The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatma Elzahraa, 2023-03-22 10:06:17

PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL

PENULISAN KERJA KURSUS SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL

1 JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TUGASAN KERJA KURSUS 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 (INDIVIDU / KUMPULAN) SEMESTER : DUA TAHUN : 2023 KOD KURSUS PSVK 1104 KURSUS SEJARAH SENI BARAT DAN ORIENTAL Nama Pelajar FATMA ELZAHRAA BINTI HASIM Angka Giliran 2022172310205 No. Kad Pengenalan 030415-12-0598 Kumpulan/Unit PPS2-12 Nama Pensyarah PUABN FAIRUZ BINTI ABDUL HALEEM Tarikh Hantar 07 MAC 2023 Pengesahan Pelajar: Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada) Tanda Tangan Pelajar:Fatmaelzahraa Tarikh: 07/03/2023 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS 56000 KUALA LUMPUR Markah


2 ISI KANDUNGAN BIL TAJUK MUKA SURAT 1 PENGHARGAAN 3 2 PENGENALAN 4 2.1 Aliran Surealisme 4 2.2 Tokoh Aliran Surealisme 5 2.3 Aliran Pop Art 6 2.4 Tokoh Aliran Pop Art 6-7 3 APRESIASI DAN KRITIKAN KARYA 8 3.1 Karya Aliran Surealisme (catan) 8-9 3.2 Karya Aliran Pop Art (cetakan) 10-11 4 PERBEZAAN ANTARA ALIRAN SUREALISME ALIRAN POP ART 12 5 RUMUSAN 13 6 RUJUKAN 14 .


3 1) PENGHARGAAN Bismillahhirrahmannirrahim, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat dan limpah kurniaanNya yang diberikan kepada saya dalam menghasilkan tugasan yang telah diberikan. Saya selaku pelajar yang menjalankan tugasan kerja kursus ini dapat melaksanakan tugasan ini dalam keadaan sihat sihat sejahtera sedikit sebanyak telah memudahkan proses tugasan ini dilakukan. Saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberikan semangat kepada saya dalam melakukan tugasan kerja kursus ini agar saya tidak berputus asa dalam menyiapkannya. Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya juga tidak ketinggalan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Puan Fairuz binti Abdul Haleem yang memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kepada saya dalam menyiapkan tugasan kerja kursus ini sepanjang tugasan ini dilaksanakan. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan yang lain yang membantu dan memberikan nasihat sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus. Akhir kata, saya ingin terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan kerja kusus ini secara langsung mahupun tidak langsung. Sekian, terima kasih.


4 2) PENGENALAN 2.1) ALIRAN SUREALISME Surealisme dapat didefinisikan sebagai aliran atau gerakan dalam bidang seni dan sastera iaitu dalam era 1920-an yang mementingkan atau memberi tempat kepada unsurunsur bawah sedar manusia dalam erti kata lain di luar kenyataan atau realiti. Surealisme dapat dikatakan sebagai aliran seni yang menunjukkan objek yang wujud atau nyata namun dalam keadaan yang mustahil untuk terjadi. Sebagai contohnya, dalam mimpi atau sebuah fantasi dan terjadi bawah unsur sedar manusia. Aliran ini sangat berkait rapat dengan teori psikologi Freud yang meneroka alam yang berunsurkan bawah sedar manusia yang dijadikan sebagai salah cara untuk manusia mengembara agar dapat memenuhi hasrat manusia. Aliran Surealisme muncul pada pada abad ke-20. Andre Breton yang merupakan seorang sasterawan dalam aliran Dadaisme telah mengisytiharkan aliran ini dalam tulisan beliau iaitu Manifesto Surealis pada tahun 1924. Dapat dikatakan bahawa aliran Surealisme ini bermula daripada aliran sastera dan berakhir dengan penyebaran dalam pelbagai bidang seni . Bahkan tetapi terdapat beberapa pendapat yang menyatakan bahawa aliran ini telah wujud sejak tahun 1917 dalam karya Giorgi de Chirico. Ramai sejarawan berpendapat bahawa aliran Surealisme ini telah berakhir setelah Perang Dunia II, yang pada itu Gerakan seni moden semakin melonjak naik. Ciri-ciri bagi aliran Surealisme ini antaranya ialah, karya yang dihasilkan berdasarkan aliran Surealisme ini mempunyai makna atau maksud yang tersembunyi daripada gambar atau rupa yang pelik pada lukisan dalam karya tersebut. Selain itu, karya yang dihasilkan kebiasaannya kelihatan seperti dalam dunia fantasi dan b ukan dalam dunia yang nyata namun masih mempunyai prinsip yang merujuk kepada dunia realiti. Ciri-ciri lain yang dapat dilihat daripada karya yang dihasilkan daripada aliran Surealisme ialah, objek atau perkara yang digambarkan dalam karya yang dihasilkan diambil berdasarkan kehidupan seharian. Objek atau perkara yang hendak disampaikan akan dihasilkan atau dilukis dengan suasana yang kelihatan pelik dan tidak masuk yang terjadi di dunia sebenar. Antara artis yang terkenal dalam aliran ini ialah, Salvador Dali dengan karya beliau iaitu The Persistence of Memory, Pablo Picasso iaitu Guernica, Frida Kahlo iaitu Girl with Death Mask dan lain-lain lagi.


5 2.2) TOKOH ALIRAN SUREALISME Salvador Dali, tokoh seni aliran Surealisme Salvador Dali merupakan salah seorang daripada pengkarya yang terkenal menghasilkan karya seni dalam aliran surealisme. Salvador Dali atau nama sebenarnya Salvador Domènec Felip Jacint Dalí i Domènech, Marquis de Púbol dilahirkan pada 11 Mei 1904 di Figueres, Catalonia, Sepanyol. Zaman kanak-kanak Salvador Dali sedikit berbeza dengan kanak-kanak lain yang membuatkan dia menjadi kanak-kanak yang matang sebelum usia. Salvador Dali telah memulakan pendidikannya di sekolah seni, Academia de San Fernando, Madrid pada tahun 1922 dan bermulalah kehidupannya sebagai seorang pelajar yang hidup di asrama. Pada ketika itu, beliau telah terdedah dengan pelbagai gaya artistic yang berbeza antaranya termasuklah, Metafizik dan Kubisme. Zaman persekolahan Salvador Dali di Madrid memberikan peluang untuk mengeksplorasi pelbagai bentuk seni yang datang dari pelbagai bentuk seni. Antara seni tersebut ialah karya yang dihasilkan oleh pelukis klasik iaitu Raphael dan Bronzino.


6 2.3) ALIRAN POP ART Pop Art merupakan salah satu daripada aliran seni Barat. Pop Art bermula pada pertengahan tahun 1950-an di negara Britain. Seni Pop Art ini terhasil disebabkan oleh idea beberapa pengkarya subversif muda. Istilah Pop Art wujud ketika berlakunya perbincangan dalam kalagan artis yang mengakui diri mereka sebagai Kumpulan Bebas yang juga merupakan sebahagian daripada Seni Kontemporeri di London yang wujud sekitar tahun 1952-1953. Dalam aliran Pop Art ini, aliran ini sangat mengangkat kebudayaan popular atau erti kata lain sebagai budaya material. Budaya Pop Art yang sangat mengangkat budaya popular bersifat terbuka dengan tidak mengkritk akibat materialisme dan konsumerisme namun lebih menyokong dengan mengiktiraf kehadiran elemen tersebut sebagai sebuah fakta semula jadi. Aliran Seni Pop memanfaatkan simbol-simbol dan gaya visual yang datang daripada media massa yang popular seperti daripada sumber majalah komik dan lain-lain lagi. Pada abad ke-21, aliran seni ini telah menjadi salah satu daripada sebuah pergerakan seni yang utama. Ciri-ciri utama bagi aliran Seni Pop ini ialah, karya atau bentuk penghasilan imej Seni Pop ini mempunyai rupa atau imej selebriti atau watak-watak fiksyen dalam keratan akhbar dan lebih popilar lagi dalam buku komik serta iklan dan majalah dek kerana aliran ini sangat mengangkat budaya yang popular. Imej yang diaplikasikan dalam seni ini akan menggunakan imej yang yang terkenal yang didapati daripada sumber seperti media dan menggunakan warna yang sangat cerah. Ciri lain ialah, imej yang rata pada Seni Pop ini dipengaruhi oleh komik dan gambar akhbar dan biasanya dalam bentuk arca mahupun penggunaan media inovatif. Antara artis yang terkenal dalam aliran Pop Art ini ialah Andy Warhol dengan karya beliau Shot Marilyns, Roy Lichtenstein iaitu Crying Girl, Keith Haring iaitu Tuttomondo dan lain-lain lagi. 2.4) TOKOH ALIRAN POP ART Roy Lichtenstein, tokoh aliran Pop Art


7 Roy Lichtenstein merupakan salah satu daripada seorang pelukis terkenal yang berasal dari Amerika Syarikat. Roy Lichtenstein atau nama sebenarnya Roy Fox Lichtenstein dilahirkan pada 27 Oktober 1923 dan datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang keluarga kelas kedua atas kaum Yahudi di New York . Beliau merupakan salah satu daripada golongan yang menganggotai pergerakan seni yang mensasarkan pengolahan karya grafik yang dihasilkan untuk berfokuskan kepada seni pop dalam erti kata lain pop art yang wujud sejak tahun 1960-an. Beliau menghasilkan karya seni pop yang lebih tertumpu kepada penghasilan lerang komik dalam bentuk parodi.


8 3) APRESIASI DAN KRITIKAN KARYA 3.1) KARYA ALIRAN SUREALISME (CATAN) The Persistence of Memory, 1931, Salvador Dali. The Persistence of Memory merupakan karya yang dihasilkan oleh pelukis terkenal dalam aliran Surealisme iaitu Salvador Dali. Karya ini dihasilkan pada tahun 1931 dan merupakan karya yang sangat dikenali dalam aliran seni Surealisme. Karya ini juga turut dikenali sebagai Soft Watches atau Melting Clocks. Media yang digunakan dalam penghasilan karya ini ialah cat minyak dan mempunyai ukuran dalam 24.1 cm x 33 cm. Karya The Persistence of Memory telah dipamerkan di New York buat pertama kalinya dan telah dijual dengan harga 250 dollar selepas setahun dihasilkan iaitu pada tahun 1932. Beliau menghasilkan karya ini selepas mendapat ilham untuk menulis karya isteri beliau iaitu Gala Dali. Gala Dali juga merupakan insan yang menjadi model, isnspirasi dan sokongan utama kepada pengkarya terkenal ini, iaitu Salvador Dali. Beliau merupakan seorang pendatang yang berasal daripada Rusia Elena Dyakonov. Dalam karya The Persistence of Memory ini terdapat tiga buah jam yang seakan-akan cair dan meleleh. Antaranya yang tergantung pada ranting pokok, pada atas sebuah meja dan pada atas tanah serta pada tersebut juga terdapat sebuah jam yang berwarna jingga yang dikerumuni oleh serangga iaitu semut. Selain itu, pada karya tersebut juga kelihatan air seakan-akan air laut yang memperlihatkan pemandangan laut dan tebing tinggi di sisi kanan karya tersebut. Unsur seni yang terdapat pada karya terkenal Salvador Dali ini antaranya ialah, garisan. Garisan yang terdapat pada karya ini ialah garisan pada permukaan tanah karya tersebut. Garisan tersebut menghasilkan ton daripada gelap ke terang. Seterusnya, contoh lain yang boleh diambil pada karya tersebut ialah garisan pada tebing sebelah kanan karya. Garisan yang ada pada tebing karya tersebut membentuk rupa dan jalinan yang ketara. Unsur seni lain yang dapat dilihat pada karya tersebut ialah rupa. Rupa yang ada pada karya ini ialah


9 rupa geometri. Sebagai contohnya, jam yang terdapat dalam karya ini memunyai rupa geometri kerana berbentuk bujur pada meja dalam karya itu. Dalam masa yang sama, terdapat juga rupa organik yang ditonjolkan pada karya ini, misalnya pokok yang tidak mempunyai daun pada karya ini. Di samping itu, unsur seni lain yang dapat dilihat pada karya ini ialah, ruang. Dalam karya ini, ruang yang ditonjolkan ialah ruang ilusi kerana karya ini dihasilkan dalam bentuk dua dimensi iaitu karya catan dan jalinan yang terdapat pada karya ini juga mempertonjolkan jalinan tampak. Sebagai contohnya, imej tebing, ranting pokok, jam dan meja pada karya ini. Hal in demikian kerana jalinan pada karya tersebut hanya dapat dilihat namun tidak dapat dirasai diebabkan karya tersebut dihasilkan dalam bentuk catan iaitu karya dua dimensi. Unsur seni seterusnya ialah warna. Warna yang diaplikasikan pada penghasilan karya ini antaranya ialah penggunaan warna panas, buktinya melalui pada jam berwarna jingga, dan pemandangan pada hujung laut serta tebing pada sebelah kanan karya yang berwarna kuning. Selain itu, terdapat juga penggunaan warna sejuk seperti warna biru. Misalnya, warna biru pada lapisan langit atas pada pemandangan laut selepas lapisan langit berwarna kuning yang seakan-akan senja dan pada tengah bulatan jam yang cair juga turut berwarna biru serta warna laut pada karya ini. Prinsip rekaan yang terdapat pada karya ini pula antaranya ialah imbangan. Imbangan yang terdapat pada karya ini ialah imbangan yang tidak seimbang. Hal ini demikian kerana, unsur seni pada bahagian sebelah kiri dan sebelah kanan, atas dan bawah tidak sama. Pada sebelah kanan karya ini, terdapat tebing yang bersambung dengan sebuah pantai manakala pada bahagian sebelah kiri pulak sebaliknya. Dalam pada itu, pada bahagian sebelah kiri karya ini pula terdapat jam yang meleleh atau cair pada ranting pokok yang terletak pada sebelah kiri karya. Pada bahagian yang sama juga, terdapat sebuah meja yang mempunyai jam yang cair pada permukaannya dan jam berwarna jingga yang dikerumuni dengan semut.


10 3.2) KARYA ALIRAN POP ART (CETAKAN) Hopeless, 1963, Roy Lichtenstein Hopeless merupakan karya aliran seni pop yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein pada tahun 1963. Roy Lichstenstein merupakan pelukis aliran seni pop yang berasal daripada Amerika Syarikat dan dilahirkan pada tahun 27 Oktober 1923. Berdasarkan karya Hopeless beliau ini, kita dapat lihat bahawa beliau merupakan seorang pelukis aliran seni pop yang mengutamakan karya yang dihasilkan dalam bentuk lerang komik secara parodi. Dalam karya Hopeless ini, estetika diperoleh daripada bentuk gaya komik yang sememangnya sangat pada tahun 1960-an. Penggunaan media bagi penghasilan karya ini ialah, cat minyak dengan pensel di sudut bawah yang tidak berbingkai. Roy Lichtenstein menghasilkan karya yang berbentuk komik adalah sebagai bentuk naratif yang langsung dan menggunakan kemahiran dan bakatnya dalam bidang seni untuk mengkritik berkaitan hal yang terjadi disekeliling dalam kehidupan seharian. Misalnya, politik, sosial dan ekonomi. Namun kritikan yang dilontarkan kebiasaannya dalam bentuk menggembirakan dan dalam masa yang sama terdapat juga sebaliknya dengan cara yang sinis. Dalam karya di atas, karya tersebut memperlihatkan seorang wanita yang terbaring yang kelihatan sedih dengan tangisan air mata pada pipi seolah-olah meratapi kesedihan diri dan kelihatan seperti putus asa dan harapan. Keadaan wanita tersebut sinonim dengan dengan tajuk karya yang dihasilkan oleh Roy Lichtenstein ini iaitu Hopeless yang bermaksud putus asa. Unsur seni yang terdapat dalam karya Hopeless ini ialah, garisan. Garisan yang amat jelas yang dapat dilihat pada karya ini ialah garisan tebal pada bahagian rambut wanita dalam karya tersebut. Garisan tebal tersebut membentuk bentuj alunan dan pergerakan serta gambaran yang lembut pada rambut wanita tersebut. Selain itu, garisan lain yang dapat dilihat


11 pada karya tersebut ialah garisan pada wajah wanita itu membentuk rupa atau muka wanita itu pada lukisan tersebut.. Unsur seterusnya ialah rupa. Rupa yang dapat ditonjolkan dalam karya ini ialah, rupa organik. Misalnya, rupa yang dilukis pada karya tersebut membentuk wajah wanita kerana rupa organic merupakan rupa yang bebas dan tidak bersudut. Dalam karya ini juga, terdapat muka taip yang dapat kita lihat buktinya, dalam karya tersebut terdapat tulisan-tulisan dalam bentuk komik untuk menyatakan mesej yang hendak disampaikan seperti ayat-ayat yang dilontarkan oleh wanita tersebut berkaitan dengan perasaan sedih yang dialaminya. Selanjutnya ialah bentuk yang terdapat pada karya cetakan ini ialah, bentuk ilusi. Buktinya, karya yang dihasilkan mempunyai bentuk visual yang bersifat dua dimensi. Dalam masa yang sama, disebabkan karya ini berbentuk dua dimensi jalinan yang terhasil dalam karya ini ialah jalinan tampak. Hal ini demikian kerana jalinan tersebut tidak dapat dirasai secara fizikal, misalnya menggunakan tangan. Begitu juga dengan ruang pada karya cetakan pada karya ini. Unsur seni dalam karya cetakan ini ialah, warna yang terdapat pada karya ini. Warna pada karya cetakan ini ialah, warna asas seperti warna kuning. Buktinya pada rambut wanita dalam karya cetakan ini berwarna kuning. Ini menimbulkan kesan yang sangat yang meriah dan menonjol pada karya ini.Penggunaan warna biru yang seakan-akan warna putih pada tangisan air mata yang jatuh pada wajah wanita tersebut yang merupakan warna sejuk menimbulkan kesan yang sedih pada wajah wanita tersebut. Prinsip rekaan yang terdapat pada karya cetakan ini antaranya ialah, kontra. Kontra yang terhasil pada karya ini dapat dilihat pada garisan dan penggunaan warna pada karya ini. Garisan yang tebal dan berwarna hitam dapat memberi fokus terhadap rupa bentuk yang dihasilkan dan warna kuning yang menonjol pada karya ini memberikan penegasan untuk memberitahu bahawa warna rambut tersebut berwarna kuning serta menarik perhatian dan sedikit sebanyak dapat mengelakkan kebosanan. Di samping itu, terdapat juga prinsip rekaan yang lain yang terdapat pada karya cetakan ini iaitu, imbangan simetri. Imbangan simetri ini dapat dilihat pada karya ini kerana unsur seni pada kiri dan kanan karya ini sama. Pada bahagian kiri terdapat bahagian bahu wanita pada karya cetakan tersebut manakala pada bahagian sebelah kiri pulak terdapat wajah dan kepala wanita tersebut. Kedua-dua bahagian ini memberikan unsur seni yanag sama sehingga mewujudkan keseimbangan simetri.


12 4) PERBEZAAN ANTARA ALIRAN SUREALISME ALIRAN POP ART. • Mengaplikasikan imej pop untuk menentang kebudayaan golongan atasan dalam seni • Bersifat fantasi iaitu alam bawah sedar • Bermula dalam fasa tahun 1920an • Sebuah pergerakan yang dianggotai oleh pelukispelukis terkenal • Bersifat materialistik dan komersil yang datang daripada budaya popular • Terbentuk pada tahun 1950an • Menggunakanakan warna yang agak terang dan bervariasi • Penggunaan warna gelap untuk menimbulkan kesan yang suram dan misteri • Menggabungkan dua objek yang nyata namun imej yang dilukis kelihatan pelik Surealisme Pop Art


13 5) RUMUSAN Berdasarkan kerja kursus yang telah dijalankan ini, dapatlah disimpulkan bahawa sejarah seni barat dan oriental memberikan pendedahan yang jelas berkaitan dengan aliranaloran seni yang terdapat pada zaman dahulu sehingga sekarang. Setiap daripada aliran tersebut memberikan kesan seni yang lain dari yang lain serta membawa tujuan dan maksud tersendiri yang ingin disampaikan kepada umum yang disertakan dengan kreativiti. Tidak dapat dinafikan bahawa aliran seperti aliran surealisme dan aliran pop art kedua-duanya memberikan pelbagai bentuk penghasilan karya seni yang sememangnya dua bentuk aliran yang sangat berbeza antara satu sama lain. Penghasilan karya yang dihasilkan oleh pelukispelukis terkenal di setiap aliran mengikut peredaran zaman turut mempengaruhi kehidupan manusia disebabkan oleh pengaruh pergerakan yang dilakukan oleh setiap pelukis yang mempunyai tujuan dan kepentingan masing-masing yang amat berkait rapat dengan kehidupan seharian. Oleh itu, semua lapisan masyarakat daripada pelbagai generasi hendaklah mengaplikasikan setiap aliran seni dengan baik dengan mempertonjolkan kreativiti masing-masing agar sentiasa terpelihara dan dapat diperkenalkan kepada generasi seterusnya.


14 6) RUJUKAN Encyclopædia Britannica, inc. (n.d.). The persistence of memory. Encyclopædia Britannica. Retrieved March 22, 2023, from https://www.britannica.com/topic/The-Persistence-ofMemory Gersh-Nesic, B. (n.d.). Sejarah Seni Pop 101. Sejarah Seni Pop (1950-an-1970an). Retrieved March 22, 2023, from https://ms.eferrit.com/sejarah-seni-pop-101/ Ini, B. H. (2021, January 5). Karya Seni surealisme: Pengertian, Sejarah, Ciri-Ciri, Dan Contohnya. kumparan. Retrieved March 22, 2023, from https://kumparan.com/beritahari-ini/karya-seni-surealisme-pengertian-sejarah-ciri-ciri-dan-contohnya1uuzBxShqEW Lukisan Salvador Dali Dengan tajuk Dan Penerangan. (n.d.). Retrieved March 22, 2023, from https://ms.unansea.com/lukisan-salvador-dali-dengan-tajuk-dan-penerangan/ Machiko. (1970, January 1). Kritik (apresiasi) terhadap karya seni: Lukisan 'The persistence of memory' karya salvador dali. KRITIK (APRESIASI) TERHADAP KARYA SENI | LUKISAN 'THE PERSISTENCE OF MEMORY' KARYA SALVADOR DALI. Retrieved March 22, 2023, from http://mlittlething.blogspot.com/2014/03/kritikapresiasi-terhadap-karya-seni.html Mtsnasrulmdzalan. (2014, April 27). Aliran pop art. Nasrul Md Zalan. Retrieved March 22, 2023, from https://mtsnasrulmdzalan.wordpress.com/2014/04/27/aliran-popart/#:~:text=Seni%20Pop.,1950%2Dan%20di%20Amerika%20Syarikat The persistence of memory. prezi.com. (n.d.). Retrieved March 22, 2023, from https://prezi.com/wbyyt6opgxwi/the-persistence-of-memory/ Unsur Seni, Elemen Dan Prinsip rekaan. seni dan pendidikan. (n.d.). Retrieved March 22, 2023, from http://amalina-zakaria.blogspot.com/p/unsur-seni-elemen-dan-prinsiprekaan.html#:~:text=Unsur%20seni%20terdiri%20daripada%20garisan,menimbulkan% 20bentuk%2C%20ruang%20dan%20pergerakan


Click to View FlipBook Version