USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN NEGARA
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu punca pendapatan
negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing. Malaysia juga
terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong asing
terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Keindahan panorama
dengan pasir yang memutih dan laut yang membiru sering menggamit pelancong
datang ke negara ini. Buktinya, industri pelancongan Malaysia merekodkan purata
kemasukan pelancong asing sebanyak dua juta setahun. Persoalannya, apakah
usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk meningkatkan industri pelancongan di
Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan prasarana yang
mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana, kemudahan ini
memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai contoh,
kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk
menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang berpatutan
serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya menyediakan
penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang berpatutan. Syarikat
pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu pelancong untuk
membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di Malaysia.
Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh bergabung tenaga untuk
mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di luar negara. Kempen
Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah dijalankan setiap tahun bagi
mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang berada di luar negara yang
melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil kepada Malaysia. Mereka
boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di Malaysia seperti Pulau
Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak lagi. Oleh itu, semua
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
rakyat Malaysia memainkan peranan penting untuk memajukan industri
pelancongan.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian barangan, peraturan
imigresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat perkhidmatan tukaran wang
asing. Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat membeli belah di Malaysia
dengan perbelanjaan yang sederhana. Sebagai contoh, Pulau Langkawi merupakan
pulau bebas cukai yang menjadi destinasi pelbagai pelancong dari dalam mahupun
luar negara. Di sana, mereka dapat membeli cenderahati, pinggan mangkuk, kraf
tangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu, pendapatan penduduk setempat
bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf hidup masing- masing.
Kesimpulan 1
Kesimpulannya, usaha daripada semua pihak perlu bagi meningkatkan industri
pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha daripada satu pihak sahaja
tidak akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk sebelah tangan tidak akan
berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam industri pelancongan
memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia.
Kesimpulan 2
Konklusinya, tidak dapat disangkal lagi bahawa semua pihak terutamanya kerajaan
memikul tanggungjawab yang dominan untuk memajukan industri pelancongan di
negara ini. Namun, kita sebagai anggota masyarakat perlu turut membantu. Hendrik
Ibsen berkata ‘masyarakat adalah seperti perahu, semua orang perlu membantu untuk
menentukan arah kemudinya’. Tanpa kombinasi usaha yang cukup padu dalam
kalangan anggota masyarakat, nescaya tanggungjawab untuk memajukan industri
pelancongan akan terabai. Peribahasa Melayu menyebut ‘bulat air kerana pembetung,
bulat manusia kerana muafakat’. Dengan kelestarian panorama semula jadi,
kemudahan awam bertaraf dunia pastinya nama Malaysia akan gah di persada dunia
dan menjadi tempat yang tidak boleh dipinggirkan daripada kamus pelancongan dunia.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : [email protected] Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A