The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by haniskhalid2, 2024-04-18 12:21:15

BBM INKLUSIF

BBM INKLUSIF

NA DAN AJIS NA DAN AJIS


Suatu hari Ajis terlihat adiknya Umar, yang berumur 2 bulan terkencing di atas karpet. Dia terkejut dan memarahi adiknya yang meninggalkan najisnya


Ibu Ajis yang mendengari bunyi bising di ruang tamu datang dan menjelaskan kepadanya bahawa najis Umar hanya perlu dibuangkan najis dan dipercikkan air.


Pada petang itu, Ajis berjoging ` ditaman perumahannya. Dia terkejut apabila terihat seekor anjing . Anjing tersbut diberikan nama Na olehnya.


Apabila dia hampir memegang anjing tersebut, dia ditegur seorang pakcik tua. Beliau menjelaskan anjing merupakan najis mughallazah yang haram dipegang. Ajis mendengar dengan tekun


Dalam perjalanan pulang ke rumah, Ajis terpijak najis ayam . Dia menutup hidung kerana baunya yang menusuk hidung. Namun, dia mengabaikannnya dan berjalan menuju ke masjid untuk solat.


Oleh kerana baunya yang terlalu kuat, seorang imam tua yang menghidu bau di kaki Ajis menegurnya. Beliau menjelaskan bahawa najis tersebut perlu dibuang terlebih dahulu serta dibersihkan dengan air hingga hilang warna, bau dan rasa.


Berdasarkan peristiwa pada hari tersebut, Ajis menyedari bahawa terdapat tiga jenis najis iaitu najis mukhaffafah, mutawasittah dan mughallazah. Setiap najis juga mempunyai langkah menyucikannya yang tersendiri.


Click to View FlipBook Version