FIQH SIASAH
KHULAFA’
AL RASYIDIN
BAHAGIAN 2:
PERLANTIKAN SAIDINA ‘UMAR SEBAGAI
KHALIFAH KEDUA
mt ltp perlis (MUKA SURAT 67-84) 1
PESANAN SAIDINA 2
ABU BAKAR KEPADA
SAIDINA UMAR
mt ltp perlis
PESANAN
• Apabila Khalifah Saidina Abu Bakar r.a berada dalam
keadaan sakit tenat beliau menegaskan kepada para
sahabat:…..
• ”..Aku serahkan kembali urusan ini kepada kalian, sila
lantik sesiapa sahaja dalam kalangan kalian yang kalian
sukai. Aku harap apa yang kalian sepakat ketika
melantikku diteruskan tanpa apa-apa pertelingkahan
selepasku.”
mt ltp perlis 3
PANDANGAN
• Setelah diadakan perbincangan, masing-masing menolak
jawatan yang dicadangkan dan menyerahkan kepada
sahabat yang lain.
• Saidina Abu Bakar bertanya kepada Abdul Rahman Bin
Auf r.a tentang Umar.
• “Demi Allah , sesungguhnya Umar adalah orang yang
paling terbaik . Beliau hanya kelihatan seorang yang
keras” jawab Abdul Rahman.
mt ltp perlis 4
PANDANGAN UTHMAN
• “ Wahai Tuhanku, Aku berpendapat apa yang tersirat
dalam dirinya lebih baik daripada apa yang zahir . Tiada
yang lebih kuat daripadanya bagi mengendalikan urusan
ini”
• Sahabat yang lain juga memberikan pendapat yang
sama kecuali Talhah Bin Ubaidullah r.a berbeza
pandangan.
• “ Apa jawapanmu kepada Tuhan sekiranya Umar dilantik
menjadi penggantimu? Engkau sendiri boleh melihat
bagaimana sikap dan perangainya yang keras!”
mt ltp perlis 5
SURAT WASIAT
• Setelah mendapat persetujuan ramai Abu Bakar
r.a memerintahkan Uthman r.a menulis surat
perjanjian.
• “ Bismillahir Rahmanir Rahim. Inilah perjanjian oleh
Abu Bakar bin Abi Qahafah pada akhir masanya
di alam dunia, sebelum keluar
meninggalkannya,…….Aku mencadangkan Umar
r.a dilantik menjadi khalifah selepasku. Maka
dengar dan taatilah dia…….Wassalamu alaikum
wrt wbth.
mt ltp perlis 6
MENOLAK
• Apabila Saidina Umar r.a masuk menemui
Saidina Abu Bakar r.a dan dimaklumkan
mengenai cadangan perlantikan khalifah ,
maka dia terus menolak.
• Saidina Abu Bakar r.a bertegas supaya
Saidina Umar menerimanya.
mt ltp perlis 7
سمعنا واطعنا
• Saidina Abu Bakar r.a memberikan ucapan:
• “ Adakah kalian redha dengan orang yang aku
lantik menggantikan aku menjadi khalifah? Demi
Allah! Aku tidak cuai daripada mengerahkan
fikiran untuk melantiknya dan aku tidak melantik
dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat
denganku. Sesungguhnya, aku melantik Umar bin
Al Khattab menjadi khalifah selepasku. Maka
dengar dan taatilah kepadanya.”
• Mereka menjawab : سمعنا واطعنا
mt ltp perlis 8
Kedah perlantikan Saidina Umar yang
dicadangkan sendiri oleh Khalifah berbeza
dengan perlantikan Saidina Abu Bakar r.a.
Namun Khalifah tidak berkuasa mutlak,
sebaliknya mendengar pendapat para
sahabat.
Selepas itu disahkan melalui bai’ah oleh
rakyat umum.
mt ltp perlis 9
Saidina Abu Bakar r.a
menyampaikan pesanan dan
wasiat kepada Saidina Umar.
Wasiat untuk menyerahkan
amanah kepimpinan negara dan
melaksanakan tanggungjawab
yang besar.
mt ltp perlis 10
PEMILIHAN UMAR 11
SEBAGAI KHALIFAH
KEDUA
mt ltp perlis
CARA PEMILIHAN
• Pemilihan Saidina Umar sebagai khalifah tidak sama cara
perlantikan Saidina Abu Bakar kerana tiada nas yang
nyata.
• Apa yang ada ialah kewajipan syura dan ia perkara
ijtihad yang menjadi sumber hukum Islam yang penting.
• Perlantikan khalifah hendaklah disahkan oleh bai’ah
seluruh rakyat namun pada masa itu memadailah
keputusan dibuat oleh pemimpin sahabat yang berada di
Madinah dan diterima dengan ikhlas oleh rakyat.
•`
mt ltp perlis 12
DEMOKRASI
• Ilmuwan politik Barat mengenali demokrasi melalui
sejarah purba pada zaman Kerajaan Yunani
sebelum Masehi.
• Demokrasi ketika itu hanya melibatkan golongan
atasan dan hanya golongan bangsawan sahaja.
• Rakyat bawahan terus diperhambakan dengan
penindasan tanpa diberikan hak untuk berpolitik.
mt ltp perlis 13
PEMBAHARUAN
• Pembaharuan demokrasi Barat berlaku setelah
wujudnya kajian orientalis daripada ilmu Islam.,
khususnya dalam fiqh politik.
• Kitab Al Muqaddimah karya Ibnu Khaldun , Adab
Al Wazir karya Al Mawardi dan kitab lain
diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin, Inggeris,
Perancis, Jerman dan lain-lain Bahasa Barat.
• Hasilnya telah mewujudkan perubahan dengan
berlakunya Revolusi Perancis, Amerika dan lain-
lain.
mt ltp perlis 14
PANDUAN AL QURAN
• Al Quran memaparkan perjuangan para rasul
terdahulu yang menentang kerajaan yang zalim
pada zaman masing-masing.
• Pemerintahan yang ditegakkan oleh Rasulullah
s.a.w ialah penegakan tauhid dengan
memperhambakan diri hanya kepada Allah s.w.t
dan menentang kesyirikan.
• Islam mengajar ketaatan kepada kerajaan dalam
perkara yang adil dan baik sahaja.
• Dasar ini menjadi teras dalam pemilihan ketua
negara. mt ltp perlis 15
PETIKAN UCAPAN 16
PERTAMA
mt ltp perlis
Saidina Umar Al Khattab
r.a menjadi khalifah
kedua pada petang
Selasa 22 Jumada al-
Akhirah tahun ke 13
Hijrah
mt ltp perlis 17
KHUTBAH PERTAMA
• Beliau menaiki mimbar dan berucap:
• “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku ini
orang yang keras , maka lembutkanlah
aku. Aku seorang yang lemah , maka
kuatkanlah aku, Aku seorang yang
bakhil, maka jadikanlah aku seorang
yang pemurah!”
mt ltp perlis 18
Turun satu anak tangga dan meneruskan
ucapan:
“Jika aku mengetahui adanya orang yang
lebih kuat untuk melaksanakan tugas ini
berbanding aku, nescaya aku bersedia
menghulurkan leherku supaya dipancung
daripada menerima tugas memimpin ini.”
mt ltp perlis 19
• “Bacalah al Quran , nescaya kalian
mendapat pengetahuan daripadanya.
Beramallah dengannya supaya kalian
menjadi ahlinya. Timbanglah diri kalian
sebelum ditimbang amalan kalian.
Bersedialah untuk hari yang paling besar
tatkala amalan kalian dipamerkan di
hadapan Allah s.w.t.”
mt ltp perlis 20
• “Sesungguhnya seseorang yang berhak
itu tidak patut diberikan ketaatan
sehingga menderhakai Allah s.w.t.
Ingatlah! Bahawa aku akan menjadikan
diriku sebagai orang yang menjaga
harta Allah laksana pemegang amanah
harta anak yatim , aku tidak
mengambilnya jika tidak perlu, dan
akan mengambilnya sekadar yang perlu
dengan cara sebaik-baiknya.”
mt ltp perlis 21
Petikan-petikan ucapan yang
dinyatakan di atas telah diriwayatkan
secara berasingan. Semuanya
menunjukkan kepekaan Khalifah Umar r.a
dalam menunaikan kewajipan sebagai
ketua negara dengan penuh amanah
serta bertanggungjawab di hadapan
Allah s.w.t dan rakyat.
mt ltp perlis 22
mt ltp perlis SEKIAN 23