The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamimnorman135, 2022-05-20 05:28:28

MPU23052 PEMBEDAHAN PLASTIK KUMPULAN 2

TUGASAN E-FOLIO

MPU23052
SAINS TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN ISLAM

TAJUK:PEMBEDAHAN
PLASTIK

NAMA PENSYARAH:

ENCIK SHAMSUL KAMAL BIN
ABDULLAH@MOHD KHIR

NAMA AHLI:

1.NORSYAMIM BIN NORMAN
(04DKA21F1101)

2.MUHAMMAD AIMAN BIN HASAN NUALDIN
(04DKA21F1097)

3.MUHAMMAD SYAKIR RIFDI BIN MAZLIN
(04DKA21F1145)

4.MUHAMMAD ATIF FIRDAUS BIN MAKKAWI
(04DKA21F1117)

5.MUHAMMAD FADHLULLAH BIN EZANI
(04DKA21F1121)

PENGENALAN

Pembedahan dari segi istilah ialah merupakan kebolehan
perubatan yang mengunakan sifat kemanusian dan peralatan
moden ke atas pesakit untuk menganalisis bagi tujuan merawat
penyakit.

Plastik berasal daripada perkataan yunani iaitu plasticos
bermaksud dapat diubah, dibentuk bukan mengunakan bahan
plastik iaitu mengunakan bahan daripada tumbuhan atau bahan
artificial yang bermaksud bahan buatan manusia.

Pembedahan plastik atau dalam bahasa arab jirahah tajmil
boleh ditakrifkan sebagai pembedahan dengan tujuan untuk
perubatan dan pemulihan sebagai contohnya, pembedahan
untuk mulut yang sumbing bertujuan menutup kecacatan.Selain
itu, pembedahan ini juga bertujuan untuk kecantikan seperti
memancungkan hidung,membesarkan mata dan lain-lain lagi.
Mengikut Kamus Dewan pula pembedahan plastikdiistilahkan
sebagai pembedahan untuk membaiki atau memulihkan
bahagian badan,terutamanya paras rupa dengan membuat
pemindahan tisu, sama ada untuk tujuan rawatan,memulihkan
kecacatan atau supaya kelihatan lebih cantik dan menarik .

HUBUNGKAIT PEMBEDAHAN
PLASTIK DENGAN PRINSIP SYARIAH

Pembedahan kosmetik atau pembedahan plastik
terbahagi kepada dua:

i.Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.

ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.

Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan
ia dilakukan.

Diwajibkan

Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau
menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang
boleh dilihat.

Diharuskan

Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh
sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota
tubuh.

Diharamkan

Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit,
bentuk wajah dan sebagainya.

Pada asalnya sebarang bentuk pembedahan yang membawa
kepada perubahan kepada anggota badan manusia tanpa
keperluan adalah diharamkan oleh Syarak. Ini berdasarkan firman
Allah Taala tentang perkataan Iblis:

‫َوََلُ ِضلَّ َنّ ُه ْم َوََلُ َم ِنيَ َّن ُه ْم َوََل ُم َر َّن ُه ْم فَ َليُ َب ِت ُك َّن آ َذا َن ا َْلَن ْن َعا ِم َوََل ُم َرنَّ ُه ْم فَلَيُ َغيِ ُر َّن َخ ْل َق َّلَّل ِا ۚ َو َمن‬
‫َيتتَّ ِخ ِذ ال َّش ْي َطا َن َو ِل ًّيا ِمن ُدو ِن َّلَّلاِ فَ َقد ْد َخ ِس َر ُخ ْس َرا انا بم ِبيناا‬

Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan
mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi
sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan
binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga
binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah
ciptaan Allah". Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan
menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka
sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata.”

(Surah al-Nisa’: 119)










Click to View FlipBook Version