The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

SIRI 22 BEBERAPA TAULADAN DARI PERISTIWA YANG BERLAKU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kanimismawarthy5678, 2022-03-23 03:09:43

SIRI 22 BEBERAPA TAULADAN DARI PERISTIWA YANG BERLAKU

SIRI 22 BEBERAPA TAULADAN DARI PERISTIWA YANG BERLAKU

SIRI 22: 1
Muka surat 201

BEBERAPA TAULADAN
DARI PERISTIWA
YANG BERLAKU

mt perlis

Walaupun terdapat tekanan yang makin
bertambah terhadap Islam , tetapi

dakwah dan perjuangannya terus mara.
Bukan sahaja dari segi seruannya tidak
dihentikan, tetapi berlaku peningkatan
dari mengajak manusia kepada Islam,

malah sanggup berkorban demi
mempertahankannya.

mt perlis 2

Kepungan secara fitnah dan zalim
terhadap Islam, tidak memadamkan

cahayanya.

Orang Islam bersedia menegakkan
negara Islam walaupun di kelilingnya

Rom dan Parsi.

mt perlis 3

Musyrikin Mekah bukan tidak
mengakui kebenaran Islam , tetapi
mereka takut akan menjadi sasaran
kepada kuasa – kuasa besar Rom

dan Parsi lantas mereka tidak
menerima Islam.

Allah swt menjelaskan bahawa
keamanan yang mereka nikmati

adalah dari Allah swt.

mt perlis 4

‫‪Surah Al Qasas ayat 57‬‬
‫َأَوقَْراإِللَُ ْيِو ِضهانَاإِثَ ََمأَنوََٰلَورنَّلَِاكتَّْمِبَّنُتنُعِأََماُكْكْلِكثَُِله َنرَد لَُّٰهَشىُْمه ْْيم َمََءلعَ َح ِيََرَكرْعَْلًَزنمُقًُاتَما َآوخ ِِممَنَّطنًان ْيلَُّف ُدْجِنَّمبَا ْٰنى •‬

‫‪mt perlis‬‬ ‫‪5‬‬

• Dan mereka (yang kafir) berkata: "Kalau kami
menyertaimu menurut petunjuk yang engkau
bawa itu, nescaya kami dengan serta merta
ditangkap dan diusir dari negeri kami (oleh
golongan yang menentang)". Mengapa
mereka (berkata demikian)? Bukankah kami
telah melindungi mereka dan menjadikan
(negeri Makkah) tempat tinggal mereka
sebagai tanah suci yang aman, yang dibawa
kepadanya hasil tanaman dari segala jenis,
sebagai rezeki pemberian dari sisi Kami? (Benar,
Kami telah menjadikan semuanya itu), tetapi
kebanyakan mereka tidak memikirkan perkara
itu untuk mengetahuinya (serta bersyukur).

mt perlis 6

BANI SYAIBAN

• Bani Syaiban tidak menolak kebenaran Islam tetapi
mereka menolak untuk memeluk Islam .

• Mereka tidak bersedia untuk mempertahankan Rasulullah
s.a.w kiranya menghadapi ancaman dari Parsi.

• Rasulullah s.a.w menghargai sifat-sifat baik iaitu menolak
dengan baik apabila diajak memeluk Islam kerana
didapati adanya kelemahan dalam diri mereka.

• Rasulullah s.a.w memberi semangat dengan janji
kemenangan Islam mudah-mudahan mereka akan
beriman pada masa akan datang.

mt perlis 7

CAHAYA ISLAM

• Penerimaan beberapa orang dari luar Mekah
menandakan bahawa kepungan melalui ugutan dan
menggunakan sebaran am ditembusi dengan mudah
oleh cahaya hidayah Allah swt.

• Yang lebih penting ialah kemuncak kesabaran dan
keteguhan penderitaan Rasulullah s.a.w dan para
sahabat di peringkat Makkiyyah.

• Walaupun tiada kuasa pemerintahan , kedegilan dan
kejahatan Musyrikin tidak menghalang kemaraan Islam.

mt perlis 8

FAKTOR KESABARAN

• 1. MA’RIFATULLAH (mengenal Allah) menurut pengertian
yang sebenar, membuahkan iman yang jazam sehingga
mereka memandang kecil segala dugaan dunia bagi
mencapai keredhaan Allah s.w.t.

• Walau bagaimana hebat sekalipun rintangan terhadap
terhadap agama Allah hanyalah laksana kiambang yang
berselerak ke tepi yang tidak mampu menyekat cita-cita
Islam.

• Mereka tidak mengendahkan rintangan itu walau sebesar
manapun.

mt perlis 9

2. SIFAT YANG ADA PADA DIRI
RASULULLAH s.a.w sendiri menarik

hati para sahabatnya.
#Mereka bukan sahaja menjadi
pengikut dengan ikrar lidah, tetapi
sifat-sifat mulia yang ada pada
Rasulullah s.a.w meyakinkan hati
mereka untuk terus bersama-sama

berjuang.

mt perlis 10

3. RASA TANGGUNGJAWAB yang besar
bagi menyatakan Islam dan
menegakkannya.

# Satu tanggungjawab yang tidak
mengharapkan seseorang berpeluk tubuh

dan menjadi pemerhati.

# Mereka menyedari akibat yang diterima
daripada tidak menunaikan
tanggungjawab Islam.

mt perlis 11

4. BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT .
#Mereka yakin mesti bertemu
dengan Allah s.w.t.

#Siksa Akhirat adalah lebih dahsyat
dan tiada bandingan dengan siksa

dunia.
#Demi kemenangan Akhirat mereka

sedia terima siksa di dunia.

mt perlis 12

5. WAHYU YANG DITURUNKAN
bertalu-talu, bukan sekadar untuk

dibaca dan didengar tetapi
menjadi bekalan yang

menguatkan iman mereka untuk
menghadapi segala yang

berlaku.

mt perlis 13

6. YAKIN KEPADA JANJI KEMENANGAN di
dunia dan di akhirat yang dijanjikan oleh

Allah swt dan RasulNya.

# Sebagaimana Allah swt tidak
memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasul
terdahulu dan pengikut-pengikut mereka
maka itulah juga yang pasti dicapai oleh

Nabi s.a.w dan umatnya

mt perlis 14

• Rasulullah s.a.w sendiri memulakan segala-
galanya maka Baginda menjadi contoh

praktikal yang sangat menguasai peribadi
dan hati para sahabat.

• Seterusnya sesiapa yang tidak dapat
memenuhi perkara yang disebut di atas
tidak layak menyertai angkatan pertama
bersama-sama Rasulullah s.a.w samada dari
kalangan jama’ah atau dari kalangan

perseorangan.

mt perlis 15

BENIH YANG
SUBUR

DARI YATHRIB

mt perlis 16

ALLAH MAHA MENGETAHUI

• Allah swt Maha Mengetahui bilakah masa yang
munasabah untuk ditegakkan agamanya secara terbuka
serta bilakah masanya umat Islam mempunyai negaranya
sendiri yang mendaulatkan Islam, bagi menegakkan
agama dan mentadbir dunia.

• Allah swt yang menentukan adakah mereka telah layak
untuk memikul amanah yang besar itu serta adakah
mereka telah memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki
oleh Allah swt.

mt perlis 17

TAHUN KE 11

• Pada musim haji, Mekah menjadi kunjungan
qabilah-qabilah Arab untuk menunaikan haji.

• Rasulullah s.a.w telah dipertemukan oleh Allah swt
dengan benih-benih yang baik dari Yathrib.

• Anugerah Allah swt datang pada suatu malam
ketika Baginda s.a.w berjalan-jalan agar tiada
gangguan dari Musyrikin yang sentiasa
memerhatikan setiap langkah mereka.

mt perlis 18

TERDENGAR

• Rasulullah s.a.w terdengar perbualan beberapa orang
• bercakap-cakap lalu menghampiri mereka.
• Mereka berenam dari qabilah Khazraj iaitu:
• As’ad Bin Zurarah,
• ‘Auf Bin al – Harith Bin Rifa’ah Bin ‘Afra,
• Rafi’ Bin Malik Bin ‘Ajlan,
• Qhutbah Bin ‘Amir Bin Hudaidah,
• ‘Uqbah Bin Amir Bin Nabi
• Jabir Bin ‘Abdullah Bin Ri’ab

mt perlis 19

MAKLUMAT

• Mereka yang berasal dari Yathrib bernasib baik kerana
telah mendapat maklumat awal dari orang-orang Yahudi
ahli kitab yang ramai di Madinah.

• Mereka selalu berbual tentang berita lahirnya Nabi Akhir
Zaman.

• Rasulullah s.a.wmenghampiri mereka dan bertanya
mereka dari mana? Mereka menjawab dari Qabilah
Khazraj .

• “Kamu dari qabilah yang bersekutu dengan Yahudikah?”
Ya!

mt perlis 20

MENGAJAK

• Rasulullah s.a.w mengambil peluang keemasan untuk
mengajak mereka menganut Islam sambil membaca
ayat-ayat al Quran.

• Mereka berkata sesama mereka:” Ketahuilah wahai
kaumku, demi Allah ,Inilah dia Nabi yang sebut-sebut
oleh orang Yahudi, dan mereka mengancam kita dengan
kelahirannya. Janganlah sampai mereka mendahului
kita untuk beriman kepadanya”

• Lalu mereka dengan segera menyahut seruan Allah dan
RasulNya dan menjadi orang-orang Islam yang setia.

mt perlis 21

BERMUSUH

• “Kami tinggalkan kaum kami di sana dalam keadaan

bermusuh antara satu sama lain.”

• “Mudah-mudahan Allah swt menyatukan mereka
denganmu.”

• “Kami akan menemui mereka dan mengajak mereka

kepada Islam”.

• Mereka pulang ke Yathrib dengan memikul
tanggungjawab menyatakan tentang Islam dan mereka

telah berjaya menjadikan berita kedatangan Rasul Akhir
zaman sebagai perbualan setiap rumah.

• Merekalah benih yang menumbuhkan pokok Islam yang

rendang yang menaungi semtlpuerlrisuh alam. 22

mt perlis 23


Click to View FlipBook Version