSMM Sekolah Menengah
, simpul mati, buku sila dan tindih kasih. Peringkat Negeri Di Pusat Kokorikulum
Latihan Kawad Kaki Statik (13/04/2017)
-Arahan kawad kaki static telah diberikan oleh Firdaus dari kelas 5 KADET BOMBA
Berlian dan melibatkan semua ahli KASPA Simulasi Perhimpunan Kokurikulum (15/03/2017)
Ikatan (03/05/2017) -Ahli dilatih berbaris mengikut tatacara perbarisan
-Antaranya ialah simpul balak, simpul mati, buku sila, dan tindih kasih -Ahli dilatih mengikut arahan kawad asas
-Semua ahli melakukan tatacara seperti mana perhimpunan kokurikulum
PANDU PUTERI Latihan Kawad Kaki Statik (13/04/2017)
Latihan Kawad Kaki Dan Latihan Membuat Kraftangan (15/03/2017) -Seorang kadet dipilih menjadi ketua
-Antara jenis kraftangan seperti kerongsang tudung daripada kain perca. -Semua ahli dilatih kawad statik (perkara asas dalam kawad)
Latihan Kawad Kaki Dan Taklimat Kemahiran (12/04/2017) Latihan Berkumpulan : Ikatan Buku Sila Dan Simpul Manuk (12/07/2017)
-Melengkapkan buku log dan taklimat pertandingan masakan iaitu
penyediaan menu dan cara memasak KADET POLIS
Latihan Ikatan Dan Simpulan (03/05/2017) Latihan Kawad Kaki Berkumpulan Dan Kawad Kaki Individu
-Antara Jenis ikatan dan simpulan ialah simpul manuk, bunga geti, buku (15/02/2017)
sila dan tindih kasih Menghantar Wakil Ke Kursus Ronda Pandu Arah Dan Kursus Markestri
(15/02-18/03/2017)
AKTIVITI KELAB PERSATUAN 2017 Karnival KOR Daerah Kuantan Kompleks PDRM , Alor Akar, Kuantan.

KELAB KOPERASI PERSATUAN EKONOMI DAN RUMAHTANGGA
Pendedahan Undang-Undang Kecil Koperasi (Akta Koperasi 1993) Pertandingan Buku Skrap (22/02/2017)
(29/03/2017) -Sempena minggu Anti-Dadah
-Memberi pendedahan ringkas tentang undang-undang koperasi. Menghias kotak pensil (19/04/2017)
Maksud akta, anggota, dividen, honorarium, subsidiari dan sebagainya. Persembahan Multimedia Israk Mikraj (17/05/2017)
Persediaan Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-4 (19/04/2017)
-Latihan membaca skrip bagi pencadang dan penyokong KELAB BIMBINGAN DAN KERJAYA
-Menyediakan bahan bercetak seperti minit mesyuarat agung yang lalu Pengenalan Energizer (29/03/2017)
dan pamplet -Pembentukan kumpulan untuk membuat buku skrap anti dadah
Pengurusan Stok (05/07/2017) -Mencabut undian tajuk2 buku skrap
-Mengira stok barangan yang terdapat dalam koperasi mengikut jadual. Ceramah Dan Persembahan Multimedia Sempena Isra’ Mikraj
(17/05/2017)
PERSATUAN BAHASA MELAYU -Ahli kelab menyertai aktiviti tersebut dengan jayanya.
Pembentukan Kumpulan (suaikenal) yang terdiri daripada 6 orang Latihan Energizer Oleh Kumpulan 2 (05/07/2017)
(22/02/2017) -Ulangkaji nota energizer dan tugasan wajib semua ahli kumpulan
-Membincangkan nama kumpulan -Latihan pergerakan energizer ‘TUGU, MATAHARI, TRAFFIC LIGHT,
-Membentangkan sebab pemilihan nama pembentukan tersebut AMBULANS, KAYAK ‘
Permainan Bahasa (29/03/2017)
-Sahibba dengan menyusun perkataan KELAB RUKUN NEGARA
Tarsia (05/07/2017) Aktiviti Permainan Dalaman (29/03/2017)
-Mencantumkan kertas dalam pelbagai bentuk mengikut maksud -Contoh permainan dalaman seperti permainan sudoku , catur dan
peribahasa dengan tepat. saidina
Pertandingan Menulis Dan Membaca Sajak (19/04/2017)
PERSATUAN SEJARAH DAN GEOGRAFI -Ahli kelab dibahagikan kepada 7 kumpulan untuk menulis dan
Pop Up Book (22/02/2017) membaca sajak berkaitan Rukun Negara.
-Pelajar diberikan tugasan untuk membuat pop up book berdasarkan -Wakil setiap kumpulan akan membaca sajak yang telah ditulis.
tajuk yang diberikan mengikut kumpulan. Permainan Tradisional (02/08/2017)
Pop Up Cards (29/03/2017) -Contoh permainan tradisional seperti permainan congkak , batu
-Pelajar diberikan tugasan untuk membuat pop up cards berdasarkan seremban, dan lain lain.
tajuk yang diberikan mengikut kumpulan.
Teka Silang Kata (19/04/2017) PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK
-Pelajar diminta menyelesaikan teka silang kata berkaitan sejarah dan Pertandingan Buku Skrap Sempena Minggu AntiDadah (22/02/2017)
geografi berdasarkan kepada soalan yang diberikan. -6 orang wakil daripada persatuan Sains dan Matematik telah
mmenyertai pertandingan dan berjaya mendapat tempat pertama.
PERSATUAN BAHASA INGGERIS Kanggaroo Matematiks Competition 2017 ( 16/03/2017)
Pertandingan Treasure Hunt (22/02/2017) -Pelajar perlu menjawab soalan dalam masa 75 minit
-Pelajar mencari barang barang yang berada di tempat yang Pertandingan Membina Jambatan Menggunakan Bahan Yang
berasingan. Disediakan ( 19/04/2017)
Crossward Puzzle (19/04/2017) -Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan
-Menyelesaikan ejaan perkatan berdasarkan makna yang diberi -Setiap kumpulan perlu membina 1 jambatan hanya menggunakan 50
Menonton Filem Bahasa Inggeris (05/07/2017) batang lidi satay dan 20 gelang getah
-Untuk mencari perkataan susah dan maknanya
75

KELAB FOTOGRAFI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
Tayangan Video – Asas Fotografi Digital (22/202017) Tayangan Video Jenayah : Gerak Khas (19/04/2017)
Pertandingan Foto Terbaik mengikut Tema (Januari – Ogos) -Tontonan, perbincangan tentang nilai-nilai yang terdapat dalam video
-Binatang Kesayangan tersebut
-Bunga-bungaan Membuat Peta I-Think (05/07/2017)
-Pemandangan waktu senja -Membuat peta bulat berkaitan jenis-jenis jenayah, punca-punca jenayah
-Objek jelas (hitam putih) dan kesan-kesan jenayah
-Warga Tua (dengan kapsyen yang sesuai) Program Keselamatan Jalan Raya Bersama Petron Peringkat Negeri
Kursus Asas Fotografi – di Kolej Komuniti Paya Besar, Gambang Pahang(28/03/2017)
(07/10/2017) -Murid diberikan seminar tentang keselamatan jalan raya
-Pameran tentang keselamatan jalan raya
KELAB KECERIAAN -Pemberian helmet bagi sekolah yang terpilih
Photobooth (22/02/2017) -Seramai 18 orang murid terlibat
-Flower 3D Slot 1 bagi pelajar perempuan manakala pelajar lelaki
menyertai aktiviti taman keceriaan. KELAB REKA CIPTA DAN TEKNOLOGI
Photobooth (29/03/2017) Membuat Lakaran Logo Rekacipta Dan Teknologi (22/02/2017)
-Flower 3D Slot 2 bagi pelajar perempuan manakala pelajar lelaki -Pelajar telah melakar dan berjaya menghasilkan satu logo yang sesuai
menyertai aktiviti mencantas pokok. dan kreatif untuk kelab tersebut
Photobooth (19/04/2017) Membuat Lakaran Inovasi (29/03/2017)
-Flower 3D Slot 3 bagi pelajar perempuan manakala pelajar lelaki -Pelajar perempuan telah melakar topi yang kreatif dan seorang
membaik pulih netting taman keceriaan pemenang dipilih daripada mereka.
-Pelajar lelaki bergotong royong membersihkan taman hiasan Puan
KELAB PENDIDIKAN ISLAM Azila
Program Celik Al Quran (19/04/2017) Penerangan Mengenai Rekacipta Daripada Botol Plastik (05/07/2017)
-Mengenal pasti murid yang lemah, sederhana dan mahir membaca Al -Ahli kelab diberikan penerangan mengenai rekacipta daripada bahan
Quran terpakai seperti botol plastik.
Pertandingan Mereka cipta Bahan Powerpoint Sempena Isra’ Mikraj Dan
Bulan Rejab Peringkat Sekolah (25/04/2017) KELAB KOMPANG
-Ahli kelab menyertai pertandingan tersebut dengan jayanya. Tayangan Video Persembahan Kompang (pendedahan teknik dan
Kuiz Tokoh-Tokoh Islam (05/07/2017) persembahan kepada semua ahli)
-Mengenal pasti 3 tokoh Islam dan sifat-sifat peribadi tokoh tersebut. Latihan Paluan Kompang - keseragaman paluan dan kesesuaian lagu
Pertandingan Kompang antara kumpulan
AKTIVITI SUKAN DAN PERMAINAN 2017
BADMINTON
BOLA JARING Kejohanan Badminton Bawah 15 Dan 18 Tahun (19-25/01/2017)
Kemahiran Menjaring ( Statik ) Dan Mengacah (05/04/2017) -Pertandingan diakan di Playground Jalan Industri Semambu 7 Kuantan
Kemahiran Menghantar Dan Menerima Bola (Dada , Sisi Dan Loop) Pengenalan Asas Badminton (05/04/2017)
(26/04/2017) -Ahli diberikan pengenalan asas badminton seperti servis
Pengenalan Peralatan Bola Jaring (05/07/2017) Perlawanan Kalah Mati Antara Pelajar Tingkatan 1 dan 2 serta Latihan
Teknik Strok Dan smasy Badminton Bagi Tingkatan 3,4 Dan 5
BOLA BALING
Pendedahan Sejarah Bola Baling (05/04/2017) CATUR
-Ahli kelab diberikan pendedahan tentang sejarah bola baling dan Kejohanan Catur MSS ( Zon Juara ) Kuantan di Dewan BTPN
mencatatkan ke dalam buku log mereka. (16-17/02/2017)
Taklimat tentang Asas Bola Baling Dalam Buku Log (26/04/2017) -Seramai 12 peserta terlibat yang terdiri daripada 4 peserta setiap
-Taklimat diberikan oleh pengerusi kelab bola baling kategori
-Taklimatnya ialah kemahiran asas bola baling, undang undang bola -3 peserta layak ke peringkat MSS daerah
baling dan sejarah ringkas bola baling Kejohanan Catur MSS di SHAKS Kuantan (07-09/03/2017)
Membina Kumpulan Dan Melakar Serta Menghasilkan Logo Bola Baling Perjumpaan Ahli Untuk Menjalankan Aktiviti Kelab Seperti Bermain
(05/07/2017) Catur (Jan-Okt)
-Lakaran yang kreatif dipilih dan pemenangnya diberikan hadiah.
OLAHRAGA
BOLA TAMPAR Kejohanan Merentas Desa MSSD (lelaki dan perempuan bawah 18
Kejohanan Bola Tampar MSSD Kuantan Bawah 18 (18-25/01/2017) tahun) (02/02/2017)
Menonton Tayangan Video Perlawanan Bola Tampar (05/04/2017) Kejohanan Balapan Dan Padang Di Stadium Darul Makmur
-Ahli menonton perlawanan bola tampar antara Itali VS Brazil di Rio (07-09/03/2017)
2016 Olympic Games Kejohanan Balapan Dan Padang MSSP Di Temerloh (03-07/04/2017)
Pengenalan Kemahiran Asas Bola Tampar (26/04/2017)
-Kemahiran Digging diperkenalkan PING PONG
Kursus Pengadilan Ping Pong Peringkat Daerah Melibatkan 14 orang
HOKI Pelajar (21/01/2017)
Tayangan Video (26/04/2017) Kejohanan Ping Pong MSSD Kuantan (08/02/2017)
-Tayangan video tentang kemahiran asas hoki, undang undang hoki dan -Seorang pelajar mendapat tempat ke-4 dalam kejohanan tersebut
sejarah ringkas hoki Perjumpaan Ahli Untuk Menjalankan Aktiviti Kelab (Januari-Oktober)
Ujian Kemahiran Asas Hoki (13/09/2017) -Antara aktivitinya ialah latihan asas aktiviti ping pong dan teori
Kejohanan Hoki Tertutup SPELL (bawah 16 tahun) (23/09/2017) (praktikal), teknik pengadilan dan kurus pengadilan, menonton video
permainan ping pong, pemilihan wakil sekolah sesi 2017 dan penilaian.
BOLA SEPAK
Membuat Tayangan Video (26/04/2017)
-Tayangan video tentang kemahiran asas bola sepak, undang undang
bola sepak dan sejarah ringkas bola sepak
Merancang Aktiviti Perlawanan Liga Bola Sepak Antara Tingkatan
(05/07/2017)
Menghantar Wakil ke Liga MSSD Kuantan Bawah 15 Tahun
(April-Julai 2017)

76

ALBUM KELAS 1 BERLIAN

GURU TINGKATAN : PUAN WAN NOR AZLINA BT IBRAHIM

1 DELIMA

GURU TINGKATAN : PUAN MAIZATUL ASLAMIAH BT GHAZALI

1 INTAN

GURU TINGKATAN : USTAZAH FAIZAHANUM BT HAMEDON

77

1 MUTIARA

GURU TINGKATAN : PUAN JAMALIAH BT ISMAIL

1 NILAM

GURU TINGKATAN : PUAN ROZWATI BT AB MAJID

1 ZAMRUD

GURU TINGKATAN : ENCIK MUHAMMAD BIN AB GHANI
78

2 BERLIAN

GURU TINGKATAN : PUAN ROSMINA BT CHE MAT

2 DELIMA

GURU TINGKATAN : USTAZAH LAILI BT OMAR

2 INTAN

GURU TINGKATAN : ENCIK KAMARUL BIN MAMAT

79

2 MUTIARA

GURU TINGKATAN : CIK NG SOK LENG

2 NILAM

GURU TINGKATAN : PUAN NOR AKEMAR SIHAR BT OTHMAN

2 ZAMRUD

GURU TINGKATAN : PUAN NOR SYAZANA BT MOHD SALIHIN
80

WARGA PEN

SENARAI NAMA

NDIDIK 2017

SENARAI NAMA GURU 2017

BIL NAMA TARIKH LAPOR DIRI OPSYEN
1 DATO' SRI HAJAH JUNAINI BT KASSIM (PENGETUA) 20.11.2014
2 ZURAIDA BT MUHAMMAD (PK 1) 13.05.2011 B.ING/P.MORAL
3 AHMAD SUKRI BIN ABDULLAH 08.03.2016 EKONOMI
4 SITI NOR AZAH BT ABU BAKAR 08.11.2015
5 SUZILIANA BT JAMALUDIN 01.06.2009 SEJARAH/KESUSASTERAAN
KIMIA/BIOLOGI
6 SUZANA LAKSANA BT AHMAD 17.12.2009
7 HAJAH SURIYANI BT ALI 01.01.2011 BAHASA MELAYU
8 JUWARIAH BT MUDA 01.12.2009 BAHASA MELAYU/SEJARAH
9 NURUL AZWIN BT MAZLAN 27.12.2011
10 NORBAISATUL BT OMAR 04.01.2013 KAUNSELOR
11 JAMIYAH BT MD. ISA 17.04.2013 KAUNSELOR
12 KAMARUL BIN MAMAT 02.03.2015 B.MELAYU/SEJARAH
13 NURYATI BT MOHD NOR 28.03.2014 PENDIDIKAN ISLAM
14 NORUL HUDA BT MUHAMAD 25.11.2009 B.MELAYU/SEJARAH
15 NORDIYANA BT RAZALI 17.06.2017 SAINS/BIOLOGI
16 ARNI ROZZANA BT HAJI JURID 01.02.2016 PENDIDIKAN ISLAM
17 ASFARIDA BT JA'AFAR 26.12.2013 SENI VISUAL
18 ASMA HANIM BT MOKHTAR 02.01.2013
19 AZILA BT AZIMAT 01.12.2009 TESL
20 EDDY MOHD SAHLAN BIN OSMAN 22.12.2014 PENDIDIKAN ISLAM
21 FARIDA MONA BT MAZHANASH 16.03.2015
22 FAIZAH BT MUDA 01.03.2017 SAINS PERT/KH
23 FAIZAHANUM BT HAMEDON 01.01.2017 BAHASA INGGERIS
24 HASIMAH BT HASSAN 22.12.2009 KEMAHIRAN HIDUP
25 HANIFAH BT ABAS 18.01.2011
26 HALIMAH BT TALIB 01.01.2017 BHS ARAB/P. ISLAM
27 JAMALIAH BT ISMAIL 02.12.2010 FIZIK/KIMIA/BIO
28 JORAIZAM BT MOHAMAD JAMIN 01.06.2009 PSIKOLOGI/BI
29 KANMANI A/P RAMAN 24.03.2014
30 LAILI BT OMAR 31.03.2014 FIZIK/KIMIA/BIO
31 MAZLINA BT MUSA 01.06.2009 TESL/LITERATURE
32 MAIZATUL ASLAMIAH BT GHAZALI 11.08.2014
33 MARDHIAH BINTI MUJAHID 11.08.2014 MATEMATIK
34 MARIAM BT ABDUL RAHMAN 26.12.2012 IT/P.ISLAM
35 MOHD REDZA BIN MOHAMAD 01.12.2009 P.SENI/GEOGRAFI
36 NOR AKEMAR SIHAR BT OTHMAN 26.12.2012 MATEMATIK
37 HAJAH NORHAMZANI BT YUSOF 01.06.2009 SAINS KOMPUTER
38 NORIZA BT MUHAMED 30.11.2011 KEMAHIRAN HIDUP
39 NORSIHA BT WAN ABDULLAH 07.06.2011
40 NG SOK LENG 01.03.2011 TESL
41 NOOR MARZLINA BT MOHD TAJUDIN 23.12.2010 GEOGRAFI
42 NAZARUDDIN BIN MOHD YUNUS 06.12.2011
43 NOOR HASIMAH BT ALI 25.03.2015 ERT
44 NOR AMALINA BT NORDIN 08.05.2015 MATEMATIK
45 NUR SALINAHANY BT HANAFIAH 09.06.2010
46 NORALIANA BT AWANG TEH 07.02.2011 PJK
47 NOR HALAWATY BT MUSTAFA 15.12.2014 B.INGGERIS
48 NOR SYAZANA BT MOHD SALIHIN 18.01.2016 MATEMATIK
49 NUR FADLY AIDA BT AHMAD FADZIL 26.12.2012
50 RAFIDAH BT ADNAN 12.02.2014 PJK
SAINS
MATEMATIK
B.ARAB/P.ISLAM
MATEMATIK
MATEMATIK
SAINS SUKAN
BIOLOGI
BIOLOGI

51 ROGAYAH BT ABD NOH 13.06.2016 KEMAHIRAN HIDUP
52 ROSMINA BT CHE MAT 14.02.2011 SEJARAH/B.MELAYU
53 ROSNAH BT HUSSAIN 18.01.2011
54 ROZAILAH BT MD JIDON 01.01.2016 ERT
55 ROZWATI BT AB MAJID 30.12.2011 KEMAHIRAN HIDUP
56 RAHIDAH BT MAT 30.11.2009 PENDIDIKAN ISLAM
57 SHALIMAH BT HASSAN 19.12.2011 P.ISLAM/USULUDDIN
58 SITI FAIRUZ BT IBRAHIM 21.01.2011
59 SITI NUR BT OTHMAN 01.12.2009 B.MELAYU
60 WAN ASMA IZAM BIN WAN MOHAMAD 18.06.2010 KIMIA / BIOLOGI
61 WAN NOR AZLINA BT IBRAHIM 09.12.2010
63 AZLIZA BT WAN AHMAD 28.12.2009 MATEMATIK
PSV

GEOGRAFI
PJK

SENARAI STAF SOKONGAN

BIL NAMA TARIKH LAPOR DIRI OPSYEN
1 RUSLELI BT MOHD YUSOF 02.05.2017 KETUA PEMBANTU TADBIR
2 NOOR DINI BT MAHMOOD 14.06.2011
3 NORZALLINA BT ABDULLAH 21.04.2011 PEMBANTU MAKMAL
4 ROSHIDA BT MUDA 16.04.2017 PEMBANTU MAKMAL
5 ROSMA PAIZA BT ALIAS 01.02.2015 PEMBANTU TADBIR
6 MAZILAH BT BOTOK 06.06.2012 PEMBANTU TADBIR
7 NOR JULIANI BT ABD RAZAK 09.07.2009 PEMBANTU MAKMAL
8 MUJI BT MAT DAUD 07.06.2012 PEMBANTU MAKMAL
9 NUR AININA BT SHAMSURI 26.11.2014 PEMBANTU MAKMAL
10 NORFARHANAH BT ABD LATIF 01.06.2015 PEMBANTU MAKMAL
11 NOR AZLIYANA BINTI AZAHAR 30.05.2016 PEMBANTU MAKMAL
12 ARZMIN BIN ABDUL RAHMAN 18.09.2015 PEMBANTU MAKMAL
PEMBANTU PEJABAT


Click to View FlipBook Version